Selimut Putih
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur dipembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan ‘kan kedinginan
Tak ada lagi guna harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela hidup
Janganlah mahu disanjung-sanjung
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung
Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur dipembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan ‘kan kedinginan
Nyanyian asli oleh Atiqah Rahman dari kumpulan nasyid / qasidah El Suraya.
Tau lagu tersebut? Dulu waktu saya masih kecil hingga remaja, ketika masih tinggal bersama kedua-dua ibu bapa, saya sering mendengar lagu tersebut. Ia merupakan lagu “wajib” pada setiap hari Jumaat sebelum masuk waktu sembahyang fardhu Jumaat. Stesen radio Malaysia (Radio 1 RTM) dan juga radio Singapura (FM94.2 Radio 1 Perbadanan Penyiaran Singapura – SBC) sering memutarkan lagu ini. Lagu ini juga pernah mengundang kontroversi di RTM suatu ketika dulu kerana katanya sesetengah ahli politik yang juga pembesar negara tak suka malah fobia bila mendengar lagu ini. Entahlah, saya pun tak berapa tahu cerita sebenarnya. Maklumlah, saya dulu jarang baca surat khabar sebab jarang beli. Lagi pun benda-benda macam tu saya tak ambik port!
Insaf? Memang insaf kalau kita menghayati lagu ini. Liriknya betul-betul tepat menunjuk ke diri kita sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ini. Alangkah baiknya jika kita sentiasa mendapat rasa insaf pada setiap ketika sepertimana ketika menghayati lagu ini. Barulah sentiasa ingat akan Allah dan sentiasa berwaspada agar tidak terjerumus berbuat dosa atau maksiat.
Berikut saya senaraikan lagu Selimut Putih pelbagai versi dalam format mp3 agar boleh anda download untuk dijadikan ringtone telefon bimbit anda. Sila klik untuk memulakan download. Anda juga boleh mendengar langsung lagu-lagu tersebut dengan menggunakan kekotak JUKEBOX pada sisi kanan weblog ini.
Klik untuk download;
Video dari YouTube adalah versi Nada Murni. Silakan menonton.

3 Jun 2008 at 12:53 am
bro yg lagu asal tuh skali ngan nyanyian atau instrumental….sbb saya pernah dl yg penyayi asal tuh instrumental jer bro
Nasron jawab;
Lagu asal tu sekali dengan nyanyian. Tapi memang dia punya intro “sedepa”, panjang betul sampai kalau orang bosan atau tak sabar, ingat lagu tu instrumental sebab dah “tutup” lagu tu awal2.
Saya pun tak tahu apakah sebab gerangan pencipta / penggubah asal letak intro lama sangat. Nak kata ada “goreng” gitar macam Yngwie Malmsteen tu takder pulak. Apapun ia dah jadi semacam “trademark” bagi lagu asal dia.
10 Ogos 2008 at 1:19 am
takut kepada kematian ibarat kn cinta kn dunia itu shaja yg aku thu…..
27 September 2008 at 12:07 pm
Penyanyi aslinya dari Indonesia, Siti Nur Aisyah Jamil
10 Mac 2009 at 5:09 pm
assalamualaikum…
aku berani akan kematian…Insya Allah, kalau boleh aku mati di tanah suci Allah…sebelum aku pergi, aku nak mengisi kebaikkan untuk dunia dan akhirat…Insya Allah
Cinta Allah cinta sejati,
cinta rasul hati beriman.
10 Mac 2009 at 5:51 pm
saya lahir 1995. mungkin awk juga terkejut akan kata2 saya iaitu
“assalamualaikum…
aku berani akan kematian…Insya Allah, kalau boleh aku mati di tanah suci Allah…sebelum aku pergi, aku nak mengisi kebaikkan untuk dunia dan akhirat…Insya Allah
Cinta Allah cinta sejati,
cinta rasul hati beriman.”
mungkin awak terkejut…mungkin la…tapi kata2 yg saya taip tu adalah benar…ermm…saya rasa tentu ada kata2 yg membuatkan org msh tak fhm…iaitu ’sebelum aku pergi’…yg saya maksudkn dgn kta2 tu ialah ’sebelum aku pergi ke madinah’… lagu Selimut Putih adalah lagu kegemaran saya…bagiku lagu tu membawa keinsafan,ketenangan dan juga hidayah…sebenarnya byk lagi hendak saya ktakn di sini tapi saya rasa tak payah la…nanti orang malas nak baca dan bosan nak berkawan dgn saya…maklumlah saya ni penulis…kebanyakkannya orang tak suka berkawan dengan penulis…tapi saya tak kisah sangat. kawan tu bukan penting…yang penting ialah ilmu,agama,maruah dan keluarga…
saya firadiyana. panggil yana saja…saya nak tanya beberapa soalan.
1.awk asal mana?
2.di sana ada pokok bunga kenanga?
3.bolehkah kita jadi sahabat?
wassalam…..
daripada:
Cinta Allah cinta sejati,
cinta rasul hati beriman.
13 Oktober 2009 at 11:31 am
uiikk…tu bkn ke gmbr ‘ayah pin’….syok2 dgr lagu & tgk video tu tetiba kluar plak gmbr tu…aiseyy….byk gmbr lain lg apsal ler gmbr tu plak…
8 November 2009 at 3:36 pm
salam…
saudari, kalau ada koleksi lagu2 el suraya mohon beritahu saya k
8 November 2009 at 3:39 pm
err…sori…saudara ..bkn saudari..