
Pa’chik minta maaf sebab terlambat tulis entri ini. Maklumlah, orang tua sizen macham pa’chik ni memang slow sikit. Tak boleh laju2, tulang dah tak kuat!
Ada sa’orang peminat A Ramlie kirim surat elektronik kepada pa’chik minta lagu Guru Chantek. Mungkin dia sa’orang pendidek atau sa’orang yang dididek. Itu pa’chik tak kesah. Tapi permintaannya itu membuatkan pa’chik teringat akan lagu yang membawa kenangan kepada zaman dulu2. Zaman di mana tulang pa’chik tak reput macham sekarang ini.
Tak mau cherita banyak, nanti anda bosan. Olih itu, ini pa’chik sediakan sambongan elektronik untuk anda dan orang kampong anda memuat turon lagu Guru Chantek nyanyian allahyarham A Ramlie.
Pa’chik mengambil kesempatan ini untok menguchapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru2 / che’gu2 di dunia ini terutama sekali kepada guru2 yang chantek2 dan kepada bekas guru2 pa’chik tanpa mengira yang chantek mau pun tidak. Walau tak chantek, pa’chik tetap menghargai jasa mereka – jasa mu ku kenang! Harapan pa’chik semoga semua guru2 selain menjadi guru yang baek, dapat juga menjadi guru yang chantek. Supaya anak murid tidaklah mengantok!
Ini sambongan elektronik yang dimaksudkan. Sila penchet kalau mau muat turon.
PERINGATAN PENTING
Lagu-lagu mp3 yang dimuat turun/download hendaklah untuk tujuan penilaian sendiri sahaja, bukan untuk kegunaan awam/umum dan bukan untuk dikomersilkan. Sila beli album asli/original artis berkenaan bagi menyokong artis tersebut dan industri hiburan tanahair. Beli yang asli dan hapuskan cetak rompak. Cetak rompak adalah satu jenayah!

3 Jun 2009 at 12:20 am
pa’chik chantek sudah tidak sibok lagi-kah?
kalau pa’chik sudah ada banyak masa, sekali-sekala marilah kita duduk berhibur. tulang-tulang tua pa’chik chantek mestilah diberi istirehat secukup-nya.
ya, semuga guru-guru sekarang dapat menchontohi guru-guru dari dekad-dekad yang dahulu. penuh dedikasi serta kasih sayang. di-antara pepatah-pepatah melayu yang tidak lapok dek zaman itu ada yang berbunyi, kalau guru kenching berdiri, maka anak-anak murid akan kenching berlari.
sekian ada-nya pa’chik chantek.
24 Januari 2010 at 8:00 am
Pakcik, sy gelak sorg2 bc entri ni. Sbb baru menyertai pakcik..so pelan2 la baca dan akhirnya sampailah ke sini. Just nk share pengalaman. Guru canteek..entri ni mengingatkan sy kngn penah nangis 3mlm bila ditugaskan ngajo thn1. bimbang krn xpercaya sy ada kesabaran itu. Takott ada anak org yg putus kepala. Akhirnya sy mengalah dan bljr dr chekgu senior yg dah lama mengajar di thn 1. sy mmg tabek ngn mrk chekgu2 lama ni. dan akhirnya, drpd menangis 3mlm, sy mampu bersama mrk 3tahun sblm sy amik chuti. Barulah sy tau..sy ada rupanya ‘kesabaran’ itu. salah satu caranya..pakai baju chantek2 sbb nk ‘ngorat’ anak murid di tahun1 yg mmg suka jika chekgunya chantek2..hahaha. Mrk tak penah tipu, kalo tipu pun nmpk suchi je sbb deme anak2 kecik yg naif dan manis. sekian..dari chekgu yg tak bape chantek..cheers