Mungkin inilah puding yang sedap dan paling mudah nak dibuat. Bahan-bahannya murah dan mudah didapati. Cara membuatnya juga mudah. Sesuai untuk dijadikan bahan hidangan oleh para gadis untuk menjamu bakal mertua. Sebabnya ialah ia gerenti jadi punyalah, insya’allah. Kata orang Johor, kalau tak jadi juga, bukan salah bahan-bahannya, tapi sebab salah tangan tak bedung!. Hehehe… Inilah resepi canggih tu;
Bahan-bahan
- Telur (saiz besar) 7 biji
- Susu Isian Pekat Manis 1 tin (510ml)
- Gula Pasir 3 sudu besar
- Garam 1 sudu kecil
- Tepung Kastard 2 sudu besar
- Air 1 cawan (lebih kurang 150~175ml)
- Loyang bersaiz diameter 15~20cm
Cara membuatnya
- Letak gula pasir dalam loyang dan panaskan loyang tersebut dengan api sederhana kecil agar gula mencair. Apabila gula telah cair keseluruhannya, lenggang-lenggangkan loyang supaya gula cair itu merata menutupi permukaan dasar loyang. Tutup api apabila gula cair telah mula berwarna sedikit kekuningan. Ingat, jangan sampai warnanya menjadi benar-benar kuning atau perang. Cukup sedikit kuning sahaja, kerana proses pengukusan nanti akan menjadikan warnanya kepada perang dan cantik. Kalau sekarang sudah perang, nanti proses mengukus akan menyebabkan gula cair bertukar menjadi sangat gelap atau hitam dan berasa pahit!
- Masukkan telur, air, garam, tepung kastard, susu pekat manis ke dalam blender dan kisar sampai sebati. Lebih kurang 10 saat sahaja.
- Tuang ramuan yang telah diblender dengan menggunakan penapis (saya guna penapis teh) ke dalam loyang yang telah dilapisi gula cair yang telah membeku/keras.
- Masukkan loyang ke dalam pengukus ketika air kukusan telah mendidih. Kukuslah dengan api sederhana kecil sahaja. Kukus sehingga 45 minit.
- Apabila telah masak, telangkup loyang ke pinggan leper.
- Lebih enak jika dihidangkan sejuk (simpan dalam fridge dululah).
Nota:
- Resepi ini telah diuji kelmarin dan semalam saya buat lagi sebab isteri tersayang suka makan puding ni. Ianya sangat mudah dan saya yakin peratus keberhasilannya ialah 99.99%. Cubalah, insya’allah berjaya!
- Api dapur sederhana kecil ialah api sekadar untuk maintain agar air pada pengukus tetap dalam keadaan mendidih yang paling minima. Bermaksud air tetap menggelegak tetapi dalam keadaan menggelegak yang paling kecil. Sila pastikan sebelum anda meletakkan adunan untuk dikukus.
- Tujuan menapis ramuan yang telah diblender ialah untuk memastikan agar hanya bahan yang telah benar-benar halus dan sebati sahaja yang dimasak. Ia juga untuk memerangkap dan membuang “tali pusat” telur yang memberikan bau hanyir kepada puding.
- Sekiranya tiada blender, anda boleh gunakan mixer atau kacau gunakan senduk atau sudu. Yang penting, pastikan ramuan benar-benar sebati.
- Anda boleh juga menambah Esen Vanilla atau Esen Pandan untuk mendapatkan aroma yang lebih wangi pada puding tersebut.
- Bagi yang nak 100% telur tanpa tambahan tepung kastard, boleh juga. Jangan risau, tetap menjadi puding anda itu. Cuma teksturnya kurang gebu dan lebih padat. Namun tetap lembut dan sedap!
- Garam ditambah untuk memberikan efek rasa yang “lemak” bukan masin. Ada sesetengah resepi yang lain tidak menambah garam. Tapi saya sarankan letakkanlah garam dan ikutlah sukatan yang disyorkan.
- Kalau nak kurangkan manis, kurangkan la sukatan susu pekat manis tu. Gantikan guna susu cair atau apa-apa susu lain la tapi kena bubuh gula la jugak sebab supaya manis. Pandai-pandai sendiri la nak adjustkannya!
16 Januari 2008 at 10:42 pm
Pcik, resepi puding jagung takde ke?hehe
17 Januari 2008 at 6:54 am
@ ixora
Puding jagung pun senang jugak. Masa pakcik bujang dulu pakcik dah buat pun. Siap ada kuah cocktail lagi. Nanti pakcik tuliskan kat sini ya.
17 Januari 2008 at 9:04 am
Ok.Sy tggu resepi puding jagung itu dr pcik! 😉
18 Januari 2008 at 12:33 pm
Saya baru jer upload gambar puding saya buat hari tu. Sorry lambat masuk gambar sebab komputer kat rumah tak ada card reader la. Komputer zaman jepun la. Terpaksa pakai office facility. 😀
18 Januari 2008 at 12:38 pm
Oh ya, kamera pun pinjam juga daaa…
20 Januari 2008 at 11:20 am
Owh,patutla aritu tgk xde gmbr.ingtkn sbb internet kt rumah lmbt.
Nampak sgt lazat puding itu! yummy.. yummy.. 😀
tp syg.. sy tak mkn beliau.. heheh
Nasron jawab;
Apsal tak makan? Takut gumok ker? Makan sikit jer tak gumok ler…
24 Januari 2008 at 3:19 pm
sory nk tanya gula pasir 2 dah buat gula hanguskn, then yg nk dicampur dlm blender brpa lak sukatanya? TQ. x sbr nk buat, my fav. rugi lo sape xmkn!!!
Nasron jawab;
TIADA GULA PASIR YANG DICAMPUR DALAM BLENDER! Sebabnya ialah sebab kita dah gunakan susu pekat manis! Susu tu kan dah manis, so jangan taruh gula lagi. Karang manis dia jadi manis gilaaaaa. 😀
Selamat mencuba. Resepi ni memang senang, mudah dan murah! Kejayaan 99.99%! Cubalah!
4 Februari 2008 at 9:44 pm
Bila pulak pcik reply komen tu? aritu tgk xde pn..
Erm,sy bkn tanak makan tapi masa sy makan aritu, bau hanyir la.. mmg tak lalu nk telan. Kalo tak kerana hormatkn tuan rumah, mau sy termuntah time tu gak. xde kaitan dgn takut gemuk. hahaha.
p/s~i’m leaving tonite. papai 😀
Nasron jawab;
Hehehe… kesiannya… kalau pakcik yang buat gerenti tak hanyir. Nak hantar jauh la…
Jalan baik-baik, utamakan keselamatan. Berwasapadalah selalu.
12 Februari 2008 at 12:45 pm
Alamak, power punya. Saya dah cuba. Sedap sekali. Klo tak mau hanyir kurangkan telor. Memang ini lah resepi Tok saya buat masa kecil-kecil dulu.
Nasron jawab; Ada beberapa taktik untuk kurangkan atau hilangkan hanyir; Masa pecahkan telur tu, awak buang punat/ tali pusat dia. Biasanya ada titik hitam atau merah. Atau awak boleh titiskan beberapa esen vanilla. Atau pakai esen / daun pandan. Atau tutup idung time makan… spray perfume… Atau… berapa banyak atau daaaaaa… (sorry kalau saya agak mengarut sikit ya… peace!)
3 Mac 2008 at 3:26 pm
mmm macam best jer tengok gmbar tuhh…xsabo nak try bikin..resepi lain yang mudah ader x pakcik??
Nasron jawab; Ehhhh… apa pulak macam best? Memang best laaaa. Tak percaya ke? Cubalah try test buat sendiri. Pasti berjaya, insya’allah! Resepi lain ada juga. Ada resepi buat donut. Ada cendawan goreng… macam2 ada. Cuba lihat kat indeks. Cubalahhhh…
29 April 2008 at 3:14 pm
knp caremel dia keras, x gebu mcm dlm gambar…
Nasron jawab;
Ada sebab mengapa karamel dia keras. Mungkin salah satu sebab dibawah merupakan satu puncanya.
1. Gula yang anda buat karamel tu tidak betul2 menjadi karamel yakni tidak benar2 cair waktu dibakar/dipanaskan masa awal proses membuat puding.
2. Gula yang digunakan tu banyak sangat jika dibandingkan dengan permukaan loyang dan puding.
3. Anda bubuh karamel selepas puding siap!? Jika setelah puding siap, kemudian kita buat karamel dan menuangkannya ke atas puding, saya gerenti mula2 nampak cantik tapi lepas tu karamel tu jadi keras macam batu.
Tahukah anda mengapa karamel yang dibuat dengan betul akan kelihatan cantik dan cair? Ini kerana proses pengukusan yang betul dan sempurna akan mencairkan karamel yang telah menjadi keras. Sila lihat process flow yang terjadi pada karamel seperti dinyatakan di bawah.
1. Gula pasir – dipanaskan dalam loyang – menjadi cair – warna bertukar kekuningan – ratakan keseluruh loyang – (Pada waktu ini, apabila kita biarkan sekejap saja, karamel akan jadi keras macam batu tapi tak apa)
2. Adunan puding dituang atas karamel – (Pada waktu ini, karamel tidak akan bercampur dengan puding malahan ia akan membentuk lapisan keras di dasar loyang)
3. Apabila puding dimasak/kukus – (Pada waktu ini karamel akan mencair kembali kerana kepanasan kerana dikukus dan kandungan air dari puding akan sedikit bercampur dengan karamel dan akan membentuk lapisan karamel yang cair dan cantik)
Sekian penjelasan dari saya. Semoga dapat membantu. Jika tidak, mengapa tak cuba buat sekali lagi dengan mengikuti langkah2 yang dinyatakan? Saya yakin anda boleh!
Malaysia Boleh! Boleh land!
18 September 2008 at 12:06 pm
kalau tak panaskan gula dalam loyang boleh tak?
letak dalam periuk lepas tue baru tuang dalam loyang..menjadi jugak ke tak?
19 September 2008 at 6:33 am
@ arellynn
tak payah cuba, tak akan jadi (insya’allah)… sebab “jiran” saya dah cuba… fail
buat jer dalam loyang… lagi senang!
26 September 2008 at 1:54 pm
dah buat dah..memang menjadik..mendapat pujian ramai huhu..at first ingatkan tak jadik..last2 jadi jugak..try search web lain tapi page nie je yg bagi sukatan yg betul2..yg len sume suruh isi secukup rasa la ape la..al maklumla org tak reti masak kena la tau sukatan yg betul..tq la pakcikk!! korang sume jangan tak cube..try buat puding nie konpem jadikkk punyer..beli kat pasar ramadhan RM2 per slice..baik buat kat umah..puas hati..anyway thanx pakcik…
14 Oktober 2008 at 12:18 am
mcm best je resepi nie..
mama mang ngah cr cane nk wat puding nie..
tgk mcm senang jer..esok mama nk try..
25 November 2008 at 12:35 pm
sy nk tanye la nape eh sy punyer puding nie tak licin die ade lubang2 udara erm… dah jd cam telur dadar plak tolongla saya dh byk kali wat cam tu gak
25 November 2008 at 2:39 pm
@ aziyan
puding awak ada lubang2 udara? besor ke kecik? pelik jugak saya. mmm… biar saya pikir jap…
ini cuma agakan saya aja ya… ada beberapa kemungkinan… awak blender tak cukup lama kot? cuba blender 20 saat pula. air kurang kot? last sekali mungkin teknik mengukus tak betul. pada masa awal mengukus awak buka api kuat sangat, sampai puding tu “menggelegak” lalu memerangkap udara. mmm… susah nak diagnose.
awak cuba buat balik. kali ni betul2 ikut resepi dan cara saya yg tulis kat atas tu. sila cuba, berusahalah, jangan putus asa!
11 Disember 2008 at 4:04 pm
Terjumpa resepi ni dan terai la semlm. Rasa dan rupa nampak menjadilah walaupun pertama kali terai. tak sempat amik gambar dah habis kena ngap!
Cuma satu je masalahnya…. apsal masa kukus kemain cantik dia naik pastu dia jadi kempes?
11 Disember 2008 at 6:21 pm
pandainya pakcik buat kueh, beruntung isteri makcik !
11 Disember 2008 at 6:25 pm
@ umi hanna
masalah masa kukus kemain cantik dia naik pastu jadi kempes tu saya rasa…
…mungkin kerana hujan lebat dan kadar taburan hujan yang terlalu tinggi sejak kebelakangan ini menyebabkan gelongsor dan runtuh kerana dibawa oleh arus air dalam… puding
sebenarnya saya tak tahu jawab! maaf ya…
siapa2 boleh jawab sila tolong…
31 Disember 2008 at 7:15 pm
salam en.nasron
1st time bace resepi ni sy tringin sgt nk wat.w’pn xpenah mkn puding ni..mekasih la coz bjaya wat sy nk try resepi ni…hehe
sy dh 2 kali wat puding ni.huhu xbrape jd la….
mslh same mcm umi hanna tu…
but kali kedua better than yg 1st…
yg 1st time wat tu hanyir n rase sgt telur tu….
yg ke2 rase dh sedap tp xlawa..coz puding tu kempis…
pastu mak sy marah,xbg wat dah..hehe
susu mahal kata nyer…..
tp blk kg nt sy nk wat g…hehe
17 April 2009 at 9:48 am
dr komen2 yg sy bce kat blog nie sy nk tnyer 1 soklanla…telur yg akn diblender ni tmasuk putih telur skali ker?sbb pe sy pnah dgr cter kalo nk wat puding telur, hnye amek kuning telur sj tp putih telur xperlu…sy bru sj bkawen…t’ingin gak nk jamu suami dgn puding telur ni diz weekend…sy blom cube lg wat puding telur..diz week bru nk wat…tlg eh pkck…
17 April 2009 at 9:58 am
ini resepi untuk orang tambah berat badan 😛
17 April 2009 at 11:25 pm
pakai semua isi telur… kuning atau putih semua dibalun… betulkan bro nas?
18 April 2009 at 11:48 am
tp kalo gne sume isi telur bkn nanT puding bau hanyir telur ker?
12 Jun 2009 at 7:46 am
sy rasa puding jd kempis sbb ms kukus, air kukusan kurang kena tambah air panas jugak…sbb klu tambah air sejuk air kukusan pun menjadi sejuk itu yang membuatkan puding jadik kempis…..kata mak sy lerrr(pakar membuat kek buah)
27 Ogos 2009 at 4:03 pm
salam… p.cik.. act td duk cari rsepi nk wat karamel ni… huhuk..
alhamdulillah jmpe jgak kan… skang ni da cyap pun karamelnya… alhamdulillah jdik… tq ea!
31 Ogos 2009 at 4:12 pm
Banyak-banyak saya search kat google resepi puding…resipi ni yang menerangkan dengan jelas cara-cara nak wat puding nga kuantiti yang betul..TQ to owner this blog.1st buat puding ok sikit sebab beku, 2nd wat cair sikit..
apa masalah jadi cair? adakah kena biarkan puding tu berjam-jam baru boleh ngap?
(rumah bujang xda peti sejuk)
– sedapla wat juadah berbuka 😛
31 Ogos 2009 at 5:47 pm
encik bberi,
ada beberapa sebab; terlebih air atau kukus kurang lama. cara mengatasi; kurangkan sikit air atau tambah lagi kuantiti tepung atau kukus lebih lama.
semoga berjaya.
15 Oktober 2009 at 10:45 pm
saya selalu gak buat puding ni sebab anak2 saya suka betul makannya. tapi saya buat gula hangus tak masuk air langsung. lagi satu gula cepat keras. nak tanya berapa lama puding ni bolh tahan kalau tak masuk peti sejuk
16 Oktober 2009 at 7:02 pm
bagus lah…sangat simple resepiyg diberikan..boleh cuba ni
25 November 2009 at 5:34 pm
hhehehh~
thnks paci….
sy nye caramel jd la bpandu paci nye respi…
cntik dan sedap…
n sume nsht d ats sy gne…
thnks evry1…..
30 November 2009 at 2:15 pm
pakcikkkk!!… saya dah buat. Jadi!!..
cayalah pakcik.. cuma lenkali saya nak letak esen vanilla lebih sikit. Haritu sy letak esen pandan.
Terima kasih pakcik..
3 Disember 2009 at 11:43 pm
nampak sedap dan mudah saja
15 Disember 2009 at 10:11 am
waa..resepi ni memang sedap! setiap kali balik kampung mesti buat. tapi pelik sebab puding tu bersarang2 pulak. huhu jammed betul! ade kawan suggest tambahkan kapur masakan sikit, sebab dia kata itu yang buat sedap.
8 Februari 2010 at 7:14 pm
umm hope jd bf sye ske mkn lor
22 Februari 2010 at 2:40 pm
SALAM,
SAYA DALAM PROSES MENCUBA PUDING NI..
MUDAH-MUDAHAN HASILNYA LUMAYAN
HARAP BERBALOI UTK SANTAPAN SUAMI
BILA PULANG KERJA PETANG NI…
INSYAALLAH……
22 Februari 2010 at 3:18 pm
salam…
memang berbaloi dan fantastik hasilnya…
harap suami saya suka dan bertambah sayang
kat saya…hehehe
mekasih ya encik nasron atas resepinya….
15 Mac 2010 at 2:14 pm
blh tanya tak..sudu besar*(utk tepubng kastard tu) adakah sudu makan?
15 Mac 2010 at 5:13 pm
* Mak Dylan
betul…. sudu besar tu sudu makan. sudu yg kita buat makan kat rumah. bukan sudu makan kat hotel. kalau kat hotel sudu makan dia lebih besar. maklumlah org yg masuk hotel tu kan nafsu nya besar2…
sudu makan bukan bermaksud sudu tu suka makan atau sudu untuk di makan. jangan salah faham ya mak dylan. sudu makan ialah sudu yg digunakan untuk kita ketika makan.
kang cakap lebih2, aku kena makan sudu pulak.
sekian laporan saya.
ta ta… bye bye…
16 Mac 2010 at 10:28 pm
untuk elak kan telur tu berbau kurang enak..pukul telur dgn esen vanilla dulu baru masukkan susu. Bila di tapis nanti semua ‘punat’ dan bhn2 yg tak perlu akan tertinggal kat dalam tapis..
17 Mac 2010 at 7:37 am
ya puspawangi… apa tuan hamba buat dekat sini… ingin menchari musang berjanggut juga kah?
gurau aja ya puspawangi… jangan marah….
6 April 2010 at 8:51 pm
oh uiii..
t.Q for share this recipe..mak saya dh bising suruh cari recipe puding nie^ ^
22 April 2010 at 10:01 am
Ermmm…sy wat jd lubang2 ada ruang udare…tlllgg…tlggg…
14 Mei 2010 at 6:17 pm
p.cik , sy x de idea nk wt pding..sy nk wt pding tok puspa sy..tlg ehhh.
21 Mei 2010 at 12:55 am
lubang udara yang buat puding jadi lubang adalah berpunca daripada buih-buih masa pukul/blend telur tu, and then ada juga berpunca daripada gula yang tak hancur jadi bila kukus tu gula tu cair dan menyebabkan lubang…sama prinsip macam tauhu, ada lubang-lubang sebab ada lubang ais dalam dia jadi bila tak sejuk jadi lubang2…tq
19 Julai 2010 at 11:57 pm
hi sy baru tbca entri ni sbb baru skg baru nak bljr msk n tgh cari mcm2 resepi. kukus n oven mmg xsama kan tp kalo buat rcp yg ni oven tak dpt ek???
14 Ogos 2010 at 11:26 am
terima kaseh kerana sudi berkongsi resepi=)
14 Ogos 2010 at 6:53 pm
saya nak tanya ,,,kalau bubuh susu cair ok ke…?
17 Ogos 2010 at 10:30 am
fav anak2 saya ni… wajib buat masa bulan puasa, just nak kongsi resepi saya…
8 biji telur
1 tin susu pekat (kecik)
1 tin susu cair (ganti dgn air)
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
Lemak dan enak! Lagi satu, lepas buat karamel tu, kukuskan kejap loyang tu dlm 2-3 minit… keluarkan then ikut step mcm En Nasron buat
22 Ogos 2010 at 2:42 pm
alhamdulillah, dah lama try, asyik xjadi je, last2 jumpa resepi yg pakcik bagi nim, best giler..sekali buat terus menjadi, maceh byk2 Pak cik…yahooo!!!
