Mengurat Di Tanah Perkuboran


Minggu ini 2 kali saya chuti emergency. Pada 24 Mei, chuti sebab balek Batu Pahat, nenek sebelah bapa meninggal dunia. Semalam, 26 Mei, chuti pergi ke Felda Lok Heng, Kota Tinggi sebab bapa saudara pula meninggal. Nenek memang umor-nya sudah lanjut, mana-kala bapa saudara baru saja berumor 54 tahun (dia adek bapak saya yang nombor berapa saya tak ingat). Muda lagi orang kata… itu pon meninggal juga. Iya-lah,  sudah suratan takdir Ilahi. Tak boleh go-head, tak boleh gostan kata orang tua2.

Yang pergi, biar-lah pergi. Memang sudah ketentuan Ilahi. Kita yang hidop ini, banyakkan-lah sedekah atau hadiahkan al-fatihah untuk si-mati. Semoga roh-nya diterima Allah dan diberikan rahmat yang sebesar-besarnya oleh-Nya. Semoga masuk syorga dan dijauhi dari neraka. Baca baki entri ini »

Bila Tulang Sudah Reput


Syahdan tatkala ini tulang sudah reput. Minom susu banyak2 pon tulang reput juga. Reput sebab nak chari duit beli susu yg sekarang harganya mahal bebenor. Rambut pon sudah sedikit. Orang cakap sebab banyak makan ajinomoto. Itu semua fitnah, pa’chik makan nasi ajer. Gilo apo makan ajinomoto. Lagi pun pa’chik bukan Jepon.

Bila sudah tua dan sengkek pula, kesian anak2. Itulah… siapa suruh kawin lambat? Sesedap mulot orang mengata. Bukan sebab sengaja, tapi sebab tak sengaja. Tak sengaja sebab kumpol duit lambat cukopnya. Lagi pon kat sekolah dulu pa’chik cuma belajar bab nikah kahwin. Bab urat mengurat che’gu tak ajar. Che’gu simpan ilmu tu untuk diri sendiri saja. Sebab tu lah che’gu ada banyak bini. Tak apalah, che’gu gaji besar…

Sekarang katanya zaman kemelesetan ekonomi. Orang cakap, jomlah balik kampong, boleh tanam jagung. Pa’chik cakap, pa’chik mana ada kampong. Apa ingat semua rakyat Malaysia ada kampong, ada tanah? Itulah, kecik2 tak nak mati, besor jadi menteri, bikin susah rakyat sendiri. Tapi rakyat tetap beri undi, sebab dapat hadiah payung, kipas dan topi. Kalau bernasib baik dapatlah duit kopi sepuloh doploh ringgit.

Katanya minyak mau naik lagi?

Apa Nak Heran Pasal Sumpah


Saya tak heran bila Saepol Bahari bersumpah pasal ada orang cucuk bontot dia. Saya no komen la sebab saya tak nampak kejadian tu. Kalau saya nampak, senang sikit cerita. Mungkin saya buat vcd dan hantar ke FBI untuk siasatan lanjutan. Tapi apa nak heran benda sumpah sumpah ni. Pada saya perkara sumpah ni biasa jer.

Dalam dunia ni banyak bab pasal sumpah. Ada yang namanya sumpah, menyumpah, sumpahan, sesumpah (kawan saya nama dia encik sesumpah – peminat pop yeh yeh), sumpah-sumpah, sumpah-seranah, sumpah-sampah, sumpah-sumpit, macam-macam ada!! Baca baki entri ini »

Berita Terkini


Saya minta maaf banyak2 sebab lama tak update blog ni. Komen pun banyak tak terjawab. Sebenarnya saya sangat sibuk… betul2 punya sibuk! Bukan saya saja nak sibuk2, tapi sibuk yang nak saya jadi sibuk. Jadi terpaksalah saya menjadi sibuk walau saya bukan seorang penyibuk!

Dalam masa kebelakangan ni macam2 peristiwa menarik-tertarik berlaku. Tapi tak sempat nak tulis. Akibatnya PR (Page Ranking – Google) jadi jatuh dari 5 ke 4. Suka-suki dia jer turunkan ranking saya tanpa minta izin dulu. Apa dia ingat dia siapa? Doktor? Lawyer? Majistret? Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Membebel. 4 Comments »

Pesta Mencarut Dan Memaki Hamun


Sejak satu dua hari ni, aku paling banyak dengar orang mencarut, memaki hamun dan juga perkataan kesat dalam pelbagai bahasa namun mengandungi erti dan maksud yang sama waktu dengannya. Mesti malaikat pencatit amalan geleng2 kepala tengok rekod amalan mulut rakyat malaysia sehari dua ni. Aku rasa perkara ini akan berlanjutan selama beberapa minggu atau bulan lagi. Semuanya gara-gara harga minyak naik mendadak kelmarin. Kenaikan harga minyak juga sebagai pembuka tirai kepada satu pesta… pesta mencarut dan memaki hamun! Baca baki entri ini »

Minyak Naik Melampau! Bangsat!


Satu sketsa di warung kopi di tepi jalan.

“Minyak petrol naik sampai 70 sen. Diesel RM1.00 naik. Gila babi betul! Babi pun tak gila macam tu. Manusia jer yang gila.

Apsal tak naikkan berperingkat-peringkat? Agaknya menteri2, PM dan pakar2 ekonomi kat Malaysia ni bangang2. Sebab tu lah tak ada cara lain selain menaikkan harga minyak mendadak gila babi ni. Banyak tu! Bukan sikit! Lepas ni mencanak naiklah harga barang2 keperluan dan perkhidmatan. Siapa susah? Rakyat macam aku lah jugak yang susah! Baca baki entri ini »

Jadi Imam Majlis “Bidan Terjun” di Majlis Kenduri Yasin & Tahlil Arwah


Semalam aku ke masjid untuk solat Maghrib dan Isyak. Aku memang biasanya tak balik ke rumah lepas Maghrib. Kebetulan malam tadi ada kuliah, jadi aku seperti biasa lepak dengan Pak Ali di tepi astaka nun jauh dekat pagar masjid “mengasapkan diri” sambil dengar kuliah Feqah bab najis sebagai ubat dari Ustaz Adam.

masjid-gambar-hiasan.jpg

Lepas solat Maghrib, Imam Zainol ada membuat pengumuman. Ada kenduri yasin dan tahlil arwah di lima buah rumah. Maklumlah, Taman Kota Masai ni besar. Macam biasa, imam dengan bilal akan membahagi-bahagikan tugas. Aku dan Pak Ali dah tahu dulu tentang kenduri yang diadakan berdekatan dengan rumah kami. Sebab semalam tuan rumah telah datang sendiri menjemput kami.

Baca baki entri ini »

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 58 other followers