Islam: Kemantapan Iman Saidina Bilal RA


Sebagai seorang yang telah bersyahadah dengan yakin dan ikhlas, kita telah menjadi seorang Islam. Kita telah beriman kepada Allah dan rasulNya. Namun seberapa mantapkah iman kita? Tentu saja bukan kita yang layak menilainya melainkan Allah SWT saja yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu.

bilal-01.jpg

Saidina Bilal RA sewaktu mengaku Allah itu tuhannya dan Muhammad itu pesuruhNya telah sedar dan mengerti kesan yang bakal diterimanya terhadap pengakuan itu. Beliau tahu bahawa Allah SWT akan menguji imannya. Apakah imannya itu benar-benar teguh seperti gunung, atau seperti debu yang terbang apabila ditiup angin.

bilal-02.jpg

Keteguhan iman Saidina Bilal telah terbukti dengan darah yang mengalir disekujur tubuhnya. Beliau telah dipukul, diselar dengan besi panas, dijemur di padang pasir, dicambuk dengan cemeti dan berbagai jenis siksaan pedih lain. Beliau juga telah diuji dengan pangkat, sanjungan dan harta pada akhir hidupnya yang mana beliau telah diangkat menjadi gabenor di Damsyik dan telah bernikah dengan seorang puteri Damsyik yang cantik jelita. Namun itu semua tidak sedikit pun merosakkan iman Saidina Bilal RA. Beliau juga antara salah seorang sahabat yang telah terselamat dari fitnah besar yang melanda kaum muslimin dan para sahabat yang berpunca dari peristiwa pembunuhan Saidina Osman RA. Walau apa pun keadaannya, beliau mengembalikan segala-segala kepada Allah dan RasulNya, iaitu al-Quran dan as-Sunnah.

bilal-03.jpg

Kemuliaan dan kehinaan yang sebenar-benarnya adalah kemuliaan dan kehinaan pada pandangan Allah. Mulia di mata manusia, belum tentu mulia di mata Allah. Hina di mata manusia, belum tentu hina di mata Allah. Kejayaan yang sebenar-benarnya ialah kejayaan di dalam agama Allah, iaitu dapat taat kepada perintah Allah SWT pada setiap ketika dan keadaan. Itulah kejayaan yang sebenar-benarnya dan hakiki.

bilal-04.jpg

Ketika Saidina Bilal RA sedang menghadapi sakaratul maut, isterinya telah bersedih dan menangis disampingnya. Saidina Bilal RA lantas berkata kepada isterinya, “Mengapa kamu menangisi keadaan ku? Tahulah engkau betapa aku sungguh gembira dan tidak sabar untuk menemui kekasih ku (Allah)!”.

Hanya iman yang mantap sahaja yang boleh membuatkan seseorang mampu berkata demikian ketika saat getir begitu. Sesungguhnya kecintaan Saidina Bilal RA terhadap Allah dan rasulNya melebihi segala-galanya. Beliau telah mengecap kejayaan yang hakiki di dunia dan di akhirat! Hanya syurga Allah yang paling layak untuknya!

Wallahu’alam bissawab.

Nota; Makam Saidina Bilal bin Rabah terletak di Jordan. Foto-foto didapatkan dari nurazzah8.blogspot.com.

Satu Respons to “Islam: Kemantapan Iman Saidina Bilal RA”

  1. nurul shafiqah Says:

    sebgai seorang remaja, saya yakin dengan adanya kemudahn2 mencari mklumat di sini, dapat membantu saya untk menjawab segala pertanyaan yang selama ini tersingkap di hati.saya amt berharap agar lebih banyak input yg dpt dikeluarkan lagi.. amin……


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: