Perogol Kebanyakannya Terdiri Daripada…


pdrm-gambarhiasan.jpg

Wahai kaum wanita, berhati-hatilah. Wahai ibubapa yang mempunyai anak perempuan, berhati-hatilah. Ketahuilah bahawa pencegahan itu adalah solusi yang paling tepat dalam menangani masalah ini.

Tahukah anda ramai perogol terdiri daripada;

  1. Teman lelaki
  2. Majikan
  3. Jiran
  4. Saudara mara
  5. Mereka yang dikenali mangsa

Bagaimana boleh berlaku?

  1. Perogol biasanya menyerang mangsa yang keseorangan di tempat sunyi.
  2. Menerima pelawaan perogol untuk bersiar-siar, bermalam di hotel atau rumah dan sebagainya.
  3. Makanan atau minuman yang mengkhayalkan atau tidak sedarkan diri.
  4. Mempercayai bomoh yang berjanji menyembuhkan penyakit dengan mengadakan hubungan seks.
  5. Memakai pakaian yang menjolok mata dan seksi juga mengundang bahaya ini.

Bagaimana mengelakkannya?

  1. Pastikan tiada orang lain di dalam kereta ketika anda hendak memandu sendirian.
  2. Sentiasa berwaspada ketika menuju ke kereta yang terbuka.
  3. Ketika hendak menggunakan pengangkutan awam, pastikan ada penumpang wanita lain bersama.
  4. Berwaspada apabila melihat orang yang kelihatan mencurigakan di sekitar kawasan kemudahan awam seperti di dalam tandas awam, stesen bas dan sebagainya.
  5. Pastikan anda berteman ketika masuk lif di tempat-tempat yang sunyi dan terpencil.

Mengapa ini berlaku?

  1. Gaya hidup yang berisiko. Banyak gaya hidup masakini yang boleh menjadi pencetus kepada berlakunya masalah rogol.
  2. Prinsip-prinsip keagamaan semakin dilupakan dan tidak diamalkan. Tidak menutup aurat, menggunakan pewangi yang berlebihan, tingkah laku yang memancing syahwat dan pergaulan bebas.
  3. Gejala video lucah, filem-filem yang mempunyai unsur lucah dan penerbitan-penerbitan lucah yang mempengaruhi seterusnya merosakkan pemikiran dan minda terutamanya generasi muda.
  4. Kawalan keluarga / orang tua yang terlalu longgar terhadap anak-anaknya. Tidak mengamalkan sikap ambil tahu dan sikap berwaspada selalu.

Nota:

  • Dipetik dari brosur Mencegah Jenayah Tanggungjawab Bersama – Rogol – Rakan Cop Polis Johor, Hal Ehwal Awam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan sumber-sumber lain
  • Ini adalah khidmat pesan masyarakat yang dibawakan oleh Apabila Nasron Menulis, nasron.wordpress.com

Satu Respons to “Perogol Kebanyakannya Terdiri Daripada…”

  1. anizyn Says:

    terima kasih atas tips nie..saya akan berhati2 walaupun dgn org yg saya kenali,dan akan lebih berhati2 bila naik lif seorg diri..huhuu


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: