Lagu-lagu Sohaimi kebanyakannya dicipta sendiri. Selain dari mempunyai suara jantan hingga digelar “Broery Marantika Malaysia”, dia juga mempunyai kebolehan mencipta lagu yang hebat dan lirik yang puitis. Lagu Epilog Cinta Dari Bromley katanya merupakan sebuah lagu yang berdasarkan pengalaman peribadi seorang kawannya ketika menuntut di United Kingdom. Memang benar, nama jalan Bromley itu benar-benar wujud di sana! Sohaimi memang seorang yang berpelajaran tinggi. Beliau pernah belajar di United Kingdom dan juga Jerman dalam bidang kejuruteraan.
Sohaimi Mior Hassan anak jati negeri Perak, mula merakamkan album pada 1982 bertajuk Prolog yang menampilkan lagu Epilog Cinta Dari Bromley sebagai “killer song”. Lagu tersebut masih bertahan dan terus diminati sehingga sekarang. Selain itu juga Sohaimi ada mengeluarkan dua lagi album bertajuk Dedikasi dan Misteri Cinta.
Saya secara peribadi memang sangat meminati lagu-lagu beliau yang pernah menjadi teman ketika saya menuntut di sebuah universiti tempatan pada awal 90an dulu. Saya tidak mengkategorikan diri saya sebagai “jiwang”, tapi saya memang minat terhadap lagu-lagunya sebab liriknya yang bagus, puitis dan pada masa yang sama juga sangat realiti. Antara lagunya yang saya minati ialah Kebun Kita, Apabila Isteriku Tertawa, Suatu Aku Yang Terlena dan banyak lagi.
Sohaimi Mior Hassan telah menerbitkan album baru pada Oktober 2007 (kalau tak silap) bertajuk Suatu Hari Nanti yang kini telah beredar di pasaran. Cepat-cepatlah cari di kedai kaset atau cd. Belilah yang original ya! Lagu-lagu barunya sedap-sedap belaka. Ada sentuhan Prof. Madya Khairil Johari Johar, Mohar dan beberapa orang hebat di industri muzik tanahair. Beli jangan tak beli!
Berikut saya berikan link untuk mendengar dan juga mendownload lagu-lagu top Sohaimi Mior Hassan. Semua lagu adalah dalam format file mp3.
- Apabila Isteriku Tertawa
- Di Suatu Musim Bunga
- Epilog Cinta Dari Bromley
- Kau Kepunyaanku
- Kini
- Misteri Cinta
- Ros
- Sandarkan Resahmu Di Bahuku
- Sedari Dulu
- Semalam Aku Terfikir Sesuatu
- Suatu Aku Yang Terlena
- Suatu Permohonan Suatu Ketika
Sohaimi Mior Hassan mempunyai laman webnya sendiri iaitu sohaimimeorhassan.com. Kalau anda peminat beliau, silalah singgah ke sana!
Saya tidak akan upload lagu-lagu dari album terbaru beliau (Suatu Hari Nanti) sebab masih boleh didapatkan di pasaran. Kita mesti support penyanyi kita, jika tidak, siapa lagi?
EPILOG CINTA DARI BROMLEY
Kau tersenyum manja
Menyatakan hasrat di hatimu
Kau kata kau cinta
Cinta pertama kepadaku
Ku hampir tergoda
Bergelora dalam kalbu
Kau bukan untukku
Kau dan aku tak mungkin berpadu
Nun di sana
Beribu batu
Kau kutinggalkan bersama hatimu
Nun di sana
Kau meratap pilu
Satu masa nanti
Kau akan mengerti
Apa maksudku
Kini kau menanti
Harapanmu abadi terhadapku
Kau coretkan lagi
Rahsia hatimu kepadaku
Ku doakan dikau
Bertemu seorang teman sejati
Yang satu aliran
Satu kepercayaan
Aduhai Kathy

1 Januari 2008 at 2:43 pm
sedap la lagu neh
1 Januari 2008 at 6:47 pm
lagu2 sohaimi memang best baik dari segi melodi, lirik mahupun arrangement.
ada lagi yang belum saya upload. lepas ni semua nak tukar jadi mp3.
27 Januari 2008 at 9:40 am
mmg best. saya sebagai seorang remaja pun boleh terpikat. baik dengar lagu2 cmni berbanding lagu yang tah hape2 kat pasaran skrg. takde nilai seni.
Nasron jawab;
Yaaaaaa… betul tu!
28 Februari 2008 at 5:20 pm
salam semua
memang cun lagu2 sohaimi ni
tq
Nasron jawab: Memanglah cun… sebab tu lah saya buat post pasal dia. Selamat mendengar lagu2 yang best dari Sohaimi!
24 Jun 2008 at 3:38 pm
wa manyak suka sohaimi meor woo. lia munya lagu manyak baguih. wa ali ali dengar lagu epilok cyinta dr bombey woo. tapi syang 1000 x syang, lia munya album wa takda lagi. ada sapa mau bagi wa percuma ka? wa manyak hepi. lagi wa mau cari lagu bile bini wa mnyak ketawa. wa pun ketawa juga.
emial wa sapa ada itu lagu ya.
wa chow dulu.
