Selamat Hari Raya Aidilfitri 1428 Hijrah / 2007 Masehi


rayapic-01.JPG

Tahun ni aku balik kampung time raya, tapi pada hari raya kedua la. Tidur satu malam then balik JB semula. Bukan apa beb, tak boleh lama2 sebab aku ni tengah kurang sihat. Batuk tahap gaban. Suara pun dah segan nak keluar. Demam lagi. Anak2 dan emak dia sekali pun sama kurang sihat. Yang paling terseksa aku la, sebab tak leh tidur malam. Dah banyak aku bedal Panadol, serbuk kari Kaki Tiga, air Cap Badak, ubat dari klinik, ubat batuk dari yang jenis cecair sampailah yang jenis pil, tapi tak sembuh jugak. Betullah kata2 yang mengatakan, “Allah yang beri sembuh, bukan ubat! Takdir Allah penentu segala!”

Aku ada 4 pantang besar yang sering membuat aku cepat naik angin satu badan. Pertama kalau aku tak cukup tidur. Kedua kalau aku tengah lapar. Ketiga, apabila aku cari barang, tapi tak jumpa-jumpa sebab salah letak atau ada orang alihkan. Keempat, bunyi bising tidak kira dari mana2 sumber ketika otak aku sedang ligat berfikir.

Dalam tengah mamai tak cukup tidur tu, boleh pulak aku drive. Tak la rasa mengantuk sangat padahal radio tak leh buka pun sebab anak2 dan mak dia pakat membuta. Aku tak kisah kalau tak ada radio, yang penting bagi aku ialah air-cond! Aku on air-cond kuat2. Biar sejuk macam kat London. Baru best!

Raya tahun ni aku ada bawa kamera digital adik aku, si Opit. Aku ambik beberapa gambar buat kenang2an. Aku ni memang minat fotografi sejak dari zaman sekolah rendah lagi. Masa kat ITM Shah Alam dulu pun aku banyak bercampur ngan budak2 course fotografi. Aku masih ingat lagi kat diorang seperti Pak Rep Zulkifli Che’ Wan Putra dan Wan Ismail Wan Jusoh yang duduk sama tingkat ngan aku kat kolej di level 6 Delima 5. Aku banyak belajar terutama dari Pak Rep. Dia pun bagi aku pinjam banyak barang2 fotografi milik dia dan milik school dia, sebab dia percaya ngan aku. Dia kata aku ada bakat sebab angle aku shoot baik. Tak adalah sampai orang hilang kepala, hilang tangan dan senget sebelah.

Aku pun bedallah amek gambar anak beranak, adik beradik, sepupu sepapat, makcik pakcik, tok nenek mak nenek dan sedara mara aku. Tahun ni terasa betul aku yang sebenarnya aku ni banyak sepupu sepapat. Ye la, dulu waktu aku kecik, aku mana ada sepupu sepapat ni. Aku kan anak sulong dari anak sulong alias aku ni cucu sulong la dan dekat dengan Parit Sulong cuma bukan anak sulong tujuh keturunan jer. Eh, termerepeklah pulak!

Ni la dia gambor2 yang aku amek masa raya lepas. Lokasinya bervariasi ya. Kalau ada sepupu-sepapat aku yang tengok kat sini, sila email aku atau isi komen beritahu gambor korang yang mana satu sebab maaflah korang ni banyak sangat, dah tu nama cangih2 sangat mak bapak korang beri, jadi susah aku nak ngingatnya. Lain kali kalau letak nama anak tu yang senang2 la. Kalau lelaki letak la nama Ali ke, Ahmad ke, Bakar ke dan kalau perempuan letak la nama Aminah ke, Fatimah, Senah, Midah, Ani, Siti… kan ke senang nak nyebut dan nak mengingatnya.

Aku tak leh upload semua gambar2 tu, kang berat pulak orang nak nengok weblog aku ni. Jadi sebagian je la ya. Dan lagi ada pengumuman, dalam gambar2 kat bawah ni muka aku tak ada la ya sebab mostly aku yang tukang amek gambar tu. Lagi pun aku tak gila glamer la.

rayapic-02.JPG

rayapic-03.JPG

rayapic-04.JPG

rayapic-05.JPG

rayapic-06.JPG

rayapic-07.JPG

rayapic-08.JPG

rayapic-09.JPG

rayapic-10.JPG

rayapic-11.JPG

rayapic-12.JPG

rayapic-13.JPG

 

Dikirim dalam Famili. 1 Comment »

Satu Respons to “Selamat Hari Raya Aidilfitri 1428 Hijrah / 2007 Masehi”

  1. Comics World Says:

    Selamat Hari Raya Idul Adha 1428 H


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: