Dengar & Download Mp3 Al-Qur’an (Percuma/Free)


al-quran.jpg

Bawak-bawaklah bertaubat, jangan nak asyik “tau buat” jer! Barangsiapa yang ingin berusaha mentaubatkan dirinya, maka eloklah berbuat ibadah terutamanya yang wajib, diikuti yang sunat serta tinggalkan segala laranganNya. Barulah rahmat Allah datang menjenguk dan cahaya hidayah masuk dalam hati. Betul tak?

Untuk menuju ke arah menjadi insan yang baik, lebih tepatnya muslim yang beriman dan beramal soleh, maka dengan ini saya sediakan file mp3 ayat-ayat al-Qur’an lengkap 30 juzuk iaitu 114 surah semuanya. Anda boleh gunakannya untuk belajar, memperbaiki bacaan, menghafalnya atau sebagainya. Mudah-mudahan ianya membantu. Semoga saya dan tuan/puan/saudara/saudari akan beroleh manfaat di dunia dan juga di akhirat. Amiiin! Insya’allah. Baca baki entri ini »

Islam: 3 Sebab Para Penuntut Ilmu Masuk Neraka Walaupun Menuntut Ilmu Yang Benar


Ada 3 sebab yang mana para penuntut ilmu itu akan dimasukkan ke dalam neraka walaupun ilmu yang mereka tuntut itu adalah ilmu yang benar. Ini disebabkan oleh tujuan mereka menuntut ilmu adalah salah dan dibenci Allah. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Islam. Label: , , , , . 1 Comment »

Islam: Masalah Niat Dalam Solat Ketika Takbiratul Ihram


Ini masalah besar, bukan masalah kecil. Tapi ramai (termasuk para “ulama” masakini) tidak memberikan perhatian serius terhadap masalah ini. Asyik memberi jawapan soal gangguan syaitan yang memberi rasa was-was sahaja. Jawapan yang tepat pada pokok persoalan tidak diberikan dengan jelas. Bagaimana nak memasukkan niat ke dalam hati ketika hendak memulakan solat? Niat sebelum bertakbir? Ketika sedang bertakbir? Sesudah bertakbir? Bagaimana ayat niatnya? Sempatkah menyertakan niat yang panjang di dalam hati ketika takbir? Bagaimana kalau tak habis berniat sedangkan lafaz takbir dah habis? Bagaimana kalau lafaz takbir terputus? Mmm… banyak tu persoalan yang harus dijawab! Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Islam. Label: , , , , , . 21 Comments »

Islam: Hukum Berkenaan Janggut / What Islam says About the Beard


Apakah hukum membela janggut? Apakah pula hukum mencukur atau memotong janggut? Seberapa panjangkah janggut yang boleh dibela? Apakah ia benar sunnah nabi? Mana hadits dan mana dalilnya? Apa pendapat para imam mazhab Maliki, Syafie, Hanafi dan Hanbali?

yusuf-qardhawi-gambar-hiasan.jpg nik-aziz-gambar-hiasan.jpg osama-ben-laden-gambar-hiasan.jpg

Gambar hanya sebagai hiasan sahaja.

Baca baki entri ini »

Islam: Kemantapan Iman Saidina Bilal RA


Sebagai seorang yang telah bersyahadah dengan yakin dan ikhlas, kita telah menjadi seorang Islam. Kita telah beriman kepada Allah dan rasulNya. Namun seberapa mantapkah iman kita? Tentu saja bukan kita yang layak menilainya melainkan Allah SWT saja yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu.

bilal-01.jpg

Saidina Bilal RA sewaktu mengaku Allah itu tuhannya dan Muhammad itu pesuruhNya telah sedar dan mengerti kesan yang bakal diterimanya terhadap pengakuan itu. Beliau tahu bahawa Allah SWT akan menguji imannya. Apakah imannya itu benar-benar teguh seperti gunung, atau seperti debu yang terbang apabila ditiup angin. Baca baki entri ini »

Islam: Bahaya Takrifan Kejayaan Yang Sesat


Bayan / kuliah subuh pagi tadi memang sangat menarik, ringkas, padat dan memberi kesan. Penceramah menceritakan tentang banyak perkara-perkara asas kehidupan sebagai muslim. Tapi atas kelemahan diri ini, tak dapatlah nak mengingat kesemuanya. Antara kupasan menarik ialah tentang perkara ini;

“Allah telah meletakkan kejayaan manusia itu adalah di dalam agama (Islam). Tiada kejayaan selain dari itu.” Baca baki entri ini »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 57 other followers