Nasron jawab;
lu lambat la apek. itu lagu semua muleh daunlot. tapi itu boknet sulah kasi blocked sebab sulah over benwit. lu tungku mingku tepan. tatak moleh minggu tepan, lu tungku bulan tepan. tatak moleh bulan tepan, lu tunggu lain tawon maaa. heedop misti gumbila, hati misti sinang maaaa… misti mau ketawa maaaa… mali kita ketawa besama-sama… ketawa selupa apek… hahaha haiyaa….
26 Jun 2008 at 5:37 pm
Suhaimi meor hassan adalahsalah seorang penyanyi faveret saya….suara dia memang ump….
Nasron jawab;
Saya pun suka, ketua kampung saya pun suka, isteri ketua kampung saya lagilah suka… Hehehe…
8 Julai 2008 at 4:56 pm
aiya naslon…
wa mau cali itu laghu demoklasi kita.
kita munya negala ada demokrasi ka?
ini sekalang?
wa tatak muas athi, ali-ali media kuar belita,
wa pun tak muas ati, itu belita belat munya timbang
talak baik. timbang tarak baguis.
amcm olang kta negra kicta demoklasi.
olang baik-baik trak dpt keadilan?
wa manyak sedih, wa nangis. kasihan itu plang
buat baik dpt taik. aiyak…
utk itu wa nk laghu “Ini mukan demoklasi kita”
by abang somi meo hasan la.
wa talak suka olang suka tindas olang lain utk jaga periuk sendili ooo. itu olang klu mati susah nanti. jgn aniaya olang lain. tuhan malah meh…
p/s: suka ati tgk semua olang hidup epi gumbila.
Nasron jawab; Aiya apek aaaa… lu minta itu lagu manyak susah mau tapat oooo… nanti wa ciakap tulu sama sohaimi minta itu lagu… lu tungku aaa… sikijapppp aaa… sikijappp aaa… manyak sabaaa aaa…
8 Julai 2008 at 5:42 pm
tengok abang suhaimi meor hassan nampak kurus , kenapa agaknya? makan hati ke apa?
p/s : orang sebelah tu ari-ari makan tulang buat sup.
8 Julai 2008 at 9:00 pm
Kepada apek / saleh da great, saya ada lagu baru untuk awak. Sila tengok http://nasron.wordpress.com/2008/07/08/ini-bukan-demokrasi-kita/
14 Julai 2008 at 2:23 pm
naslon naslon, wa sulah downlod ilu laghu demoklasi, tapi wa munya masalah donlot blum abis. ada balan laggi 6 percent. wa frust la ini macam. mana muleh main lagu tu tk cukup percent.
p/s : wa mingung sangat ….
15 Julai 2008 at 9:23 pm
aloo apek nama selupa mat saleh, wa sulah cek itu lagu demoklasi. suma okey appa… tatak masalah lhor. apa macam lu ciakap ata belen 6 persen tatak abis? wa ingat aaa, lu donlot tatak komplit maaa. wa ingat lu misti kasi donlot lagi. ini kali kasi donlot botol-botol maaa. lu jiangan main-main lain internet maaa. wa ingat tulu lu donlot ala bloken. ini kali kasi donlot botol-botol… jiangan main-main…
p/s: lu mingung? wa lagi manyak mingung! tapi mingung tatak bagus. mingung tatak bole juai… tatak kaya maaaa…
17 Julai 2008 at 8:56 am
heheh macam macam la korang ni…
gelak sesorang aku baca
27 Ogos 2008 at 11:38 pm
askm… nice… ade permintaan nie. kalau ade mp3 senandung sambal tumis.. tq..
ngah kumpul lagu lagu lama …. rakyat dsbnya.
24 Januari 2009 at 5:39 pm
mmg best2 gila lagu dia ni
bnyak makna
SMH ni dah kawin ke?n mana wife dia skg ye??
30 Januari 2009 at 9:51 pm
salam sejahtera/persaudaraan
seperkara yang menarik hati saya tentang suhaimi meor hasan…”phrasingnya” mantap…..feel apa lagi fuuh
31 Januari 2009 at 4:38 pm
mcm mana nak download lagu suhaimi ni?????
11 April 2009 at 9:53 pm
What say kalau SMH buat konsert di Istana Budaya? Dia ada lagu baru yang begitu puitis, ketuhanan, syahdu dan buat kita berfikir tentang kehidupan dan hala tuju dunia akhirat. Just simple awesome!
10 Mei 2009 at 7:34 pm
Epilog Cinta Dari Bromley banyak meninggalkan kenangan ketika saya belajar di UK kira-kira 20 tahun dahulu
18 Julai 2009 at 7:22 am
Hai Guys, SMH memang 1 dan tiada bandingannya! Cara dia compose lagu, nyanyi lagu, lirik dia, suara tok sah cakap le. Personally he is a man of substance tapi sayang anak -anak muda lebih terikut-ikut dengan irama barat yang hilang arus jati diri dan kebudayaan.
Met him & family personally, very down to earth and humble guy! Karektor yang tiada pada penyanyi lain! Isteri nya very understanding and 3 anak2 perempuannya comel lote! Mari kita doakn yang terbaik utk beliau and terus berkarya.