26 Ogos 2010 at 2:31 pm
kenapa ek saye wat puding telor lembik.bila terbalikan loyang hancur..tapi rupa die ok da..
26 Ogos 2010 at 5:27 pm
aja : sebab terlebih air atau kukus tak cukup lama.
2 September 2010 at 4:05 pm
tq pakcik… sy pn teringin nak try.. soklannyer.. selain dr loyang leh x guna talam saiz sederhana.. klu loyang sekali mengadap je dh ilang.. klu talam byk la sikit.. cm ne 2…?
26 September 2010 at 2:12 am
ada cara lain x slain kukus?huhu
26 September 2010 at 7:35 pm
@ bapaknya / emaknya si luqman : boleh pakai talam, periuk besi, periuk aluminium dan macam2 lagi… asalkan periuk / alat mengukus tu muat la…
@ farzana : cik adik manis,… cik adik kalau tak nak mengukus boleh juga buat cara lain seperti digoreng, dipanggang, dibakar atau direbus. cubalah… hehehe
6 November 2010 at 2:32 pm
saya dah buat la.. puding ney.. tapi saya lupa letak garm.. macamana 2 pak cik.. sekarang ni.. saya tunggu pudding saya 2 masak…. hihihi..
6 November 2010 at 2:38 pm
saya dah buat da pudding ney.. tapi saya lpa la letak garam.. sekarang ney.. saya tengah tunggu pudding saya ney masak..
6 November 2010 at 7:24 pm
salam,
saya bru je siap buat puding ni, alhamdulillah 100% menjadi… 1 famili x cukup makan.. atas permintaan ramai terpaksalah saya buat sebiji lg….ape2 pun thanks untuk En. Nasrul Al-Jauhari..
15 November 2010 at 10:46 pm
saya da buat..jadi dan sedap..tapi manis..
boleh tak kalau saya tukar dari 1 tin susu pekat manis tu kepada 1/2 tin susu pekat manis tambah dengan 1/2 tin susu cair..
23 November 2010 at 8:15 pm
mak saya akan cuba membuat cocktail ni dan selepas makan saya akan ber terima kasih pada kak atau mak cik yg memberi recipe ini ❤
1 Disember 2010 at 7:48 pm
saya dh cube resepi ni. mak mertua saya nagn adik2 ipar makan smpai hbis.sedap dan enak.mudah disediakan.thanks
1 Januari 2011 at 7:15 am
mmg mnjadi la resepi nie mmg sdp dn berkrim…
sy bt kelainan setelah kukus puding…
masak gula hangus dn asingkn…
klo nk mkn baru letak gula hangus mmg sdp so mn org yg ada
kncing manis tu xpyh la tmbh gula hngus tp kurang sdp la tmpa gula hngus…..
1 Januari 2011 at 7:18 am
dh siap tu potong strawbery dn mkn skali ngan puding wah mmg sdp.,…
cuma nk tya la apabila kt nk kluarkn puding dr loyang smasa panas atau tnggu puding sejuk??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????
4 Januari 2011 at 6:33 am
pagi sat gi nk try.. dah 4 , 5 hari mngidam.. ari tuh p umah bakal mak. mertua, diowg saji caremal puding nih… mmg minat gila… nk try la bwat.. minx la menjdik yek..
den sukow manih2 ni…
15 Januari 2011 at 4:02 pm
kenapa kena tapiskan? saya lupa la plak nak tapis kan..ade ape2 efek x???adeh
29 Mac 2011 at 4:51 pm
sy bru jew try td..mmg sng mdah n cpt..slmt mcube yew…mmg besssssssssssttttttttttt
25 Mei 2011 at 3:19 pm
sy baru je try jap td resipi nie. skang tgh tggu sejuk nak masuk fridge.napak cam jadi ;D
16 Jun 2011 at 6:31 pm
ada beza ke guna susu cair or susu segar ? which one is better ? masa sy buat mcm nk hancur puding nye. last2 tgk ek eleh kempis. mcm mana nk buat dia jadi tebal and cantik ?
1 Julai 2011 at 9:27 pm
time kasih..time kasih. dah cuba..http://jefribudaksuci.blogspot.com/2011/07/mari-buat-puding-tolur-berkalori-tinggi.html haha.
13 Julai 2011 at 3:28 am
saya punya resepi x susah lebih kurang sama cuma masak double boiler jer dlm oven ……..maksud saya letakkan bekas loyang dlm dulang pembakar yg diisi air dan masak je dlm oven …mudahkan….teksturnya lebih cantik daripada kukusan…
24 Julai 2011 at 5:41 pm
sory ,baru belajar nak masak .em,time nak kukus tu .takat air tu banyak mane ? loyang tu kira kena sentuh ngan air lah ye ? sory sgt .nak cuba tapi takut tak menjadi .
19 Ogos 2011 at 11:39 am
yeay!!
jumpa akhirnya~~resepi ni betul2 details..
sya sllu kkus dlm periuk nsi, tpi hasilnya xcntik sprti pkcik punya..
nak kena bli pengkukus ni..1 soalan nk tnya, ssu nk senang sukat, sama dgn 1/2 tin ssu ke?
19 Ogos 2011 at 11:41 am
sorry, bukan SUSU nak tanya, tapi AIR~~hehehe….
23 Januari 2012 at 9:41 am
Saya dah try buat,alhamdulillah menjadi dan sedap. terima kasih kerana sudi share resepi ni.
18 Mac 2012 at 9:35 pm
saya nak cuba .lepas tengok berkenan pulak
21 Mei 2012 at 10:46 pm
sy pun nak buatlah…nampak sdap jer…dpt 4star tuh..nak buat puding buih mcm mana?suami sy dah lama nak makan tapi saya tk jumpa lg resepi ni.
27 Julai 2012 at 2:30 pm
Jap g nak try buatlah..nk buat tuk buka puasa..nk bagi mak&adik2 test..saya suh adik beli caramel kat bazar ramadhan, d kater xde..1 lagi, diorang xtau caramel tu aper..adehhh…payah gak gini..lama dah xmakan caramel ni…thanks pokcik..
28 Julai 2012 at 2:18 pm
Sya heran la kenapa org jual kuih ni mahal.ada sebsr dua jari jual rm 2 dah la nipis..tu yg cr resepi kat sini
29 Julai 2012 at 1:19 am
huhuhu…saya sedey…saya tgh buat caramel nie, tgk td naik, cantik sgt..tp bila pindahkan kebekas, d jadi hancur mcm buat telur hancur…uwarrrggghh!! confirm kne gelakkan mak& adik2 jap g…apesal ekkk???
1 Disember 2012 at 2:38 am
yummy,..! yummy…..!
24 Januari 2013 at 12:33 pm
[…] nasron.wordpress.com […]
30 Mei 2013 at 2:58 pm
resepi yg mnrik..
19 Julai 2013 at 6:37 pm
best sangat puding ni… thanx bro… skali buat alhamdulillah terus jadi…. hubby pun suka anak2 lg suka
25 Januari 2014 at 4:45 am
[…] Cara Membuat Puding Telur Berkaramel / Puding Gula Hangus … […]
25 Januari 2014 at 4:46 am
[…] Cara Membuat Puding Telur Berkaramel / Puding Gula Hangus … […]
26 Januari 2014 at 10:08 am
[…] Cara Membuat Puding Telur Berkaramel / Puding Gula Hangus … […]
27 Januari 2014 at 6:03 am
[…] Cara Membuat Puding Telur Berkaramel / Puding Gula Hangus … […]
30 Januari 2014 at 3:06 am
[…] Cara Membuat Puding Telur Berkaramel / Puding Gula Hangus … […]
19 September 2014 at 6:42 pm
salam..first skli.sy nak ucapkan ribuan terima ksh kpd pck.sbb pkl 3 br tgk pge ni.trus wat pding.dan…..brjaye!!!!..sy krgkan telur tu.jd 5 bjik je.sbb x suke byk tlur.fmly sy semua ckp sedap!!!!tq pck oi!!!!..x smpat boh dlm pti ais.abis suda!!!
1 Januari 2015 at 5:43 am
[…] Cara membuat puding telur berkaramel / puding gula hangus […]
22 Februari 2015 at 8:39 am
[…] Cara membuat puding telur berkaramel / puding gula hangus […]
2 Mac 2015 at 3:14 am
[…] Cara membuat puding telur berkaramel / puding gula hangus […]