Assalamualaikum adik-adik, abang-abang, kawan-kawan, tuan puan, sedar sedari, makcik-pakcik dan tok-nenek sekelian. Semoga dalam sehat sejahtera lah adanye. Pakcik minta maap sebanyak-banyaknya. Lobih banyak dari uban yg ado kek kepala pakcik. Sebab lama tak update blog ni.
Seperti kata Mak Minah, memang betol komputer pakcik rosak. Tapi takler sampai meletup. Dia cuma bunyi… tuss… kemudian berasap dan sampai la ni ada kat bonet kereta burok pakcik tu. Maklum belum ada budget nak merepair. Pakcik tak kisah kalao korang kata pakcik sengkek. Memang sengkek pon! Kalau korang ada duit lebih, bak sini ler sponsor pakcik.
Sebanarnyo, dalam komputer banyak lagu2 yg telah dirancang nak diupload. Abih komputer tu rosak, tak dapatlah pakcik nak upload. Maka dari yg demikian, pakcik pon tak tulis artikel baru ler.
Tuan2 dan puan2 yg budiman tolongler doakan saya ada rezeki bulan ni untuk saya repair komputer tu. Kalau dah OK, saya akan upload lagi lagu2 best kat sini.
Sampai sini dulu. Jumpa lagi. Tata titi tutu.


23 Mei 2009 at 4:38 pm
salams tuan nasron…
doaku pasti untukmu…semuga perjalanan tuan kurang berliku dan rezki insyaAllah mencurah…
dan doaku semuga curahan rezki itu ditempiaskan kepada ramai orang…termasuk diriku…
hehehe…
27 April 2011 at 4:12 pm
Salam T.Kasih En.Nasron kerana kreativiti tuan. banyak yang dituliskan…tapi blog ni dah lama dah tak ada responlah….tak kan semua sibuk sangat kot…kalu sibuk pun masa terluang tu selusurilah blog ni…laptop pun boleh angkut ke mana-mana. Jadi kat mana-mana pun boleh selusuri. Kalau tak sempat tulis@komen panjang tulis pendek dah laa.. Masa tak kembali lagi…janganlah sia-siakan masa yang ada.. bye
7 Mei 2011 at 10:17 am
Salam. Ada sebuah lagu lamo tak jumpo…camni.
LAMA BETUL TAK JUMPA
TIDAK SEPERTI DULU
RUPAMU PUN BERUBAH
GAYA PUN BERLAINAN
TERINGAT KISAH DULU
KAU MASIH KECIL LAGI
KITA BERSAMA-SAMA
TEMAN-TEMAN SEBAYA
KINI TERASA MALU
UNTUK BERGURAU SENDA
KERANA KU TERBAYANG
KITA TELAH REMAJA
KALAULAH DIINGATKAN
PERISTIWA BERLALU
ANTARA KAU DAN AKU
MALU NAK DIKATAKAN
SYUKUR PADA ILAHI
KITA BERTEMU JUGA
AGAR PERSAHABATAN
KEKAL SELAMA-LAMA
Nyanyian Suara Ajaib~ Allahyarham A.RAMLIE.
Tajuk Lagu tu : ANTARA KAU DAN AKU
7 Mei 2011 at 10:32 am
assalamualaikum wr wb
maaf banyak2 lama tak jenguk laman ni. sibuk satu hal, malu satu hal, tak ada idea pun satu hal jugak…
terima kaseh kpd enche’ tarings dan enche’ seniman klasik yang sudi menjenguk blog yg tak seberapanya ini.
jangan malu dan jangan segan. buatlah macham rumah sendiri.
terima kaseh sekali lagi. semoga berjumpa lagi.
nasron aljauhari (tuan tanah kedaung)
pasir gudang, johor
7 Mei 2011 at 10:59 am
Wa alaikum salam…
En.Nasron al-Jauhari dah guna komputer baru ke? Syukur Alhamdulillah……. semoga bertambah rancaklah blog-blog yang dah agak lama tak disinggahi tu…Terima Kasih sehingga bertemu di blog yang lainnya.
SENIMANklasik
Shah Alam SelangorDE.
20 Jun 2012 at 12:11 pm
Salam…….. En.Nasron al-Jauhari dan semua pelawat.
Ada lagu ni …
SUDAH LAMA TAK JUMPA
RINDU HATI PADAMU
DUHAI KASIHKU DUHAI SAYANGKU
CINTAKU HANYA PADAMU
Tiap Hari Ku kenang
Tiap Malam terbayang
Duhai Kasihku Duhai Sayangku
Merintih Pagi dan Petang
DUHAI INTAN….JANGAN ENGKAU MENGELUH
DUHAI INTAN….JANGAN ENGKAU MERINTIH
Bukan Aku Mengeluh
Dan Juga Kan Merintih
Tak Ada Salahnya
Diriku Ini Mengenang Dirimu Sorang
Al-Fatihah buat Allahyarham Sam -Kumpulan D’loyd
5 Julai 2012 at 4:18 pm
en nasron, takde resepi2 baru..kan puasa/raya dah dekat..saya pun dah berazam nih..tak mau beli kuih yg tunjuk2 tuh..! he..he…