Koleksi Lagu-lagu A Ramlie


Saya sedang usahakan untok telah berjaya upload sebanyak 70 buah lagu A Ramlie ke 4shared.com dalam waktu terdekat ini bagi memudahkan para peminat allahyarham mendapatkan lagu-lagu yang mereka minati. Setakat ini cuma ada 70 buah lagu sahaja yang saya dapatkan dari convert dari Youtube, Enche’ Sesumpah dan entah siapa-siapa lagi saya tak ingat. Harap maklum ya tuan-tuan haji, saya ni dah sizen… benda-benda macam ni selalu lupa.

Ini dia senarai lagu-lagu yang dimaksodkan. Kalau ada sesiapa nak tambah, sila contact saya. Terima kaseh saya uchapkan tapi tiada bayaran ya. Hehehe…

Baca baki entri ini »

Koleksi Lagu-lagu Ahmad Jais


ahmad-jais

Assalamualaikum semua. Lama sungguh saya tak mengupdate weblog ini. Bukan lupa, cuma tak ingat… ewahhhh, macam lirik lagu la pulak. Sebenarnya saya sibuk la. Kerja banyak, maklum ler, kuli… Entah bila dapat jadi boss…

Untuk mendapatkan lagu-lagu lama Ahmad Jais saya pun rembat pinjam vcd karaoke bapak saya yang cover nya pun dah hilang entah ke mana. Saya malas cari lagu-lagu itu di internet sebab biasanya kualiti audionya longkang tak baik. Kebetulan saya dapat curi ambil satu software free di internet yang boleh convert vcd atau dvd ke mp3, maka tanpa tanggungjawab segan silu saya pun mengcopy la vcd itu. Kualiti audio mp3 setelah convert sangat baik. Memang best kat telinga. Mendengar lagu-lagu tersebut membuatkan saya jadi terkenang zaman main lari-lari sembunyi bawah pokok dulu. Hehehe. Setelah menconvert, maka saya pun upload ke savefile.com untuk dikongsi bersama. Tapi ingat, ini untuk diri sendiri aja tau, tatak bole juai ooooo. Manyak salah ooooo! Baca baki entri ini »

Jamal Abdillah, Raja Pop Malaysia


jamalrajapop.jpg

Sudah lebih 20 tahun (sejak 1979) Jamal Abdillah memperhambakan diri dalam bidang seni. Biarpun jejak beliau ada meninggalkan kontroversi, namun nama beliau tetap utuh sebagai penyanyi lelaki terbaik dan terunggul yang pernah lahir di persada seni negara. Kelunakan “vokal emas” beliau yang mampu mengalunkan pelbagai genre lagu baik balada, pop mahupun tradisional meletakkan nama beliau abadi dalam sejarah seni dan budaya tanahair buat selama-selamanya. Baca baki entri ini »

Sheila Majid, Ratu Jazz Malaysia


sheila-majid-cover-lagenda.jpg

Artikel ini ditulis sebagai hadiah kepada isteri saya yang merupakan seorang peminat Sheila Majid. Semoga isteri saya berpuas hati dan gembira dengan “hadiah” ini walaupun kebanyakannya saya “cilok” dari beberapa sumber. Habis nak buat camana, saya bukannya tahu sangat pasal Sheila ni. Saya kan “peminat setia” Pop Yeh Yeh, bukannya Jazz atau R&B. Namun begitu saya suka juga lagu-lagu Sheila. Sheila Majid memang ada kelas. Beliau penyanyi yang hebat dan disegani. Sesekali “layan” lagu-lagu nyanyiannya, syok wooo…

Shaheila Abdul Majid atau juga dikenali sebagai “Sheila Majid”, merupakan salah seorang penyanyi popular di Malaysia, malah di Asia. Dilahirkan pada 3 Januari 1965. Baca baki entri ini »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 57 other followers