Mengapa Harus Membeli Emas & Perak Sekarang?


Ada banyak sebab mengapa kita harus membeli emas dan perak sekarang dan tidak boleh bertangguh lagi. Setiap orang mempunyai sebab masing-masing, namun begitu ada beberapa sebab atau alasan yang sangat munasabah, kuat dan penting hingga kita tidak dapat kita elakkan atau nafikan. Berikut adalah sebab-sebabnya;

1. Agama

Pesan Nabi
Jika anda seorang Islam, ada banyak hadis dan ayat Qur’an yang menceritakan berkaitan dinar/emas atau dirham/perak. Ia meliputi banyak aspek baik dari segi perniagaan, zakat, nikah kahwin, ekonomi negara dan sebagainya. Islam juga ada memberi amaran tentang betapa pentingnya dinar/emas dan dirham/perak pada kehidupan akhir zaman nanti. Kita sekarang termasuk dalam kehidupan akhir zaman tersebut.

Abu Bakr ibn Abi Maryam mengatakan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar (emas) dan dirham (perak) [untuk digunakan].” – Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal. 

Elakkan Riba’
Islam adalah agama dan cara hidup yang selamat dalam berbagai aspek. Islam telah mengharamkan riba’ kerana riba’ itu membawa kemusnahan yang besar dalam kehidupan manusia. Penggunaan dinar/emas dan dirham/perak dapat mencegah dari kegiatan-kegiatan riba’ kerana nilainya tetap dan jelas bersandar kepada fizikal logam itu sendiri. Tidak seperti wang kertas / wang fiat yang tiada sandaran fizikal, mudah dimanipulasi dan sebenarnya haram dalam Islam.

Sila rujuk sini dan sini.

2. Nilai Yang Tetap – Tiada Inflasi
Tiada pengaruh inflasi pada emas dan perak. Harga seekor kambing pada zaman Rasulullah kira-kira 1400 tahun dulu ialah 1 dinar dan harga seekor ayam ialah 1 dirham. Cuba anda periksa berapa harga seekor kambing dan ayam pada ketika ini, pasti harganya sekitar harga 1 dinar dan 1 dirham. Ini menunjukkan bahawa nilai emas dan perak adalah tidak dipengaruhi oleh inflasi.

Cuba anda kaji sendiri harga Ringgit Malaysia kambing dan ayam sejak tahun 1980an hingga sekarang . Harganya berubah-ubah. Pada tahun 1980an harga seekor kambing tidak mencecah RM300.00 tetapi pada hari ini harganya sekitar RM650.00. Lihatlah betapa wang kertas (Ringgit Malaysia) telah mengalami penyusutan nilai daya beli. Inilah inflasi!

3. Nilai Fizikal Yang Selamat
Apa jadi jika duit kertas anda terbakar? Terbakar separuh atau terbakar hangus menjadi debu, kedua-duanya menyebabkan wang kertas anda itu tidak lagi laku, tiada nilai sedikit pun. Yang tinggal hanyalah kenangan dan kekecewaan. Bagaimana pula kalau emas dan perak anda terbakar? Paling teruk ia akan meleleh, rupabentuknya tidak seperti bentuk asal namun mustahil menjadi debu. Adakah ia masih bernilai? Sudah pasti logam itu tetap bernilai walau rupabentuknya sudah sompek, kemek, terbakar atau sebagainya!

4. Tak Boleh Dicipta – Mencegah Manipulasi
Siapa boleh cipta emas dan perak? Handal bagaimana pun tidak boleh mencipta emas atau perak. Semua logam itu didapatkan dari perut bumi. Emas dan perak hanya boleh diolah tetapi tak boleh dicipta. Tidak seperti wang kertas, pemerintah/kerajaan sesuka hati mencetak sebanyaknya mengikut kehendak mereka. Inilah antara faktor utama mengapa wang kertas mengalami penurunan nilai dan inflasi. Lihat apa telah terjadi dengan matawang Zimbabwe, Iraq, Rupiah dan yang pernah berlaku jelas di negara kita dulu ia “duit pokok pisang” Jepun pada waktu pendudukan Jepun di Tanah Melayu ketika era Perang Dunia Kedua dulu.

5. Tak Boleh Dicipta – Mencegah Wang Palsu
Wang kertas palsu banyak beredar di seluruh dunia. Oleh kerana ada berbagai rupa wang kertas kerana setiap negara mengeluarkan wang mereka sendiri, maka hampir mustahil untuk mengetahui paslu atau aslinya wang setiap negara. Perkara ini tidak berlaku pada emas, kerana emas tidak boleh dicipta atau di tiru.

6. Nilai Tanpa Sempadan
Sekiranya kita membeli sesuatu di Russia atau negara lain dengan menggunakan wang kertas Ringgit Malaysia, apakah penjual akan menerimanya? Tentu saja tidak! Cuba jika kita membayarnya dengan menggunakan emas, laku tak? Sudah tentu laku. Emas laku walau di mana sahaja di muka bumi ini hatta di alam jin sekali pun!

7. Nilai Waktu Aman & Waktu Darurat
Masih ingat waktu Saddam Hussien tumbang dan Iraq jatuh ketangan Amerika dan sekutunya. Apa jadi dengan wang kertas Iraq? Hancur lebur tidak bernilai! Cuba perhatikan senario contoh ini. Sebelum kejatuhan Saddam, Iraq$500 boleh beli seekor kambing. Setelah kejatuhan Saddam, Iraq$500 untuk membeli seekor ayam pun tak cukup. Perkara ini tidak akan berlaku dengan emas. Emas nilainya konsisten walau dalam apa jua keadaan malah bertambah nilainya apabila keadaan darurat berlaku. Wang kertas pula akan jatuh atau musnah nilainya apabila sesuatu kerajaan/pemerintah yang mengeluarkan wang tersebut sudah tidak berkuasa lagi. Dalam hal ini hanya emas yang konsisten pada kedua-dua waktu sama ada waktu aman atau waktu darurat.

8. Untuk Menghapus Monopoli & Penindasan Negara Kapitalis
Tahukah anda bahawa kejatuhan Empayar Khalifah Utsmaniah Turki antara sebab utamanya ialah kerana muflis gara-gara mengikut nasihat dan telunjuk Yahudi menggunakan wang fiat bagi menggantikan dinar dan dirham? Tahukah anda bahawa peperangan pada zaman dahulu tidak dapat berlangsung terlalu lama dan besar kerana faktor keterbatasan dana kerana pada zaman dahulu semua urusniaga menggunakan wang emas dan wang perak? Tahukah anda mengapa negara-negara kuasa besar sangat tidak suka negara-negara kecil menggunakan emas dan perak dalam urusniaga kerana mereka tidak boleh lagi memanipulasikan kewangan negara-negara kecil itu dengan mudah seperti ketika mereka menggunakan wang fiat? Tahukah anda, Amerika kerjanya mencetak sahaja wang dolar mereka untuk membiayai peperangan demi peperangan? Wang fiat dicetak sebanyak-banyaknya tanpa had sehingga tercapai cita-cita jahat mereka. Andai kata matawang emas dan perak sahaja digunakan, mereka tidak dapat berbuat demikian kerana emas dan perak tidak dapat dicipta. Adanya keterhadan atau keterbatasan dalam hal ini.

Sila rujuk sini.

9. Harga Logam Semakin Naik
Sebenarnya ia lebih tepat bukan harga emas yang semakin meningkat, tetapi wang fiatlah yang mengalami penurunan nilai. Pada tahun 2001 1 gram emas 916 berharga RM36.00 tapi hari ini 1 gram emas telah meningkat pernah melebihi RM155.00. Semakin lambat anda membeli emas, kemungkinan untuk harganya bertambah naik sangat tinggi. Begitu juga dengan harga perak, harganya semakin meningkat dan terus meningkat. Pada tahun 2010, harga emas telah menaiki kenaikan mencapai 25%. Mengapa mahu bertangguh lagi?

Banyak alasan atau sebab yang kukuh untuk kita mengumpul emas dan perak dari sekarang. Sebagai muslim dan mukmin, saya percaya dan yakin terhadap janji-janji dan pesan-pesan Allah yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Apa yang dikata pasti akan terjadi kerana Allah tidak pernah mungkir.

About these ads

9 Respons to “Mengapa Harus Membeli Emas & Perak Sekarang?”

  1. lynda Says:

    Bob call email info kat sini..
    LRR

  2. Azura Says:

    En Nasron,da spuluh thn sy kerja dkdai emas..mmg bebaloi klu dlu2 ade byk membeli emas,skarang ni harge emas mencecah..rm157,kan untung bgande2 2..haha.

  3. ~ Harga Emas naik lagi « Qaulalhaq Says:

    […] Mengapa Harus Membeli Emas & Perak Sekarang? KLIK SINI […]

  4. mohd ismail Says:

    bilakah nilai matawang negara akan jatuh?

  5. pakchik kayo senyum Says:

    lynda @ pokchik mintak maap banyak2 tak buleh nak call… takut mokchik marah nanti kang

    azura @ ko memang betol… tersangatlah botulnyo… kalau pokchik boli kek kau buleh dapat diskon tak zura?

    mohd ismail @ bila? dah lama dah mail oiiiii… ko tengok dulu, karipap zaman pokchik dan bapak ko mudo2 dulu cuma seposen yo seketol… sekarang dah tigo empat posen… saiz makin kocik… lagi satu, dulu kalau gaji duo ribu buleh kawin tigo, sekarang nak kawin satu pun payah jang oiii… itulah tando2nyo duit jatoh nilai… karang kojap lagi, lagila jatoh… copek2 jang oii beli omeh dan perok… bukan nak kayo, cumo nak solamat jang oiii… nabi pun suroh tu… jangan ko buek2 lupo pulak…

  6. azura Says:

    La nie arge mas da rm180..bila lg nk mai..

  7. azura Says:

    Bun poh kedai emas @ today mall.

  8. Nasron al-Jauhari Says:

    bun poh kedai emas di today mall yg mana? today mall banyak di malaysia nih. berilah alamat lengkap zura oiii… nanti ada rezeki pakchik boleh la singgah… :)

  9. azura Says:

    Org gamen dah bonus,brape kg la nk beli emas erk,haha


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 58 other followers

%d bloggers like this: