Daging Rebus Yang Lazat


Merebus daging senang jer. Just masukkan air ke dalam periuk, then masukkan daging dan masaklah sampai lembut. Mudahkan? Ha aaa… ya lah tu.

Saya tak berapa suka pakai daging bahagian Batang Pinang walaupun ia cepat empuk dan lembut. Sebabnya ialah rasanya yang kureng dan hambar. Saya lebih suka pakai frozen meat. Selain dari harganya yang lebih murah berbanding daging Batang Pinang kira 50% less, rasa dan tekstur dagingnya lebih menyerlah.

daging.jpg

Ni saya nak beri satu petua merebus daging agar daging jadi lembut tapi rasanya tak hilang. Saya gunakan teknik ini masa buat Soto Daging time raya kelmarin. Ini teknik menggunakan pressure cooker ya.

  • Pilih daging sejuk beku / Frozen Beef Meat, banyak urat pun tak apa. Don’t worry la. Malah urat-urat tu nanti akan memberikan efek nikmat yang tersendiri.
  • Daging tu kena defrost dulu la. Kalau nak cepat defrost, korang potong-potong dulu daging tu. Biarkan dalam suhu bilik dalam tempoh sejam atau lebih. Lepas defrost, korang basuhlah bersih-bersih. Lepas tu toskan.
  • Masukkan daging dalam periuk pressure cooker. Tinggi daging tu janganlah sampai siling periuk tu, separuh lebih sikit dah cukup jangan lebih dari ⅔ ketinggian periuk tu. Takut nanti buih dia banyak sangat time mendidih nanti. Sebaiknya, korang baca manual book pressure cooker tu dulu sebelum guna ya.
  • Isteri saya pesan suruh masukkan sudu dan garpu. Petua orang tua-tua supaya daging cepat empuk.
  • Masukkan air kira-kira ¼ hingga ⅓ dari ketinggian periuk pressure cooker tu. Jangan lebih-lebih sebab takut dia menyembur buih nanti kalau dah mendidih.
  • Lepas tu korang masaklah sampai periuk tu berbunyi wisel dan stop bunyi (kira-kira 7~10 minit), kemudian kecilkan api dan masak hingga 30~40 minit lagi. Kalau tak nak lembut sangat, korang pendekkan masa merebus tu. Kalau ada buih sikit-sikit tersembur tu tak apa, normal la tu. Tapi kalau buih dia keluar banyak gila, baik korang matikan api dan kurangkan sikit air dalam periuk tu then rebus semula.
  • Dah selesai merebus, air rebusan tu korang campurkan dengan kuah soto tu atau kuah apa-apa masakan yang korang tengah buat. Tu kira beef stock la tu.
  • Daging tu lepas dah sejuk sikit, korang potong-potonglah pakai pisau. Tapi daging ni dah lembut dan empuk gila. Korang carik-carik pakai tangan pun boleh. Urat-uratnya pun dah lembut. Kaler daging akan kelihatan agak gelap, coklat kehitam-hitaman kalau dah sejuk. Cuba korang rasa taste dia, mmm marvelous… rasa dagingnya benar-benar menyerlah and the texture just nice. Cuba korang rasa yang ada urat pulak, lagi nikmat wa cakap lu, rasanya sangat menyerlah, so beefy!

Daging yang telah direbus dengan teknik ini sangat sesuai untuk dibuat Soto Daging atau Pasta Bolognese atau Bergedil Daging. Ia juga sangat sesuai bagi menggantikan Corned Beef yang banyak mengandung garam.

Daging ni memang sedap. Namun begitu harap control la makan tu ya. Karang tak pasal-pasal dapat darah tinggi pulak. Ingat, daging lembu ni sangat-sangat membantu menambah stok kolesterol dalam tubuh kita!

Selamat mencuba!

Satu Respons to “Daging Rebus Yang Lazat”

  1. BUMNers Says:

    bang nasron…
    saya sudah menyuruh istri saya untuk mencoba resep ini. namun saya ada satu usulan. seperti setiap saya mengunjungi malaysia, saya selalu berupaya menggunakan bahasa inggris saja, karena bahasa kita walaupun mirip terkadang artinya berbeda. daripada nanti resepnya jadi kurang mantap, bagaimana kalau ditulis juga dalam bahasa inggris, mungkin ini bisa jadi lebih pas terjemahannya.

    terfikir juga oleh saya, salah paham di thread anda yang lain diawali oleh perbedaan makna dari bahasa kita mungkin ya… sebagai contoh… “bercanda” dalam bahasa indonesia dan malaysia kalau tidak salah mempunyai arti yang cukup jauh berbeda….. benar tidak?

    wassalam


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: