Berkunjung ke Rumah Kawan Lama


Semalam lepas maghrib pa’chik berkunjong ke rumah kawan lama. Sudah 21 tahon tidak berjumpa. Wajah juga sudah berubah. Kalau dulu pa’chik sedikit hensem, sekarang bertambah-tambah lagi hensem apabila jerawat sudah tiada lagi, telah digantikan dengan sedikit kedot-kedot. Bukankah kedot-kedot itu terlihat “seksi” juga? Lihatlah artis2 perempuan muda2, banyak yang memilih laki2 berkedot sebagai pasangannya. Yang berkedot lebih romantis, yang berkedot lebih prihatin, yang berkedot lebih seksi poketnya! Tapi poket pa’chik tak seksi, seksa adalah… Hahaha… Hidup musti gumbira, baru awet muda!

Kawan pa’chik dulu anak dara. Sekarang sudah jadi emak dara. Tak lama lagi dapatlah menantu. Syukur alhamdulillah maseh diberi hidop oleh Allah Ta’ala. Jika tidak, pasti pa’chik tidak dapat menulis di blog usang ini lagi. Tidaklah dapat berjumpa kawan pa’chik itu.

Orang tua-tua, kalau berbual, pasti pasal zaman dulu2. Tapi bukanlah cerita zaman Jopun. Cuma bertukar khabar tentang diri, keluarga dan kawan2. Bukan mengumpat, sekadar bertukar info saja. Bukan macham Melodi TV3, lebih mirip macham Mari Mengaji…? Oh tidak… Sebenarnya lebih mirip macham Jejak Kasih TV3 dulu. Bila dapat khabar tentang kawan yang sudah kembali bertemu tuhannya, rasa diri dah tua, rasa tobatlah juga. Bila dapat khabar tentang ada kawan yang kawin baru, rasa muda pula. Tapi jeling2 juga sebab takut nanti ma’chik tarik muka monchong. Takut ma’chik kata pa’chik ni buang tebiatlah pulak. Maklomlah, orang tua2 ni sensitip sikit.

Begitulah kesah pa’chik malam tadi. Pasti orang muda2 bosan mendengarnya. Tak apalah, nanti bila engkorang dah tua, baru padan muka engkorang. Eh, terspeaking style Singapore lah pulak?…

Sampai jumpa lagi. Ta ta…

About these ads

6 Respons to “Berkunjung ke Rumah Kawan Lama”

  1. kataganti Says:

    Orang tua tak masuk syurga. ops… Orang yang masuk syurga jadi muda……

    • Nasron al-Jauhari Says:

      @ kataganti

      awak benar enche’. kesah ini ada hadis-nya.

  2. khai Says:

    patut ar pakchik da lama x nulis, g jenjalan upanya..betul2 pakchik, seronok jupa kwn lama dan mengenang zaman muda2 adalah topik utama bila bjupa semula. nnt balik kita rasa nk jupa juga suma kwn2 lama jugak nk mengeratkan silaturrahim.

    • Nasron al-Jauhari Says:

      @ khai

      pa’chik sibuk la khai. maklom-lah bila dah tua2 begini, hubungan antara keluarga dan masyarakat haruslah lebih kuat lagi. semoga khai lancar kuliahnya dan selamat kembali berbakti di tanah melayu.

  3. UMI INA Says:

    salam en nasron…
    kenapalah baru hari ni saya tersinggah kat blog
    encik bukan dari dulu lagi…banyak citer yang
    menarik utk dikongsi dalam blog ini yer…
    orang veteranlah katakan….hehehe

    • Nasron al-Jauhari Says:

      @ UMI INA

      veteran dengan tua apa bezanya? hahaha.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 58 other followers

%d bloggers like this: