Ulat-ulat Bersepah di Mana-mana


Ini bukan nak cerita pasal ulat gonggok, ulat bulu, ulat dalam batu atau ulat dalam perut. Ni nak cerita pasal “ulat” yang berurusan dengan orang ramai bagi mendapatkan Ringgit Malaysia.

Ulat - Sekadar gambar hiasan

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, di Wisma Persekutuan, Johor Bahru, saya perhatikan bilangan “ulat” yang menjadi penulis/pengisi borang semakin bertambah. Jika 5~6 tahun lepas mereka cuma berani beraksi di luar pagar kini semakin advance dan berani menawarkan perkhidmatan di dalam bangunan, dekat dengan kaunter mengambil borang. Biasanya yang menjadi mangsa ialah orang yang kelihatan kebingungan dan terpinga-pinga.

Masalah bukan cuma di Wisma Persekutuan, di JPJ Taman Daya pun sama juga. “Ulat-ulat” pengisi borang bersepah mancari mangsa. Pernah beberapa tahun lepas saya ditipu oleh seorang lelaki. Pada ketika itu saya sedang menjalankan urusan menghapuskan endors bank di geran kenderaan milik saya sebab dah habis bayar hutang bank. Ketika dalam waktu rehat tengahari sedang saya baru hendak mengisi form-form berkaitan sementara menanti waktu pejabat dibuka semula, tiba-tiba seorang pakcik datang menegur saya lalu bertanyakan urusan yang ingin saya lakukan. Saya jawablah sepatah dua. Lepas tu dia minta tengok form-form tu. Dia terus jer isi form-form tanpa cakap apa-apa. Saya biarkan jer la sebab ingatkan dia seorang pegawai JPJ sebab lagaknya macam pegawai JPJ yang hampir nak pencen. Lepas isi dalam 2~3 minit form yang tak seberapa tu, dia minta RM5.00 kat saya? Terkejut den dibueknyo! Sobab malas nak bergaduh dengan manusio yang lomah (dio dah tuo la), dengan muko tensen, saya seluk poket dan terus beri not hijau kat dio. Malas la gaduh ngan orang tua. Sakit hati betul saya. Lepas tu saya cek apa yang dibuek oleh pakcik torsebut pado form-form tu. Setelah saya meneliti, saya mengambil keputusan “mentongsampahkan” saja form-form tersebut sebab banyak salah. Later, saya ambil borang baru dan isi sendiri dan buat urusan sampai selesai tanpa sebarang masalah.

Apa yang dikesalkan ialah “ulat-ulat” tersebut bukannya benar-benar memahami bagaimana mengisi borang dan seringkali memberikan guidance yang salah. Bayaran yang dikenakan juga amat mahal. Caj minima untuk mengisi satu helai borang ialah RM5.00 tunai, takkan hutang pulak. Ada yang kenakan caj sampai RM30~50 untuk sekali perkhidmatan yang entah apa-apa tah!

Maklumat yang disi dan diberi oleh “ulat-ulat” tersebut seringkali tidak menepati urusan yang dibuat oleh pelanggan. Ini menyebabkan mereka menghadapi masalah bila berurusan dengan jabatan kerajaan. Lebih malang lagi ada sesetengah orang agak degil kerana tetap percaya dengan kata-kata “ulat” dan menyebabkan pegawai yang bertugas naik angin.

Budaya “ulat” sangat merbahaya terutamanya untuk jangka panjang. Di sebuah negara jiran, hampir seluruh urusan terpaksa melalui “ulat”. Bukan sahaja bila berurusan dengan jabatan kerajaan, hatta nak beli tiket kapal terbang di airport, beli tiket keretapi pun terpaksa berurusan dengan “ulat” walaupun di depan kaunter. Orang kat dalam kaunter dah “kautim” dengan “ulat” dan nak tak nak kita terpaksalah berurusan dengan “ulat-ulat” tu. Dah macam satu tradisi dan kemestian pulak berurusan dengan “ulat”. Jika diteliti dan dihalusi, budaya “ulat” adalah pencetus kepada masalah yang lebih besar iaitu rasuah dan caj tak sah.

Saya sangat berharap agar pihak-pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya dalam membendung gejala ini. Semoga penyakit ini dapat dibanteras secepatnya.

Moral yang kita boleh dapat dalam tulisan di atas ialah;

  • Jangan jadi “ulat”!
  • Jangan berurusan dengan “ulat”!
  • Jangan biarkan bapa anda menjadi “ulat” macam pakcik tu.
  • Jangan makan ulat! Merbahaya untuk kesihatan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: