Soal Jawab Berkaitan Susu Segar


APAKAH DIA SUSU SEGAR?
“Susu segar” adalah sekresi susu biasa yang bersih daripada lembu yang diberi makan dan dipelihara dengan sempuma. Ini tidak termasuk susu yang diperolehi dalam masa empat hari sebaik saja selepas kelahiran anak.

DI MANA SUSU TERJADI?
Susu dihasilkan oleh sel-sel yang terdapat pada dinding-dinding alveoli di dalam pundi susu. Jumlah alveoli di dalain pundi susu bertambah semasa lembu bunting dan terus bertambah sehingga maksima pada kemuncak pengeluaran susu dan kemudiannya berkurangan sehingga habis laktasi.

KENAPA SUSU DIKATAKAN SALAH SATU DARIPADA MAKANAN TERBAIK?
Susu adalah salah satu daripada makanan terbaik kerana kandungan dan kebaikannya seperti berikut;

  • Protein untuk pertumbuhan dan pembinaan tisu seluruh badan.
  • Laktosa boleh menambah penyerapan kalsium dan fosforus yang penting untuk pembentukan tulang dan gigi.
  • Lemak untuk sumber tenaga.
  • Vitamin dan galian/mineral untuk menjauhi penyakit.
  • BAGAIMANA SUSU DIPEROLEHI DARIPADA LEMBU?
    Susu diperolehi daripada lembu dengan merangsangkan lembu tersebut semasa memerah. Rangsangan ini adalah dengan menggunakan anak lembu berkenaan untuk menghisap puting tetek atau dengan cara lain yang pergerakannya menyerupai gerakan anak lembu menghisap susu. Ini dilaksanakan dengan menggunakan tangan atau mesin pemerah susu.

    BERAPA LAMA LEMBU MENGELUARKAN SUSU?
    Lembu akan mengeluarkan susu setelah kelahiran dan akan terus mengeluarkan susu sekiranya tidak diberhentikan. Di dalam pengurusan yang baik, jangkamasa pengeluaran susu (laktasi) ialah 210 sehingga 250 hari, iaitu diberhentikan ketika lembu sudah 7 bulan mengandung. Ini adalah untuk merehatkan lembu dan menyediakannya untuk kelahiran kelak.

    APAKAH SUSU SEGAR YANG BERMUTU?
    “Susu segar” mengandungi air, lemak dan pepejal bukan lemak seperti laktosa, protin, vitamin, mineral dan lain-lain. Susu yang bermutu adalah susu yang dihasilkan dengan cara yang bersih dan dapat menepati kehendak-kehendak Peraturan Makanan 1985 iaitu;

    Kandungan Susu % kandungan
    Lemak 3.25
    Pepejal bukan lemak 8.50
    Jumlah pepejal 11.75

    BAGAIMANAKAH SUSU SEGAR DIKENDALIKAN?
    Susu segar yang telah diperah dan ditapis akan diisikan ke dalam “chum” atau tong susu yang bersih dan disimpan di tempat yang redup dan tidak terkena pancaran matahari. Susu ini akan dihantar secepat mungkin ke Pusat Pengumpulan Susu, Jabatan Perkhidmatan Haiwan untuk disejuk dan disimpan di dalam tangki sejuk pada suhu 3 – 4 oC sementara menunggu pemprosesan.

    MENGAPA SUSU SEGAR MESTI DISIMPAN SEJUK?
    Susu segar mesti disimpan sejuk iaitu pada suhu 3o – 4o C bagi membekukan aktiviti pembiakan bakteria yang terdapat di dalam susu. Sekiranya tidak disimpan sejuk, bakteria akan terus membiak dan ia akan mempercepatkan lagi susu menjadi rosak.

    BAGAIMANA SUSU BOLEH ROSAK?
    Di dalam susu terdapat banyak globul-globul lemak, yang mana kandungannya juga termasuk enzim lipase. Apabila dinding globul pecah, enzim-enzim ini akan bebas dan akan menguraikan lemak menjadikan susu berubah rasa menjadi masam.

    PUNCA SUSU ROSAK?
    Terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan susu rosak. Antaranya adalah seperti berikut;

  • Pemerahan susu dilaksanakan di dalam keadaan yang tidak bersih.
  • Bekas susu yang tidak bersih.
  • Tidak disimpan seperti yang dikehendaki.
  • Adanya bahan asing di dalam susu.
  • Susu tidak diproses dengan betul.
  • APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PEMPROSESAN SUSU?
    Pemprosesan susu yang dimaksudkan adalah samada susu dirawat pada suhu yang tinggi, dihomogenkan, difermentasi, disejat, diadun atau dirawat dengan enzim dan lain-lain proses.

    APAKAH TUJUAN PEMPROSESAN SUSU?
    Tujuan susu diproses adalah untuk menentukan bahawa susu selamat diminum dan boleh disimpan lama.

    APA DIA SUSU PASTEUR?
    Susu yang telah dirawat pada suhu yang tinggi merigikut salah satu kaedah pempasteuran berikut;

  • Kaedah Holding; Suhu susu dinaikkan kepada 63o-65oC dan dikekalkan selama 30 minit dan disejukkan secepat mungkin kepada suhu 3o- 4o C sebelum dipek dan disimpan.
  • Kaedah Suhu Tinggi Masa Singkat; Suhu susu dinaikkan kepada tidak kurang daripada 72oC dan dikekalkan selama 15 saat dan disejukkan secepat mungkin kepada suhu 3-4oC sebelum dipek dan disimpan.
  • Pempasteuran adalah pemprosesan yang biasa dilakukan untuk “susu segar”. Susu pasteur hendaklah sentiasa disimpan pada suhu, 3 -4o C.

    APA DIA SUSU STERIL?
    Susu yang telah ditapis dan dihomogenkan dan seterusnya dinaikkan suhunya kepada tidak kurang 106oC selama tempoh yang mencukupi untuk menjadikannya steril secara komersial dan terus dipek di dalam bekas berkedap.

    APA DIA SUSU SUHU ULTRA TINGGI?
    Susu suhu ultra tinggi atau susu U.H.T. adalah susu yang telah di rawat pada suhu tidak kurang datipada 135oC sekurang-kurangnya selaina 2 saat, dan seteusnya dipek secara aseptik ke dalam bekas yang steril.

    APA DIA SUSU SKIM / SCHEME MILK?
    Susu skim atau susu tanpa lemak adalah susu yang lemaknya telah dipisahkan dan dikurangkan kepada tidak kurang daripada 0.5 peratus.

    APA DIA SUSU CAMPURAN SEMULA / RECOMBINED MILK?
    Susu campuran semula adalah susu yang telah dihasilkan dengan mencampurkan konstituen susu dengan air atau susu dengan kedua-duanya sekali dan seterusnya dirawat secara pempasteuran, pensterilan atau suhu ultra tinggi.

    APA DIA SUSU BANCUHAN ?
    Susu bancuhan adalah susu yang dihasilkan dengan rnenambah air kepada susu tepung penuh krim yang biasanya dirawat secara pensterilan atau suhu ultra tinggi.

    APA DIA SUSU TEPUNG PENUH KRIM / FULL CREAM MILK?
    Susu tepung penuh krirn adalah susu yang kandungan aimya telah dikeluarkan, dan mengandungi tidak kurang daripada 5 peratus air dan 26 peratus lemak.

    APA DIA SUSU TEPUNG SKIM / SCHEME?
    Susu tepung skim adalah susu tepung skim yang kandungan airnya telah dikeluarkan dan mengandungi tidak lebih daripada 3 peratus air dan mempunyai kandungan lemaknya tidak lebih daripada 1.5 peratus.

    APA DIA SUSU SEJAT / EVAPORATED ?
    Susu sejat atau susu pekat adalah susu yang diperolehi dengan menyejat daripada susu sebahagian daripada airnya atau dengan menbancuh konstituen susu. Ia dibahagi kepada dua jenis iaitu susu sejat tawar atau susu sejat manis (dimana terdapat tambahan gula).

    APA DIA SUSU ISIAN ?
    Susu isian ialah susu yang menyerupai susu segar, yang mana lemak susunya diganti keseluruhan atau sebahagiannya dengan minyak makan sayuran atau lemak makan sayuran yang setara atau kombinasi kedua-duanya.

    APA DIA SUSU HIDROLISIS LAKTOSA ?
    Susu yang mengandungi laktosa rendah atau glukosa dan galaktosa. Ini dihasilkan dengan menggunakan enzim laktase. Susu ini dihasilkan khas bagi pengguna yang tidak dapat menghadam susu laktosa, “lactose intolerence”.

    APA DIA SUSU BERPERISA ?
    Susu berperisa adalah susu yang mengandungi gula, bahan perisa, bahan pewama dan kondisioner makanan yang dibenarkan. Susu ini boleh samada dipasteur, disteril atau dirawat pada suhu ultra tinggi.

    APA DIA DADIH ?
    Dadih adalah merupakan produk susu segar. lanya adalah agar agar susu yang diperolehi dengan menggunakan enzim rennet atau agar-agar, dan mengandungi gula, tepung jagung, susu skim dan bahan perisa yang dibenarkan.

    DI MANAKAH BOLEH DIPEROLEHI MAKLUMAT MENGENAI SUSU ?
    Anda boleh berhubung terus dengan Pejabat Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran atau Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan di negeri masing-masing. Anda boleh juga berhubung terus dengan;

    Bahagian Industri Tenusu
    Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan
    Tingkat 8 & 9, Wisma Chase Perdana
    Bukit Damansara, Off Jalan Semantan
    Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
    MALAYSIA

    About these ads
    Dikirim dalam Info. Leave a Comment »

    Tinggalkan Jawapan

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s

    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    Join 57 other followers

    %d bloggers like this: