
Apakah lagu berbahasa Bawean yang paling terkenal sekali? Tentu saja lagu La Aube / La O Be yang dinyanyikan oleh Kassim Selamat, penyanyi kugiran The Swallows pada era 60an.
Video klip di bawah diambil pada Konsert Masih Ada Yang Sayang – A Ramlie pada tahun 1996 yang mana Kassim Selamat menyanyikan lagu La Aube secara miming (sebab dah uzur-tua) dengan latar belakang lagu nyanyian asal (Original Version).
Berikut saya senaraikan lagu-lagu top nyanyian Kassim Selamat & The Swallows dalam format mp3 untuk anda mendengarnya dan juga download sekiranya mahu. Anda cuma perlu klik sahaja pada tajuk lagu.
- Ambin Ku
- Angkok Bilis
- Bunga Berachun
- Hanya Si Dia
- Jangan Putus Harapan
- La Aube / La O Be
- La Krebna
- La Ngomber
- Lek Paju Mole
- Ma’iti Ma’ila
- Marwiyah
- Nga Lompak Ago Go
- Salam Perpisahan
Keratan akhbar Berita Harian bertarikh 19 Mei 2006 yang berkaitan dengan Kassim Selamat dan The Swallows;
Nostalgia: Kassim Selamat rindukan M Osman di IB
Oleh: Zainuri Misfar
Orangnya kecil saja tapi gaya masih segak walaupun sudah berumur 72 tahun. Suara semasa menyanyi lagu La Obe masih bertenaga.
ITULAH Kassim Selamat. Dia antara penyanyi veteran era 60-an yang diundang mengadakan persembahan muzikal Suzana@60-an di Istana Budaya, baru-baru ini.
Namun, di sebalik keceriaan teater muzikal itu hatinya sebak tatkala melihat kemunculan Afida S yang turut diundang khas pada persembahan itu. Dia semakin sayu melihat Aziz M Osman muncul di tengah-tengah pentas menyanyikan lagu Suzana dalam irama sentimental.
Bagi Kassim, hubungannya dengan M Osman memang akrab. Kemunculan Afida dan Aziz mengimbau nostalgia ketika bersama rakannya itu.
“Sebab itulah saya rasa sebak apabila melihat anak arwah, Aziz dan isterinya, Afida muncul di Istana Budaya. Saya kagum dengan dia.
“Ada banyak nostalgia antara saya dengan arwah M Osman. Hubungan kami sangat rapat. Bukan saja pada arwah tetapi juga isterinya, Afida,” katanya semasa ditemui selepas mengadakan persembahan di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Kassim adalah antara sekumpulan penyanyi tahun 60-an yang diundang mengadakan persembahan muzikal Suzana@60 di Istana Budaya, bulan lalu.
Turut diundang ialah A Halim, Datuk A Rahman Hassan & Nirwana, A Rahman Onn, Adnan Othman, Ahmad Jais, Datin Azizah Muhamad, Fatimah M Amin, Jefrydin, L Ramlie, M Ishak, S Mariam, S Roha dan Zam Zam.
“Persembahan pada malam itu sangat bagus. Saya bangga menjadi sebahagian penyanyi 60-an yang diundang mengadakan persembahan di Istana Budaya.
“Tapi paling saya terharu sangat apabila tengok anak arwah (M Osman) muncul menyanyikan lagu bapanya (lagu Suzana). Saya jadi semakin hiba apabila melihat kemunculan isteri arwah.
“Sebenarnya sedih apabila dapat jumpa semula keluarga arwah M Osman. Jiwa dan hati saya memang sensitif dengan keluarga arwah,” kata Kassim yang tiba-tiba bergenang air mata dan menghentikan perbualan ini apabila menyebut nama M Osman.
Kalau M Osman terkenal dengan lagu Suzana, nama Kassim Selamat tentu tidak dapat dipisahkan dengan lagu A Lompak A Go Go, selain La Obe – kedua-duanya dinyanyikan dalam loghat Bawean.
Walaupun tidak difahami maksud seni katanya oleh kebanyakan peminat muzik ketika itu (juga zaman sekarang) lagu ini tetap diminati, sedap didengar mungkin disebabkan susunan muziknya yang catchy.
Namun, lagu La Obe juga memperkenalkan nama penyanyinya, Kassim Selamat yang kekal sehingga sekarang, terutama di kalangan kumpulan zaman 60-an.
Beliau mula membabitkan diri dalam dunia seni sejak tahun 1960 dengan Pancaragam Pemuda Ria Party.
“Bersama pancaragam ini, kami sering mengadakan persembahan di kenduri kahwin atau pada majlis keramaian. Satu-satunya lagu yang saya masih ingat ketika bersama pancaragam ini ialah lagu Bagai Dijanji,” kata Kassim.
Tidak lama selepas itu, Kassim menyertai kumpulan The Swalows.
Kumpulan The Swalows ini mula dikenali dengan lagu Gadis 17 yang dimuatkan dalam filem Pontianak. Lagu itu dinyanyikan Ahmad Daud. Apabila beliau meninggalkan kumpulan itu sebagai penyanyi, tempatnya terus digantikan oleh Kassim Selamat.
Ketika itu, katanya, The Swalows kurang mendapat perhatian sehingga tidak dipedulikan pengurus kelab malam atau penganjur persembahan pentas.
“Tidak mudah untuk meletakkan The Swalows sebaris dengan kumpulan muzik yang ada ketika itu. Walaupun sudah merakamkan lagu, tetapi populariti The Swalows tidak memuaskan.
“Untuk mencari kelainan, kami mencipta lagu dalam bahasa Bawean. Dan ia berjaya. Pada waktu itu barulah banyak pihak mengundang kami mengadakan persembahan di tempat mereka. Layanan yang kami terima juga berubah, semakin baik, bertambah baik…,” katanya lagi.
Tambahnya lagi, dia bersama kumpulan itu adalah antara kumpulan muzik terawal yang menjadi artis di bawah label EMI.
“Ada beberapa lagu yang kami sempat rakamkan. Tapi tidak lama selepas itu, kami tidak dapat merakamkan album. Waktu itu, cetak rompak juga menjadi-jadi menyebabkan kami masing-masing tidak menyanyi lagi,” jelasnya.
Lagu La Obe tetap istimewa kerana ia pernah disenaraikan dalam carta lagu hits di Jerman pada waktu itu.
“Malahan kami juga pernah diundang untuk mengadakan persembahan di Jerman selama tiga bulan. Tapi terpaksa tolak sebab ada antara kami sudah berkeluarga selain masalah mendapatkan makanan halal.
“Sebenarnya kami tidak tahu kenapa mereka suka lagu La Obe. Mungkin mereka berasakan bahasa Boyan tu hampir sama bunyinya dengan bahasa Jerman,” kata Kassim, yang mengakui kedua-dua orang tuanya memang berasal dari keturunan Bawean.
Lirik Lagu La Aube
Setulu Bule Kape Rakan
Neng Kene Bule La Ngastabe
Setulu Malem Eberek Masem
Arapa Bule Tak Tau (2 kali)
* Arapan Arapan Alek
La Au Be Ti Naju Bule
Atong Ku Atong Ku Alek
Bule Ngastabe
Aung Ke Aka Ropana
Toro Naka Imbirna
Paste Naka Ropana
Se Mu Ingak Kapan Dirna
Arapan Arapan Ale
La Au Be Ti Naju Bule
Atong Ku Atong Ku Alek
Bule Ngastabe
Lagu dan Seni kata: Yusof Rahman & Afandi Haji Abdul Rahman
Penyanyi: Kassim Selamat
Profil Kassim Selamat
Nama Sebenar: Kassim Rahmad
Tarikh Lahir: 9 Ogos 1934
Tempat Lahir: Sembawang, Singapura
Isteri: Marwiyah Haji Adar
Anak: 4 orang (7 cucu)
Sembilan Lagu Popular Kassim Selamat daripada 20 lagu yang pernah dirakamkan, iaitu Bagai Dijanji; Hanya Si Dia, Ambin Ku Patah Lagi, La Obe, Angkut Angkut Bilis, Marwiyah, NgalompakAgo Ago dan Ma’Iti Ma’Ila.
Nota: Terima kasih kepada www.muziknusantara.com untuk informasi dan popoknet.blogspot.com untuk lagu-lagu mp3 dan YouTube untuk video klip.

30 Disember 2007 at 5:47 am
pergh, klasiknya…..
1 Januari 2008 at 6:46 pm
ada yang lebih klasik, tunggulah ya…
terima kasih singgah… singgah2 la selalu
4 Januari 2008 at 10:48 am
wah..sangat2 menarik. teruskan usaha.
21 Januari 2008 at 11:20 pm
best la.. atleast aku bangga menjadi half bawean… heheheee…
thanks utk lagu2 ni… mak aku mesti hepi dapat dgr ni…
Nasron jawab;
Ya, ya betul tu cik Liza. Ada penyanyi 60an lain yang juga orang Boyan/Bawean iaitu S Jibeng dan Jaafar O. Insya’allah lain kali saya upload lagu mereka.
29 Januari 2008 at 7:02 pm
emh…alammak….senangnya dengerin lagu la aobe. lagunya energik membuat badan bergoyang. lagu ini sangat populer di pulau bawean indonesia pada awal tahun 1990-an.
Nasron jawab;
1990-an baru top di Bawean?…ck ck ck… kok telat sih. Lagu itu sebenar udah ngetop banget di Malaysia dan Singapore pada akhir tahun 1960an dan awal 1970an. Malah lagu tersebut pernah jadi Juara di German selama 3 bulan berturut-turut waktu itu.
14 Mac 2008 at 3:36 pm
walaupun saya tiada pada zaman 60′an..tp bila saya mendengar irama lagu ini membuat saya terasa seperti berada pada zaman emak&ayah saya itu….!!
syabas buat moderator…!!
Nasron jawab; Itulah antara keistimewaan lagu2 60an… hehehe…
9 Mei 2008 at 5:19 pm
lagu2 bawean ni walaupun tak faham maknanya, tapi yg pelek tu boleh hafal setiap senikatanya, terutama lagu La Obe…sampai sekarang saya tak tahu pun apa maknanya La Obe tu…
*nak tahu lebih lanjut kenalah bertanya dgn Sani Sudin Kopratasa*
Nasron jawab;
Betul kok itu wak. Memang saya ini pun ndak ngerti bosone Bawean. Tapi saya hantam sajalah. Yang penting, layannnnn… asik goyangannya! Ewahhhh…!
Saya banyak kawan2 Bawean/Boyan baik di Malaysia atau Singapore. Tapi kebanyakan mereka dah tak tahu bahasa Boyan. Diorang sekarang dah “speaking London”!
Tak payah tanya Sani Sudin, tanya aja kat Wak Boyan tetangga saya ni.
21 Mei 2008 at 12:38 pm
Bagus atas sumbangan anda. Kalau ada lagu lagu d zaman 60′an , boleh menilai lagu lagu yang ada erti. Minta keluarkan lagu lagu dari A.karim Jais, Ismail Kasdi dsb.
Nasron jawab;
Terima kasih sebab sudi melawat weblog saya. Saya rasa saya ada memuatkan lagu2 A Karim Jais di BOXNET saya. Saya ni kadang ingat2 lupa. Tapi lagu2 Ismail Kasdi saya tak pasti pula.
Saya ada simpan lagu2 A Karim Jais. Insya’allah kalau lapang saya akan upload atau email ke Encik Mohyuddin.
12 Jun 2008 at 10:16 am
Salam..
Saya amat kagum dengan website saudara. Anda sungguh baik hati kerana mengongsi lagu2 60an dan beri kami laluan untuk download. Suami saya amat minat dengan lagu2 yg telah dipaparkan.
Sekiranya saudara mempunyai koleksi lagu yg boleh kami download seperti : The Quest, The Hornet, Clique Fantastique, Impian Batek, M Rahmat dan M Bakri, bolehlah kongsi bersama kami.
Saya beramat terima kasih pada saudara yang baik hati.
Nasron jawab;
Terima kasih kerana sudi melawat weblog saya yang “haru-biru” ini. Rasa terharu sampai biru jadinya. Hehehe.
Saya memang ada koleksi lagu2 tersebut. Tapi sekarang ni ada masalah sikit dengan BoxNet. Jadi tak dapat nak upload lagu2 tu. Maklumlah, orang tak bayar yuran, mana boleh buat lebih2. Sekarang harga minyak naik kat Malaysia ni, lagi lah masalah. Sabor jer laa…
13 Jun 2008 at 5:37 pm
Salam Saudara Nasron…
Jutaan Terima kasih kerana sudi balas. Senang hati saya bila dengar yg saudara ada koleksi2 itu semua. Alhamdullilah… saya akan tetap sabar menunggu, harap tidak dihampakan ya.
Sekali lagi terima kasih.
Nasron jawab;
Memang tak nak menghampakan. Cuma kena sabar sikit ya. Sikit jer lagi.
30 Jun 2008 at 4:42 pm
Pembetulan untuk nasron. sebenarnya dlm konsert “Masih Ada Yang Sayang” Pak Kassim menyanyi secara “live” saya antara ribuan yang hadir di konsert tersebut. Mungkin awak tonton melalui youtube tersebut kerana telah dieditkan dengan lagu original version. Saya tengok beliau sihat je mlm tu kerana masa lagu “ngak lompak ago go” beliau boleh menari lagi .
Nasron jawab; Oh begitu kisahnya. Terima kasih atas informasi yg diberikan.
13 Ogos 2008 at 9:09 am
retro stays in mind. cant help it. keep on dwelling in the good old days. dgr lagu kat piring hitam. fuh, nikmat dia, tak terbanding dgn stereo pc sekarang.
terima kasih sebab sertakan lirik dia skali.
8 Oktober 2008 at 3:33 pm
Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. lagu2 ni mengingatkan saya kpada asal usul keturunan saya.. Walaupun umur saya boleh dikatakan masih remaja, tp saya bangga mendengar dan membuat koleksi lagu2 seperti the swallows ni supaya lagu2 seperti ni tidak terus luput…
Terima kasih kepada En. Nasron.. Well Done..
9 November 2008 at 11:41 am
aku org boyan!!! go boyan,walaupun lahir kat malaysia,mak bpk aku pun lahir kat malysia tapi kteorang xpenah lupe asal usul nenek moyang kteorg.
aku pun da pernah jejak kan kaki kat PULAU BAWEAN.memang bezzz..taun 2006 aku pegi sane.. nant aku ade duit nak g lg..(maksud LA A OBE – DAh berubah)
9 November 2008 at 1:54 pm
hi , kassim selamat pakcik i and he still rockz…..
7 Januari 2009 at 3:28 am
salam…
ada tak koleksi lagu m. osman. bila saudara sebut pasal m osman teringat diapun banyak lagu yang best2… bleh tak upload lagu tu… tq
20 Januari 2009 at 12:27 am
Tulah banyak orang Boyan kat Malaysia nie…. cuma banyak yg x nak mengaku je…Best apa lagu tue…Harap org Boyan yg dah berjaya, igt2 lah dg asal usul.
4 Februari 2009 at 10:44 am
aku dah lama dgr lagu la obe ni,,,ms
mg sedap…tambah pulak aku mmg minat irama 60an,,,kalo nak tau basses swallows ni paklong aku,,hehe,baru tau,,,org singapore,,,
14 April 2009 at 8:46 am
Hi Nasron,
I hope you will read this because I have been searching for the Swallows for the last 5 months. My name is Andy Young and I used to sing with them in the 60s when they first started. We had a manager called A.A.K. Surattee but we all parted company after a while.
Please go to my blog as I have some postings on the Swallows and myself.
Sudi mampir:
singapore60smusic.blogspot.com
Cheers,
Andy
21 Mei 2009 at 10:09 pm
Aku memang minat lagu -lagu 60an .Antaranya Kassim Slamat dan Swallows.Memang bertuah, keluarga kami masih menyimpan EP Kassim Slamat dan The Swallows yang mengandungi lagu “Bunga Berachun , Tak Kunjong Tiba, Nga Lompak A-Go-Go dan Oh Marwiah yang diterbitkan pada tahun 1967 dengan nombor siri ECHK.564-(P)1967 terbitan Columbia Records ( EMI) dirakamkan di Singapura.EP ini kerap kami mainkan dengan menggunakan alat pemain piring hitam ( turntable ). EP Rafeah Buang Dengan The Swalliows-1968 juga ada dalam koleksi kami menampilkan lagu-lagu seperti Gadis Sunyi, Menunggu , Kehilangan dan Kacha Mataku (lagu berhantu ) .EP ini diterbitkan oleh Parlophone (EMI) RECORDS -South East Asia) dengan nombor siri EGEP 637 .Sekadar berkongsi….
3 Julai 2009 at 7:24 pm
Aku keturunan campur boyan + Jawa + melayu.Tapi aku faham kalau nenek aku cakap. Cuma aku tak pandai nak balas cakap diorang.
Dulu masa kecik(7tahun) ada kaset the swallows. Lepas tu hilang kena curi.Umur dah 34 baru baru jumpa balik lagu ni. Terima kasih En.Nasron
10 Julai 2009 at 11:34 am
Salam. Dulu waktu kecik-kecik teringat lagi aku bila ayah main AP the swallows. Sekarang nak cari balik dah tak jumpa. Ada tak lirik untuk lagu-lagu lain dalam album the swallows selain dari lagu La Aube. Terima kasih.
22 Julai 2009 at 2:15 pm
gak pernah terdengar kat Indonesia…
Nasron jawab: Komen yang ini saya lepaskan. Komen yang satu lagi terpaksa saya singkirkan kerana tidak sopan, biadab, provokasi dan kurang ajar! You’re are not welcome here.
3 Ogos 2009 at 12:34 am
masih banyak lagi lagu kassim selamat yg masih tiada
apa kata carikan lagu Rikino Badjuri Dia pun ada lagu boyan
Apa pun terime kasih kerana berkongsi koleksi
16 Ogos 2009 at 8:52 pm
awak mmg best laa….seronok dpt dengar lagu2 60an yang awk ada ni…saya peminat lagu 60an..
7 September 2009 at 8:23 am
mengingatkan kembali kenangan sewaktu masih kecil dulu, masa tu usia baru 6 tahun, terima kasih kerana anda membawa kembali kenangan itu
15 Oktober 2009 at 5:09 pm
aq memang mnat kumpulan nie.. baru skunk jumpe.. hye sume salam knln.. aq pun ank orang boyan.. dah mnetap kat key 19 tahun dah.. tapi xpnh blik boyan.. teringin jgk balik sane.. kalo de cite pape kat sne kongsi2 la erk.. calo.. asare paraben phebian.. huuhuh