Minuman Tenaga Memberi Risiko Penyakit


Jangan sering meminum minuman tenaga / “energy drinks” (contoh; Redbull, Livita dsb). Sekali-sekala bolehlah. Jika tidak, bukan badan semakin sihat tetapi banyak penyakit yang datang. Takkan nak tunggu penyakit bersarang dalam badan baru nak sedar.

Selain dari keupayaan menambahkan tenaga, meminum minuman tenaga akan memberikan kemungkinan untuk meningkatkan kadar tekanan darah, kata penyelidik di American Heart Association’s Scientific Sessions 2007. Kajian yang telah dijalankan oleh para penyelidik di Wayne State University telah menunjukkan bahawa tekanan darah dan degupan jantung akan meningkat kepada orang dewasa sihat yang meminum dua tin sehari minuman jenis itu.

Walaupun peningkatan tersebut tidak sampai membahayakan kesihatan para sukarelawan yang menyertai ujian, namun peningkatan tekanan darah dan kadar degupan jantung itu membuktikan secara klinikal bahawa ia dapat membahayakan mereka yang menghidapi sakit jantung dan juga kepada mereka yang kerap meminum minuman tersebut. Kadar gula yang tinggi dalam minuman tersebut juga tidak baik untuk mereka yang menghidapi sakit kencing manis.

Berpada-padalah. Jangan berlebihan. Insya’allah hidup sihat, selamat dan bahagia dunia juga akhirat!

Nota: Sumber Asia Food Journal Edisi Disember 2007 dan sumber-sumber lain.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: