Olih kerana Julie Remie merupakan penyanyi wanita kegemaran saya dari dulu sampai kini, maka saya sanggup menchari dan menanti dengan sabar kalau-kalau ada orang muat-naik lagu-lagu-nya ke internet dalam format selain .ram. Sebab saya nak muat-turon dan menukar format ke mp3 agar boleh berkongsi dengan peminat-peminat-nya yang lain.
Setelah puas bertanyakan Pa’ Chik Google, maka saya telah di-hadiahkan dengan beberapa lagu Julie Remie. Sudah tentu ada yang saya terpaksa edit dan convert terlebih dahulu. Tapi tidak mengapa, asal puas rasa di-hati.
Yuk, kita nikmati suara merdu-nya dengan lagu-lagu yang begitu ashik dan sedap sampai bila-bila. Yuk!
Sila klik untok muat-turon dari Savefile.com;
- Julie Remie – Kenangan
- Julie Remie – Wajahmu Di Hatiku
- Julie Remie – Abang Sayang Adik Sayang
- Julie Remie – Ku Tetap Bahagia
- Julie Remie – Pujaan Remaja
- Julie Remie – Bang Ayuh Bang
- Julie Remie – Antara Dua Pilihan
- Julie Remie – Tetap Sayang Tetap Cinta
- Julie Remie – Korban Percintaan
- Julie Remie – Bas No 1
- Julie Remie – Bahgia Akhirnya
Berikut di-senaraikan artikel lain yang mempunyai persamaan dengan artikel di-atas dan mungkin menarik minat anda untuk membacha-nya.
PERINGATAN PENTING
Lagu-lagu mp3 yang dimuat turun/download hendaklah untuk tujuan penilaian sendiri sahaja, bukan untuk kegunaan awam/umum dan bukan untuk dikomersilkan. Sila beli album asli/original artis berkenaan bagi menyokong artis tersebut dan industri hiburan tanahair. Beli yang asli dan hapuskan cetak rompak. Cetak rompak adalah satu jenayah!

9 Disember 2008 at 12:55 pm
ad terbaca ur komen kat
http://www.afzaiafandi.com/index.php/archives/2008/06/02/rahsia-buat-duit-di-rumah/
tenx 4 dat info…
9 Disember 2008 at 11:18 pm
Siapa yang tak minat Julie Remie bermakna dia tak pernah dengar dan lihat wajah manjaaaaaanya yang memukau!
14 Disember 2008 at 5:18 pm
salam Bro ! ada gambar terbaru Julie Remie tak ?
14 Disember 2008 at 6:04 pm
Bro, x pernah kenal la nama tu. Mungkin bukan dari zaman aku kot? Hehe.
*tapi lagu dier sedap
17 Disember 2008 at 3:52 pm
salams tuan nasron,
lu ni wat wa teruja je la dgn endut2 lama wa ni…
leh mintak lagu2 Gaya Zakry tak….hehehe
bila la nak singgah larkin perdana skali lagi tuan….kali ni wa belanja pulak…
18 Disember 2008 at 6:45 pm
@ irsyad – terima kasih sudi singgah ke blog ini. lain kali singgah lagi ya!
@ rastom – suaranya memang unik… boleh jadi bahaya juga kan? hahaha.
@sheikh – awal bulan ini atau akhir bulan lepas katanya julie remie ada masuk tv suria singapore. tapi malangnya saya tak sempat tengok. nanti saya cubalah cari2 info terbaru mengenai beliau.
@ Pembebel – berkemungkinan besar awak belum lahir lagi kot pada zaman itu. atau masih lagi belum bersunat. hehehe. tapi lagu dan suaranya best kan? pasti membuat awak terlupa betapa dia mungkin sebaya ibu awak. hehehe.
@ tarings – hahaha. daya ingatan kau memang bagus la brader. zaman tu orang panggil awek = endut. kihkihkih. lagu gaya zakry ada la sikit, nanti aku upload kan. aku rasa 1-2 minggu lagi kot boleh jumpa kau kat larkin. sekarang tengah sibuk meeting.
2 Januari 2009 at 9:38 am
Timokasihh banyak2 la bagi link download. Tuhan sajo la yang balas….aduuh sodih dan pilu bonar pacik dibuek ni haa…
4 Januari 2009 at 9:30 am
1st time dengan nama julie remie ni…
7 Februari 2009 at 11:59 am
terimakasih yang tak terhingga atas usaha anda sehingga berjaya membawa penyanyi pujaan saya juga ke web ini dengan lain perkataan lagu-lagunya dalam format MP3 ..semua lagu amat diminati tapi saat popularitinya sedang berada di atas …Julie Remie mendapat jodohnya ..sehingga kini tiada perkhabaran berita ,Walaupun hanya muncul dengan satu album ,,ia diingati kerana mempunyai suara yang tak boleh di klon sehingga kini selain berwajah manja …agaknya macamana sekarang ni ,
6 Mac 2009 at 4:12 am
Pacik sekali lagi mengucapkan ribuan dan jutaan terimokasih yang tidak terhingga sobab memberi ruang kek pacik untuk menikmati semula lagu2 kegomaran pacik nih melalui blog Nasron nih. Pacik sememangnya peminat lagu2 zaman 70an. Lagu 60an tu minat gak, tapi tak se-syahdu lagu2 zaman 70an ni hah. Yg lagu zaman pop yeh yeh yang selow-selow tu sodap la, tapi yang laju-laju sikit tu membuek kan pacik terkonang kembali peristiwa Abah baling selipar jopun kek pacik dulu, sobab pacik monteng ngaji asyik dok dongar lagu ‘La Obe’ nun. Iyolah, maso tuh Abah pacik kan baru jo beli pemain piring hitam, alaaa, yang bosar bagak acam almari baju kebayo tu! Tu sekali main yo, tak balik rumah ayam itik semuo…punyolah kuek bunyi eh.
Masuk yo zaman 70an, mako pacik pon hilang akal la. Lagu zaman2 tuh memang hebat2 belako. Cakap yo sapo, Julie Remie, Dhalan Zainuddin, Sanisah Huri, J Mizan (peboret pacik), DJ Dave dan sebagai nyo…memang lah pacik sanggup, pacik saanngguupppp!
So, bilo masuk zaman 80an, 90an dan kini 2000an, maka pacik meraso sodih dan hibo sobab pacik dah jarang dongar lagu2 kegomaran pacik ni lagi dahh. Yang ado zaman ni pon apo bondo ontah…rap la, hip hop la, heavy metal la, death metal bagai. Pacik lak takdo lai menyimpan lagu2 peberit pacik, sobab bini no satu pacik dulu bakar abih semuo koleksi pacik maso dio tongah hangin kek pacik…sobab eh pacik tak balik ghayo kampung bini. Bini balik kampung dio, pacik selambo yo balik Pilah.
So, bilo anak sedaro pacik tunjuk kek pacik blog Nasron nih, mako berdorai lah airmato pacik, sobab terlampau bahagia yang melampau lampau. Sodih dongar balik lagu2 nih kan?
So, mesej yang pacik nak sampaikan…terimokasih banyak2 la Encik Nasron kito. Semoga panjang umor, murah rejki dan diharap teruskan usoho demi mencapai matlamat. Salamulekom!
9 Mei 2009 at 12:01 pm
assalamualaikum pakcik..pakcik, saya amat meminati dgn lagu2 julie remie ni walaupun saya baru berusia 15thn..tp saya teringin sangat nk mempunyai lagu julie remie bertajuk berikan daku sinar harapan. mcm mana blh saya dapatkan lagu tu?? hrp pakcik dpt tlg saya..terima kasih
12 Mei 2009 at 12:42 pm
Ini memang orang lama… tabik siot!
21 Mei 2009 at 10:25 pm
Terimakasih uncle Nasron… Memang minat dengan Julie Remie terutama di sekolah rendah tahun 70an dulu.Kalau tak silap ,Julie Remie ni pernah merakamkan dua buah LP.Lp pertama berjudul PERASAAN REMAJA (1976 ) dan lp kedua ENGKAU SINAR HIDUPKU (1977) terbitan EMI. Kedua -dua LP Julie Remie ini ada dalam simpanan kami .Walau bagaimanapun lp pertama beliau banyak mengandungi lagu -lagu hits. Lagu ” Abang Sayang Adek Sayang ” pernah diselitkan untuk adegan tarian dalam filem PENAGIH DADAH tahun 1979, kalau tak silap Julie Remie sendiri yang mendendangkan lagu berkenaan.
3 Oktober 2009 at 9:57 pm
Sorry! We’re still busy upgrading!
=======================
nak tanya skit,nape tiap kali aku nak down load lagu julie remie
keluar noti kat atas tu???????