Cara Membuat Puding Jagung Lengkap Dengan Kuah Buah-buahan


Resepi ini adalah atas permintaan Cik Ixora “Fly Over Me“. Dah beberapa kali dia minta tapi saya sibuk. La ni baru ada masa. Insya’allah resepi ini di samping sedap dan halalan toiyiba, juga baik untuk kesihatan kerana mengandungi banyak fiber. Lebih enak jika dimakan sejuk.

Dinginkan puding di ruangan biasa dalam peti sejuk dan JANGAN SESEKALI masukkan ke ruangan FREEZER. Kalau puding dah keras membeku, apabila ia kembali ke suhu normal, anda akan dapati teksturnya telah berubah menjadi “berurat-urat” atau “bersakar” dan tak sesuai dimakan, hanya layak ditongsampahkan!

PUDING JAGUNG

Bahan-bahannya;

  • Tepung Kastard 1 cawan
  • Air Masak 5 cawan
  • Susu Cair (Optional) 1 tin
  • Jagung Dalam Tin (Jenis Krim) 1 cawan
  • Gula Pasir ½ cawan
  • Garam 1 sudu kecil

Cara Membuatnya;

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk atau kuali.
  2. Kacau bahan sehingga rata dan tidak berketul-ketul.
  3. Siapkan dapur dan masak dengan api sederhana.
  4. Sentiasa kacau hingga adunan menjadi likat dan berkilat.
  5. Proses memasak memakan masa dari 30 hingga 60 minit bergantung kepada tahap kekuatan api. Saya sarankan gunakan api sederhana besar pada permulaan tetapi jika dah hampir likat, bolehlah kecilkan api.
  6. INGAT, anda harus sentiasa mengacau adunan untuk memastikan tidak berketul dan hangus!
  7. Setelah likat dan berkilat, tuangkan adunan ke dalam mangkuk atau bekas.
  8. Biar ia sejuk dalam suhu bilik atau kalau tak sabar sangat, sila rendam bekas kedalam air. Pastikan air tu tak masuk ke dalam puding ya!
  9. Setelah itu masukkan ke peti sejuk.

KUAH BUAH-BUAHAN (Kuah Cocktail)

Bahan-bahannya;

  • Buah-Buahan Dalam Tin / Cocktail Fruit 1 tin
  • Susu Cair 1 tin
  • Gula Pasir 4 sudu besar
  • Garam ½ sudu kecil
  • Tepung Jagung (Optional) 1 sudu besar
  • Air Masak ikut kesesuaian

Cara Membuatnya;

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
  2. Masak dengan api sederhana kecil.
  3. Bila dah mendidih, sila tutup api dan sejukkan.
  4. Jika anda dapati kuah terlalu pekat, sila tambahkan air masak mengikut kesesuaian yang anda perlukan.
  5. Jika anda merasakan kurang manis, sila tambah gula pasir atau gunakan SUSU/KRIMER PEKAT MANIS.
  6. Setelah selesai memasak, sila sejukkan kuah dengan suhu bilik.
  7. Apabila kuah telah bersuhu normal, masukkan ke dalam peti sejuk.

NOTA TAMBAHAN

  • Seeloknya kemanisan puding hanya “manis-manis buah” sahaja sebab ia akan dilumuri oleh kuah buah-buahan yang melengkapkan rasanya yang sebenar – manis, sedikit masam buah dan berkrim susu.
  • Kesan penggunaan SUSU CAIR dalam membuat puding ialah ia akan memberikan tekstur yang lebih lembut, warna putih susu dan rasa “lemak”.
  • Jika SUSU CAIR tidak digunakan, puding akan lebih menonjol warna kekuningan, teksturnya rapuh dan kurang “lemak”.
  • Puding yang dijual di pasaran terutamanya di pasar malam atau pasar ramadhan tidak menggunakan SUSU CAIR kerana faktor kos. Namun jika anda suka rasa yang begitu, so jangan letak SUSU CAIR la. No problem punya!
  • Fungsi TEPUNG JAGUNG dalam bahan membuat KUAH BUAH-BUAHAN ialah untuk memekatkan kuah itu. Jika merasa tidak perlu atau tidak suka, jangan letak. Tiada masalah!
  • Anda boleh tambah buah-buahan seperti anggur, potongan kecil tembikai susu, betik, pic dsb.
  • Ada resepi (dari orang lain yang anda boleh dapat banyak di internet) yang tidak banyak menggunakan air untuk membuat puding. Boleh tu memang boleh, tetapi dikhuatiri jika tak pandai atau tersilap, puding kamu nanti jadi “jelantah” atau tak cukup masak. Kerana waktu memasak yang singkat sebab airnya sikit, tepungnya jadi tak berapa masak pula. Saya syorkan 5 cawan, tapi isteri saya letak 7 cawan… hehehe! Pilih, nak ikut cara saya atau cara isteri saya, dua-duanya boleh! Insya’allah menjadi!
  • Ada beberapa gambar di internet yang saya dah tengok, mulanya saya nak cilok dan letak kat sini tapi tak jadi sebab saya rasa puding diorang tak betul2 masak.
  • Puding jika tidak berapa masak akan cepat berair/berlendir, cepat menjadi basi juga ada “rasa tepung”.
  • Memang perlu waktu yang lama untuk memasak puding yang baik. Anda juga terpaksa menghadapi kepanasan kerana harus mengacau secara terus-menerus hingga adunan menjadi LIKAT DAN BERKILAT. Tapi itulah THRILL dan ADVENTURE membuat puding! Jika ikhlas, di situlah terletak “barakah” untuk diri anda dan diri sesiapa yang memakannya, insya’allah!
  • Mak saya ajar, jika sedang memasak bacalah surah Al-Kautsar dan berdoalah untuk orang-orang yang kita sayangi yang kita sedang memasak untuknya. Insya’allah akan memberikan kebaikan kepada yang memasak dan juga orang yang memakannya. Paling baik untuk keharmonian persaudaraan dan kekeluargaan. Semoga anda dan orang-orang yang anda sayangi akan hidup berbahagia di dunia dan juga di akhirat.

[FOTO LAIN KALI SEBAB SAYA TAK SEMPAT MASAK, ESOK ADA URUSAN DI LUAR DAERAH]

38 Respons to “Cara Membuat Puding Jagung Lengkap Dengan Kuah Buah-buahan”

  1. ixora Says:

    Terima kasih daun keladi! 😀

  2. anakkawi Says:

    jom kita masak puding!!!

    Nasron jawab;

    Yaaaa… Lelaki mesti tahu memasak juga. Lelaki seboleh-bolehnya jadilah “all-rounder”. Walaupun tidak menjadi “pakar”, at least kita boleh atau tahu juga melakukannya. Baru orang kampung respek!

  3. KNizam Says:

    wahhhh lama dah tak pekena puding jagung la

    Nasron jawab;

    Cuba awak buat sendiri puding tu. Lepas tu ajak kawan2 makan dan “si dia” sekali. Kalau ada yg puji puding awak sedap, bukan hidung awak je yg “kembang”, hidung si dia pun “kembang” juga. Taktik tu sangat berkesan nak pikat “si dia”. You should try! 🙂

  4. omega Says:

    En. Nasron..boleh tak ganti susu cair dengan susu tepung?

  5. alqasam Says:

    MashALLAH resepi puding paling LENGKAP saya pernah jumpa. Terima kasih ya.

    Ramadan Kareem!

  6. aina Says:

    mst sedap ni…sy nak cuba la….

  7. fieda Says:

    terima kasih banyak atas perkongsian ini, semoga ilmu yang dikongsikan ini mendapat keberkatan dan keredhaan Illahi…Insyallah

  8. JaWanis Says:

    TeRiMa KaSiH SuDi BeRkOnGsi ReSePi PuDiNg, SaYa TeLaH MeNcUBa ReSePi Ini dah HaSiLnYa TiDaK MeNgEcEwAkAn SeRtA AmAt SeDaP ….TeRiMa KaSiH SeKaLi LaGi, KePaDa SaHaBaT2 Yg BeLuM MeNcUba SiLa LaKuKan SeKaRaNg Juga…

  9. Dya Insyirah Says:

    Alhamdulillah..1st time buat puding, dgn hny mengikut resepi En. Nasron, menjadi nmpk nye..
    thanks for the tips.. May Allah Bless You and Your Family..

  10. Dya Insyirah Says:

    Cara penyediaan bahan yang MUDAH tanpa menyukat mengikut “gram”(tak da alat pnyukat..hehe) dan MUDAH DIPRAKTIKKAN..bg golongan yg suka mencuba dan baru belajar …just like me… I like it!

  11. UMI INA Says:

    mekasih…siap dgn penerangan yg terperinci..
    camni lah kalau nak bagi resepi tepat dan lengkap
    mekasih encik nasron yang baik hati….hehe

  12. hana Says:

    saya dah siap wat puding ikut resepi ni..wallah…ngancem! hehehe

    trima kasih kongsi resepi

  13. Puding Jagung Berkuah « All 2gether Says:

    […] dia seperti di atas hehehe cam surat rasmi lak…resepi diambil dari internet dalam blog nasron. So kalu kenkawan nak resepi just p kat blog nih ek..Thanks ya kpd penulis blog ni…Tapi ada […]

  14. kam Says:

    minta halalkan, saya lama tk buat, ni dah dapat resepi ni nk buat berbuka puasa hari ini moga berjaya. Moga Allah berkati segala usaha anda,..ramai cuba dan bermanfaat..dah jadi amal jariah..tapi kena betul-betul kerana Allah..jangan ada kona-kona untuk tujuan yg Allah tak suka..

  15. Porjie Anis Says:

    TQ…

  16. miradaud Says:

    terror la abg ni susun ayat nk bg org fhm… smiles
    xsbr nk cuba resepi ni.. =P
    TQ~

  17. Sal Says:

    Salam en. Nasrun. Apasal tak tarok gambar…??? 🙂

  18. Zie Says:

    klu ada gambar lg cantik… pa pun thanks coz ni pn dh cukup baik. mmg complete cara wat puding ni.

  19. s.c. hasmoker Says:

    sy sedang mencari maklumat tentang puding dan terjumpa resepi en. nasron. nk cuba la lepas ni. insyaallah…

  20. NuYu Says:

    baru je mencuba resipi ini… nampak mcm sedap… tapi tak blh mkn lagik sbb sedang disejukkan.. heehheee.. tq sbb kongsi resepi n tips… jagung tin yg dh bersawang dlm lemari tu akhirnyer ada guna jugak… 🙂

    *tak sabor nk bwk g ofis…

  21. hasmah Says:

    dengar macam sedap jer…nak try lah

  22. lynn Says:

    kalu buat puding, tak buat kuah buah-buahan tu ….makan puding jer…sedap tak????

  23. LIZA Says:

    minta halalkan resepi ni yek… semoga allah memberkati ke atas kamu

  24. farah_9 Says:

    salam…saya dah cuba resepi saudara semalam, sempena majlis hari jadi anak. saya buat 2.5 batch.
    sedap dan laku…
    alhamdulillah dan terima kasih….

  25. Pakchik Nasron Aljauhari Says:

    Terima kasih kepada semua yg telah mengunjungi blog ini. Pakchik minta maaf sebab tak dapat balas komen anda semua. Pakchik sekarang sibuk meniaga emas, perak dan minyak urat. Maklumlah, pakchik ni tak ada penchen sebab bukan orang gomen. Jadi kenalah meniaga kecik2 untuk mencarai nafkah rezeki yang halalan toiyiba.

    Pakchik harap para pengunjung dapat memaafkan pakchik atas segala ketidaksengajaan dan kekhilafan ini. Kalau nak beli emas, calling2 la pakchik.

    Sekian, terima kaseh.

  26. zara ixxora Says:

    salam…nak try gak lah…mesti sedap sebab lengkap…dh byk kali wat pun x mjadi..harap resepi pakcik nasron dpt membantu…

  27. herrie Says:

    nampak cam sedap je siap2 ada kuah lagi tu emmmmm….belum cuba belum tau kan……..emmmm pasni saya nak cuba buat resipi ni ………kalo kita letak kismis sekali kat dlm kuah tu boleh kan pak cik nasron…….heheheheh

  28. Nasron al-Jauhari Says:

    boleh herrie… letak apa pun boleh… try laaa…

  29. aleeza Says:

    saya mmg cari resepi yg puding ada letak susu cair. beberapa kali saya beli tp rasa tepung. ni cuti sk, anak2 ada kat rumah. leh la buat. terima kasih bnyk

  30. Tuan Tanah Kedaung Says:

    aleeza,

    rasa tepong tu sebab puding tu tak chukop masak… kau boleh report kat balai… biar yang jual tu masuk metro… nanti sprm siasat dia…

    gurau jer leeza… semoga kau berjaya dalam menghadapi cabaran dan pancharoba membuat puding ni… see you on the top… chewahh terspeaking london pulak pa’chik… hehehe

  31. aleeza Says:

    tu ler, rupa cam cantik jer…. rasa tah apa2… ni jap lg nak cuba masak. bahan2 dah beli…. tu yg bersemangat benor ni… harap2 jd. malu je kalau x jadi sbb resepi ni cam senang jer… cam kacau bubur som2 lak…

  32. Nasron al-Jauhari Says:

    aleeza…

    haa macam mana aleeza? jadik tak puding kau tu? kalau jadi bagus laa. kalau tak jadi… mesti jadik punya laa kalau kau ikut resepi pakchik… jangan buat malu pakchik… teruskan usaha sampai jadik ya!

    tata…

  33. suzana Says:

    Salam…saya dah try buat. memang menjadi dan sedap…tak terlalu manis. Secukup rasa,saya sekeluarga memang sukalah.

  34. norkholis Says:

    saya dah buat, tapi entah kenapa rasanya kurang manis (menurut saya)
    hehehe 🙂

  35. muslimah Says:

    Assalamualaikum En Nasron..saya nak tanya, susu cair tuh susu pekat manis (yg mamak buat teh tarik tuh ker) atau susu cair yang macam IDEAL tuh..tenkiu

  36. abang bangla hensem Says:

    susu cair yg macam ideal tu la adik manis…

  37. pieja Says:

    saye dh cube…dh hasilnye mmg sedap dn terbaik…yummy…terima kasih resepi yg sedap..


Tinggalkan Jawapan kepada Nasron al-Jauhari Batal balasan