
Wahai kaum wanita, berhati-hatilah. Wahai ibubapa yang mempunyai anak perempuan, berhati-hatilah. Ketahuilah bahawa pencegahan itu adalah solusi yang paling tepat dalam menangani masalah ini.
Tahukah anda ramai perogol terdiri daripada;
- Teman lelaki
- Majikan
- Jiran
- Saudara mara
- Mereka yang dikenali mangsa
Bagaimana boleh berlaku?
- Perogol biasanya menyerang mangsa yang keseorangan di tempat sunyi.
- Menerima pelawaan perogol untuk bersiar-siar, bermalam di hotel atau rumah dan sebagainya.
- Makanan atau minuman yang mengkhayalkan atau tidak sedarkan diri.
- Mempercayai bomoh yang berjanji menyembuhkan penyakit dengan mengadakan hubungan seks.
- Memakai pakaian yang menjolok mata dan seksi juga mengundang bahaya ini.
Bagaimana mengelakkannya?
- Pastikan tiada orang lain di dalam kereta ketika anda hendak memandu sendirian.
- Sentiasa berwaspada ketika menuju ke kereta yang terbuka.
- Ketika hendak menggunakan pengangkutan awam, pastikan ada penumpang wanita lain bersama.
- Berwaspada apabila melihat orang yang kelihatan mencurigakan di sekitar kawasan kemudahan awam seperti di dalam tandas awam, stesen bas dan sebagainya.
- Pastikan anda berteman ketika masuk lif di tempat-tempat yang sunyi dan terpencil.
Mengapa ini berlaku?
- Gaya hidup yang berisiko. Banyak gaya hidup masakini yang boleh menjadi pencetus kepada berlakunya masalah rogol.
- Prinsip-prinsip keagamaan semakin dilupakan dan tidak diamalkan. Tidak menutup aurat, menggunakan pewangi yang berlebihan, tingkah laku yang memancing syahwat dan pergaulan bebas.
- Gejala video lucah, filem-filem yang mempunyai unsur lucah dan penerbitan-penerbitan lucah yang mempengaruhi seterusnya merosakkan pemikiran dan minda terutamanya generasi muda.
- Kawalan keluarga / orang tua yang terlalu longgar terhadap anak-anaknya. Tidak mengamalkan sikap ambil tahu dan sikap berwaspada selalu.
Nota:
- Dipetik dari brosur Mencegah Jenayah Tanggungjawab Bersama – Rogol – Rakan Cop Polis Johor, Hal Ehwal Awam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan sumber-sumber lain
- Ini adalah khidmat pesan masyarakat yang dibawakan oleh Apabila Nasron Menulis, nasron.wordpress.com

23 Januari 2008 at 12:53 am
terima kasih atas tips nie..saya akan berhati2 walaupun dgn org yg saya kenali,dan akan lebih berhati2 bila naik lif seorg diri..huhuu