Cara Download dan Convert File dari YouTube Dengan Mudah


youtube-logo.jpg zamzar-logo.jpg

Ramai orang suka lihat klip video atau klip muzik video di YouTube. Tapi ramai yang tak tahu dan tertanya-tanya bagaimana nak mendownload / muat turun video tersebut. Jika dah di download tapi format file tersebut tidak dapat dimainkan di komputer, tentu kecewa bukan?

Sebab itulah saya nak berkongsi maklumat tentang cara yang paling mudah untuk download dan convert file dari YouTube supaya dapat dimainkan di komputer atau mp3 atau mp4 Player seperti iPod dsb. Cara yang saya berikan tidak memerlukan anda install apa-apa program, applikasi atau software di komputer anda.

Sila ikut panduan yang diberikan demi memudahkan anda memahami dan melakukannya dengan betul.

TAHAP PERTAMA

  1. Register akaun di YouTube.
  2. Upload apa-apa file media ke YouTube. Upload saja file lagu mp3 atau .wav yang ada di komputer anda tu. Selesai tahap pertama.

TAHAP KEDUA

  1. Buka mana-mana video pilihan anda di YouTube.
  2. Klik “About This Video” atau tulisan “more” untuk melihat URL video berkenaan.
  3. Sila COPY maklumat URL tersebut.
  4. Sila buka browser baru website http://www.zamzar.com/url/ (Zamzar – Free online file conversion).
  5. Sila PASTE kan URL tersebut pada kekotak di kotak STEP 1.
  6. Di kekotak STEP 2, sila pilih jenis file yang anda mahu ia di”convert”. Kalau video saya cadangkan file mp4. Kalau nak audio saja saya cadangkan mp3.
  7. Taipkan alamat email anda pada kekotak STEP 3.
  8. Sila klik butang “Convert” pada kekotak STEP 4. Selesai tahap kedua.

TAHAP KETIGA

  1. Buka akaun email anda.
  2. Lihat email dari Zamzar yang bertajuk “Converted file from Zamzar: xxxxxx.flv”.
  3. Baca email tersebut dan klik URL download yang diberikan (tulisan warna biru).
  4. Sila SAVE file yang anda ingin download itu ke Dekstop biar mudah nak cari. Selesai!

Jika anda dah ada akaun YouTube, tak payahlah nak buat TAHAP PERTAMA. Terus je buat tahap seterusnya.

Selamat mencuba! Semoga anda tidak mendownload dan tidak melakukan perkara-perkara yang tidak baik dan berdosa dengan pengetahuan yang diberikan. Ingat, Allah sentiasa memerhatikan anda!

About these ads

63 Respons bagi “Cara Download dan Convert File dari YouTube Dengan Mudah”

  1. maya karin Says:

    saya dah cuba. memang ajaran encik ni betul dan tak sesat! terima kasih.

  2. farid kamil Says:

    Saya pun dah cuba. Betul cakap Maya Karin, memang this is for real! Terima kasih Encik Nasron!

    Maya, jom gi dating petang ni?

  3. Nasron al-Jauhari Says:

    Setelah anda buat akaun YouTube, anda perlu buat minima 1 upload barulah boleh anda gunakan perkhidmatan ini. Jika tidak… sori naik lori… tak dapek den nolong!

  4. ixora Says:

    Saya dh ada akaun di You Tube. Tapi, kalau tak uplode apa² file lagu ke You Tube, tak boleh ye? Terima kasih.

    Nasron menjawab;

    Tak bolehlah cik Ixora. Memang kena upload at least 1 file dulu barulah boleh guna sistem Zamzar tu. Upload apa2 je. File sample muzik windows kan ada. Upload je file tu. Sekadar buat syarat je!

    Selamat berjaya!

  5. ixora Says:

    Owh, mcm tu. Boleh tnya lagi, err, apa beza Flash Player tu pulak? Sbb saya download video lagu dr You Tube ke situ. Saya kurang faham bab² ni.. hehe

  6. avataraang Says:

    aku penah juga download youtube ni..tapi xde la gne e-mail2 ni..aku ade akaun youtube jugak..kalau nak cbe gne la laman web ni..www.stealvideo.com..tapi selepas anda menggunakan laman web ni, anda akan dapat file yg tidak bernama@namanye get_video..anda hanya perlu rename file tersebut dan diakhirnya tuliskan .flv..anda akan dapat menonton video tersebut dalam format FLV… ;)

  7. Nasron al-Jauhari Says:

    @ ixora
    Flash Player? Tak tau la saya. Sekarang ni banyak sangat benda2 yang pelik2.

    @ avataraang
    Wah informasi baru. Nak try juga. Thanks.

    Tapi kebaikan guna Zamzar ni ialah ia boleh convert ke macam2 jenis file. Dari flv ke mp4, mp3, wav, entah apa2 lagi tah. So boleh masuk dalam henpon jugaklah. Btw, henpon saya masih jenis yg tak ada kamera, tak ada video, ringtone lama… cuma tak tertakluk oleh kredit top-up je!

  8. simply red Says:

    saya dah cuba dan berjaya. thanks.

  9. zein Says:

    cik saya ada masalah kat file dah download video kat youtube saya nak convert kat file mp4.bagai mana caranya???

    tolong balas kat e-mail saya sahaja “zein_ip@yahoo.com”
    trims ya cik nasron al-jauhari n plz add saya in Friendster.com

  10. Nasron al-Jauhari Says:

    @ zein

    lain kali tak payah download video dari youtube tu. awak terus je gunakan zamzar.

    kalau dah download atau apa2 file media yang dah ada dalam komputer kita masih boleh diconvert. gunakan zamzam juga. di kekotak 1st Step tu awak klik files (tulisan kaler biru). lepas tu awak browse la cari fail tu di komputer awak. lepas tu buat prosedur macam biasa.

    maaflah zein, atas sebab2 “keselamatan dalam negeri dan menyelamatkan dunia dari malapetaka dari diserang makhluk asing”, maka saya tak boleh email awak.

    nak info, berkomunikasi di thread komen ni, ok?!

  11. Nasron al-Jauhari Says:

    @ zein

    aiseh, tertinggal…

    maaf tak boleh add awak di friendster sebab… saya tak ada akaun friendster. saya juga tak ada akaun myspace, multiply, dan apa2 lagi. takut mak saya marah la.

  12. matdonq Says:

    zamzar ni bengong jer lah,kuat kencing lah.pal hotak hampa semua yang guna zamzar ni,nak download pun kena upload dulu.lambat lah,kena tinggal lah zamzar ni.

    Nasron jawab;

    kesiannya dia… saya dah download berpuluh-puluh (nak dekat ratus) file mp3 dan mp4. no problem tu.

    kalau tak serasi, boleh guna cara lain. search jer kat google.

  13. gurucyber Says:

    betul tu, kalau tak boleh guna zamzar gunalah cara lain .. Saya selalu gunakan addon yang disediakan mozilla . Boleh tengok kat blog saya bagaimana nak download apa sahaja video spt youtube, google video,yahoo video,liveleak dan apa sahaja video hanya dengan satu klik.
    ( mod bleh tak nak publish url kat sini ? kalu x leh delete jer yer .. .. tgk kat blog.gurucyber.com)

    Nasron jawab;
    Yaaaaa… awak betolllll. Oleh itu saya bagi awak dua posen. Tapi sebab awak seorang gurucyber, saya tak jadi kasi. Lebih baik saya kasi kat makcik sebelah rumah supaya saya dapat aiskrim mesia sebatang.

  14. bangfauzan Says:

    thank you…Its work

  15. DIn Says:

    thank you..:)

    Nasron jawab; Dah boleh? Alhamdulillah…

  16. k3ry Says:

    askum,mcm mana nk upload video kt utube ah

  17. Nazrul Says:

    salam…

    Lagi satu alternatif utk “curi” video dari YouTube bagi yg tak menggunakan Firefox ialah dgn install RealPlayer (www.real.com) versi terbaru (saya guna v11). Tak payah buat trial setup, free version pun dah lebih dari cukup. Boleh download dari mana2 saja with a single click… YouTube, Google Video, Yahoo! Video, MySpaceTV, boleh dikatakan semua portal video.

    Bila anda mouse-over saja di atas frame video berkenaan, butang “Download This Video” akan muncul di sudut atas kanan. Klik saja. Video akan didownload ke folder RealPlayer Downloads di lokasi yg anda sendiri telah konfigurasikan semasa install. Filename video yg didownload sebijik seperti judul video tersebut, tak payah susah2 nak rename. Format flv juga.

    Tapi kadang2 dgn broadband connection yg tak serupa broadband sangat nih (“TMnut Screamyx now u see it, now u don’t” kadang2 menimbulkan masalah connection time out), tips nya yg saya boleh bagi ialah ialah dgn tunggu hingga video tu 100% loaded (lihat playback bar tu dah penuh ke belum), then mouse over kat video tu, keluar butang “Download This Video” terus klik aje.

    Lagi satu saya gunakan Speedbit Video Accelerator (di install sekali dgn Download Accelerator Plus), (download dari http://www.speedbit.com) bila masuk saja mana2 page yg ada embedded video dia akan on & accelerate secara automatik. Sejak install yg ini, saya masuk youtube ke apa ke, semakin berdesup loading dia…hehehehe…

    Nasron jawab; Pokcik ucapkan bebanyok terima kasih kat kau. Pokcik ingat nak bagi upah, tapi pokcik tak ada syilling. Terima kasih daun pucuk ubi ya.

  18. abnor Says:

    salam sejahtera..
    nak minta tolong nie..yang pertama camner nak convert lagu dari format rm ke mp3. sebab nak masuk dlm cd and then nak dgr dalam keta kebal.
    nak tanya banyak nie sebab saya baru belajar ler kata kata. baru kenal komputer 2 – 3 bulan nie.
    yang kedua.. saya nak buat ler camner nak copy video dari youtube lepas tu guna zamzar tapi takde jawapan pun daripada zamzar. up load satu lagu pun dah buat tapi cuma lagu jelah. cam ner tu.
    jawab ler dgn kadar segera ya.

    Nasron jawab;

    Vanakkam.

    First awak klik ini http://www.zamzar.com/url/

    Second awak isi alamat youtube dia. Awak copy-paste aja. Nak tau alamat file youtube dia, awak klik “more” kat youtube tu. nanti keluarlah address dia. Lepas tu copy dan paste ke zamzar ni.

    Third, convertkan file ke mp4 atau 3gp untuk video, Kalau nak lagu sahaja, awak convertkan ke mp3 la.

    Fourth, awak masukkan alamat email awak. Sama dengan alamat email yang awak register di youtube.

    Fifth, klik button CONVERT.

    Sixth, awak duduk diam2. Tangan jangan “gatal” godeh itu ini. Bukan apa, awak baru jer kenal komputer 2-3 bulan. Awak tahu tak kalau awak tersalah klik dan tekan apa2, komputer boleh meletup atau short? Atau nanti kena serang dengan virus. Kalau virus tu jenis virus selsema, nanti awak boleh jatuh sakit. Sebab tu la awak kena hati2 dan ikut arahan.

    Seventh, sambil tu tengok2lah email awak. Mana tahu zamzar proses urusan awak tu cepat. Tapi kadang2 lambat. Sebab tu saya syorkan awak buat kopi atau teh dengan setin biskut. Boring-boring boleh jugak minum sambil cecah biskut tu. Nikmat oooo…

    Errrr, kalau ada biskut lebih jangan segan2 pos kat saya ya.

  19. abnor Says:

    tima kasihlah encik nasron yang baik budi. dah tu tak kurang ensem nya. semua saya dah ikut. keputusan memang membanggakan saya dan rakyat malaysia. la nie saya sdg cuba buat blog. jadi tanpa segan silunya nak tanya le camner nak upload lagu nak letakkan kat blog saya tu. kalau tahu silalah bagi tau saya. kalau ok nanti saya poskan ler biskut marie barang sekeping 2. itu pun baki tahun lepas punya. kalau en nasron nak biskut free lagi sebanyak mungkin leh ler ambik kat laman web biskut tu.tata…

  20. Nasron al-Jauhari Says:

    Encik Abnor yg dihormati,

    Terima kasih puji2 saya. Tapi duit syilling saya habis nak hadiah kat awak. Tak per jangan risau, saya bagi duit kertas nanti.

    Awak buat jer blog pakai WordPress. Senang jer. Pejam mata pun boleh buat! Tak percaya? Percayalahhhhh…

    Yang penting, baca arahan dan tunjuk ajar yg diberikan. Trial and error. Selesai masalah.

  21. abnor Says:

    selamat petang en nasron ( kot bca time ptg ler ). saya dah register nak buat blog guna word press. camner ha. rasa cam susah jer. saya dah cuba nak upload lagu tu tapi tak bleh pun. sebenarnya saya nak buat catatan perjalanan jer. dalam catatan selit ler 2 tiga lagu jer. kalau ok saya nak ubah keseluruhan blog untuk buat sesuatu yang saya suka. maklum baru kenal pc dan dunia tanpa sempadan nie. bila nak upload lagu jer tak bleh. camner tu.

  22. abnor Says:

    kalau ada cara yg betul leh lah kasi tau sama saya. email je lah ya… saya cuba buat sikit jer tadi. bila klik kat lagu tu, tak bleh open. pasai apa… saya tak tahu ler. tak caya cuba periksa… apo kono eh… ctabnoorsina.wordpress.com. tima kasih atas bantuan anda

  23. Nasron al-Jauhari Says:

    encik abnor dah register blog di wordpress? tahniah saya ucapkan. encik abnor telah memulakan langkah pertama menjadi seorang blogger terkenal yg bakal menggempakkan malaysia bahkan dunia. encik abnor akan lebih terkenal dari raja petra, sang kelembai, penarik beca, britney spears, paris hilton, obama dan yg sama waktu dengannya. sebelum encik abnor masuk ISA, boleh saya minta autograf dulu? hehehe.

    macam mana nak upload lagu? sebenarnya kalau nak upload lagu, kena buat akaun BOXNET. macam saya buat. nak upload direct ke wordpress memang tak boleh. so, encik abnor kena buat akaun BOXNET dulu ya. lepas tu upload banyak2.

    tak boleh open lagu2 di blog saya? sebenarnya lagu2 tu saya “simpan” di BOXNET lalu saya linkkan ke blog saya. benda free, tentulah ada limitation. sebulan maksima (bandwith) download 1GB sahaja. jadi kalau encik abnor atau siapa2 tak boleh download itu adalah kerana dah over quota. lalu secara automatik BOXNET akan sekat. kena tunggu lain bulan la jawabnya.

    berkenaan susah nak buat blog… biasalah tu masa mula2. belajarlah secara trial and error. jangan takut, komputer tak meletup. paling2 pun berasap jer. cuba aja apa2 yg disediakan. jangan takut bereksperimen. ingatlah, usaha tangga kejayaan, itu pesan cikgu saya dulu.

    hidup encik abnor! blogger hebat baru bakal muncul! hidup encik abnor!

  24. abnor Says:

    selamat tengah malam uncle nas..selain boxnet ada ke wujud kat alam maya nie akaun lain. Yang free ler. biasa ler melayu. kalau en nasron takde tunjuk ajar nie susah gak nie. tolong ler ajar saya. nanti saya belanja en nasron minum cendol barang semangkuk dua.
    k pertanyaan saya camner nak bukak akaun boxnet tu. kalau bukak akaun bsn gheti ler. lagi ler gheti kalau buat akuan bersumpah. hehehehe

  25. Nasron al-Jauhari Says:

    @ abnor

    selain dari box.net awak boleh guna savefiles.net dan rapidshare.com dan lain2 lagi (awak kena search kat google laaa).

    nak buka akaun tu mudah aja. tak kena bayar pun. cuma kena paham baca omputih. baca dan ikut arahan. insya’allah selamat. saya ni selalu jer standby kamus. bukan saya tak terer bahasa omputih, tapi saja jer untuk memudahkan mengulangkaji… huhuhu…

  26. abnor Says:

    lagu yang kita nak letakkan kat blog tu yang saya tak faham lagi. entah mcam mana nak buat. dah cuba mcm mcm cara semua tak bleh. tolong ler ajar saya ya.. camner nak letakkan lagu tu kat blog. boxnet dah daftar dah. dah upload lagu kat dalam boxnet tu.

  27. Ms. Adik Says:

    EN. NASRON, SAYA DAH CUBA DOWNLOAD. TAPI DIA TAK KUAR VIDEO…DIA CUMA SUARA SAJA. KENAPA YE? ENCIK TOLONG DOWNLOAD KAN LEY X? SAYA NAK DOWNLOAD IKLAN PETRONAS YANG ADA KUAR MASA ARI KEMERDEKAAN YANG KE 51.

  28. suf_din Says:

    assalamualaikum,encik nash sy nk tnya skt…sy dah ikut langkh2 pertama,sy dh daftar kt youtube pas2 sy nk uploud xbleh la knpe ek???die kter sy kna comfirmkn email sy…sy dah wt bnyak cmfmkn tp xblh jgk nk uploud….npe ea???leh tlong x….cpt skt…plez….

  29. SUF_DIN Says:

    HELLO SY DAH IKUT TP XBLEH UPLOUD LGU …DIER KTE SY X CMFRM EMAIL SY ….TP SY DAH WAT BNYK KALI CMNER EK..???

  30. SUFI Says:

    hello nape xleh uploud slpas sy ikut arahn sume…sy xleh uploud lgu dr pc k youtube..dier kte sy x cmfrmkn email sy …tlg la ek…erm…leh mntk no fon x sng skt brhubung.

  31. faeast Says:

    hye.sy nk tanya bagaimana nk masukkan kedalam mp4 video dalam bentuk flv sy ambil dari youube.. bila sy convert guna bermcm2 insataller dah,tp bila masukkan dlm mp4 dia xdpt baca.. so please tlg saya…sy dh xketahuan dibuatnyaa…

  32. Nasron al-Jauhari Says:

    @ faeast

    saya rasa saya ada software tu… tapi entah mana saya letak. nanti bila2 saya free saya akan buat artikel pasal benda ni.

    sabar dulu ya. ikut turn. :D

  33. nadia Says:

    Salam

    Saya ada banyak audio kat handset…..sumer suara baby saya. Masalahnya x reti nak upload ke fotopages. Nak convert ke bentuk apa ya?? tahu tak?

    Erkk….kuar topic kr ni?? ampun :p

  34. Nasron al-Jauhari Says:

    first – awak copy atau pindahkan file suara baby awak tu dari henpon ke komputer.

    kedua – awak *convert kan file tu ke mp3.

    ketiga – awak upload la.

    selesai masalah.

    * awak boleh convert menggunakan software freeware yg terdapat di http://nasron.wordpress.com/2008/11/17/software-percuma-convert-dvd-vcd-svcd-wma-wmv-asf-rm-ra-rmvb-ke-mp3/

    semoga berjaya.

  35. nadia Says:

    Tima kasih banyak2!! nanti saya cuba. Syukur jumpa blog awak. Mg saya dpt upload dgn jayanya :-)

  36. nadia Says:

    Antara 3 freeware yg awak bg tu, yg mana relevent ngan situasi saya ya? saya dah download yg second. Bila kuar pop up suruh ADD FILE, saya select file yg berkenaan tp kuar camni lak…..NO MATCH FILES. Kenapa ek?

  37. yahyaramli Says:

    Saya malas nak baca maklumat pendapat dalam ini…you all dapat see youtube…saya ini…dari pagi buka youtube dan copy terus masuk zamzar tersangkut kat IWSS Security Event. ..Niat hati masuk curi masuk dalam powerpoint..kasi gempaq pada awek..tapi habuk tikus adalah..tak boleh masuk dan main sipi sipi…awek pesan….kasi cinta sama awek orang seberang…… U nasron satu hal, babbila awek sini open tanya satu baris…u punya explain detail amboi..lembut….tapi…bila PC ada IWSS, seingat i..u perlu help i..lah. Puss mambang kiri puss mambang kaki kiri

  38. parman Says:

    gapo dio IWSS tu? hok security dari Microsoft ko? pc pokcik tak dok hok IWSS tu. dok pahe pokcik. siapo2 buleh tulon kasi clear kek pokcik…

  39. ejje Says:

    salam…
    saya ada kemushkilan…
    sya da beratus kali try upload video ke account youtube saya tapi keluar yang ni..(Upload Failed: An unknown error occurred.)
    apa yang berlaku sebenarnya..saya da convert file ke avi..
    tekanan tul..
    try upload sample music frm windows pon error gak?apasal ek??thanxs

  40. DyiEnGz Says:

    salam..
    thank atas tunjuk ajar
    payah ler nak donwload videos dlu,…
    hehehhe

  41. DyiEnGz Says:

    mmmmmm
    x tau

  42. deen Says:

    nak test dulu boleh ke tak

  43. ??? Says:

    AKU X PHM LAAAAA!!!!!!!

  44. tolong Says:

    sye dh paste url nye ke zamza ..tap apbile dh selesai copy n save….sye nk bukak video tu x blh ..pon…sye pilih mp4….npe

  45. tolong saye Says:

    saya ada video tapi format MOD . sy nak convert ke mpeg2 nak letak dalam vcd .. boleh tunjuk ajar sye mcm mane care nak buat . tolong la saye.. bls secepatnye.. please .!

  46. enny Says:

    saya minat lagu yg siar melalui interet

  47. zetyzayn Says:

    salam..sy mnghadapi mslh xleyh nk bkak vdeo yg dh didownload tue..sy da save file tue..kna tkar pada mp4 kn dr youtube tue?
    or am i wrong..?hmm..tlg la bntu sy..thx!

  48. ape2 je Says:

    i bdk baru kt cini mana nk dapatkan ‘about this video 2..’ xberapa clear ar

  49. kepitkuku Says:

    kalo gune vixy.net pon bleh gak untuk download video kat youtube..just copy url then paste je kat ruang yg dsediakn..pastu plih r format ape untuk download,tunggu jap dier convert (bgantung size file r),pastuh leh donload tros kt pc..

  50. miera Says:

    kat mana nak cari klik ‘about this video’ tu?

  51. ibtisam487 Says:

    kenapa ebook tulisan blakang .rar lektop sy xleh nk tgk

  52. fizz Says:

    ibtisam487: klau nk tgk file yg tlis .rar tu..kne install winrar dlu..ni link die..download pastu install..msti leh bkak file tu..
    http://www.mediafire.com/?cy21ntenuh5

  53. gee Says:

    bagaimana nak jana pendapatan melaluii download youtube mp3………………

  54. nooriesz Says:

    da cube..
    time kaseh byk2 yea…
    susah sgt nk cr converter mp4 ni..

  55. mus Says:

    mcmana nak upload ? akaun saya dah buka tp x tau mcmana nak upload…..

  56. ZUL (@zulgelam) Says:

    saya dah downaload movie dari utube kemudian dalam bentuk apakah perlu kita convert untuk mudah dipasang pada player vcd biasa di rumah atau hifi model lama tahun 2000 yang saya ada.

  57. hakim Says:

    mase step 3 tu email ape fb ke ape???saye bt la email fb……..lepas tu keluar “file upload complet” lepas tu nak bt macam mana???

  58. elwina Says:

    Thanks :D

  59. herinie rosli Says:

    Eh boleh tolong buatkan tak ? Pening betol kepala . Yelah budak baru blajar . Boleh ea boleh ea ;)

  60. muhd faiz bin rosli Says:

    aku buat x menjadi kau tipu aku kan ….?

  61. nor Says:

    apsal tak jadik nih

  62. cHeq irene Says:

    dengan sya punya xley sbb yahoo.. cm na tkr la?

  63. cHeq irene Says:

    yes !! thx ea.. ahahaq


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 57 other followers

%d bloggers like this: