Irama 80an: Sohaimi Mior Hassan (Epilog Cinta Dari Bromley)


Lagu-lagu Sohaimi kebanyakannya dicipta sendiri. Selain dari mempunyai suara jantan hingga digelar “Broery Marantika Malaysia”, dia juga mempunyai kebolehan mencipta lagu yang hebat dan lirik yang puitis. Lagu Epilog Cinta Dari Bromley katanya merupakan sebuah lagu yang berdasarkan pengalaman peribadi seorang kawannya ketika menuntut di United Kingdom. Memang benar, nama jalan Bromley itu benar-benar wujud di sana! Sohaimi memang seorang yang berpelajaran tinggi. Beliau pernah belajar di United Kingdom dan juga Jerman dalam bidang kejuruteraan.

sohaimi-mior-hassan.jpg
Sila klik untuk besarkan foto.

Sohaimi Mior Hassan anak jati negeri Perak, mula merakamkan album pada 1982 bertajuk Prolog yang menampilkan lagu Epilog Cinta Dari Bromley sebagai “killer song”. Lagu tersebut masih bertahan dan terus diminati sehingga sekarang. Selain itu juga Sohaimi ada mengeluarkan dua lagi album bertajuk Dedikasi dan Misteri Cinta.

Saya secara peribadi memang sangat meminati lagu-lagu beliau yang pernah menjadi teman ketika saya menuntut di sebuah universiti tempatan pada awal 90an dulu. Saya tidak mengkategorikan diri saya sebagai “jiwang”, tapi saya memang minat terhadap lagu-lagunya sebab liriknya yang bagus, puitis dan pada masa yang sama juga sangat realiti. Antara lagunya yang saya minati ialah Kebun Kita, Apabila Isteriku Tertawa, Suatu Aku Yang Terlena dan banyak lagi.

Sohaimi Mior Hassan telah menerbitkan album baru pada Oktober 2007 (kalau tak silap) bertajuk Suatu Hari Nanti yang kini telah beredar di pasaran. Cepat-cepatlah cari di kedai kaset atau cd. Belilah yang original ya! Lagu-lagu barunya sedap-sedap belaka. Ada sentuhan Prof. Madya Khairil Johari Johar, Mohar dan beberapa orang hebat di industri muzik tanahair. Beli jangan tak beli!

Berikut saya berikan link untuk mendengar dan juga mendownload lagu-lagu top Sohaimi Mior Hassan. Semua lagu adalah dalam format file mp3.

Sohaimi Mior Hassan mempunyai laman webnya sendiri iaitu sohaimimeorhassan.com. Kalau anda peminat beliau, silalah singgah ke sana!

Saya tidak akan upload lagu-lagu dari album terbaru beliau (Suatu Hari Nanti) sebab masih boleh didapatkan di pasaran. Kita mesti support penyanyi kita, jika tidak, siapa lagi?

EPILOG CINTA DARI BROMLEY

Kau tersenyum manja
Menyatakan hasrat di hatimu
Kau kata kau cinta
Cinta pertama kepadaku

Ku hampir tergoda
Bergelora dalam kalbu
Kau bukan untukku
Kau dan aku tak mungkin berpadu

Nun di sana
Beribu batu
Kau kutinggalkan bersama hatimu

Nun di sana
Kau meratap pilu
Satu masa nanti
Kau akan mengerti
Apa maksudku

Kini kau menanti
Harapanmu abadi terhadapku
Kau coretkan lagi
Rahsia hatimu kepadaku

Ku doakan dikau
Bertemu seorang teman sejati
Yang satu aliran
Satu kepercayaan
Aduhai Kathy

45 Respons to “Irama 80an: Sohaimi Mior Hassan (Epilog Cinta Dari Bromley)”

  1. KNizam Says:

    sedap la lagu neh 🙂

  2. Nasron al-Jauhari Says:

    lagu2 sohaimi memang best baik dari segi melodi, lirik mahupun arrangement.

    ada lagi yang belum saya upload. lepas ni semua nak tukar jadi mp3.

  3. hariz Says:

    mmg best. saya sebagai seorang remaja pun boleh terpikat. baik dengar lagu2 cmni berbanding lagu yang tah hape2 kat pasaran skrg. takde nilai seni.

    Nasron jawab;

    Yaaaaaa… betul tu!

  4. DDos Says:

    salam semua

    memang cun lagu2 sohaimi ni

    tq

    Nasron jawab: Memanglah cun… sebab tu lah saya buat post pasal dia. Selamat mendengar lagu2 yang best dari Sohaimi!

  5. saleh da great Says:

    wa manyak suka sohaimi meor woo. lia munya lagu manyak baguih. wa ali ali dengar lagu epilok cyinta dr bombey woo. tapi syang 1000 x syang, lia munya album wa takda lagi. ada sapa mau bagi wa percuma ka? wa manyak hepi. lagi wa mau cari lagu bile bini wa mnyak ketawa. wa pun ketawa juga.
    emial wa sapa ada itu lagu ya.
    wa chow dulu.

    Nasron jawab;

    lu lambat la apek. itu lagu semua muleh daunlot. tapi itu boknet sulah kasi blocked sebab sulah over benwit. lu tungku mingku tepan. tatak moleh minggu tepan, lu tungku bulan tepan. tatak moleh bulan tepan, lu tunggu lain tawon maaa. heedop misti gumbila, hati misti sinang maaaa… misti mau ketawa maaaa… mali kita ketawa besama-sama… ketawa selupa apek… hahaha haiyaa….

  6. Sesumpah Says:

    Suhaimi meor hassan adalahsalah seorang penyanyi faveret saya….suara dia memang ump….

    Nasron jawab;

    Saya pun suka, ketua kampung saya pun suka, isteri ketua kampung saya lagilah suka… Hehehe…

  7. saleh da great Says:

    aiya naslon…
    wa mau cali itu laghu demoklasi kita.
    kita munya negala ada demokrasi ka?
    ini sekalang?
    wa tatak muas athi, ali-ali media kuar belita,
    wa pun tak muas ati, itu belita belat munya timbang
    talak baik. timbang tarak baguis.
    amcm olang kta negra kicta demoklasi.
    olang baik-baik trak dpt keadilan?
    wa manyak sedih, wa nangis. kasihan itu plang
    buat baik dpt taik. aiyak…
    utk itu wa nk laghu “Ini mukan demoklasi kita”
    by abang somi meo hasan la.
    wa talak suka olang suka tindas olang lain utk jaga periuk sendili ooo. itu olang klu mati susah nanti. jgn aniaya olang lain. tuhan malah meh…
    p/s: suka ati tgk semua olang hidup epi gumbila.

    Nasron jawab; Aiya apek aaaa… lu minta itu lagu manyak susah mau tapat oooo… nanti wa ciakap tulu sama sohaimi minta itu lagu… lu tungku aaa… sikijapppp aaa… sikijappp aaa… manyak sabaaa aaa…

  8. saleh da great Says:

    tengok abang suhaimi meor hassan nampak kurus , kenapa agaknya? makan hati ke apa?
    p/s : orang sebelah tu ari-ari makan tulang buat sup.

  9. Nasron al-Jauhari Says:

    Kepada apek / saleh da great, saya ada lagu baru untuk awak. Sila tengok https://nasron.wordpress.com/2008/07/08/ini-bukan-demokrasi-kita/

  10. saleh da great Says:

    naslon naslon, wa sulah downlod ilu laghu demoklasi, tapi wa munya masalah donlot blum abis. ada balan laggi 6 percent. wa frust la ini macam. mana muleh main lagu tu tk cukup percent.
    p/s : wa mingung sangat ….

  11. Nasron al-Jauhari Says:

    aloo apek nama selupa mat saleh, wa sulah cek itu lagu demoklasi. suma okey appa… tatak masalah lhor. apa macam lu ciakap ata belen 6 persen tatak abis? wa ingat aaa, lu donlot tatak komplit maaa. wa ingat lu misti kasi donlot lagi. ini kali kasi donlot botol-botol maaa. lu jiangan main-main lain internet maaa. wa ingat tulu lu donlot ala bloken. ini kali kasi donlot botol-botol… jiangan main-main…

    p/s: lu mingung? wa lagi manyak mingung! tapi mingung tatak bagus. mingung tatak bole juai… tatak kaya maaaa…

  12. Sesumpah Says:

    heheh macam macam la korang ni…
    gelak sesorang aku baca

  13. KELANA Says:

    askm… nice… ade permintaan nie. kalau ade mp3 senandung sambal tumis.. tq..

    ngah kumpul lagu lagu lama …. rakyat dsbnya.

  14. Jlo Says:

    mmg best2 gila lagu dia ni
    bnyak makna
    SMH ni dah kawin ke?n mana wife dia skg ye??

  15. abang im Says:

    salam sejahtera/persaudaraan
    seperkara yang menarik hati saya tentang suhaimi meor hasan…”phrasingnya” mantap…..feel apa lagi fuuh

  16. mackery Says:

    mcm mana nak download lagu suhaimi ni?????

  17. zulkifli abdullah Says:

    What say kalau SMH buat konsert di Istana Budaya? Dia ada lagu baru yang begitu puitis, ketuhanan, syahdu dan buat kita berfikir tentang kehidupan dan hala tuju dunia akhirat. Just simple awesome!

  18. melayu nz Says:

    Epilog Cinta Dari Bromley banyak meninggalkan kenangan ketika saya belajar di UK kira-kira 20 tahun dahulu

  19. zulkifli abdullah Says:

    Hai Guys, SMH memang 1 dan tiada bandingannya! Cara dia compose lagu, nyanyi lagu, lirik dia, suara tok sah cakap le. Personally he is a man of substance tapi sayang anak -anak muda lebih terikut-ikut dengan irama barat yang hilang arus jati diri dan kebudayaan.

    Met him & family personally, very down to earth and humble guy! Karektor yang tiada pada penyanyi lain! Isteri nya very understanding and 3 anak2 perempuannya comel lote! Mari kita doakn yang terbaik utk beliau and terus berkarya.

  20. Johara Says:

    Saya pun peminat lagu2 Sohaimi. Siulan kami masa sekolah menengah dulu. TQ to Nasron for the compilation. Kini saya download untuk background music Reunion kelas kami semula.

  21. aina Says:

    xmau donload pun lagu~~sy minat giler2 lagu sohaimi

  22. Aryy Says:

    minus one lagu epilog cinta…….ni ada ka

  23. johana johari Says:

    ada tak mp3 lagu satu by sohaimi mior hassan? suka sangat lagu tu tapi tak tau nak cari kat mana

  24. Firdaus Says:

    Suhaimi Meor Hassan ni NAVY. Kawan bapak aku mase dlm NAVY dulu. die ni training kat UK mase dlm NAVY dulu. sbb dulu NAVY malaysia ade training kat UK, US, Australia. dulu die buat lagu ni utk awek die mase die kat uk, kathy. tapi last2 die die kawen dgn org lain. SMH pernah dtg ke lumut perak utk menyanyi kan lagu utk perkahwinan anak kawan bapak aku dulu. kawan2 yg same2 NAVY kat uk dulu. lagu ni mmg puitis best

  25. Rushdi Says:

    Salam…
    Bukan nak komen tapi nak tanya.
    Dimanakah boleh didapati album2 SMH ni? Dulu saya ada 2 album dia dalam bentuk kaset tapi malangnya tertinggal atas dashboard keta, parking tengah panas, rosak habis. Dah cari kat kedai tapi diorang dah tak ada dah…Terima kasih.

  26. fisal Says:

    tuan, boleh upload ke 4shared? link kt sini dah tak boleh pakai

  27. wak dogol Says:

    Aku nak tanya siapa tahu nama tajuk lagu ni dan di mana boleh di download? Ini lagi Sohaimi Mior Hassan jugak kan?

    Masa Menemukan, masa memisahkan
    Telah begitu ditakdirkan Tuhan
    Kini kau di sana dan aku di sini
    melayari hidup sendiri

  28. zack Says:

    im now 25 years old and im english man.
    really love his voice and his melody.
    because of him im now working in malaysia and married with malay. im now muslime. know him when i studied in liverpool and meet my wife ,malay girl. My wife teach me malay language by using suhaimi songs. LOvely song. Alhamdullilah my name now muhammad arshad since 4 years ago.

  29. ros Says:

    Cerita orang tua saya, lagu itu memang untuk girlfriend dia masa dia study kat obersee. Girl tu belajar main gitar dengan dia………

  30. norizan hassan Says:

    memang best lagu2 dia, especially suaranya yg memang susah nak cari dalam pasaran… sbb tu dia kekal bertahan hingga hari ni. lagi pun org nya bagus….bila dengar lagu2 beliau, memang tak kan jemu.

  31. mudan Says:

    nak mintak lagu yg dia nyanyi dalam loghat perak tu ade tak?

  32. adi Says:

    baru jumpa dia ptg td, SMH orangnye memang humble, dia pulak yang dtg bersalam dgn saya……semuga dia berjaya dunia dan akhirat, murah rezekinya kerana sentiasa memberi sedekah walaupun hanya senyuman. tabik lu bro

  33. rasli hussin Says:

    SMH ni kawan lama teman kat SM Teknik Tunku Abd Rahman Putra, Penang dulu. Masa sekolah dia pengawas dan pandai melukis.Dia guna nama Luxmikan Paralal (hero hindustan)dan suruh freshie2 ingat namanya. Kalau tak ingat nahas jawabnya. Masa tu senior2 kat teknik tu memang garang tapi baik n cerdik. Teingat juga classmatenya, Maun, Prof Madya Khairi & Prof Madya Mustafa Yen.

  34. MYname IsHan Says:

    Semasa Kilauan Emas di JB aku rasa sangat bertuah kerana berpeluang menjadi makmum kepada beliau,,hanya kita berdua bersolat asar..
    Belaiau memang seorang yg berhemah tinggi, merendah diri dan peramah..tidak lokek senyuman., aku juga dapat business cardnya. Sangat teruja kerana beliau adalah mentor juga penyanyi pujaan sejak aku sekolah menengah dulu. Lagu terhebat Senandung Getah Asli dan Senandung Padi malinja.

  35. ima zuki Says:

    saya membesar dizaman persekolahan 80-an dng lagu alleycats, sudirman, sohaimi meor hassan , jamal abdillah dll. lagu mereka ini amatlah menyusut jiwa dan masih diminati sehingga sekarang.

  36. sohaimi mior hassan Says:

    TERIMA KASIH PADA SEMUA PEMINAT YANG BUDIMAN. RASA MACAM TAK NAK NYANYI LAGI…TAPI BILA JUMPA PEMINAT YG SENTIASA TERSENYUM DAN MESRA..TERUJA NAK NYANYI SEMULA…RASA NYA KALAU BUAT LAGU SAJA PUN OK JUGAK…

    SAYA DOAKAN ANDA SEMUA SIHAT WAL AFIAT SELALU, JANGAN LUPA BERBAKTI PADA KEDUA IBU BAPA..SELALU HADIAHKAN WANG PADA MEREKA KERANA SERINGGIT KITA BAGI..BERIBU KALI GANDA ALLAH BERI PADA KITA..JANGAN LUPA SOLAT KERANA ITU LA KEKUATAN KITA…

    MAAF ZAHIR BATHIN, TERIMA KASIH SEKALI LAGI , IKHLAS DARI SAYA…SOHAIMI MIOR HASSAN

  37. reza Says:

    salam en sohaimi,

    bole saya dapatkan contact no? saya cadang nak jemput en sohaimi buat show untuk majlis syarikat saya.

  38. reza Says:

    salam en sohaimi,

    bole saya dapatkan contact no? saya cadang nak jemput en sohaimi buat show untuk majlis syarikat saya.

  39. Nasron al-Jauhari Says:

    terkezut dan gumbira sunggoh rasanya bila mendapat tahu tuan punya badan, enche’ sohaimi mior hassan singgah ke blog saya yang tiada apanya ini… terima kaseh enche’ sohaimi… semoga enche’ sohaimi gumbira dan berjaya di dunia dan juga di akhirat… amiin…

  40. Azmir Says:

    mana agaknya nak cari semua kaset/cd en sohaimi nih.. dah lama sungguh tak dengar lagu beliau memuji nama Allah tu (tajuk dah lupa) dan lagu berduet dgn Jem..

  41. shukrimh Says:

    salam,
    wak.itu lagu johari teh.judulnya ‘suatu masa,suatu ketika’.bukan sohaimi mh.(nanti marah pulak peminat johari teh)suara mereka memang nak serupa dan pejuang lagu2 puisi

  42. Aminah Hamzah Says:

    Saya memang meminati lagu Sohaimi. Lagu2nye memang puitis. Killer song beliau ‘Epilog Cinta Dari Bromley.’ membuat saya pasti rindu pada sasaorang. Last saya lihat beliau diTV dan nampak sudah berusia tapi suara tetap mengancam. I dont know his age, maybe he is my junior. Im 65. I really love his song.

  43. kerch.tk Says:

    Hi, I desire to subscribe for this webpage to obtain most up-to-date updates,
    thus where can i do it please assist.


Tinggalkan Jawapan kepada Nasron al-Jauhari Batal balasan