Mengurat Di Tanah Perkuboran


Minggu ini 2 kali saya chuti emergency. Pada 24 Mei, chuti sebab balek Batu Pahat, nenek sebelah bapa meninggal dunia. Semalam, 26 Mei, chuti pergi ke Felda Lok Heng, Kota Tinggi sebab bapa saudara pula meninggal. Nenek memang umor-nya sudah lanjut, mana-kala bapa saudara baru saja berumor 54 tahun (dia adek bapak saya yang nombor berapa saya tak ingat). Muda lagi orang kata… itu pon meninggal juga. Iya-lah,  sudah suratan takdir Ilahi. Tak boleh go-head, tak boleh gostan kata orang tua2.

Yang pergi, biar-lah pergi. Memang sudah ketentuan Ilahi. Kita yang hidop ini, banyakkan-lah sedekah atau hadiahkan al-fatihah untuk si-mati. Semoga roh-nya diterima Allah dan diberikan rahmat yang sebesar-besarnya oleh-Nya. Semoga masuk syorga dan dijauhi dari neraka.

Saya ikot sembahyang jenazah nenek di mesjid. Alhamdulillah ramai-lah juga. Dapat-lah 3 saf di mesjid kampong itu. Maklom-lah, jenerasi muda semua sudah berhijrah ke bandar. Yang tinggal cuma budak-budak remaja dan orang-orang tua pencen jer – yang jalan pon dah bersopan-santon macham sipot (sipot sedhot, bukan sipot serawak ya). Saya ikut hingga selesai proses pengebumian. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, tidak ada halangan sedikit pon. Nenek saya orang baek-baek, semuanya lancar laa…

Saya juga ikut sembahyang jenazah pakchik (bapa saudara) di rumah-nya. Wow! Alhamdulillah… ramai-nya orang. Jalan masuk ke rumah pakcik saya penoh dengan motor (rasa-nya berpuloh-puloh biji motor, kereta, lori dan tak lupa juga van jenazah). Orang-orang di felda ini memang muafakat dan mempunyai sifat bergotong-royong yang tinggi. Respek betol saya pada mereka. Segala urusan lancar, ringan dan “meriah”. Meriah maksud saya ialah suasana keagamaannya begitu terasa. Betol-betol nampak ukhuwah islamiah-nya. Yang muda, yang tua serta yang tua-tua remaja (macham saya) semua-nya tahu peranan masing-masing.

Ramai yang ikot hingga ke tanah perkuboran. Kawasan-nya agak berbukit. Berseh, kemas dan terator. Tidak seram walau sedikit pon. Itu sebab semua orang yang berada “di bawah” itu orang baek-baek semua-nya. Orang-orang yang berada di atas pun baek-baek juga – macham saya (saya puji diri sendiri sekali lagi). Ahaa… tengok si-penggali kubor sudah standby. Proses pengebumian pon segera dilaku-kan. Disaksi-kan oleh anak-anak allayarham pakchik saya. Ada laki-laki, ada perempuan. Yang sulong (laki-laki) baru pertengahan 20-an umor-nya. Maseh muda lagi. Adik-nya 2 orang perempuan lawa-lawa. Sedih, mata-nya kelihatan merah sedikit – mungkin sebab baru lepas menangis.

Kerja-kerja menimbos kubor nampak sahaja seperti senang. Memang senang laa. Tak perchaya cuba kau buat sorang2… mau macham nak patah pinggang dibuat-nya. Ini kerja banyak pakai tenaga. Pakai otak juga. Kalau nak harap seorang dua, bila nak siap! Saya tengok si-penggali kubor sudah keletihan. Anak-anak muda menawar-kan diri menggantikan diri. Batang changkol bertukar tangan. Anak-anak muda ini rajin betol. Mereka betol-betol, bukan maen-maen. Akhirnya semua kerja-kerja itu diambil-aleh oleh anak-anak muda. Anak-anak tua remaja macham saya ini cuma tolong memperhatikan sahaja-lah. Dalam hati rasa berbangga juga. Pasti orang-orang felda ini sayang kepada pakchik saya ini. Sudah tentu dia juga amat dihormati dan disenangi oleh anak-anak muda di sini. Ramai sangat yang mahu menolong. Alhamdulillah…

Setelah selesai tanah dikambus, maka tikar dibentang dan bachaan talkin dan doa akan dimula-kan. Semua berkumpol. Kita dengar dan amin-kan beramai-ramai. Yang mati ini, bapa kita, atok kita, anak kita, suami kita, kawan kita, jiran kita – yang mati ini saudara kita. Mari kita beri penghormatan kepada saudara kita si-mati ini untok terakhir kali-nya. Lebeh kurang begitu kata pak imam yang berwibawa itu. Yang muda, yang tua dan yang tua-tua remaja semua-nya khusyuk tawaddhuk. Baru saya terperasan, patot-lah anak-anak muda itu bersemangat betul menolong… 2 orang anak gadis pakchik saya yang mengikot ke kuboran memang chantek dan lawa orang-nya. Saya pon baru perasan. Maklom-lah selama ini saya bukan cam sangat muka anak-anak perempuan arwah pakchik saya tu, mereka bukan seangkatan umor dengan saya. Baru saya sadar, anak-anak muda itu mahu menunjokkan jasa bakti rupa-nya. Betul-kah begitu?

Sama-ada anak-anak muda itu menolong kerana betol-betol ikhlas atau sebab mahu mengurat anak gadis pakchik saya (sepupu saya-lah itu) itu bukan masalah. Yang penting anak-anak muda itu telah belajar fardhu kifayah hal-hal pengurusan jenazah. Sekurang-kurang-nya mereka sudah dapat ilmu-nya, walau belom pasti dapat sepupu saya. Anak-anak muda ini-lah penerus jenerator jenerasi masa hadapan. Mereka ini pelapis – mereka bakal jadi anak-anak tua. Saya yakin, mereka itu anak-anak muda yang baek. Nakal-nakal sedikit dan urat-mengurat ini perkara biasa bagi anak-anak muda. Malah anak-anak tua tak sedar diri pon biasa juga. Yang penting jaga adab dan akhlak.

Ini juga mengingatkan saya, bila kita mati – harta kekayaan, wang ringgit, isteri lawa, anak2 yang chomel dan chantek, saudara mara, kawan2 dan apa pon juga akan kita tinggalkan. Kita kembali kepada fitrah waktu kita datang dulu – sendirian dan tidak membawa bekal apa pon. Yang dapat dibawa bersama hanya-lah amalan yang telah kita kerja-kan di atas dunia sewaktu kita hidup dulu. Semoga Allah melimpah-kan rahmat, rahman dan rahimNya kepada nenek saya, pakchik saya dan kita semua. Amin ya rabbal’alamin.

About these ads

11 Respons to “Mengurat Di Tanah Perkuboran”

  1. tarings Says:

    salams tuan….

    sudah lama tidak mampir sini…
    dari musim durian bawa ke musim rambutan…
    tapi yang pasti…
    hati tua ini turut berasa bangga mengetahui maseh ada anak-anak muda yang tidak hanya pandai keluyuran…
    tetapi mengorbankan masa-masa terluang mereka mendalami ajaran agama…
    kita masih punya harapan…

    al-Fatehah untuk Allahyarham berdua…

  2. abnor Says:

    salam
    wah tuan ! kok menghilangnya lama sekali.. apa pun jangan dibiarkan rumah jadi tempat buang sampah nanti jadi tompek pembiakan musuh plak. apo pun den nak bgi tau nie.. den nak datang rumah tuan jalan jalan cari makan dan cari pasal ( dengan awek je ) buleh ko…

    P/s masih gitu gitu juga

  3. Borhan Dali Says:

    Tak pelah. Mudah-mudahan ada jodoh dengan sepupu Pak Cik Nasron tu. Tambah sedara.

  4. zura.. Says:

    wahhh !! not bad juge blog nie..
    karangan yang baguss…

  5. SENIMANklasik Says:

    AL-FATIHAH untuk arwah nenek, arwah pakcik en.Nasron dan arwah semua muslimin muslimah yang telah kembali ke rohmatullah.Semoga Allah mengampunkan mereka semua dan dimasukkan ke dalam syurgaNya..InsyaAllah.
    Untuk tatapan anak-anak generasi muda kini, meskipun leka dengan segala keindahan dan pemodenan serta kemajuan yang memukau di sekeliling kita kini, JANGANLAH sampai lupa nak menyediakan bekalan untuk hidup di sana.Sesungguhnya kehidupan di sana yang KEKAL ABADI dan tiada kesudahan bahkan penuh dengan kenikmatan yang tak tergambar oleh akal kini.Kata ustaz dalam kuliah “HOO LIDI NAFIHA ABADA “bermaksud mereka kekal di dalamnya selama-lama. Adakah hidup singkat 50 – 80 tahun di dunia fana’ ni kita nak sia-siakan? Tak nak ke cari bekalan untuk bina kebahgiaqan di sana? Semuanya perlu diusahakan di dunia sekarang . Oleh itu janganlah sia-siakan kehidupan yang Allah ciptakan ini. “JANGANLAH SEKALI-KALI KAMU MATI MELAINKAN DALAM BERAGAMA ISLAM. Jauhilah perkara-perkara yang boleh merosakkan islam dan akidah kita. Marilah sama-sama kita beringat sebelum kita dipanggil pulang. Thank you very much En.Nasron untuk cerita di atas. Mudah2an memberi manafaat yang baik buat semua. Wassalamualaikum.

  6. SENIMANklasik Says:

    Salam….. En.Nasron al-Jauhari
    Semoga sihat dilimpahi rahmat

    Untuk peringatan bersama…Tanah Kubur @ Tanah Perkuburan tempat wakaf yang mulia. Lelaki sunat hukumnya menziarahi kubur. Wanita pulak makruh ziarah kubur.
    Dah bulan Rejab ni…tak lama lagi Sya’ban. Lepas tu Ramadhan..Insyaallah berpuasalah kita.
    Eloklah ziarahi kubur ayah ibu @ saudara mara sebelum Ramadhan menjelang.

    Al-Fatihah untuk semua arwah muslimin muslimat….

  7. SENIMANklasik Says:

    Salam semua.
    Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Semoga dirahmati Allah SWT. Aamiiin…..!

  8. SENIMANklasik Says:

    Maka hendaklah kamu ingat kepadaKu, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan,
    dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu kufur ( ingkar akan nikmatKu )
    ( Al~Baqarah 152 )

  9. SENIMANklasik Says:

    Semoga MH370 ditemui dan selamat semuanya.
    Lanjutan daripada peristiwa itu……eloklah kalau YB KJ mohon maaf kepada Datuk Mahaguru Ibrahim Zain, sekurang2nya hormat orang tua dan yang penting Melayu tak berpecah@berpuak2. Ca Ha gelak tengok kita jadi begitu.

  10. SENIMANklasik Says:

    Trajis…..tragedi MH 370 berakhir menjadi pusara di lautan.

  11. SENIMANklasik Says:

    MasyaAllah…….. Di UKRANE pulak sebahagian rakyat kita terkubur. Dahlah MH 370 tak balik-balik. Kini MH 17 pulak mereka tembak. 298 nyawa terkorban. Takziah buat semua waris mangsa. Al-Fatihah kepada semua yang terkorban yang beragama Islam.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 58 other followers

%d bloggers like this: