Streamyx Di Rumah Dan Di Ofis Sudah Ku Wirelesskan


Lama tak jumpa. Iyalah, saya lama tak update blog ini. Faktor kesibukan dan transisi usia menjadi alasan mengapa saya liat nak menulis lagi.

Minggu lepas ada PC Fair di JB. Saya sambar 2 biji router brand Belkin. Pertama jenis Belkin Enhanced Wireless Modem Router N150 untuk ofis dan kedua Belkin Enhanced Wireless Router N150 untuk rumah saya. Nampak tak bezanya? Bezanya ialah yang pertama tu modem+router manakala yang kedua pula sekadar router sahaja.

Selepas beli, saya cubalah pasang router kat rumah saya. Saya sambung modem yang telekom beri dengan router Belkin tu. Hasilnya… tada… tak ada apa2 pun. Sebabnya saya setting tak betul. Hahaha. Orang tua ini tak pernah belajar atau kursus komputer pun. Semua buat sendiri berdasar konsep DIY dan Trial & Error. Dengan bantuan kamus Dwibahasa Oxford Fajar BI-BM – BM-BI, akhirnya saya telah berjaya melakukan kerja2 tersebut. Alhamdulillah. Padahal ada satu ketika saya frust sangat sebab tak jadi2 buat benda tu, semuanya sentuhan kecundang, sampai2 saya berdoa dalam sembahyang minta dipermudahkan Allah. Hahaha. Manusia memang lemah. Lepas sembahyang, saya adjust sikit2, ehhh menjadi. Tada… sudah siap! Semuanya berfungsi dengan baik.

Yang membuatkan saya takjub wal hairani ialah kerana connection jadi lebih baik. Streamyx jadi lebih laju. Walaupun perubahannya tak begitu besar, tapi tetap dapat dirasai.

Sebelum itu saya ada baca di internet tentang perkara ini, tetapi ada rencana yang mengatakan bahawa laju atau tidaknya connection internet adalah berpunca dari talian itu sendiri dan pihak isp bukannya dari modem atau router. Itu expert yang tulis. Namun begitu, pengalaman real saya pula membuktikan memang modem atau router boleh memberikan kesan terhadap connection internet.

Besoknya saya pasang yang satu lagi di ofis. Kali ini Belkin Modem Router pula. Saya pun pasang mengikut aturan yang diberikan. Setting pun saya lakukan. Semuanya saya buat dengan betul dan yakin mengikut pengalaman semalam. Tada…. ahah… tak boleh connect langsung! Tapi saya tak terkezut pun. Sebab saya tau apa punca masalah tersebut. Puncanya ialah Telekom. Sebab line streamyx kat tempat saya memang tak stabil. Kompeni saya ambil pakej 1Mbps tapi yang dapat kurang dari 100kbps. 10% pun tak sampai. Kalau online selalu line terputus-putus. Biol punya Telekom!

Saya tidak berputus asa. Besoknya saya bawa router yang telah saya pasang di rumah ke ofis. Saya cucuk modem asal yang disupply oleh Telekom ke router tersebut – setting dan action! Yeeeha… menjadi! Dan yang membuat saya terperanjat kambing ialah… laju gila connection dia! Wow! Saya pun cek speedometer… kelajuan dia ialah lebih 500kbps. Saya terus on sampai petang, tidak pernah line putus, “on” jer terus. Budak2 ofis suka hati, senyuman mereka mengandungi seribu makna.

Disebabkan hal yang demikian, terpaksalah saya merelakan Belkin Enhanced Wireless Router N150 saya itu diikhlaskan kepada ofis. Jika tidak, kesian kat member2 seofis tidak dapat merasai nikmat internet laju. Saya pun ambik Belkin Enhanced Wireless Modem Router N150 untuk saya pasang di rumah.

Alhamdulillah waktu saya pasang modem router tu kat rumah, semua berjalan lancar. Laju macam biasa. Tidak terjejas pun. Mungkin sebab line streamyx kat rumah saya ni memang OK, jadi benda tu pun berfungsi dengan betul. Manakala di ofis pula line streamyx teruk dan benda tu tak punya cukup kemampuan nak buat connection.

Kesimpulan dari cerita di atas ialah,

  1. Modem dan router memang beri efek pada connection internet.
  2. Belkin Enhanced Wireless Router N150 memang sangat membantu menstabilkan dan melajukan line streamyx.
  3. Tak perlu beli Belkin Enhanced Wireless Modem Router N150 yang harganya lebih mahal. Belkin Enhanced Wireless Router N150 harga dia RM169.00 manakala Belkin Enhanced Wireless Modem Router N150 harga dia RM396.00 – sendiri pikir laa.
  4. Modem ADSL yang Telekom supply bila di join dengan Belkin Enhanced Wireless Router N150 = connection yang lebih baik dan superb!
  5. Belkin punya gerenti LIFETIME WARRANTY tau. 1 to 1 exchange!
  6. Walaupun saya dah tua, tapi saya tau buat benda2 nih. Hahaha… Don’t play-play with me aaaa..
  7. Saya sekarang buat part time setting wireless home networking. Siapa2 berhajat, boleh saya buatkan. Tapi kena bayar upah laaa. Hehehe.

About these ads

4 Respons to “Streamyx Di Rumah Dan Di Ofis Sudah Ku Wirelesskan”

  1. !x0r@ Says:

    sekali pandang, saya tak perasan pun perbezaan dua2 gambar tu. haha. rabun btol la saya ni :lol:

    pakcik jawab; rabun adalah penyakit keturunan. genetik ini sudah lama wujud dalam tubuh keturunan adam dan hawa. kajian saintis melayu dahulukala yang masih terkenal dan relevan hingga kini ada menyatakan bahawa cinta itu buta. jadi, rabun hanyalah satu proses awalan yang terhadap kebutaan yang dikenalpasti sebagai satu keadaan yang normal yang boleh terjadi kepada manusia muda dan tua!

  2. jalil Says:

    saya pakai streamyx line tetap talipon,boleh ke pakai wireless router tersebut.line streamyx saya sekarang selalu terputus terutama waktu malam

    • Nasron al-Jauhari Says:

      @ jalil

      boleh encik jalil. pergi je ke telekom, renew package. nanti dapat modem free dan pemasangan pun free.

  3. Marlene Says:

    Have you ever considered about including a little bit more than just your
    articles? I mean, what you say is important and everything.
    However just imagine if you added some great visuals or
    video clips to give your posts more, “pop”!
    Your content is excellent but with pics and clips, this site could definitely be one of the best in its niche.
    Excellent blog!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 58 other followers

%d bloggers like this: