Irama 70an: Julie Remie


icon-julie-remie-01.jpg icon-julie-remie-02.jpg icon-julie-remie-03.jpg

icon-julie-remie-04.jpg icon-julie-remie-05.jpg icon-julie-remie-06.jpg

Sila klik untuk melihat foto yang lebih besar.

Siapa masih ingat kepada penyanyi bersuara manja Julie Remie? Mengikut kata orang lama (Encik Hassny), Julie Remie adalah penyanyi 70an yang mempunyai rekod paling sekejap berada di persada nyanyian. Mana tidaknya, muncul pada 1976 dan berhenti menyanyi pada 1977. Beliau mempunyai 2 album sahaja. Beliau berhenti menyanyi sewaktu lagu-lagunya sedang top dan masih menjadi rebutan promoter stageshow. Alasan beliau berhenti adalah kerana hendak berkahwin. Besar sungguh pengorbanan Julie Remie kepada suaminya.

Masa zaman Julie Remie, saya tadika pun belum lagi. Err, zaman tu dah ada tadika ke? Tapi saya minat gila dengan lagu-lagu dan suara dia.

Nak cari foto dia pun sikit punya payah. Cuma ada di satu tempat jer. Penghargaan saya berikan untuk website tersebut dinyatakan di bawah.

Betapa sulitnya mencari lagu-lagu mp3 Julie Remie. Dah berapa hari saya bersengkang mata mencari di internet tapi alangkah hampanya tidak bertemu juga. Yang ada cuma streaming format .ram sahaja yang harus mendengar secara langsung di internet dengan menggunakan software Real Player Alternative.

Berikut saya senaraikan lagu-lagu top nyanyian Julie Remie untuk anda mendengarnya.

Pastikan anda mempunyai software Real Player Alternative pada komputer anda untuk mendengar lagu-lagu tersebut. Jika tiada, sila download di sini.

Nota: Terima kasih untuk http://www.muziknusantara.com untuk foto-foto dan http://www.geocities.com/hassny untuk streaming .ram lagu-lagu Julie Remie, juga atas segala informasi berkaitan dengannya.

Berikut di-senaraikan artikel lain yang mempunyai persamaan dengan artikel di-atas dan mungkin menarik minat anda untuk membacha-nya.

27 Respons to “Irama 70an: Julie Remie”

  1. nur6852 Says:

    saya ucapkan tahniah kepada anda, kerana minat lagu lagu julie remie ini. saya mencari gambarnya., sebab pada masa itu Julie Remie adalah seorang penyanyi yang cantik. saya amat meminati beliau dari dulu hingga sekarang kerana lagu lagunya penuh dengan nostalgia kepada saya. Syabas kepada anda.

  2. Nasron al-Jauhari Says:

    @ nur6852

    Saya dulu sampai tak tidur malam cari lagu dan gambar dia. Susah betul nak dapat.

    Sampai sekarang saya masih belum dapat mp3 lagu2 Julie Remie. Huhuhu.

  3. mario Says:

    mmg susah nak dapat lagu lama. lebih2 lagi algu julie remie hanya orng tertentu saja yg tahu sapa julie remie. tapi sayang skit lagu berikan ku sinar harapan tu ada problem skit. nape yek!

    Nasron jawab;

    Julie Remie ni suara dia special. Sungguh memukau dan menggoda telinga. Hahaha.

    Kalau lagu2 tu ada masalah, apa nak dikata… maklumlah dari LP (piring hitam) ditranfer ke format komputer. LP nya pun dah boleh masuk muzium daaaa… Huhuhu. Kena tanya cikgu Hassny sebab dia yg empunya harta tu.

  4. amin Says:

    salam.saya ada byk lp.amik dr mak kat kg.tp x leh dgr sbb player dh rosak.mcm mana nk dgr smula & transfer ke format komp

  5. Ismail Says:

    Mohon bertanya. Adakah Julie Remie masih hidup.
    Terima kasih.

  6. Nasron al-Jauhari Says:

    @ Ismail

    mengikut kata angin sepoi-sepoi bahasa, julie remie masih hidup, masih sihat dan masih bertugas sebagai seorang guru di pulau temasik (singapura).

    biar merpati yang menyampaikan pesan mu…

  7. Listener Says:

    saya jatuh hati pada suara dia😀 ehehe.. baru-baru ni terdengar di radio lagu “Abang sayang adik sayang”memang terasa keunikan suaranya.. Skrg lagu tu dah saya edit khas utk jadi ringtone bila org rumah tel eheheh…

  8. Nasron al-Jauhari Says:

    @ Listener
    – betul, betul, betul! saya pong!

    @ semoea pengoenjoeng (semua pengunjung)
    – saya sedang mengumpul lagu2 mp3 julie remie. nanti kalau dah dapat saya upload kat blog.

  9. zuraida Says:

    salam..lagu2 julie ni buat saya ingat waktu kecik2 dulu..satu harapan en nasron..ada tak lagu2 rafeah buang?Kalau ada boleh tak diupload kata sini…plsss
    Lagi satu bila lak blog en nasron ni ada “salji”? Dah winter ker skrang..hehehe..ker kom saya ni nak lingkup?

  10. Obi Wan Kentucky Says:

    Kesat air mata saya dibuatnya dok dengaq lagu ‘Korban Percintaan’ dendangan Julie Remie nih. Mana tak? Mau dekat 30 tahun dah tak dengaq lagu nih. Terkenang kembali zaman2 dulu, sambil beli ais kacang kepal salut hampas kayu, sambil dengaq lagu nih.

    Adeh, timakaseeeeehhhhh la pasai bagi link download. Tuhan saja la yg balehhh…

  11. mclaron Says:

    salam buat semua. aku pun syok giler pasal julie remie nih. tringat zaman aku darjah satu dulu bila aku dok layan. aku pun pernah bersengkang mata, abis semua keringat aku dah perah dan hampir semua button kat keyboard aku tekan pasal nak cari mp3 julie remie nih. at last tapi yang belum terakhir, aku jumpa juga akhirnya. penghargaan buat website nie:
    http://www.imeem.com/tag/julie%20remie/playlists

    korang boleh dapat dalam lebih kurang 10 buah lagu2 dia dalam bentuk high quality mp3. korang kena cari ler cara2 nak download dia. enjoy!

  12. Nasron al-Jauhari Says:

    @ zuraida
    – saya ada beberapa lagu rafeah buang sang putri keturunan bawean dari singapura itu, tapi tak banyak laa. cubalah awak jenguk2 di popoknet. rasanya kawan saya tu banyak stoknya.

    @ obi wan kentucky
    – lagu tu memang top meletop pada waktu tu. suara julie remie tu memang benar2 menggugat jiwa!

    @ mclaron
    – tak payah susah2 pergi tempat lain, kat sini pun ada 11 lagu. semua high quality tu. tu ler, lain kali bacalah sekali link yg direkomenkan.

    ini link kalau berhajat nak download 11 lagu2 julie remie. semuanya dalam rakaman asli. https://nasron.wordpress.com/2008/12/07/irama-70an-julie-remie-koleksi-mp3/

  13. ayang1478 Says:

    selama nih saya cuma dengar suara, tp pg nih saya dpt kenal dgn tuan punye suara. tak tahan air mata dengar lagu korban percintaan… leleh….. masih hidup ke penyanyi nih… x de info terbaru ke?

  14. liz Says:

    hai, I pun lama cari lagu ini especially rintihan dara. lagu nye memang sedih tangkap lelh, tapi tk penah dapat download lagu. mcmana. i dgr lagu dia since i study kt singapore.. voice dia memang manja.

    tk leh ke save ada savefile mcm biasa i download

  15. adnan Says:

    Salam.
    Terima kasih atas usaha saudara ini. Saya juga minat Julie Remie dan masih putarkan album nya yang saya ada(satu saja).. susah nak dapat.
    Memang saya minat suaranya giler.. Apalah khabarnya dia..
    harap2 sentisa bahagia dan diberkati Allah swt. stiap masa.. Amin.
    Terima Kasih.

    * Kita patut ada satu pengkalan data(database) perihal segala artis2 kita dari dulu sampai sekarang buat tatapan generasi yg akan datang…

  16. Pak Mat Tempe Says:

    KALAU SESIAPA NAK DOWNLOAD LAGU2 JULIE REMIE DALAM FORMAT MP3, SILA KLIK LINK YANG DIBERIKAN.

    https://nasron.wordpress.com/2008/12/07/irama-70an-julie-remie-koleksi-mp3/

    LAIN KALI BACA SEMUANYA, JANGAN MAIN POTONG2. BINI PAK MAT PEKAK BADAK, TAPI MATA TAK RABON.

    SELAMAT MENDOWNLOAD DENGAN JAYANYA!

  17. fadhilahhisham Says:

    saya lahir 1978…tapi tetap suka lagu korban percintaan..besh sungguh n syahdu…

  18. man fci Says:

    aku minat sangat ngan suara manja dan unik julie remie,terutama lagu korban percintaan,sebenarnya suma lagu dia aku minat,3 hari 3 malam cari lagu dia kat internet,jumpa gak kat you tube,tapi kena convert la dari fail flv ke file mp3,leceh banyak kerja…minat punya hal tak per…
    thanks very much.. atas usaha ngko kumpul lagu dia…apa cerita julie remie skg ni ye?….

  19. yus seremban Says:

    aku minat giler ngan julie remie.. suara manja dan mendayu2… buat pengetahuan suma saya masih ada meyimpan piring hitam kedua2 album nya… masih lagi dlm keadaan yg sangat baik..mak saya beli masa zaman dia dulu2 la…

  20. paklang Says:

    salam kalau siapa nak jual lp murah murah call saya k 0195479661

  21. abang70-an Says:

    sebenarnya lagu2 tahun 70 an memang sedap dan memukau. penyanyi 70an di Temasek memang mempunyai suara yang sedap. ditambah pulak dengan penggubah lagu yang hebat seperti Ahmad Nawab dan yang seangkatan menjadikan ramuan yang sangat mujarab kepada halwa telinga kita apabila mendengar suara nyanyian mereka yang gemersik. apatah lagi senikata yang masih bersifat ‘humble’ dan sopan santun sangat menawan hati pendengar. sa-sunggohnya irama 70-an adalah pengobat rindu kepada generasi kelahiran 70-an di zaman bell bottom dahulu. apapun ia telah lama berlalu dan hanya lagu-lagu yang dapat mengingatkan kita kembali kepada suka duka tahun 70-an

  22. Baya Says:

    ye..seronok ingat masa tu..tapi bila skrang,,sayu jer..masa yg lepas x kan kembali..seronok sungguh di kg dipangkuan ayah ibu dan adikbradik..if I could save time in the bottle!!

  23. fariz Says:

    Salam, hai semua, spt anda semua, saya juga penggemar muzik2 dari era 70an dan awal 80an. Muzik2 dari era ini smmg memukau kalbu dengan irama yg sungguh mengasyikkan.

    Buat yg mencari lagu Julie Remie ni, baru2 ni saya ada beli 1 CD yg bertajuk ‘Cinta 101’ – ada 5 CD semuanya dan pd CD yg ke-4 track pertama ada lagu Korban Percintaan – Julie Remie ni. Lagunya mmg sedap didengar walaupun utk generasi sekarang.(Saya lahir pd tahun 1979 – ms ni blum tau apa2 lg tapi kira irama2 spt ni dh jadi inspirasi sms sy kechil2 dahulu)

  24. Bota Silver Says:

    terima kasih kepada saudara yang upload lagu julie ni. saya sangat minat dengan suara dia. lagu-lagu julie remie ni dulu-dulu selalu berentap dengan lagu uji rashid.

  25. hassanrwtp Says:

    Saya mmg minat gila lagu-lagu julie remie.sbb sya mmg pemlnat lagu-lagu retro.

  26. DZULKEFLI Says:

    saya dah dapat cd 2 album julie remie. saya beli di JB skrg hampir rosak banyak lagu yg tak boleh dengar habis. skrg sedang berusaha untuk dptkan yg baru. dimana gerangan julie remie skrg

  27. john Says:

    Bila terdengar lagu-lagu julie remie teringat kawan @awek lama saya suara nya mirip suara julie remie.
    walaupun saya lahir tahun 60an tapi mase tu tak berapa kesah dgn lagu lagu nya tapi bila skg nie dengar lagu nya
    terbayang wajah ayu awek lama saya. Terutama lagu korban percintaan . saya ucapkan terima kasih pada nasron
    yg banyak membantu mengumpul maklumat lagu-lagu julie remie


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: