Telur Masak Sos


Ini resepi paling istimewa untuk orang bujang atau untuk orang-orang yang mahukan masakan yang simple tetapi sedap. Cuma perlu 4 bahan yang mudah dan murah. Resepi ni biasanya dimakan dengan biskut tawar atau roti tawar. Memang sedap, kalau tak percaya, cubalah sendiri.

Kebaikan resepi ini;

  • Sedap
  • Cepat
  • Murah
  • Mudah
  • Jimat
  • Berkhasiat (Vitamin A sampai Z, Omega 3 dsb)
  • Mengenyangkan – kalau korang makan banyak laaaa.
  • Gerenti tidak membazir sebab semua habis licin masuk dalam perut! Hahaha!

Ini portion hidangan untuk seorang sahaja, tapi jenis orang yang tak kuat makan la. Kalau saya, tak cukup tu, minima 2 biji telur beb! Hahaha!

Bahan-bahan

  • Telur Ayam: 1 biji
  • Minyak Masak: 3 sudu besar
  • Sos Cili (prefer brand Maggi atau Life): 2 sudu besar
  • Kicap Manis (prefer brand Cap Kipas Udang atau Jalen): 1 sudu besar

Cara-cara Memasak

  1. Panaskan minyak.
  2. Kecilkan api dapur.
  3. Goreng telur dan kacau-kacaukan telur biar pecah berselerak.
  4. Masak telur hingga ½ matang.
  5. Masukkan sos cili dan kacau.
  6. Masukkan kicap manis dan kacau.
  7. Goreng selama 5~10 saat atau hingga benar masak dan sebati.
  8. Siap untuk dihidang dan dimakan!

6 Respons to “Telur Masak Sos”

  1. ixora Says:

    Hahahaha.. resepi bagus ni. Adik lelaki saya yg kecik tu selalu buat cmni cuma dia tak letak sos je. Just kicap. Mmg mudah dan ringkas! =P

    **selamat ari raya aidiladha 1428H buat en. nasron.. (maaf ler lambat wish)

  2. Nasron al-Jauhari Says:

    @ Ixora

    Selamat Hari Raya Aidil Adha juga buat Ixora dan keluarga. Biar lambat asal selamat.🙂

    Ooo adik Ixora pun suka buat macam tu juga ya. Apa kata lepas ni suggest pada dia buat seperti resepi yang saya beri. Mesti bertambah selera dia!😀

    Oh ya, saya baru je “upgrade” weblog ini. Saya ada letak lagu2. Lagu2 lama. Apa kata kalau Ixora sedang tension atau stress, cubalah dengar lagu2 lama tersebut. Muziknya very pleasant tau. Cubalah! Kalau tak suka Pop Yeh Yeh, saya syorkan lagu Sohaimi Mior Hassan, lagunya dari bait-bait puisi polos yang jujur. Saya cadangkan agar cuba dengar Sohaimi Mior Hassan – Suatu Aku Yang Terlena.

    Saya dulu pun student jugak.😀

    Selamat mengulangkaji pelajaran!

  3. ixora Says:

    Lagu2 lama…?? errr….. ehehehe

    Nnt saya cuba dgr,mntau tertarik ke.. hehe.. walaupun saya rasa tak. ‘Suatu Aku Yang Terlena’..? hmm, saya takut saya yg terlena sblm lagu tu abes dimainkan. =P

    Terima kasih sbb cdgkn lagu2 itu. Mgkn suatu hari nnt saya akan tertarik.. siapa tahu.

    p/s~Selamat ‘merdeka’ utk saya.hahaha. oh,ya adik saya tu kalau goreng telur takde kicap & sos pn,dia tetap berselera nk mkn.huhuhu

  4. sham Says:

    Assalamualaikum,

    resepi tu memang senang dan saya nak berkongsi kaedah yang saya gunakan hasil peninggalan arwah emak saya dan terbukti sampai ari ni,anak dan isteri saya suka akannya

    goreng telur…tapi jangan sampai garing sangat..agak2 keras sikit ok lah
    lebihan minyak yang mengoreng telur tadi gunakan ia untuk menumis bawang besar
    tumis bawang besar..pastikan ianya bawang besar india baru rasanya ada kick sikit
    agak2 dah layu skit,campurkan ia dengan telur tadi
    letakkan sedikit sos cili atau tomato (ikut suka) dan kicap manis secukup rasa. Gaulkan sekali

    pasti membukak selera.Insya Allah

  5. Nasron al-Jauhari Says:

    @ sham

    terima kasih sudi singgah ke weblog saya. minat memasak juga ke? kalau gitu bolehlah kongsi resepi ngan saya.

    saya sebenarnya lebih minat makan dari memasak. tapi sejak kebelakangan ni saya release tension dengan cara memasak pulak.

  6. lady bird Says:

    salam en.nasron..ni telur fevret sy ms sekolah rendah dulu… mak sy slalu buat sblum sy g sekolah.. n kami panggil dia telur kucar2… mkn ngan nasi….mmg sedap.. hingga mnjilat jari… tambah2 mak yg suapkan…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: