Tak Seindah Wajah


Waktu saya masih kecil dan remaja dulu, saya sering mendengar lagu ini. Tapi pada waktu itu saya tak tahu apa tajuk lagu ini. Senikata/liriknya sangat bagus. Liriknya tidak terlalu pragmatik malah cenderung polos namun susunan bahasanya sangat indah. Kata-kata nasihatnya sungguh mengesankan. Pada saya, kekuatan lagu ini ialah pada senikatanya yang sungguh menyentuh perasaan.

Saya lebih suka rakaman asli yang mungkin dibuat pada tahun 1980an; atau lebih awal dari itu? Tapi di mana nak dapatkan rakaman asli tersebut? Video klip ini pun saya dapatkan dari YouTube.

Selamat menikmati lagu Melayu Klasik yang bagus ini.

Tak Seindah Wajah

Ku sangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Ku sangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir

Ku kira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Ku kira puji seikhlas budi
Ku lupa lidah tidak bertulang

Dek manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Dek manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban

Inikah dia lakonan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda

Inikah dia lakonan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda

[Tamat]

Keterangan Lagu
Tajuk: Tak Seindah Wajah
Vokal: Tan Sri Syed Mohamad Salim
Lagu: Ibrahim Bachik
Lirik: Rosli Hj. Ahmad
Hakcipta: Warner Chappell Music (M) Sdn Bhd

2 Respons to “Tak Seindah Wajah”

  1. Akmal Alif Says:

    Salam…saya ada versi rakaman asal dlm format mp3. Kalau tuan nak, buleh reply saya kat emel, nanti saya hantarkan…

  2. mansorhussein Says:

    brother akmal- saya memang minat lagu tu harap bole antar
    kat saya ,TQ


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: