Nasi Halia Danga


Narasumber: Puan Noor Khaidura Abu Bakar, anak saudara Wak Hassang.
Resepi Asal: Hassan Mustapha (Wak Hassang), Kg Sungai Danga, Johor Bahru.

Bahan-bahan

  • Beras Basmathi: 1 kg
  • Air (Sukatan Beras:Air): 1:1¼
  • Minyak Jagung: ½ cawan
  • Garam: 1 sudu besar
  • Rempah Tumis: 1 paket (dibasuh)
  • Bawang Merah Besar: 1 biji (dihiris)
  • Bawang Putih: 3 ulas (dihiris)
  • Halia Muda: 1 tongkol (dikisar)
  • Daun Pandan: 3 helai (dilipat)
  • Serai: 3 batang (diketuk)
  • Limau Nipis: 1 biji (perah dan ambil airnya sahaja)

Cara-cara Memasak

  1. Panaskan minyak jagung.
  2. Tumiskan rempah tumis sampai naik bau.
  3. Masukkan bawang merah besar dan bawang putih, tumis sampai naik bau.
  4. Masukkan halia, daun pandan dan serai, tumis sampai kering tapi jangan sampai hangus.
  5. Masukkan air dan tunggu hingga mendidih.
  6. Masukkan garam dan air perahan limau nipis, kacau biar merata.
  7. Basuh beras lalu toskan dan masukkan segera kedalam periuk.
  8. Sebelum nasi kering, sila kacau supaya nasi peroi.
  9. Masak hingga nasi masak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: