Sheila Majid, Ratu Jazz Malaysia


sheila-majid-cover-lagenda.jpg

Artikel ini ditulis sebagai hadiah kepada isteri saya yang merupakan seorang peminat Sheila Majid. Semoga isteri saya berpuas hati dan gembira dengan “hadiah” ini walaupun kebanyakannya saya “cilok” dari beberapa sumber. Habis nak buat camana, saya bukannya tahu sangat pasal Sheila ni. Saya kan “peminat setia” Pop Yeh Yeh, bukannya Jazz atau R&B. Namun begitu saya suka juga lagu-lagu Sheila. Sheila Majid memang ada kelas. Beliau penyanyi yang hebat dan disegani. Sesekali “layan” lagu-lagu nyanyiannya, syok wooo…

Shaheila Abdul Majid atau juga dikenali sebagai “Sheila Majid”, merupakan salah seorang penyanyi popular di Malaysia, malah di Asia. Dilahirkan pada 3 Januari 1965.

Melangsungkan perkahwinan dengan Hashridz Murshim Hassim atau Acis, bekas pemain keyboard kumpulan Gersang selepas dua tahun menjalin cinta di depan Imam Masjid Damansara, Wahid Amini, pada 3 Jun 2003 pada pukul 11.47 pagi. Sheila menerima mas kahwin RM80, wang hantaran RM20,000 tunai, dua bentuk cincin masing- masing bernilai RM1,000 dan RM5,000 serta kalung berharga RM1,000.

Perkahwinan itu adalah yang kedua bagi Sheila, ibu kepada dua cahaya mata – Wan Nur Khaleda, 12 dan Megat Abdul Majid Aziz, 9. Suami pertama Sheila ialah Roslan Aziz, seorang penerbit, komposer dan jurutera bunyi terkenal di Malaysia.

Sheila Majid menyanyikan lagu Sinaran pada konsertnya

Sheila adalah anak bongsu dalam 8 beradik. Ketinggiannya 1.5 m (4 kaki 11 inci). Dia bersekolah di Convent Goodshepherd Kindergarten, Methodist Girls Primary School dan Methodist Secondary School, kesemuanya di Kuala Lumpur, Malaysia. Dia berkahwin dengan Roslan Aziz, penerbit albumnya sebelum ini, tetapi telah berpisah. Sheila kini berkahwin dengan Hasridz Murshim Hashim Abdullah, lebih dikenali sebagai Acis, yang merupakan pemuzik. Mereka berkahwin pada 3 Jun 2003. Sheila mempunyai 2 orang anak daripada perkahwinan pertamanya dengan Roslan, Wan Nur Khaleda, 15 dan Megat Abdul Majid, 12 dan seorang daripada perkahwinan kini, Khadeja Zaireen Murshim, 1.

Muzik merupakan sebahagian dari kehidupan Sheila dan keluarganya ketika dia membesar. Nyanyian bermula sebagai satu hobi. Dia mula belajar piano pada usia empat tahun. Dia menyinar secara kebetulan, ketika menyanyi di majlis seorang rakan ketika berusia 17 tahun, dan disedari oleh seorang pengeluar muzik. Tertarik dengan apa yang didengarnya, beliau menjemput Sheila untuk satu ujibakat.

Sheila diuji bakat oleh Roslan Aziz dan telah diberikan satu kontrak pada tahun 1982. bagaimanapun, ia mengambil masa tiga tahun lagi sebelum dia menyerlah pada tahun 1985 dengan kemunculan albumnya ‘Dimensi Baru’, yang kemudiannya memenangi emas. Dengan ‘Emosi’ (Emotion), dikeluarkan setahun berikutnya, Sheila menguji pasaran Indonesian. Dia memenangi Anugerah BASF bagai Artis R&B Wanita Terbaik pada tahun 1987; yang tidak pernah sebelumnya dimenangi oleh artis bukan Indonesia. Kejayaannya di Indonesia diperkukuhkan lagi dengan konsert seluruh negara pada tahun 1988.

Berikut adalah senarai mp3 Sheila Majid yang saya miliki. Sila klik untuk dengar atau download.

    1. Antara Anyer & Jakarta
    2. Cinta Jangan Kau Pergi
    3. Dia
    4. Engkau Laksana Bulan
    5. Gerimis Semalam
    6. Hitam Putih Kehidupan
    7. Ku Mohon
    8. Lagenda
    9. Memori
    10. Pengemis Muda
    11. Sinaran
    12. Tiru Macam Saya
    13. Tua Sebelum Waktu
    14. Warna

      Semua maklumat didapati dari WIKIPEDIA. Sila rujuk laman web rasmi Sheila Majid di www.sheilamajid.com untuk keterangan lanjut.

      Lagu-lagu mp3 yang didownload hendaklah untuk tujuan penilaian sendiri sahaja, bukan untuk kegunaan awam/umum dan bukan untuk dikomersilkan. Sila beli album original artis berkenaan bagi menyokong beliau dan industri hiburan tanahair. Beli yang asli dan hapuskan cetak rompak!

      Satu Respons to “Sheila Majid, Ratu Jazz Malaysia”

      1. Safarin Says:

        Assalamualaikum..
        Saya cuma nak tau sekiranya bro. Nasron ada memiliki album Ikhlas: Artis RAP. Dalam album tuu ada sebuah lagu nyanyian Sheila Majid yang saya amat minati, “Wanita”.

        Saya sudah lama mencari album ini di merata-rata namun tidak ada, sebab album sudah lama.

        Saya harap sekiranya dapat bro. Nasron ada memiliki album ini atau ada melihat album ini dijual dimana2, sila maklumkan kepada saya.

        Terima kasih.. Wasalam..


      Tinggalkan Jawapan

      Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

      WordPress.com Logo

      Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

      Twitter picture

      Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

      Facebook photo

      Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

      Google+ photo

      Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

      Connecting to %s

      %d bloggers like this: