
Berikut adalah senarai mp3 M Fadzil & Les Coasters yang saya miliki. Sila klik untuk dengar atau download.
M Fadzil & Orked Abdullah menyanyikan lagu Ikatan Janji dengan diiringi kugiran Les Coasters dalam filem Agogo 67.
M Fadzil menyanyikan semula lagu Hilang Tanpa Berita untuk video klip karaoke.
Terima kasih kepada popok.net, Muzik Nusantara dan Youtube yang telah menjadi sumber terhadap artikel ini.
Lagu-lagu mp3 yang didownload hendaklah untuk tujuan penilaian sendiri sahaja, bukan untuk kegunaan awam/umum dan bukan untuk dikomersilkan. Sila beli album original artis berkenaan bagi menyokong beliau dan industri hiburan tanahair. Beli yang asli dan hapuskan cetak rompak!

21 Mei 2008 at 12:46 pm
Nasron, d mana boleh saya beli VCD Agogo 67? Tolong e-mail kpd saya jika tahu. Terima kasih.
Nasron jawab;
Minta maaf “selori” Encik Mohyuddin. Saya ni dah puas cari VCD Agogo 67. Dah ramai dah veteran kat kampung saya tanya. Malang sekali, walau duit seguni, vcd yang dicari, tiada lagi. Kedai muzik, vcd kat Bus Stand Larkin yang banyak jual vcd ciplak pun tak ada benda tu.
Saya fikir2… mungkin kena minta bantuan “orang seberang tambak” untuk carikan khazanah berharga tu. Sebabnya ialah TV Suria MediaCorp Singapore pernah tayangkan filem tersebut tak berapa lama dulu. Mungkin ada kot rakyat “kota Singa” yang sempat rakam filem tersebut. Lagi pun veteran mereka lebih dahsyat pasal irama 60an / pop yeh yeh.
24 Jun 2008 at 3:56 pm
a’ah , camner lagu nyer pakcik? nyanyi sikit. tak pernah dgr lagu ni lagi. kalau best saya akan berusaha mencarinyer …
Nasron jawab; Kau tunggu bulan depan kalau boxnet dah bukak blocked tu, kau download la lagu2 tu.
5 Ogos 2008 at 5:36 am
ξέρετε οποιεσδήποτε πληροφορίες για αυτό το θέμα σε άλλες γλώσσες;
8 Ogos 2008 at 10:40 pm
@ londra
Kau tulis bahasa apa tu? Aku nak baca pun tak reti laa. Lain kali tulis rumi atau jawi laaa brader, baru aku boleh baca!
14 April 2009 at 8:39 am
Hi,
I have been reading your blog and find the site very informative and interesting. I am very keen to learn about Malay pop yeh, yeh since was involved for a while with The Swallows and Velvetones and Silver Strings.
Kalau boleh, mampir blog:
singapore60smusic.blogspot.com
Cheers,
Andy
11 November 2009 at 7:52 pm
Saya amat menggemari lagu Ikatan Janji ini. Saya sempat menonton wayang filem Ago-go 67 di Panggung Wayang Selamat, Bukit Gambir Muar. Pada sedikit masa dahulu saya hanya dapat mendengar lagunya sahaja di laman web hassny tetapi kini dapat menonton gambarnya sekali. Terima kasih dan tahniah abang Hj.Nasron.