Harga Barang Naik! Ramai Orang Jadi Susah!


Harga barang keperluan meningkat mendadak sejak sebelum Ramadhan lalu. Sekarang bertambah rancak lagi sejak kenaikan harga tepung bulan lalu. Jangan harap dapat beli sekeping karipap dengan harga 20 sen. Kat JB ni, harga karipap rata-rata paling rendah ialah 40 sen. Walaupun masih lagi ada yang menjual sekeping 30 sen, tapi saiznya dah dikecilkan.

Dulu… ni nak cerita pada zaman dulu, tapi tak dulu sangat la, kira-kira sekitar zaman Mahathir, harga barang-barang keperluan, terutama sekali makanan, susah nak naik dalam kadar yang banyak. Naik sikit jer, kecoh satu Malaya! Kerajaan pasti campur tangan. Walau akhirnya naik juga, tapi sikit jer la. Tak la ketara sangat. Ni, zaman Pak Lah, harga tepung gandum boleh naik RM1.00 sekilogram sekali henjut! Dari RM1.80 jadi RM2.80 sekilogram. Gilo apo? Lopeh tu, depa buek sonyap yo! Sapie Apdol cakap wajar sobab hargo topung dunio pun memang dah naik! Ish… ish… ish… susoh den nak khobar!

(Try speaking Nogori)
Memang kebanyakan orang Malaysia makan nasi. Tak ado yang makan topung! Orang gilo yo makan topung! Den pun tak pernoh laie lah makan topung. Tapi harus ingatlah, banyok bendo-bendo makan yang lain dibueknyo dari topung. Kalau harga topung naik, otomatiklah yang lain ikut naik juo. Mi kuning naik, kuih muih, roti, roti canai dan banyok lagi lah naik.

(Try speaking Kedah)
Ni dengaq crita lepas pilihanraya harga petrol dan diesel naik lagi kot. Awat apa nak jadi dengan rakyat kecik macam kita nih. Depa tak apalah, gaji besaq, duit banyak, tapi kita ni apa hai? Gaji tak naik! Barang-barang semua naik!

Nak terseliuh lidah aku. Sebelum masuk spital baik aku stop dulu. Babaiiiii.

Nota: Tepung Gandum = Tepung Terigu (Bahasa Indonesia) = Wheat Flour (English)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: