Salah seorang Wali Sembilan (Wali Songo) di Tanah Jawa yang bernama Sunan Bonang telah menciptakan syair atau tembang yang diberi judul “Tombo Ati” atau dalam bahasa Melayunya bermaksud “Ubat Hati”. Sunan Bonang atau nama sebenarnya Makhdum Ibrahim juga merupakan anak dari Sunan Ampel yang nama sebenarnya ialah Raden Rahmat. Sunan Ampel sendiri adalah anak dari Sunan Gresik (Maulana Malik Ibrahim) yang merupakan Wali Songo yang pertama.
Gelaran Sunan Bonang diperoleh dari nama Desa Bonang dekat Jepara, Jawa Tengah tempatnya berdakwah. Sepertimana Wali Songo yang lain, beliau menggunakan adat kesenian sesuatu daerah untuk berdakwah kepada penduduk setempat. Beliau memberikan alternatif kepada kesenian dan hiburan yang berunsur Hindu kepada yang bernuansa Islam. Salah satu karyanya yang terkenal ialah syair Tombo Ati yang telah digarap semula oleh Emha Ainun Najib dan Opick untuk menjadi sebuah nasyid yang mendamaikan dan penuh unsur nasihat.
TOMBO ATI
Tombo Ati iku limo perkorone
Kaping pisan moco Qur’an lan maknane
Kaping pindo sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng ingkang luwe
Kaping limo dzikir wengi ingkang suweSalah sawijine sopo iso ngelakoni
Mugi-mugi Gusti Allah nyembadaniObat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglahSalah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Allah mencukupiNyanyian: Opick
Album: Istighfar
Tahun: 2005Download Mp3: Opick – Tombo Ati
PERINGATAN PENTING
Lagu-lagu mp3 yang dimuat turun/download hendaklah untuk tujuan penilaian sendiri sahaja, bukan untuk kegunaan awam/umum dan bukan untuk dikomersilkan. Sila beli album asli/original artis berkenaan bagi menyokong artis tersebut dan industri hiburan tanahair. Beli yang asli dan hapuskan cetak rompak. Cetak rompak adalah satu jenayah!


1 Disember 2008 at 12:29 am
*off topic*
selamat hari raya haji in advance utk pakcik sekeluarga. jumpa lagi tahun depan. hehe.
p/s-saya dah fedup nk update blog lagu saya.akaun fileden saya dua kali kena terminate. T_T
2 Disember 2008 at 8:22 am
@ ixora
tukar ke savefile.com la macam pakcik. sekarang semuanya lancar, dah tak “buasir” lagi. hehehe.
11 Disember 2008 at 12:48 pm
macam nama laksamana sunan dalam novel ramlee awang mursyid lak! heheh..
11 Disember 2008 at 6:17 pm
@ demang
laksamana sunan tu kawan tak kenal, tapi kalau laksamana doremi, memang kenal sangat la.
21 Disember 2008 at 7:33 pm
a’ah…macam laksamana sunan atau saifuddin dalam novel trilogi bagaikan puteri, cinta sang ratu ngan hijab sang pencinta…huhuhu
13 Oktober 2009 at 4:15 pm
aduhaii…eden x roti apo yg syair ni cerito…
nk tnyo ni…dulu maid aku slalu sebut “Gusti Allah” apa makno tu?
14 Oktober 2009 at 11:03 pm
Bagai mana hendak convert lagu2 dari real player atau window media player kepada VCD,DVD atau SVCD
Apa ke software yg di guna kan
Terima Kasih
2 Jun 2010 at 8:53 am
ermm haaiii all
6 Julai 2010 at 11:52 am
bggus !!!!
26 April 2011 at 3:17 pm
Salam…Terima kasih En.Nasron kerana Tombo Ati…mana dapat tuu…
6 November 2012 at 11:12 pm
Obat hati ada 5 perkara.obat tersebut sangat mujarat cobalah anda buktikan.
24 Januari 2013 at 5:51 am
Syair yg sangat terkenal dikalangan umat islam di jawa
20 Februari 2013 at 5:12 pm
Maka yang hatinya sakit karena luka amalkan nasehat dari Wali ini.