Tombo Ati (Ubat Hati) Berasal Dari Wali Songo


Salah seorang Wali Sembilan (Wali Songo) di Tanah Jawa yang bernama Sunan Bonang telah menciptakan syair atau tembang yang diberi judul “Tombo Ati” atau dalam bahasa Melayunya bermaksud “Ubat Hati”. Sunan Bonang atau nama sebenarnya Makhdum Ibrahim juga merupakan anak dari Sunan Ampel yang nama sebenarnya ialah Raden Rahmat. Sunan Ampel sendiri adalah anak dari Sunan Gresik (Maulana Malik Ibrahim) yang merupakan Wali Songo yang pertama. Baca baki entri ini »

Pendekar Bujang Lapok – Mambang


Tertekan/stress dengan kenaikan harga minyak? Tension sebab banyak masalah/problem? Saya ada solusi untuk release tension sekejap.

Anda pernah menonton filem Pendekar Bujang Lapok yang terkenal itu? Filem yang mana P Ramlee menjadi hero utama dibantu oleh S Samsuddin dan Aziz Sattar. Manakala heroinnya pula ialah Roseyatimah. Filem tu memang best dan kelakar habis. Antara segmen yang lucu ialah segmen “Mambang”, iaitu ketika mereka belajar isim/mentera silat. Tontonilah sedutan dari filem tersebut di bawah; Baca baki entri ini »

Jamal Abdillah, Raja Pop Malaysia


jamalrajapop.jpg

Sudah lebih 20 tahun (sejak 1979) Jamal Abdillah memperhambakan diri dalam bidang seni. Biarpun jejak beliau ada meninggalkan kontroversi, namun nama beliau tetap utuh sebagai penyanyi lelaki terbaik dan terunggul yang pernah lahir di persada seni negara. Kelunakan “vokal emas” beliau yang mampu mengalunkan pelbagai genre lagu baik balada, pop mahupun tradisional meletakkan nama beliau abadi dalam sejarah seni dan budaya tanahair buat selama-selamanya. Baca baki entri ini »

Irama 60an: Sandra Reemer (Kopi Susu & Nona Zaman Sekarang)


kopisusuepcover.jpg

Tahukah anda siapa penyanyi lagu Kopi Susu dan Nona Zaman Sekarang yang popular dalam dekad awal 1960an? Penyanyi tersebut adalah Sandra Reemer, seorang Belanda kelahiran Bandung, Indonesia. Nama sebenar beliau ialah Barbara Alexandra Reemer. Semasa beliau menyanyikan lagu-lagu tersebut, beliau masih lagi kanak-kanak atau awal usia remaja lagi. Lagu Kopi Susu, Nona Zaman Sekarang serta Al Di La pernah top di Indonesia, Singapura dan Malaysia pada ketika itu. Baca baki entri ini »

Irama 60an: Elly Kasim (Ayam Den Lapeh)


elly-kasim.jpg

Pada akhir dekad 60an, selain dari lagu-lagu popular berbahasa Bawean seperti La Obe dan Ngalompak Ago Go, ada juga lagu berbahasa Minang yang sangat popular hingga ke hari ini, iaitu lagu Ayam Den Lapeh, nyanyian Elly Kasim. Beliau memang berasal dari Padang, Sumatera, Indonesia. Lagu Ayam Den Lapeh ini sangat popular dan telah dinyanyikan semula oleh ramai penyanyi, antaranya ialah Sakura Teng dan Anita Sarawak.

Berikut adalah senarai mp3 Elly Kasim versi rakaman asal yang saya miliki. Sila klik untuk dengar atau download. Baca baki entri ini »

Irama 60an: M Fadzil & Les Coasters


mfadzillescoasters.jpg

Berikut adalah senarai mp3 M Fadzil & Les Coasters yang saya miliki. Sila klik untuk dengar atau download. Baca baki entri ini »

Sheila Majid, Ratu Jazz Malaysia


sheila-majid-cover-lagenda.jpg

Artikel ini ditulis sebagai hadiah kepada isteri saya yang merupakan seorang peminat Sheila Majid. Semoga isteri saya berpuas hati dan gembira dengan “hadiah” ini walaupun kebanyakannya saya “cilok” dari beberapa sumber. Habis nak buat camana, saya bukannya tahu sangat pasal Sheila ni. Saya kan “peminat setia” Pop Yeh Yeh, bukannya Jazz atau R&B. Namun begitu saya suka juga lagu-lagu Sheila. Sheila Majid memang ada kelas. Beliau penyanyi yang hebat dan disegani. Sesekali “layan” lagu-lagu nyanyiannya, syok wooo…

Shaheila Abdul Majid atau juga dikenali sebagai “Sheila Majid”, merupakan salah seorang penyanyi popular di Malaysia, malah di Asia. Dilahirkan pada 3 Januari 1965. Baca baki entri ini »

Oh Ibu! Tolong Lamarkan


Oh ibu, dengarlah kataku. Kahwinkan aku dengan segera. Aku sudah terpikat dengan anak Cik Maimon. Parasnya sungguh manis sekali. Ku ingat, namanya Zaharah. Kata tetangga, dia rajin di dapur. Ibu takkan bersusah punya menantu Zaharah. Gadisnya rajin berumahtangga.

Ku harap ibu segera lamarkan. Pada Zaharah anak Cik Maimon. Walau dia tak pandai berdandan. Asal saja pandai di dapur. Alangkah senangnya ibu nanti, punya menantu Zaharah anak Cik Maimon. Akan membantu ibu dan senang pada ku. Kuharap ibu segera lamarkan. Baca baki entri ini »

Irama 60an: Kassim Selamat & The Swallows


the-swallows-1967.jpg

Apakah lagu berbahasa Bawean yang paling terkenal sekali? Tentu saja lagu La Aube / La O Be yang dinyanyikan oleh Kassim Selamat, penyanyi kugiran The Swallows pada era 60an.

Video klip di bawah diambil pada Konsert Masih Ada Yang Sayang – A Ramlie pada tahun 1996 yang mana Kassim Selamat menyanyikan lagu La Aube secara miming (sebab dah uzur-tua) dengan latar belakang lagu nyanyian asal (Original Version). Baca baki entri ini »

Selimut Putih… Bertaubatlah…


Selimut Putih

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur dipembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan ‘kan kedinginan

Tak ada lagi guna harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela hidup

Baca baki entri ini »

Cara Download dan Convert File dari YouTube Dengan Mudah


youtube-logo.jpg zamzar-logo.jpg

Ramai orang suka lihat klip video atau klip muzik video di YouTube. Tapi ramai yang tak tahu dan tertanya-tanya bagaimana nak mendownload / muat turun video tersebut. Jika dah di download tapi format file tersebut tidak dapat dimainkan di komputer, tentu kecewa bukan?

Sebab itulah saya nak berkongsi maklumat tentang cara yang paling mudah untuk download dan convert file dari YouTube supaya dapat dimainkan di komputer atau mp3 atau mp4 Player seperti iPod dsb. Cara yang saya berikan tidak memerlukan anda install apa-apa program, applikasi atau software di komputer anda. Baca baki entri ini »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 57 other followers