Irama 70an: Julie Remie

icon-julie-remie-01.jpg icon-julie-remie-02.jpg icon-julie-remie-03.jpg

icon-julie-remie-04.jpg icon-julie-remie-05.jpg icon-julie-remie-06.jpg

Sila klik untuk melihat foto yang lebih besar.

Siapa masih ingat kepada penyanyi bersuara manja Julie Remie? Mengikut kata orang lama (Encik Hassny), Julie Remie adalah penyanyi 70an yang mempunyai rekod paling sekejap berada di persada nyanyian. Mana tidaknya, muncul pada 1976 dan berhenti menyanyi pada 1977. Beliau mempunyai 2 album sahaja. Beliau berhenti menyanyi sewaktu lagu-lagunya sedang top dan masih menjadi rebutan promoter stageshow. Alasan beliau berhenti adalah kerana hendak berkahwin. Besar sungguh pengorbanan Julie Remie kepada suaminya.

Masa zaman Julie Remie, saya tadika pun belum lagi. Err, zaman tu dah ada tadika ke? Tapi saya minat gila dengan lagu-lagu dan suara dia.

Nak cari foto dia pun sikit punya payah. Cuma ada di satu tempat jer. Penghargaan saya berikan untuk website tersebut dinyatakan di bawah.

Betapa sulitnya mencari lagu-lagu mp3 Julie Remie. Dah berapa hari saya bersengkang mata mencari di internet tapi alangkah hampanya tidak bertemu juga. Yang ada cuma streaming format .ram sahaja yang harus mendengar secara langsung di internet dengan menggunakan software Real Player Alternative.

Berikut saya senaraikan lagu-lagu top nyanyian Julie Remie untuk anda mendengarnya.

Pastikan anda mempunyai software Real Player Alternative pada komputer anda untuk mendengar lagu-lagu tersebut. Jika tiada, sila download di sini.

Nota: Terima kasih untuk www.muziknusantara.com untuk foto-foto dan www.geocities.com/hassny untuk streaming .ram lagu-lagu Julie Remie, juga atas segala informasi berkaitan dengannya.

Berikut di-senaraikan artikel lain yang mempunyai persamaan dengan artikel di-atas dan mungkin menarik minat anda untuk membacha-nya.

18 Respons bagi “Irama 70an: Julie Remie”

  1. nur6852 Says:

    saya ucapkan tahniah kepada anda, kerana minat lagu lagu julie remie ini. saya mencari gambarnya., sebab pada masa itu Julie Remie adalah seorang penyanyi yang cantik. saya amat meminati beliau dari dulu hingga sekarang kerana lagu lagunya penuh dengan nostalgia kepada saya. Syabas kepada anda.

  2. Nasron al-Jauhari Says:

    @ nur6852

    Saya dulu sampai tak tidur malam cari lagu dan gambar dia. Susah betul nak dapat.

    Sampai sekarang saya masih belum dapat mp3 lagu2 Julie Remie. Huhuhu.

  3. mario Says:

    mmg susah nak dapat lagu lama. lebih2 lagi algu julie remie hanya orng tertentu saja yg tahu sapa julie remie. tapi sayang skit lagu berikan ku sinar harapan tu ada problem skit. nape yek!

    Nasron jawab;

    Julie Remie ni suara dia special. Sungguh memukau dan menggoda telinga. Hahaha.

    Kalau lagu2 tu ada masalah, apa nak dikata… maklumlah dari LP (piring hitam) ditranfer ke format komputer. LP nya pun dah boleh masuk muzium daaaa… Huhuhu. Kena tanya cikgu Hassny sebab dia yg empunya harta tu.

  4. amin Says:

    salam.saya ada byk lp.amik dr mak kat kg.tp x leh dgr sbb player dh rosak.mcm mana nk dgr smula & transfer ke format komp

  5. Ismail Says:

    Mohon bertanya. Adakah Julie Remie masih hidup.
    Terima kasih.

  6. Nasron al-Jauhari Says:

    @ Ismail

    mengikut kata angin sepoi-sepoi bahasa, julie remie masih hidup, masih sihat dan masih bertugas sebagai seorang guru di pulau temasik (singapura).

    biar merpati yang menyampaikan pesan mu…

  7. Listener Says:

    saya jatuh hati pada suara dia :D ehehe.. baru-baru ni terdengar di radio lagu “Abang sayang adik sayang”memang terasa keunikan suaranya.. Skrg lagu tu dah saya edit khas utk jadi ringtone bila org rumah tel eheheh…

  8. Nasron al-Jauhari Says:

    @ Listener
    - betul, betul, betul! saya pong!

    @ semoea pengoenjoeng (semua pengunjung)
    - saya sedang mengumpul lagu2 mp3 julie remie. nanti kalau dah dapat saya upload kat blog.

  9. zuraida Says:

    salam..lagu2 julie ni buat saya ingat waktu kecik2 dulu..satu harapan en nasron..ada tak lagu2 rafeah buang?Kalau ada boleh tak diupload kata sini…plsss
    Lagi satu bila lak blog en nasron ni ada “salji”? Dah winter ker skrang..hehehe..ker kom saya ni nak lingkup?

  10. Obi Wan Kentucky Says:

    Kesat air mata saya dibuatnya dok dengaq lagu ‘Korban Percintaan’ dendangan Julie Remie nih. Mana tak? Mau dekat 30 tahun dah tak dengaq lagu nih. Terkenang kembali zaman2 dulu, sambil beli ais kacang kepal salut hampas kayu, sambil dengaq lagu nih.

    Adeh, timakaseeeeehhhhh la pasai bagi link download. Tuhan saja la yg balehhh…

  11. mclaron Says:

    salam buat semua. aku pun syok giler pasal julie remie nih. tringat zaman aku darjah satu dulu bila aku dok layan. aku pun pernah bersengkang mata, abis semua keringat aku dah perah dan hampir semua button kat keyboard aku tekan pasal nak cari mp3 julie remie nih. at last tapi yang belum terakhir, aku jumpa juga akhirnya. penghargaan buat website nie:
    http://www.imeem.com/tag/julie%20remie/playlists

    korang boleh dapat dalam lebih kurang 10 buah lagu2 dia dalam bentuk high quality mp3. korang kena cari ler cara2 nak download dia. enjoy!

  12. Nasron al-Jauhari Says:

    @ zuraida
    - saya ada beberapa lagu rafeah buang sang putri keturunan bawean dari singapura itu, tapi tak banyak laa. cubalah awak jenguk2 di popoknet. rasanya kawan saya tu banyak stoknya.

    @ obi wan kentucky
    - lagu tu memang top meletop pada waktu tu. suara julie remie tu memang benar2 menggugat jiwa!

    @ mclaron
    - tak payah susah2 pergi tempat lain, kat sini pun ada 11 lagu. semua high quality tu. tu ler, lain kali bacalah sekali link yg direkomenkan.

    ini link kalau berhajat nak download 11 lagu2 julie remie. semuanya dalam rakaman asli. http://nasron.wordpress.com/2008/12/07/irama-70an-julie-remie-koleksi-mp3/

  13. ayang1478 Says:

    selama nih saya cuma dengar suara, tp pg nih saya dpt kenal dgn tuan punye suara. tak tahan air mata dengar lagu korban percintaan… leleh….. masih hidup ke penyanyi nih… x de info terbaru ke?

  14. liz Says:

    hai, I pun lama cari lagu ini especially rintihan dara. lagu nye memang sedih tangkap lelh, tapi tk penah dapat download lagu. mcmana. i dgr lagu dia since i study kt singapore.. voice dia memang manja.

    tk leh ke save ada savefile mcm biasa i download

  15. adnan Says:

    Salam.
    Terima kasih atas usaha saudara ini. Saya juga minat Julie Remie dan masih putarkan album nya yang saya ada(satu saja).. susah nak dapat.
    Memang saya minat suaranya giler.. Apalah khabarnya dia..
    harap2 sentisa bahagia dan diberkati Allah swt. stiap masa.. Amin.
    Terima Kasih.

    * Kita patut ada satu pengkalan data(database) perihal segala artis2 kita dari dulu sampai sekarang buat tatapan generasi yg akan datang…

  16. Pak Mat Tempe Says:

    KALAU SESIAPA NAK DOWNLOAD LAGU2 JULIE REMIE DALAM FORMAT MP3, SILA KLIK LINK YANG DIBERIKAN.

    http://nasron.wordpress.com/2008/12/07/irama-70an-julie-remie-koleksi-mp3/

    LAIN KALI BACA SEMUANYA, JANGAN MAIN POTONG2. BINI PAK MAT PEKAK BADAK, TAPI MATA TAK RABON.

    SELAMAT MENDOWNLOAD DENGAN JAYANYA!

  17. fadhilahhisham Says:

    saya lahir 1978…tapi tetap suka lagu korban percintaan..besh sungguh n syahdu…

  18. man fci Says:

    aku minat sangat ngan suara manja dan unik julie remie,terutama lagu korban percintaan,sebenarnya suma lagu dia aku minat,3 hari 3 malam cari lagu dia kat internet,jumpa gak kat you tube,tapi kena convert la dari fail flv ke file mp3,leceh banyak kerja…minat punya hal tak per…
    thanks very much.. atas usaha ngko kumpul lagu dia…apa cerita julie remie skg ni ye?….


Tinggalkan jawapan