Islam: Bahaya Takrifan Kejayaan Yang Sesat


Bayan / kuliah subuh pagi tadi memang sangat menarik, ringkas, padat dan memberi kesan. Penceramah menceritakan tentang banyak perkara-perkara asas kehidupan sebagai muslim. Tapi atas kelemahan diri ini, tak dapatlah nak mengingat kesemuanya. Antara kupasan menarik ialah tentang perkara ini;

“Allah telah meletakkan kejayaan manusia itu adalah di dalam agama (Islam). Tiada kejayaan selain dari itu.”

ruang-legar-masjid-gambar-hiasan.jpg

Manusia sejak ribuan tahun dulu hingga hari kiamat, sentiasa memburu kejayaan dalam kehidupan. Takrifan kejayaan juga sangat pelbagai. Ada yang menakrifkan kejayaan dengan memperolehi harta yang banyak, ada yang beranggapan dengan mempunyai kekuasaan yang besar, ada yang beranggapan kejayaan itu apabila mempunyai ilmu pengetahuan dan teknologi yang hebat dan macam-macam lagi tanggapan dan takrifan tentang difinisi kejayaan.

Banyak orang-orang hebat yang telah tertipu dengan takrifan kejayaan mereka sendiri dan akhirnya memakan diri. Mereka bukan calang-calang orang. Kisah mereka telah diceritakan dalam al-Qur’an. Fir’aun adalah menusia hebat, bijak dan berkarisma tetapi hatinya telah dibutakan dengan kegilaan memburu kejayaan palsu, iaitu kekuasaan. Begitu juga dengan Qarun, dia telah meletakkan kejayaan dengan mempunyai harta kekayaan yang banyak. Akhirnya kedua-dua manusia itu telah menjadi manusia yang rugi. Kekuasaan dan kekayaan mereka itu sebenarnya tidak mendatangkan manfaat yang berkekalan kepada mereka. Malah akibat dari pemburuan itu mereka akhirnya menghancurkan dan mengazabkan diri mereka sendiri.

Pemburuan kejayaan selain dari agama Allah, jika semakin dikejar, semakin diburu, akan lebih menyesatkan si pemburunya itu. Fir’aun pada ketika itu adalah seorang raja yang besar. Jajahan takluknya sangat luas. Kekuasaannya sangat besar. Tapi dia tak pernah puas. Dia ingin lagi, lagi dan lagi. Akhirnya dia mengaku dirinya sebagai tuhan!

Begitu juga dengan Qarun. Sewaktu miskin, dia seorang sahabat nabi Musa yang taat dan kuat beribadah. Apabila dia telah kaya dan setiap hari semakin bertambah kekayaannya, bila tiba perintah Allah untuk mengeluarkan zakat, dia merasa sangat sakit hati! Dia tidak mahu memberi walau sedikit pun dari hartanya yang semakin berlimpah itu. Dia menjadi terlalu bakhil dan terlalu sayangkan hartanya!

Ada kisah yang mengatakan bahawa pernah pekerja Qarun membawa kafilah yang membawa seribu ekor unta yang membawa bebanan yang sarat dan berat. Orang ramai lalu bertanya apakah itu seluruh harta-harta si Qarun. Jawab si pekerja Qarun, itu bukan hartanya, itu adalah guni-guni yang membawa anak kunci kepada gudang-gudang milik Qarun! Masya’allah! Betapa banyaknya harta si Qarun! Pada ketika itu orang ramai berkata, “Alangkah beruntungnya aku jika berjaya seperti si Qarun itu!” Namun begitu ketika Qarun ditelan bumi, orang ramai berkata, “Alangkah rugi dan malang si Qarun itu. Harta kekayaannya tidak dapat menyelamatkannya dari azab Allah!”

Maksud “meletakkan” pada ayat yang kita bincangkan di atas ialah seperti kita meletakkan sesuatu benda pada sesuatu tempat. Kalau kita hendak mendapatkan atau mencari benda itu, haruslah kita mencari pada tempat di mana ia diletak. Contohnya jika kita meletak sehelai pakaian di dalam almari pakaian, tentu sahaja jika kita hendak mendapatkan pakaian itu semula kita hanya akan mendapatkannya di dalam almari pakaian tersebut. Tentulah mustahil untuk mendapatkan pakaian tersebut di tempat-tempat yang lain. Begitu juga dengan agama.

Allah telah meletakkan agama pada satu tempat yang khusus. Contohnya jika kita hendak mencari ilmu agama, tentu sahaja kita harus mendapatkannya dari orang-orang atau tempat-tempat yang berkaitan dengan agama seperti belajar dengan ustaz atau pergi ke madrasah. Kita juga harus mengikut petunjuk yang telah Allah ajarkan tentang apa yang harus kita lakukan iaitu dengan mengikuti al-Qur’an dan as-Sunnah. Sudah tentu tidak mungkin jika kita hendak mendapatkan agama dengan cara pergi ke panggung wayang, disko atau jalan-jalan di tepi pantai.

Wallahu’alam bissawab.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 58 other followers

%d bloggers like this: