Jadi Imam Majlis “Bidan Terjun” di Majlis Kenduri Yasin & Tahlil Arwah


Semalam aku ke masjid untuk solat Maghrib dan Isyak. Aku memang biasanya tak balik ke rumah lepas Maghrib. Kebetulan malam tadi ada kuliah, jadi aku seperti biasa lepak dengan Pak Ali di tepi astaka nun jauh dekat pagar masjid “mengasapkan diri” sambil dengar kuliah Feqah bab najis sebagai ubat dari Ustaz Adam.

masjid-gambar-hiasan.jpg

Lepas solat Maghrib, Imam Zainol ada membuat pengumuman. Ada kenduri yasin dan tahlil arwah di lima buah rumah. Maklumlah, Taman Kota Masai ni besar. Macam biasa, imam dengan bilal akan membahagi-bahagikan tugas. Aku dan Pak Ali dah tahu dulu tentang kenduri yang diadakan berdekatan dengan rumah kami. Sebab semalam tuan rumah telah datang sendiri menjemput kami.

Aku lepas habis wirid solat Isyak, belum sempat Imam Zainol habiskan pengumuman ulangan pasal alamat rumah-rumah yang buat kenduri, aku terus je cabut. Bukan apa, tekak aku haus sangat. Aku nak minum dulu sebelum menghadiri majlis kenduri yassin dan tahlil arwah di rumah di belakang lorong rumah aku. Sudah jadi kelaziman di sini kalau orang akan mengutamakan untuk menghadiri kenduri di rumah yang paling dekat dengan kediamannya.

Lepas minum aku pergi ke rumah yang buat kenduri tu. Orang dah ramai datang tapi majlis belum bermula. Biasalah tu, imam datang memang lambat sikit sebab lepas beri pengumuman kat masjid mestilah ada acara salam-salam dan bahagi-bahagi tugas. Entah siapa yang ditugaskan untuk ke rumah ini, aku tak tau.

Tunggu punya tunggu, dah jam 9.00 malam. Imam atau bilal atau wakilnya atau Pak Ali tak nampak batang hidung. Tuan rumah dah berapa batang hisap rokok. Asap dah macam asap keretapi. Setakat ni, jemaah yang datang dari masjid cuma aku sorang. Tuan rumah kelihatannya risau. Hadirin pun risau. Aku pun risau la jugak. Aku call handphone Pak Ali. Anak perempuan dia yang jawab, “Pak Ali belum balik rumah lagi. Dia masih di masjid agaknya!” Aku pun iyakan aja la. Dalam hati, something wrong ni! Tak berapa lama kemudian aku minta izin tuan rumah untuk songsong Pak Ali, imam atau bilal di masjid.

Sampai kat masjid, masjid dah gelap. Tiada orang. Wah, makin risau aku dibuatnya! Sepanjang perjalanan balik aku menunggang motorsikal, mata aku melingas mencari kelibat Pak Ali atau siapa-siapa saja yang pakai kopiah. Tiba-tiba di sebatang jalan aku ternampak motorsikal Pak Ali diparking di tepi jalan. Aiseymennn! Pak Ali tengah melepak kat tepi rumah kawan dia laaaaa.

“Pak Ali! Pak Ali! Apsal Pak Ali tak pergi kenduri? Orang dah lama tunggu. Mana imam?”, aku tak sabar-sabar menyoal. Pak Ali diam seketika. Kemudian dia menjawab, “Imam Zainol ada kenduri kat tempat dia, Imam Dua ada kenduri orang pergi haji, Imam Tua tak datang sebab kerja malam, Imam Hassan Tabligh keluar 40 hari, Bilal Gemuk pergi haji dan Bilal Kurus ada jemputan kenduri kat lorong dia. Orang masjid tak ramai. Budak-budak Tabligh banyak keluar 40 hari, 3 hari dan hari ni malam markaz.” Panjang lebar penjelasan Pak Ali. Aku jawab, “Pak Ali kan boleh bawak?” Pak Ali jawab, “Aku tak hafal doa tahlil arwah tu, panjang sangat. Diorang tak boleh bawak sendiri ke?” Aku terkedu. Memang betul doa tahlil arwah tu panjang sangat. Kalau baca kat kitab Yasin tu mata Pak Ali dah tak berapa nampak. Maklum orang dah berumur 66 tahun, rabun dekat.

Aku terus call seorang jiran aku yang ada di majlis kenduri tersebut. “Joe, imam tak ada, bilal tak ada, diorang semua ada kenduri kat tempat diorang. Sekarang kan musim orang buat kenduri nak naik haji. Pak Ali ada hal. Kau ajalah yang handle Joe!”, lancar sungguh mulut aku berkata-kata. “Tak ada orang? Macam mana ni? Aku tak boleh handle la. Aku tak tahu. Kau aja la Nas yang handle!’, balas Joe. Aku jawab, “Aku tak bolehlah, aku pun tak pandai, tak pernah pun. Kau suruh je la siapa-siapa orang tua kat situ handle.” Aku terus matikan handphone. Takut kalau Joe terus desak aku. Sorry naik lori la aku nak jadi imam majlis. No way mannnn!

Aku pujuk-pujuk Pak Ali dan kawan dia. Setelah tiga batang “lemang” terpaksa aku asapkan, baru mereka setuju. Aku cakap, mudah-mudahan dah ada orang yang handle masalah itu. Mudah-mudahan kalau kita sampai, majlis dah jalan separuh atau lebih baik kalau majlis dah tiba acara makan-makan. Bergeliga betul otak aku. Kami bertiga pun teruslah ke rumah yang buat kenduri tu.

Aiseh! Sampai jer kat sana, majlis kenduri belum start la. Si Joe sibuk call kawan-kawan dia yang boleh jadi imam majlis. Orang ramai yang datang dah mula panas bontot. Apa tidaknya, dah jam 9.30 malam. Bila diorang nampak Pak Ali jer, diorang suruh Pak Ali jadi imam majlis. Pak Ali tak mahu! Betul tak mahu! Keadaan jadi diam sekejap. Diorang semua tahu perangai orang tua tu. Jangan dipaksa, karang buruk padahnya. Maklum bekas tentera British. Tiba-tiba Pak Ali suruh aku mulakan majlis, aku jadi imam majlis. Mata-mata yang lain semua memandang tepat kepada aku. Seolah-olah bersetuju dengan cadangan Pak Ali.

Dengan perasaan gabra campur rasa tanggungjawab (terpaksa?), aku pun mulakanlah majlis. Dimulakan dengan al-Fatihah, selawat nabi kemudian bacaan Yasin dan seterusnya tahlil. Pak Ali membantu dengan memberitahu step-stepnya. Dengan suara yang agak terketar-ketar, bacaan yang kadang tersasul, pitching lari, tone hancur, nafas semput, akhirnya aku berjaya menghabiskan tanggungjawab aku sampai habis tahlil. Sampai bacaan doa tahlil jer aku serahkan pada kawan si Joe yang baru sampai pada pertengahan majlis tu. Pergh… baru lega kepala otak aku.

Selepas acara makan-makan sebelum bersurai, aku minta maaf kat tuan rumah kalau ada salah dan silap. Maklumlah bidan terjun. First time pulak tu. Tak ada preparation langsung. Alhamdulillah tuan rumah faham dan mengucapkan terima kasih kerana aku sanggup menyelamatkan suasana kelam kabut itu.

Moral UTAMA dari cerita benar di atas ialah;

  • Lain kali aku akan pastikan sekiranya aku nak datang kenduri, aku akan datang saing-saing dengan imam atau bilal. Kalau diorang tak dapat datang, aku pun tak dapat datang jugalah! Hehehe!

6 Respons to “Jadi Imam Majlis “Bidan Terjun” di Majlis Kenduri Yasin & Tahlil Arwah”

  1. itminaan90 Says:

    Assalamualaikum..
    Walaupun bidan terjun, at least dah ada first experience. InsyaAllah kalau kena jadi imam majlis lagi, tak da la gabra sangat.
    A good oppurtunity sebenarnya.

  2. amkj Says:

    Salam En. Nasron…
    Komen ni bukan nak tambah blurr kpd sesiapa yg baca blog ni.Tp apa yg nak saya katakan ialah, ramai di kalangan org kita yang tak faham konsep doa selamat, tahlil, yasiin dsb.

    Sebenarnya bab tahlil ni takpun Rasulullah s.a.w suruh kita buat mcm yg ramai org buat. Tak ada kaifiyat (tata cara) khusus yg sbgmana mrk lakukan. So bila dh ‘distandardkan’ menyebabkan ramai yg tak mampu nk pimpin mjls2 begini.

    Senang kata, bab tahlil ni, sesiapapun boleh kalau di tau baca Quran & jawi. Ikiut jer dlm buku, tp sebenarnya, dlm bab doa kpd arwah, yg paling afdal ialah anak2 kpd si matidan tidak semestinya dlm majlis2 spt tahlil jer, tiap kali lps solat lg baik.

    Yg jadi mslh ialah bila tahlil arwah dibuat pd waktu2 tertentu spt 3 hari, 7 hari atau 40 hari dan ketika nak masuk bln puasa, sdgkan tak ada plak hadis Nabi yg suruh buat pd masa2 yg dinyatakan tadi! ini yg menyebabkan ramai org ‘pajak’ Tok Imam, Lebai, Bilal, Ustaz dll bila nk buat tahlil. Bukankah baik kalau anak2 saja yg doakan, mslh nk sedekah makanan tu hal lain, tak buat tahlilpun boleh nak sedekah, tak perlu ada masa2 tertentupun. So, renung2kanlah, adakah ini baik ataupun amalan yg diada2kan yg bukan drp sunah Rasulullah….
    Wassalam

  3. rakan anda Says:

    en nasron,,,, tahniah anda telah berjaya menghandlekan majlis tersebut,,, tau tak,, zaman sekarang ni itu la masalahnyer jadi orang surau atau masjid,,, sesekali mesti kena jadi bilal, imam, atau aper jer yg digelar pemimpin,, sesekali jadi tumpuan memang gabra,,, jadinyer untuk ilang gabra,, kenalah jadi pemimpin di rumah dulu,,, jadilah imam kat umah dulu,, ketua yasin dirumah,, bila lancar barulah try pulak di luar,,, walaupun tidak jadi sunnah masa rasullullah,,, tak aper itu sume adalah yg baik gak,,,

  4. PAKWAN Says:

    OK EXSPERIENS YANG PENTING SO LAIN KALI DAH BOLEH BAWA SENDIRI DAH LE TEKEBIL-2 NAK CARI TOK IMAM NGAN TOK BILAL… HAHAHAHA

  5. Saudari Says:

    Terhibur saya baca cerita ni di tengah2 tension kerja. Tahniah kerana menjadi sahabat masjid/rumah Allah. Cuma… moral of the storynya dicadangkan…semua anak lelaki perlu lengkapkan diri dengan kebolehan memimpin majlis begini dan kemudiannya nanti boleh memimpin seluruh keluarga. Saya selalu pesan pd anak2 daraku untuk memilih calon yang berkaliber memimpin umat ke jalan Allah. Dengan itu mudah utk mereka laksana azam sebagai isteri solehah….insyaallah.

  6. Nasron al-Jauhari Says:

    nasib baik saya dah kawen, kalau tak, ingin juga saya berkenalan dengan anak2 dara ma’chik Saudari… gurau jer… saya pon ada 2 orang anak dara…

    oh ya… lepas solat isya’ tadi saya pergi makan nasi lemak kukos dengan pak ali…ikram pak ali sebab dia suka nasi lemak tu… pak ali sekarang dah agak uzor… maklom dah berumor 70 tahon… bulan lepas dia kena minor stroke… bulan depan dia nak operate mata pula, buang katarak… doa kan semuanya lancar dan selamat… doakan kitorang panjang umor… pak ali sekarang asyik cakap pasal nak mati jer… risau jugak saya…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: