Tom Yam Asli (So Simple)


tomyam-gambar-hiasan-ambil-di-fotopages.jpg

Bahan A
1.5 ~2.5 liter air
3 batang serai, ketuk pakai hammer
5 cm halia, bantai pakai lesung
2 cm lengkuas, ketuk pakai tukul
5 batang cili padi, ketuk pakai batu
3 siung bawang putih, memarkan
10 sudu besar sos ikan (aku pakai cap saiton)
5 helai daun limau purut, siat-siatkan
Garam secukup rasa

Bahan B
250~400 gram udang + sotong + ayam (korang siang dan potong kecik)
1 batang serai, nak yang kaler putih je, lepas tu hiris nipis-nipis
7 batang cili padi, tak yah ketuk
2 daun limau purut, hiris halus
1~2 biji bawang merah besar, hiris atau belah besar-besar
100~200 gram sayur lobak merah + bunga kobis + petai cina dll
5~7 biji limau nipis, korang perah pakai steamroll, amek air dia sahaja
5 helai daun ketumbar, hiris halus

Cara memasak;

  1. Masak air sampai mendidih menggelegak. Campakkan semua Bahan A satu persatu, ikut step, setiap step tunggu 30 saat. Dah settle campak, tunggu sampai kuah tu menggelegak semula dan biar selama 3 minit. Lepas tu masukkan garam dan rasa sampai korang rasa cukup masin. Lepas tu korang tapiskan, amek air aje. “Sampah sarap” tu boleh ditongsampahkan. Tapi kalau korang suka periuk korang “meriah”, tak yah buang la.
  2. Didihkan semula air kuah tu. Campakkan haiwan ternakan yang telah disediakan. Tunggu sampai masak. Lepas tu campakkan hirisan serai, cili padi dan daun limau purut. Biar kuah menggelegak lagi. Lepas tu baru masukkan sayur-sayuran. Masak kira-kira 1~2 minit dan matikan api.
  3. Masukkan air perahan limau nipis, masukkan sikit-sikit la dan rasa sampai tahap kemasaman yang korang suka. Kalau kurang masin, korang boleh tambah garam atau sos ikan. Kalau kurang masam, korang tambah lagi la air perahan limau nipis.
  4. Taburkan hirisan daun ketumbar.
  5. Tom Yam Asli telah pun siap untuk disantap! Jangan lupa baca Bismillah sebelum makan!
  6. Yang aku tulis ketuk pakai hammer, tukul dsb tu cum lawak jer. Jangan diikut pulak ya!

Resepi ini saya dapat dari pelbagai sumber, baik dari internet atau pun dari orang perseorangan lepas tu saya adjust sendiri hingga menjadi seperti di atas.

Resepi ini pernah saya cuba sendiri dan rasanya sedap. Saya rekomen kat korang semua kalau nak mencubanya.

6 Respons to “Tom Yam Asli (So Simple)”

  1. KNizam Says:

    wahhhhh boleh cuba neh nanti. heheheeh🙂

    nasron menjawab;

    cubalah, insya’allah sedap. saya cuba sendiri minggu lepas.

  2. tomyam asli (simple) & cendawan goreng by nasron « KNizam Artwerk Says:

    […] info By KNizam Categories: makanan + kedai makan tomyam asli (simple) & cendawan goreng by […]

  3. Nasron al-Jauhari Says:

    @ KNIzam Artwerk

    yang baik sebar-sebarkanlah. lagipun semua resepi pernah saya cuba sendiri dan berjaya, barulah saya siarkan.🙂

  4. ana Says:

    assalamualaikum.. tq atas resipi ni..nak tanye, sos ikan tu untuk ape ye masukkan?

    Nasron jawab;

    Fungsi sos ikan itu ialah;

    1. Sebagai ganti garam – untuk memasinkan.
    2. Sebagai perasa.

    Memang itu resepi original dari Siam. Kalau tak percaya, cubalah pergi sana tanya sendiri kat orang Siam. Gurau jer…

  5. arelynn Says:

    tak nak letak sos ikan boleh tak?

  6. zara Says:

    hello!! kalau tak ada limau purut saya guna limau nipis boleh tak?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: