Lagu Jepon P Ramlee – Lagu Tikar Terbang Laksamana Do Re Mi


Lama tak menulis ceritera baharu di blog ini. Sampai ada orang “sound” pa’chik suroh tulis lah apa-apa yang patot. Maka pa’chik pon tulis lah ni ya. Semoga terhibor hendaknya.

Pernah dengor lagu “Miyo Tokai No Sora Akete” yang Laksamana Do Re Mi nyanyi masa naik tikar terbang tu? Itu lagu pada rangkap pertamanya dalam bahasa Jepon. Lepas tu baru pakai bahasa Melayu pada rangkap seterosnya. Lagu tu asyik rancak mendengarnya. Rentaknya macham “rentak lagu tentera”, rentak “march” orang puteh kata.

Arwah P Ramlee tu dulu pernah melalui zaman Jepon. Siapa-siapa yang pernah hidop waktu perintah Jepon dulu tau lah lagu itu. Itu kira macham lagu kebangsaan Jepon la. Biasa dulu orang panggil Jepon ni Nippon. Sebenarnya kalau dengar betol-betol bunyinya “Nippong”. Macang orang Ganu dan Bugis, belakang dia suka tambah huruf “nga” atau rumi panggil huruf “g”. Waktu zaman tu siapa-siapa yang bekerja atau sring berurusang dengang Jopung wajik kene tau nyanyi lagu tuh, kalo dak hapa, mampuih mu kena potong kepara tak pung minung air sabung. Uih ganah Jepung nih. Makang penampor Jepung slalu doh. Kalu stakat kene maki “Bagero” tu kire paling lombut la tuh. Eh, guano buleh terspeaking Ganu nih? 

Punyalah kreatif arwah P Ramlee kita tu sampai lagu tu dia gubah jadi lagu dalam pilem Laksamana Do Re Mi. Sebenarnya yang original lagu tu bertajok Aikoku Koshin bermaksud Terus Mara Negara Terchinta. Di bawah ni pa’chik sertakan sekali video lagu dari pilem Laksamana Do Re Mi dan juga video lagu yang original siap dengan maksud senikatanya sekali. Boleh cerita kepada anak cucu. Silalah tonton ya. Banzzaiiiii…!

Ini pula lagu yang original;

About these ads

2 Respons bagi “Lagu Jepon P Ramlee – Lagu Tikar Terbang Laksamana Do Re Mi”

  1. ein hasim Says:

    apa tajuk lagu tengku putri yang kene tahan dengan laksmana pasola tu ek

  2. Daniel N20 Says:

    miyotokai no sawadekete..
    kiyoku jitsu kagayakeba
    tenchi no seiki hatsuratsuto
    keibo wa odoru oyashima


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 57 other followers

%d bloggers like this: