
Lagu Hapuslah Air Mata Mu yang popular pada pertengahan 1970an itu sebenarnya mempunyai 2 versi, pertama nyanyian Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini dan kedua adalah nyanyian penyanyi tersohor asal Ambon, Indonesia mendiang Broery Marantika @ Pesolima. Lagu tersebut begitu hits hingga dijadikan judul filem Hapuslah Air Matamu yang mengetengahkan Sharifah Aini dan Latif Ibrahim sebagai pelakon utamanya manakala mendiang Broery menjadi pelakon pembantu. Filem terbitan Sabah Film Production itu diarahkan oleh M Amin dan telah ditayangkan pada 1976. Sharifah Aini telah memenangi Anugerah Aktres Terbaik menerusi filem ini di Festival Filem Asia Pasifik 1977.
Pada saya kedua-dua versi lagu tersebut adalah menarik, menghiburkan dan sangat enak didengar. Begitu mengasyikkan dan membelai jiwa. Namun saya lebih tertarik kepada kemerduan dan lenggok alunan suara Sharifah Aini. Ianya sangat istimewa dan tiada penyanyi wanita lain yang dapat membawakan lagu ini sebaiknya!
Berikut adalah mp3 lagu Hapuslah Air Mata versi rakaman asal nyanyian kedua-dua penyanyi tersebuti. Sila klik untuk dengar atau download.
Anda juga boleh menonton video lagu (video statik dengan lirik) tersebut bagi kedua-dua versi melalui link di bawah;
HAPUSLAH AIR MATA MU
Dengarlah bisikan hati
Untukmu yang tersayang
Walaupun apa terjadi
Tiada perpisahanItulah janji-janjinya
Yang tak mungkin berubah
Tiada penyesalan
Yang akan terjadiTiada rintangan baginya
Yang dapat memutuskan
Begitu setia janjinya
Pasangan yang bercinta
Walaupun apa terjadi
Kan cuba di atasi
Begitulah…
Janganlah bersedihHapuslah air matamu
Usahlah kau bersedih
Tiada penyesalan
Yang insaf bagimu…Lagu Ciptaan: Datuk Dr Ahmad Nawab
Nota: Artikel ini mengandungi bahan yang didapatkan dari YouTube dan pelbagai sumber lain.
PERINGATAN PENTING
Lagu-lagu mp3 yang didownload hendaklah untuk tujuan penilaian sendiri sahaja, bukan untuk kegunaan awam/umum dan bukan untuk dikomersilkan. Sila beli album original artis berkenaan bagi menyokong beliau dan industri hiburan tanahair. Beli yang asli dan hapuskan cetak rompak!

7 Ogos 2008 at 8:53 pm
cun web kamu..tp mane lagu ayam den saripah..alahai
8 Ogos 2008 at 10:21 pm
Encik Ajam yg hensem,
Saripah memang ada nyanyi lagu Ayam. Tapi bukan Ayam macam Jalil Hamid atau Ibu Ayam apatah lagi Bapak Ayam. Lagu dia Ayam Den Lapeh (Ayam Saya Terlepas daaaa). Saja jer buat lawak… Hehehe…
Saya ada lagu tu, tapi malaslah nak upload. Tengoklah nanti kalau rajin.