Dengar & Download Mp3 Al-Qur’an (Percuma/Free)


al-quran.jpg

Bawak-bawaklah bertaubat, jangan nak asyik “tau buat” jer! Barangsiapa yang ingin berusaha mentaubatkan dirinya, maka eloklah berbuat ibadah terutamanya yang wajib, diikuti yang sunat serta tinggalkan segala laranganNya. Barulah rahmat Allah datang menjenguk dan cahaya hidayah masuk dalam hati. Betul tak?

Untuk menuju ke arah menjadi insan yang baik, lebih tepatnya muslim yang beriman dan beramal soleh, maka dengan ini saya sediakan file mp3 ayat-ayat al-Qur’an lengkap 30 juzuk iaitu 114 surah semuanya. Anda boleh gunakannya untuk belajar, memperbaiki bacaan, menghafalnya atau sebagainya. Mudah-mudahan ianya membantu. Semoga saya dan tuan/puan/saudara/saudari akan beroleh manfaat di dunia dan juga di akhirat. Amiiin! Insya’allah. Baca baki entri ini »

Jadi Imam Majlis “Bidan Terjun” di Majlis Kenduri Yasin & Tahlil Arwah


Semalam aku ke masjid untuk solat Maghrib dan Isyak. Aku memang biasanya tak balik ke rumah lepas Maghrib. Kebetulan malam tadi ada kuliah, jadi aku seperti biasa lepak dengan Pak Ali di tepi astaka nun jauh dekat pagar masjid “mengasapkan diri” sambil dengar kuliah Feqah bab najis sebagai ubat dari Ustaz Adam.

masjid-gambar-hiasan.jpg

Lepas solat Maghrib, Imam Zainol ada membuat pengumuman. Ada kenduri yasin dan tahlil arwah di lima buah rumah. Maklumlah, Taman Kota Masai ni besar. Macam biasa, imam dengan bilal akan membahagi-bahagikan tugas. Aku dan Pak Ali dah tahu dulu tentang kenduri yang diadakan berdekatan dengan rumah kami. Sebab semalam tuan rumah telah datang sendiri menjemput kami.

Baca baki entri ini »

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 58 other followers