Saya tak heran bila Saepol Bahari bersumpah pasal ada orang cucuk bontot dia. Saya no komen la sebab saya tak nampak kejadian tu. Kalau saya nampak, senang sikit cerita. Mungkin saya buat vcd dan hantar ke FBI untuk siasatan lanjutan. Tapi apa nak heran benda sumpah sumpah ni. Pada saya perkara sumpah ni biasa jer.
Dalam dunia ni banyak bab pasal sumpah. Ada yang namanya sumpah, menyumpah, sumpahan, sesumpah (kawan saya nama dia encik sesumpah – peminat pop yeh yeh), sumpah-sumpah, sumpah-seranah, sumpah-sampah, sumpah-sumpit, macam-macam ada!!
Semua orang biasa bersumpah. Kadang tanpa kita sedari, setiap hari kita bersumpah. Saya hampir tiap2 hari bersumpah (lebih tepat lagi; menyumpah) pemandu lori treler, lori pasir, lori kontena yg bawak lori laju gila macam pandu kereta F1 di highway pasir gudang. Terhoyong-hayang saya dan motorsikal saya yg masih belum habis hutang kena badai angin lori tu. Walaupun berat saya dan motorsikal tercinta tu nak lebih kurang sama dengan berat 4 kampit simen cap (saya lupa), tapi tetap melayang juga.
Sumpah ni memang budaya orang melayu. Sejarah telah membuktikannya. Kisah si Tanggang kena sumpah jadi batu. Kisah Laksamana Bentan kena sumpah ngan Sultan Mahmud sampai 7 keturunan di Johor. Kisah Mahsuri kat Langkawi. Kalau kat utara, kisah sang Kelembai sumpah manusia dan binatang jadi batu tentu semua orang dah tahu.
Zaman moden ni pun ramai mak bapak sumpah anak2 diorang sendiri. Kadang bila diorang marah atau geram kat anak, diorang cakap; Bodoh! Degil! Bahalol! Kurang ajar!… tu kira sumpah la jugak.
Kita telah diajar bersumpah sejak dari kecik lagi. Saya masih ingat waktu saya kecil dulu. Waktu saya belum akil baligh lagi. Seperti biasa, lepas sembahyang raya, kita pun jalan2 beraya keliling kampung. Bersilaturrahim sambil collect duit raya. Kadang-kadang ada tuan rumah yg kedekut walaupun dia orang senang (zaman tu kalau ada motor honda cup atau ada kereta waksegan second pun dah kira orang senang). Seposen pun dia tak beri. Minum pun air sirap panas jer. Apa lagi, kita pun startla menyumpah dalam hati, “taik hidung masin punya tuan rumah, kedekut nak mampos!”. Tapi itu cerita dulu masa zaman budak2. Sekarang saya dan kawan2 dah tobat! Tak baik tau macam tu. Dosa…
Kerajaan juga menggalakkan kita bersumpah. Siapa2 yg pernah berurusan dengan urusan rasmi kerajaan pasti pernah buat Surat Sumpah. Kalau tak ada surat ni, masalah besor tu. Malah, ada manusia yg kerja dia uruskan orang bersumpah iaitu Pesuruhjaya Sumpah! Nak kahwin pun kadang perlu buat Surat Sumpah, terutamanya kalau nak berbini lebih dari satu. Pendek (bukan panjang) kata, sumpah, bersumpah, menyumpah, disumpah, tersumpah, sumpahan dan apa2 jua yg sama waktu dengannya, memang dah jadi budaya kita. Jadi, jangan heran… buat2 heran tak per.
Namun begitu apakah malang, sejarah juga telah membuktikan bahawa orang Melayu memang tak bijak bila bersumpah. Mak si Tanggang sumpah anak dia jadi batu. Ada ker jadi batu? Tak ada wawasan 2020 betul. Sumpahlah jadi emas ke, banglo ker atau paling tidak jadi peti sejuk! Sultan Mahmud sumpah Laksamana Bentan padahal Laksamana Bentan tu lah yg tolong dia menghapuskan lanun-lanun, perompak dan musuh negara.
Para guru, dokter, nurse, lawyer, majistret, polis, tentera, wakil rakyat, exco, menteri semuanya telah melakukan sumpah jabatan. Sumpah yg menyatakan tidak berbelah bagi dalam komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab. Tapi tengok apa sudah jadi? Ada sesetengah mereka yg lebih banyak kena sumpah dengan rakyat setelah angkat sumpah. Sebabnya ialah kerana tidak menjalankan tugas seperti sumpah yg telah mereka lakukan.
Setelah saya pikir2, renung2, tenung2, jeling2… sampai masak… malah sampai bonyok (over cooked), maka saya dapati sumpah si Saipol Bahari tu biasa jer. Tak de la pelik sangat. Ni Malaysia beb! Sumpah – bersumpah – menyumpah – sumpahan ni kira biasa laaa. Inikan budaya kita. Kan kerajaan ada berkempen, amalkanlah budaya kita. Negara kita, tanggungjawab kita. Malaysia Boleh!
Untuk siapa2 yg suka sangat bersumpah, try la apply jadi Pesuruhjaya Sumpah. Dapat duit wooo. Sekali sumpah 4 ringgit woooo…








18 Ogos 2008 at 11:17 am
dalam banyak-banyak gambar kat atas tu, apa kaitan encik kambing dengan mereka-mereka yang kat dalam gambar tu? musykil…
18 Ogos 2008 at 7:17 pm
besar kaitannya encik kambing dengan mereka dan keluarga mereka. kalau tak, sudah tentu encik kambing tidak layak duduk sebaris dengan mereka. cuba tengok betol2 pose encik kambing tu, dia tengah senyum kan? senyuman menawan yg mangandungi seribu makna. apakah misteri disebalik senyuman encik kambing itu? marilah kita bersama memikirkannya…
18 Ogos 2008 at 10:22 pm
Tuan Sarjan,
Tuan tak nampak, saya pun tak nampak kejadian CB (cucok bontot) itu berlaku. Apakah tuan Sarjan rasa si Epol juga nampak? Mata dia didepan bukan hehehehe…peminat 60′an rupernyer….
18 Ogos 2008 at 11:58 pm
@ rastom
Ya laa… terlepas pandang saya yg mata si Epol tu kat depan, bukan kat bontot. Jadi dia bukan nampak siapa yg cucuk bontot dia, ya tak? Musykil… musykil… Awak memang bijak, macam exITM yg lain. Hehehe.
Errr… tapi kalau posisi dia tiru kitab “Permata Yang Hilang”, tak mustahil dia boleh nampak siapa cucuk bontot dia kot? Huhuhu.
22 Ogos 2008 at 6:44 am
Aku tau kisah kambing tu.. Huhuhu.. Wahai kambing, kau tak bersalah..
24 Ogos 2008 at 9:25 am
Tuan Nasron,
Sungguh padat sekali bebelan tuan. Saya juga setuju. Sumpah! Nasib baik mulut tuan tak masin. Kalau tidak pasti ramai pemandu2 lori & trailer sepanjang highway Pasir Gudang sudah menjadi batu. Dan mereka pula akan diangkut dengan lori2 oleh pemandu2 lain dan mungkin dijual ke Singapura.
Yelah, apa nak diheran pasal sumpah. Di Malaysia sumpah lebih lumrah dari kentut. Sekurang2nya orang masih segan kentut di khalayak ramai. Sumpah seranah dan sumpah palsu tak segan pulak. Yelah, orang lebih takut penguasa MBJB dari Tuhan.
Bila senang nak pekena nescafe tarik & orange juice lagi sekali? Tapi jangan sumpah tak nak datang lagi, takut termakan sumpah. Hehehe
tarings – tak suka sumpah….suka jampi….
12 September 2008 at 12:55 am
sumpah???? ha ha ha… entah kena toron (CB) ngan sapa ntah la mamat saipol tu… hampehhh… yang heran tu dia bleh tau ngan sapa plak nak p jumpa dulu… kenyang la tu… ha ha ha
18 September 2008 at 11:32 am
Betul kata encik nasron tu. Tak payah heran dgn sumpah si epol. Tapi heranlah dgn sumpah termahal didunia tu…….kenyangg..
19 Oktober 2008 at 1:04 pm
Lama tak nampak pakcik.. sibuk dgn rumah terbuka ke? hehe
23 Oktober 2008 at 12:35 am
Bodoh betullah budak epol tu,buatlah keja lain
23 Oktober 2008 at 12:46 am
Aku nak komen tentang sorang PM paling bodoh dalam sejarah malaysia dan merangkap sorang PM yang takda pendirian dan aku rasa korang mesti faham apa yg aku maksudkan tu…baru2 ni dia melantik sorang penasihat macam dlm crita 3 abdul…tuan penasihat…20persen..haaaa..haaa..
23 Oktober 2008 at 12:57 am
Crita pasal sumpah ni kan teringat aku pada sekor binatang yg namanya diterjemahkan dlm bahasa melayu jadinya sumpah sumpah mungkin jgk ada kaitanya dgn bangsa melayu yg kuat brmain dgn sumpah..
17 November 2008 at 7:09 pm
Korang mungkin ingat citer sang gelembai yang mudah menyumpah jadi batu… sumpah itu dah biasa, tapi kalau main nama Allah dalam sumpah nanti aje azabnya…
8 Januari 2009 at 4:47 pm
takpe kipp!!!
Kita tengookkk sapa yang kenaaaa….
17 Januari 2009 at 12:38 pm
ape dah jadi……..
15 Mac 2009 at 11:27 am
assalamualaikum…sungguh berbekas bebelan tuan hamba itu yar..sampai skrg kes CB lom abis2. hahaha..dak saipol tu tak takut tuhan agaknya sampai nk bersumpah2 tu. sesuai sgt lah dgn pose kambing di bawahnya tu. kisah si kambing tu pun lbh kurang aje tapi kecian kat si kambing tu lagi. pape pun MALAYSIA tetap BOLEH