Irama 60an: A Ramlie (Bahagian 2)


Olih kerana sambutan ter-hadap lagu-lagu allah-yarham A Ramlie sangat hebat dari kalangan peminat muzik pop-yeh-yeh yang singgah di blog ini, maka dengan sukachita-nya saya sedia-kan lagu-lagu allah-yarham sa-banyak 20 (dua puloh sahaja) buah lagu dalam format mp3 untok hiboran nostalgia anda, para peminat setia A Ramlie. Hampir ka-semua lagu ada-lah ehsan Enche’ Sesumpah. Baca baki entri ini »

Tombo Ati (Ubat Hati) Berasal Dari Wali Songo


Salah seorang Wali Sembilan (Wali Songo) di Tanah Jawa yang bernama Sunan Bonang telah menciptakan syair atau tembang yang diberi judul “Tombo Ati” atau dalam bahasa Melayunya bermaksud “Ubat Hati”. Sunan Bonang atau nama sebenarnya Makhdum Ibrahim juga merupakan anak dari Sunan Ampel yang nama sebenarnya ialah Raden Rahmat. Sunan Ampel sendiri adalah anak dari Sunan Gresik (Maulana Malik Ibrahim) yang merupakan Wali Songo yang pertama. Baca baki entri ini »

Software Percuma Convert DVD, VCD, SVCD, WMA, WMV, ASF, RM, RA & RMVB ke MP3


Beberapa hari lepas saya telah mencari satu software untuk convert vcd karaoke lagu Ahmad Jais dan lagu berbahasa Mandarin penyanyi Xie Lei (akhir tahun 70an / awal 80an) ke mp3. Sebabnya ialah saya nak masukkan lagu tu ke USB Stick untuk dimainkan menggunakan FM Modulator di kereta. Maklumlah, tak mampu nak beli CD Player kat kereta. Jadi, alternatif yang paling murah ialah dengan menggunakan FM Modulator. Non-stop 1,000 lagu, ahaks!

Nak dipendekkan cerita, oleh kerana saya dapat “benda” tu free, jadi saya nak berkongsi-kongsilah dengan para pengunjung blog saya yang tercinta ini. Saya dah uji-cuba-try-test, memang best! Simple, senang dan cepat. Budak sekolah pun tahu guna dan yang penting sekali ia tidak membuatkan komputer anda hang, crash atau jam. Kalau bermasalah juga, silalah beli komputer baru, macam saya ni. Hahaha… saja nak eksen! Baca baki entri ini »

Koleksi Lagu-lagu Ahmad Jais


ahmad-jais

Assalamualaikum semua. Lama sungguh saya tak mengupdate weblog ini. Bukan lupa, cuma tak ingat… ewahhhh, macam lirik lagu la pulak. Sebenarnya saya sibuk la. Kerja banyak, maklum ler, kuli… Entah bila dapat jadi boss…

Untuk mendapatkan lagu-lagu lama Ahmad Jais saya pun rembat pinjam vcd karaoke bapak saya yang cover nya pun dah hilang entah ke mana. Saya malas cari lagu-lagu itu di internet sebab biasanya kualiti audionya longkang tak baik. Kebetulan saya dapat curi ambil satu software free di internet yang boleh convert vcd atau dvd ke mp3, maka tanpa tanggungjawab segan silu saya pun mengcopy la vcd itu. Kualiti audio mp3 setelah convert sangat baik. Memang best kat telinga. Mendengar lagu-lagu tersebut membuatkan saya jadi terkenang zaman main lari-lari sembunyi bawah pokok dulu. Hehehe. Setelah menconvert, maka saya pun upload ke savefile.com untuk dikongsi bersama. Tapi ingat, ini untuk diri sendiri aja tau, tatak bole juai ooooo. Manyak salah ooooo! Baca baki entri ini »

Rock Part 2: 10 Lagu Rock Kapak Yang Best 1987~1997 (Link Terbaru di 4shared)


Bloodshed, Search, Febians, Terra Rossa, Lestari, Crossfire, Wings, Sofea, May dan Bumiputra Rockers.

Sila klik untuk besarkan gambar.

Cakap banyak tak nak. Ni dia lagu2 tu. Sila klik untuk dengar atau download.

[Saya tak sampai hati bila tuan/puan/abang/adik susah2 dah lawat blog saya tapi nak download tak dapat sebab "user bandwith over quota". Maka sebab itu saya dah tukar semua link download ke Savefile.com yang unlimited! Selamat mendownload! - 20/11/2008 10:51 pm]

[SORRYLAH KAWAN2... SAVEFILE.COM DAH TUTUP, MUFLISIN... TAHUN 2009 KOT... AKU TAHU RAMAI NAK DOWNLOAD TAK DAPAT... NI AKU BERI LINK BARU DI 4SHARED.COM... KORANG BOLEH DOWNLOAD DENGAN FOLDER2 DIA SEKALIGUS SERENTAK! LINK DAN PASSWORD AKU TULIS KAT BAWAH - 27/06/2010 10.51 pm]

  1. Bloodshed – Srikandi Cintaku (1987)
  2. Bumiputra Rockers – Dari Sinar Mata (1989)
  3. Crossfire – Antara Luka Dan Rindu (1995)
  4. Febians – Penantian (1991)
  5. Lestari – Cinta Itu Ketawa & Airmata (1997)
  6. May – Gadis Bertudung Putih (1990)
  7. Search – Fantasia Bulan Madu (1987)
  8. Sofea – Bunga Padang Pasir (1988)
  9. Terra Rossa – Bunga Angkasa (1991)
  10. Wings (Mel) – Lena Diulit Intan (1995)

SILA DOWNLOAD DI SINI : Rock Kapak 2 PASSWORD : solatitutiangagama

Nota: Artikel ini mengandungi bahan yang didapatkan dari YouTube, Melayu MP3 & Rock Kapak dan pelbagai sumber lain. Terima kasih kepada mereka yang telah menjadi rujukan dan sumber dalam menerbitkan artikel ini.

PERINGATAN PENTING
Lagu-lagu mp3 yang dimuat turun/download hendaklah untuk tujuan penilaian sendiri sahaja, bukan untuk kegunaan awam/umum dan bukan untuk dikomersilkan. Sila beli album asli/original artis berkenaan bagi menyokong artis tersebut dan industri hiburan tanahair. Beli yang asli dan hapuskan cetak rompak. Cetak rompak adalah satu jenayah!

Berikut disenaraikan artikel lain yang mempunyai persamaan dengan artikel di atas dan mungkin menarik minat anda untuk membacanya.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 58 other followers