Bisnes: Peningkatan Jualan Yang Merosakkan


Kebanyakan para peniaga beranggapan dengan meningkatkan jualan akan meningkatkan keuntungan. Secara amnya betullah tu. Tapi secara terperinci kebanyakannya inilah yang menjadi punca terlungkupnya syarikat-syarikat bumiputera dewasa ini. Disebabkan bos-bos bumiputera kebanyakannya mempunyai pengalaman dalam jangkamasa yang panjang, ini membuatkan mereka kurang menghargai ilmu yang didapatkan dari pembelajaran formal. Mereka lebih menghormati “ilmu yang panjang”, bukan “ilmu yang tinggi”. Tak apalah, biarlah si Luncai terjun dengan labu-labunya.

Cuba lihat betapa banyak syarikat bumiputera yang terlungkup ketika produk mereka banyak berada dipasaran. Kalau tak terlungkup pun ia akan jadi hidup segan, mati tak mau. Saya boleh sebutkan nama syarikat-syarikat tersebut, tapi karang kena saman la pulak. So, lebih baik kita study jer. Kalau tengok rekod jualan, mak oiiii hebatttt! Jadi, apsal boleh terlungkup pulak? Ni la saya nak terangkan.

JUALAN adalah gabungan KOS + UNTUNG. Jadi, setiap peningkatan jualan, akan meningkat keuntungan dan juga kos. Selalunya bos-bos bumiputera ni nampak bab untung jer. Bab kos diorang nampak kelabu jer, selalu tak perasan. Tu la sebab diorang kejar nak luaskan pasaran seluas-luasnya agar jualan boleh meningkat macam roket. Diorang lupa nak kaji kos-kos yang terpaksa diorang tanggung akibat dari peningkatan jualan. Akibatnya diorang jatuh macam nangka busuk daaa.

JUALAN tu ada dua jenis. Jenis pertama ialah jualan TUNAI. Jenis kedua adalah jualan KREDIT. Rasa-rasanyalah, jualan jenis apakah yang sering berlaku sekarang? Tunai apa kredit? Hehehe, jangan buat lawaklah kalau korang cakap jualan tunai lebih popular dari jualan kredit. Mostly, jualan kreditlah yang menguasai hampir 95% dari jualan syarikat-syarikat pembuatan atau pembekalan. Kalau kedai runcit bolehlah diorang jual secara tunai kepada pengguna. Manakala syarikat pembuatan dan pembekalan akan menjual secara kredit kepada pihak pekedai.

Katalah saya telah berjaya membuat jualan karipap frozen sebanyak RM100,000 pada bulan pertama. Kita anggapkan kos normal bersih yang terdapat dalam jualan itu ialah sebanyak 80%. Ini bermakna nilai kos yang terdapat dalam jualan itu adalah sebanyak RM80,000 dan keuntungan ialah RM20,000 dari baki 20%. Faham tak? Senang jer kan. Andaikan saya membuat jualan sebegitu secara berterusan selama 12 bulan, yang mana jumlah keseluruhan jualan menjadi RM1,200,000. So, let’s do our calculation now. Calculator please…

Jualan Bersih Selama 12 bulan; RM100,000 X 12 bulan = RM1,200,000
Kos Normal Bersih Selama 12 Bulan; RM80,000 X 12 bulan = RM960,000
Untung Bersih Selama 12 Bulan; RM20,000 X 12 bulan = RM240,000

Bos kita bila tengok calculation tu, angan-angan nak tukar kereta Mercedez baru terus je muncul kat otak dia. Biasalah, bossss… Hehehe, kita sambung kira…

Kalau jualan tu jenis jualan tunai, bolehlah bos kita tukar kereta baru. Tapi kalau jualan tu jenis jualan kredit, sila refer bawah ni;

Katalah 10% dari jualan, akan dibayar tunai atau pada bulan itu juga. 30% akan dibayar pada bulan kedua. 30% akan dibayar pada bulan ketiga. 20% akan dibayar pada bulan keempat. 10% akan dibayar pada bulan kelima. Semuanya selesai dibayar dan tiada hutang lapuk. Jom, tengok apa akan jadi. Sila lihat sheet Jika Jualan Adalah Tetap.

[Korang perlu download file MS Excel ini untuk lihat pengiraan]

MS Excel file; Sales vs Cashflow

Terperanjat beruk? Jangan dulu bang! Jom kita lihat kalau ada peningkatan jualan sebanyak 5% setiap bulan. Sila lihat sheet Jika Jualan Adalah Meningkat.

Kalau tadi terperanjat beruk, kali ini terperanjat apa pulak? Terperanjat tenuk? Dahsyat dan sadis kan?!

Fahami pengiraan yang saya buat di dalam file MS Excel tersebut. Di situ anda boleh melihat ROI (Return of Investment / Titik Pulang Modal), berapa modal yang diperlukan, bila modal akan dapat balik, jangkaan penghutang, jangkaan cashflow, untung berjaya dikutip, beza bacaan pada Kunci Kira-kira dengan realiti cashflow dll. Orang yang ada ilmu akan lebih memahami, lebih faham lebih banyak data-data yang tersirat.

Maka kesimpulan UTAMA yang kita dapat dari pemerhatian ini ialah;

  • Jaga CASHFLOW
  • Control CREDIT SALES
  • Fahamilah bahawa bacaan UNTUNG pada Penyata Untung Rugi tidak menggambarkan hakikat sebenar betapa anda telah benar-benar mendapat WANG UNTUNG tersebut.
  • Tengok ROI dia, lama kan? Boleh bertahan?
  • Sebagai tools untuk menahan nafsu-nafsu para DIRECTOR, BOS agar jangan cepat kelabu biji mata bila tengok catatan UNTUNG pada Penyata Untung Rugi bulanan atau tahunan sebelum membuat analisa Penghutang & Pemiutang terlebih dulu.

Selamat belajar!

2 Respons to “Bisnes: Peningkatan Jualan Yang Merosakkan”

  1. man Says:

    saya rasa tulisan ini baik, sangat baik. pengiraan yang terdapat dalam file excel tu pun bagus dan sangat terbukti bahawa tulisan ini adalah benar berilmu.

    saya syorkan kepada usahawan2 melayu membaca tulisan ini sebaik-baiknya untuk dijadikan panduan.

  2. santoinperak Says:

    jualan tinggi tetapi kos juga meningkat..berkadar terus…tetapi untung tetap berkadar terus…sebab bayar gaji, transport juga lain-lain kos…ini terbukti selama 5 tahun berkerja sebagai penyelia pemasaran.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: