Daging Rempah Berkicap Danga


Narasumber: Puan Noor Khaidura Abu Bakar, anak saudara Wak Hassang.
Resepi Asal: Hassan Mustapha (Wak Hassang), Kg Sungai Danga, Johor Bahru.

Bahan-bahan
Daging Lembu / Kambing: 1 kg (dipotong ketulan 3~4 cm³)
Rempah Tumis: 1 paket (dibasuh)
Bawang Putih: 5 biji (dihiris)
Bawang Merah Besar: 2 biji (dihiris)
Halia Muda: 1 tongkol (dikisar)
Kicap Manis: Secukup rasa (Kicap Manis Cap Kipas Udang)
Minyak Masak: 3 cawan

Bahan Merebus Daging (Dikisar Halus)
Bawang Putih: 5 ulas
Bawang Merah Besar: 2 biji
Halia Muda: 3 ruas jari (8 cm)
Lada Hijau: 7 biji

Bahan A (Bahan ini dikisar bersama lalu diperah airnya)
Lengkuas Muda: 5 cm (dikisar)
Serai: 3 batang (dihiris lalu dikisar)

Bahan B (Digaul dan disebatikan terlebih dulu)
Kerisek: 1 paket
Sos Tiram: 2 sudu besar
Sos Tomato / Tomato Puri: 2 sudu besar
Sos Cili Maggi: ½ botol
Cili Kisar / Cili Boh MAZ: 2 sudu besar
Serbuk Kari Daging: 1 cawan

Cara-cara Memasak

  1. Rebus daging bersama bahan-bahannya sehingga daging empuk. Setelah masak, asingkan antara daging dan air rebusan.
  2. Panaskan minyak, tumis rempah hingga naik bau.
  3. Tumis bawang merah besar dan bawang putih hingga kekuningan sedikit sahaja.
  4. Tumiskan halia sampai garing.
  5. Masukkan Bahan A sampai garing.
  6. Masukkan Bahan B sampai pecah minyak dan garing.
  7. Masukkan kicap manis secukup rasa.
  8. Masukkan daging.
  9. Masukkan air rebusan mengikut anggaran sendiri.
  10. Masakkan hingga mendapat kepekatan yang dimahukan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: