Beberapa hari lepas saya telah mencari satu software untuk convert vcd karaoke lagu Ahmad Jais dan lagu berbahasa Mandarin penyanyi Xie Lei (akhir tahun 70an / awal 80an) ke mp3. Sebabnya ialah saya nak masukkan lagu tu ke USB Stick untuk dimainkan menggunakan FM Modulator di kereta. Maklumlah, tak mampu nak beli CD Player kat kereta. Jadi, alternatif yang paling murah ialah dengan menggunakan FM Modulator. Non-stop 1,000 lagu, ahaks!
Nak dipendekkan cerita, oleh kerana saya dapat “benda” tu free, jadi saya nak berkongsi-kongsilah dengan para pengunjung blog saya yang tercinta ini. Saya dah uji-cuba-try-test, memang best! Simple, senang dan cepat. Budak sekolah pun tahu guna dan yang penting sekali ia tidak membuatkan komputer anda hang, crash atau jam. Kalau bermasalah juga, silalah beli komputer baru, macam saya ni. Hahaha… saja nak eksen!

Ada juga software yang boleh convert format WMA ke MP3 dan format RM ke MP3, sudah tentu ianya percuma! Saya tak tamak, tapi semuanya saya download. Benda free… rugi tak download sebelum nanti dia cancel freeware jadi shareware atau trial. Baik anda cepat-cepat download!
Sila klik link di bawah untuk membawa anda ke laman web berkaitan bagi download software yang dimaksudkan.
- Free Jodix Free DVD MP3 Ripper – boleh convert file-file DVD, VCD, SVCD dan MPEG (MPEG-1, MPEG-2) ke MP3.
- Free Jodix Free WMA to MP3 Converter - buleh convert file-file Windows Media (*.wma, *.wmv, *.asf) ke MP3.
- Free Jodix RM to MP3 Converter - boleh convert file-file Real Media (*.rm, *.ra, *.rmvb) ke MP3.
Walau apa pun, risiko anda tanggung sendiri ya. Tiada dakwa-dakwi di dunia mahupun di akhirat!
Selamat mencuba!
PERINGATAN PENTING
Lagu-lagu mp3 yang dimuat turun/download hendaklah untuk tujuan penilaian sendiri sahaja, bukan untuk kegunaan awam/umum dan bukan untuk dikomersilkan. Sila beli album asli/original artis berkenaan bagi menyokong artis tersebut dan industri hiburan tanahair. Beli yang asli dan hapuskan cetak rompak. Cetak rompak adalah satu jenayah.

22 Disember 2008 at 12:29 am
kalau lagu-lagu daripada vcd karaoke pun boleh guna software ni ke? dah cuba mencari tapi xjumpa2 la.
4 Ogos 2009 at 10:44 am
terima kasih karna telah menyediakan laman ini
26 Ogos 2009 at 11:10 pm
utk hnset pny x der ke
12 September 2009 at 12:04 am
terima kasih, saya dah cuba dapat buat dvd ke mp3
14 September 2009 at 10:56 am
Salam, saya nak tanya, untuk Free Jodix Free WMA to MP3 Converter ni, file mp3 tu buleh run pada cd mp3 player kereta ke? sebab sebelum ni saya pernah guna sofware lain tapi bila masuk pada player kereta tak boleh bunyi.
Ingin penjelasan terima kasih.
14 Oktober 2009 at 11:16 pm
Bila saya down load Tombo Ati video clip File nya download di Real Player. Apa sofware yg boleh covert dari Real Player file kepada VCD,DVD atau SVCD. Kereta saya cuma ada DVD player
Terima Kasih