Koleksi Lagu-lagu Ahmad Jais

ahmad-jais

Assalamualaikum semua. Lama sungguh saya tak mengupdate weblog ini. Bukan lupa, cuma tak ingat… ewahhhh, macam lirik lagu la pulak. Sebenarnya saya sibuk la. Kerja banyak, maklum ler, kuli… Entah bila dapat jadi boss…

Untuk mendapatkan lagu-lagu lama Ahmad Jais saya pun rembat pinjam vcd karaoke bapak saya yang cover nya pun dah hilang entah ke mana. Saya malas cari lagu-lagu itu di internet sebab biasanya kualiti audionya longkang tak baik. Kebetulan saya dapat curi ambil satu software free di internet yang boleh convert vcd atau dvd ke mp3, maka tanpa tanggungjawab segan silu saya pun mengcopy la vcd itu. Kualiti audio mp3 setelah convert sangat baik. Memang best kat telinga. Mendengar lagu-lagu tersebut membuatkan saya jadi terkenang zaman main lari-lari sembunyi bawah pokok dulu. Hehehe. Setelah menconvert, maka saya pun upload ke savefile.com untuk dikongsi bersama. Tapi ingat, ini untuk diri sendiri aja tau, tatak bole juai ooooo. Manyak salah ooooo!

Lagu-lagunya tak banyak, namun dari rakaman dahulukala asli yang kebanyakannya dari album tahun 1974. Saya tahu ramai dikalangan pengunjung blog ni belum tumbuh gigi lahir lagi. Mak bapak korang Ibu bapa andalah yang dengar lagu-lagu ini pada zaman itu, ya tak. Mungkin juga tok nenek anda mempunyai nostalgia tersendiri bila mendengar lagu-lagu tersebut. Tapi, apa salahnya generasi muda dengar lagu-lagu lama, ya tak? Evergreen lagu tu, best… cubalah dengar!

Inilah lagu-lagu evergreen abang Mat… eh, sekarang dah Dato’ laa… ya Dato’ Ahmad Jais! Klik dan download.

  1. Ahmad Jais – Azizah
  2. Ahmad Jais – Bahtera Merdeka
  3. Ahmad Jais – Gelisah
  4. Ahmad Jais – Indahnya Dunia Hatiku
  5. Ahmad Jais – Jangan Ditanya Bila Ku Berdua
  6. Ahmad Jais – Kucupan Azimat
  7. Ahmad Jais – Lima Tahun Ku Cari
  8. Ahmad Jais – Menanti Di Ambang Syurga
  9. Ahmad Jais – Mengapa Tiada Maaf
  10. Ahmad Jais – Mengharap Sinar Menelan Kabus
  11. Ahmad Jais – Mengikat Janji (Duet Dengan Rafeah Buang)
  12. Ahmad Jais – Sumpah Setia
  13. Ahmad Jais – Umpan Jinak Di Air Tenang

PERINGATAN PENTING
Lagu-lagu mp3 yang dimuat turun/download hendaklah untuk tujuan penilaian sendiri sahaja, bukan untuk kegunaan awam/umum dan bukan untuk dikomersilkan. Sila beli album asli/original artis berkenaan bagi menyokong artis tersebut dan industri hiburan tanahair. Beli yang asli dan hapuskan cetak rompak. Cetak rompak adalah satu jenayah!

20 Respons bagi “Koleksi Lagu-lagu Ahmad Jais”

  1. demang Says:

    mmg belum lahir lagi pun! huhuhu.. welcome back anyway! heheh..

  2. shafifah Says:

    Ceramah’ Penerang Akidah’.20hb Nov selepas solat zohor.di Masjid Universiti Islam Pahang (UMP):Syeikh Dr Salim Ulwan(Mufti Australia)
    Ceramah’ Penerang Akidah’.20hb Nov selepas Isyak.di Pondok Darus Salam Kuantan:S Dr Salim Ulwan(Mufti Australia), Muslimin & Muslimat dijemput hadir

    http://pondokhabib.wordpress.com

  3. maman Says:

    betul 2. saya pun belum lahir lagi. saya dah terlalu banyak mendengar lagu2 moden. tapi bapa saya selalu pasang lagu ni di rumah. malangnya semua lagu2 yang dia ada dalam bentuk VCD & kaset. tiada yang dalam bentuk cd. dia suruh saya mencari lagu2 ni di internet. walaupun saya gitaris band metal, tapi tak semestinya tak boleh dengar lagu evergreen kan?malah lagu P Ramlee pun sedap didengar.

  4. pa' man Says:

    lagu2 lama memang sedap didengar dari dulu sampai sekarang – evergreen.

    saya drummer band stainless steel. ahaks!

  5. irwansyah Says:

    trima kasih tak terhingga buat bapak!, atas lagu-lagu nya.smoga jaya trus musik melayuu!. wassalam…(MEDAN- SUMATERA UTARA-INDONESIA)

  6. ifa_conan94 Says:

    assalamualaikum..lagu zaman2 ibu dan bapa saya ini sedap didengar dek halwa telinga. walaupun saya masih lagi di peringkat menengah rendah ni yg org kata lom matang lagi bab2 musik tanah air ni tapi lagu zaman2 dahulu inilah yg terus mendampingi saya. bagi saya..tanpa yang lama siapalah yang baru skrg nikan. salam..

  7. wans Says:

    nak request lirik lagu dato ahmad jais…
    tajuk – mungkin bersama…
    ingat nak masuk competition laa…..
    mintak tolong….

  8. hafiz Says:

    nak lagu dengan lirik dato Ahmad Jais – mungkin bersama..
    nak memeriahkan pertandingan klasik 2009
    mintak sangat2 sape2 boleh download lagu tu..
    terima kasih..

  9. zaihasra Says:

    terima kasih kerana menyediakan lagu-lagu lama yang saya minati.
    semoga web anda akan terus maju…….

  10. Prince47 Says:

    Assalamualaikum saya baru lagi melawat laman web saudara,
    memang bagus sebab saudara ada laman web yang menyediakan lagu2 lama. tapi saya harap sangat jika saudara ada lagu ahmad jais, tajuknya mungkin bersama.

    Terima Kasih.

  11. taker Says:

    bro tolong .mana nak download lagu sejuta bunga by jaafar osman?

  12. Johan Salleh Says:

    Bagus laman web ni. Baik sekali.

  13. Shan Says:

    Selain lagu-lagu T.S. P.Ramlee,lagu-lagu D.Ahmad Jais menjadi pilihan dan kegemaran saya kerana melodi yg menarik dan kemerduan suara mereka.

  14. nini Says:

    maafla sy x pernah dengar pn lagu2 beliau dan klu dengar pn x tau beliau yg nyanyi

  15. pokcik sarjana pencen Says:

    nini si intan payung,

    memanglah nini tak pernah dongarr lagu2 mad jaih. mad jaih tu penyanyi dah tuo. zaman gemilang dio dah abiss. dio dah tak buleh nyanyi2 lagi. dah tuo2 ni dio lebih suko ngaji qu’ran.

    dulu maso mudo2, siapo tak kenal mad jaih memang gilo. lebih gilo dari orghang gilo. sobabnyo orghang gilo pon konal mad jaih. dari hang kobun, sampailah hang nak pergi mana, semuo kenal mad jaih.

    cubo tanyo kek bapok, mok, tok ko nenek, kalao2 mereko konal mad jaih. siapo tau, nini amo mad jaih tu sedaro.

    ginilah, pokcik pon banyok kerjo. nak ngasah pensel dulu. kojap lagi nak gi ngajar nih.

  16. lash Says:

    bagus lah ada website mcm ni. peminat2 lagu lama terutama peminat ahmat jais leh dgr n dwnload lagu2 kegemaran mereka. memang menyenangkan. thnk 4 u’r hardwork. really appreciate it.

  17. akku Says:

    salam, saya nak download lagu ahmad jais – menanti di ambang syurga.. tapi xleh laa en.. hmmm tolong saya leeeh ?

  18. kamal kapar Says:

    terima kasih saudara. bukan senang nak carik lagu datuk ahmad jais kalau tak betul2.. tahniah saudara krana tolong peminat cam kami carik lagu datuk ahmad jais.

  19. Norfadilah Says:

    Nak mp3/audio lagu ahmad jais tajuk “silesong pipit”

  20. Norfadilah Says:

    pernah dengar tak lagu ahmad jais & the antartic tajuk “silesong pipit”..?. bleh x dapatkan lagu tu dlm bentuk mp3/audio..? saya ambik dari youtube tapi audio tak clear.. tq


Tinggalkan jawapan