Jamal Abdillah, Raja Pop Malaysia


jamalrajapop.jpg

Sudah lebih 20 tahun (sejak 1979) Jamal Abdillah memperhambakan diri dalam bidang seni. Biarpun jejak beliau ada meninggalkan kontroversi, namun nama beliau tetap utuh sebagai penyanyi lelaki terbaik dan terunggul yang pernah lahir di persada seni negara. Kelunakan “vokal emas” beliau yang mampu mengalunkan pelbagai genre lagu baik balada, pop mahupun tradisional meletakkan nama beliau abadi dalam sejarah seni dan budaya tanahair buat selama-selamanya.

Nama : Jamal Ubaidillah Bin Haji Ali
Nama Komersil : Jamal Abdillah
Nama Panggilan : Amal
Tarikh Lahir : 7hb Mei 1959
Asal : Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan
Pendidikan : SPM (Sekolah Menengah Seri Perak, Teluk Intan)
Keluarga : Anak sulung dari 7 orang adik-beradik

Jamal Abdillah atau nama sebenar beliau Jamal Ubaidillah Bin Haji Ali dilahirkan pada 7hb Mei 1959. Beliau merupakan anak sulung daripada 7 orang adik beradik yang terdiri dari 5 orang adik lelaki dan 2 orang adik perempuan. Antara adik-adik beliau adalah Jamilul Hayat, Helmi Husseini, Elby Husni @ Kamal Abdillah dan Ahmad Tihami @ Hamka selain 2 orang lagi adik perempuan.

Beliau mendapat pendidikan awal sekolah rendah di negara Brunei Darussalam dan menyambung persekolahan menengah dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga di Sekolah Menengah Seri Perak, Teluk Intan, Perak. Kemudian beliau meneruskan persekolahan beliau dari tingkatan empat ke tingkatan lima di negara Brunei Darussalam sekali lagi kerana mengikut ayah beliau yang bertugas di sana. Perlu ditegaskan di sini bahawa bakat yang terdapat dalam diri beliau adalah bakat semulajadi dan beliau tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang muzik. Sebelum menyertai pertandingan Bintang RTM 1979, beliau pernah menyertai Pertandingan Bintang Kecil seluruh negara Brunei Darussalam pada tahun 1973 dan juga telah menyertai 9 pertandingan nyanyian yang kesemuanya beliau menjadi johan!

Jamal Abdillah adalah satu-satunya penyanyi solo yang paling popular di Malaysia dan setiap golongan masyarakat meminati beliau. Populariti beliau meningkat lagi apabila beliau mula mencuba bakat dalam bidang lakonan. Beliau telah diberi peluang berpasangan dengan bintang pujaan tanahair, Fauziah Ahmad Daud dalam filem ‘Azura’ keluaran Sabah Filem pada tahun 1984. Kemunculan beliau dalam filem ‘Azura’ telah berjaya memikat hati peminat-peminat dan pengkritik-pengkritik filem dengan memberi semangat yang Jamal Abdillah mempunyai potensi untuk muncul sebagai bintang filem yang ternama. Filem ‘Azura’ juga merupakan filem Melayu pertama yang berjaya memperoleh kutipan tiket mencecah RM1 juta dalam sejarah perfileman tanahair!

Lalu, dengan berbekalkan semangat, dorongan serta permintaan ramai yang inginkan beliau berlakon lagi, maka pada tahun 1989 Jamal mendapat tawaran berlakon dalam filem ‘Tuah’ keluaran RJ Film Production milik Hajjah Rosnani Jamil. Sekali lagi Jamal menunjukkan lakonan yang memuaskan serta mendapat sambutan hangat. Filem-filem lain lakonan beliau adalah ‘Sejati’ (1991), ‘Kekasih Awal Dan Akhir’ (1993), ‘Suratan Kasih’ (1996) dan ‘Ghazal Untuk Rabiah’ (1997). Semua filem lakonan beliau mencatat kutipan box-office terutamanya filem ‘Kekasih Awal Dan Akhir’ bersama Sofia Jane yang memungut RM1 juta dalam tempoh 7 hari tayangan dan RM2.1 juta selepas hampir sebulan menemui peminat filem Melayu di pawagam-pawagam seluruh tanahair, Brunei serta Singapura.

Jamal Abdillah sering menimbulkan kontroversi di arena hiburan tanahair. Setiap perkembangan beliau diikuti dengan terperinci oleh peminat-peminat beliau dan seringkali menjadi “headline” di akhbar-akhbar harian dan mingguan tanahair. Pada tahun 1985 Jamal sekali lagi mencetuskan isu hangat apabila beliau menegaskan yang beliau akan keluar WEA dan sekaligus meninggalkan Ahmad Nawab yang banyak membimbing beliau sebagai penyanyi. Ketegasan beliau bukanlah “ibarat kacang lupakan kulit” tetapi inginkan perubahan dalam muzik serta lagu demi menjamin karier beliau sebagai penyanyi. Di tengah-tengah isu Jamal Abdillah sedang hangat diperkatakan,beliau muncul dengan album seterusnya iaitu ‘Mati Hidup Semula’ setelah menyertai semula WEA.

Kelahiran album ini berjaya meletakkan nama Jamal sebagai penyanyi paling popular di Malaysia. Album tersebut menampakkan kematangan suara Jamal dan banyak terdapat perbezaan dari segi susunan muzik dan penyampaian. Pembaharuan ini telah diselaraskan oleh penerbit S Atan dengan bantuan penerbitan oleh Manan Ngah dan pencipta-pencipta yang terlibat dalam pembikinan album ini iaitu Kesuma Booty, Adnan Abu Hassan, S Shahlan, Fauzi Marzuki dan Azmi Hamzah. Jamal Abdillah juga buat pertama kalinya telah mencipta sekaligus menulis lirik untuk lagu yang dijadikan judul album ini iaitu Mati Hidup Semula. Jamal menegaskan beliau mendapat ilham untuk mencipta lagu tersebut semasa menjalani pemulihan di sebuah Pusat Serenti di Sarawak.

Cerita kat atas tu, bukan saya yang tulis. Tapi saya petik dari sebuah laman web. Huiiii panjang sangat cerita dia… kalau nak lihat lebih detail, silalah singgah ke fathil.tripod.com tapi laman web tu memang dah nampak seperti “rumah tinggal”. Saya agak mesti dah 5-6 tahun dah tak dijenguk oleh tuan punya rumah. So, sendiri mau faham la ya…

Video klip lagu Mati Hidup Semula – lagu yang dicipta semasa Jamal sedang menjalani pemulihan di sebuah pusat serenti di Sarawak.

Berikut adalah senarai mp3 Jamal Abdillah yang saya miliki. Sila klik untuk dengar atau download.

  1. Bunga Pujaan (Versi Baru)
  2. Ghazal Untuk Rabiah (Duet dengan M Nasir)
  3. Kau Lupa Janji
  4. Kekasih Awal Dan Akhir
  5. Madah Seloka
  6. Penyiksaanku
  7. Perjalananku
  8. Pilihan Hati
  9. Senandung Kasih
  10. Senandung Semalam
  11. Sendiri
  12. Seniman Menangis
  13. Sepi Seorang Perindu
  14. Takdir Penentu Segala
  15. Tangis Tak Berairmata
  16. Tidurlah Permaisuri

    Lagu-lagu mp3 yang didownload hendaklah untuk tujuan penilaian sendiri sahaja, bukan untuk kegunaan awam/umum dan bukan untuk dikomersilkan. Sila beli album original artis berkenaan bagi menyokong beliau dan industri hiburan tanahair. Beli yang asli dan hapuskan cetak rompak!

    Artikel di atas mengandungi bahan-bahan yang diperolehi dari YouTube & fathil.tripod.com.

    250 Respons to “Jamal Abdillah, Raja Pop Malaysia”

    1. ixora Says:

      Hebat encik Jamal ni.. ramai yang minat pada suara beliau yg begitu lemak berkrim dan disukai ramai. huhu

      Azuraaaa… hahaha…

      Nasron jawab;

      Betol… memang betol… tapi lagu Azura pakcik belom dapat la. nanti pakcik coba cari dan kalau pakcik jumpa akan pakcik uploadkan di sini.

      Ingat lepas ni pakcik nak buat post pasal rock kapak la pulak. lagipun stok mp3 lagu rock kapak pakcik buleh tahan banyak nih.

    2. ixora Says:

      You have been tagged by me!

      http://butterfly85.wordpress.com/2008/02/18/8-random-facts-about-me/

      sekian,terima kasih daun keladi. lain kali saya tag lagi ya? 😉

      Nasron jawab;

      Saya dah jawab tag kamu tu, ini link dia https://nasron.wordpress.com/2008/02/19/jawapan-tag/ . Selamat membaca.

    3. abang im Says:

      saya memiliki hampi semua lagu jamal sama ada dalam kaset atau cd/vcd

    4. abang im Says:

      saya memiliki hampir semua lagu jamal sama ada dalam kaset atau cd/vcd.cuma yang saya masih cari ialah lagu rayanya yang pertama sekali kalau tak silap dalam tahun1981 berbunyi/mula: “di pagi hening……gugur berlinang air mata……….”saya ingin sekali syarikat wea menerbitkan koleksi lagu jamal mengikut urutan dari yang pertama sekali selepas menjulang juara bintang rtm

      Nasron jawab;

      Wahhhh… abang ni memang peminat setia Jamal ya. Kalau sudi berkongsi dengan peminat2 Jamal yang lain, bolehlah beri kat saya lagu2 tu.

      Lagu raya yang abang cakapkan tu tiada dalam koleksi saya. Saya pun rasanya macam pernah-tak-pernah dengar jer lagu tu. Mungkin sebab jarang diputarkan di radio. Yang saya ada tu intro dia “Assalamualaikum… salam hamba hulur tanda ingatan…”

      Saya lagu2 Jamal yang lama2 jer saya minat. Yang baru-baru ni saya kureng sikit. Maklumlah, telinga saya ni agak2 “kuno” sikit. Hehehe.

      Syarikat WEA dah tukar jadi Warner Music. Biasalah bang, zaman sekarang ni memang banyak benda2 boleh bertukar. Lelaki tukaq jadi pompuan pun dah ramai sekarang. Auwwww… mak tak rela nyahhh!!!

    5. abang im Says:

      terima kasih.maaflah lambat buka blog.maklumlah sibuk.sampai dua hari tak sempat-sempat.bangun tengah malam ni teringat pula.insya Allah akan saya usahakan senarai penuh lagu-lagunya,yang saya geram,kaset album pertama jamal dengan gambar kostum bintang RTMnya dua kali kali saya beli.orang pinjam terus milik.sakiiiit hati.sementara waktu ni saya senaraikan “tajuk-tajuk album” jamal seperti berikut:
      1980 perpisahan tanpa relamu
      1981 derita cinta
      1982 hatiku luka kembali
      1983 layang-layang
      1984 sendiri
      1984 mati hidup semula
      1987 KOLEKSI ABADI (kompilasi)
      1989 sepi seorang perindu
      1990 seniman menangis
      1991 jamal
      1993 15 tahun memori bersama
      1994 penghujung rindu
      1994 seikhlas budi aidilfitri (kompilasi bersama artis lain)
      1995 suratan kasih
      1998 samrah
      2002 segala cinta
      2003 jamal raja pop
      2006 jamal raja cinta
      jamal juga ada lagu SEMALU sbg artis jemputan SAMAD bekas gitaris LEFTHANDED selain sebagai duet francisca peter lagu KEHEBATAN CINTA.saya perhatikan artispompuan yang nak berduet dgn jamal kena ada stamina bagus.contoh..lu fikir la sendiri. setakat ni yang saya nampak jamal punya duet paling banyak di malaysia.sama ada recording atau pentas.saya lagi banyak he he he…lebih 50..itu di pentas sajaalah.jgn mare…
      sdra komposer fauzi marzuki memang bijak mengambil jamal untuk menghidupkan semula lagu-lagu lama. fantastik.tahniah.
      kalau di indonesia ada eddy silitonga dan tiar ramon punya senarai lagu yang ummmp seperti lagu nyanyian jamal secara kebetulan,dulu saya sering menyanyikan lagu-lagu spt seroja,bunga pujaan,gadis melayu di pentas sebelum jamal merakankannya.kalau tak silap penyanyi asal lagu gadis melayu tu achmad albar (indonesia).maafkan saya kalau silap.oleh itu apa-apa yang silap di sini tolong betulkan.selamat berkongsi

      Nasron jawab;

      Abang ni dahsyat laaa. Banyaknya koleksi lagu2 Jamal.

      Saya pun minat juga lagu2 Eddy Silitonga dan Tiar Ramon. Saya dulu ada kaset dia, tapi dah rosak sebab selalu main kat kereta, dia rosak sendiri. Nak tulis pasal diorang, tak ada sumber pulak.

    6. abang im Says:

      oh ya.antara lirik lagu raya pertama jamal:
      di pagi hening di balik……(tak ingat)
      gugur berlinang air mata
      daku terharu terkenangkan kampung halaman
      yang kutinggalkan setahun yang lalu

      apakan daya kita terpisah di hari bahagia ini
      hasrat hatiku ingin kembali
      di pagi bahgia ini
      untuk mu sayang
      kukirimkan salam rindu
      mesra ingatan ……”

      dah tak ingat.seingat saya lagu ni
      memang tak pernah disiar lebih 10 tahun.saya pernah jmp jamal di KL januari lalu.sayang tak sempat borak.maklum saja dia kena sekuriti.saya sempat peluk dia dan bergambo kejap

      Nasron jawab;

      Abang ni memang peminat setia Jamal nampaknya. Gambor abang dengan Jamal tu kalau tak keberatan boleh tak send kepada saya, nak publish kat sini. Kalau abang nak menulis pun boleh. Nanti saya sediakan satu ruangan artikel untuk abang menulis fasal Jamal. Siapa tahu nanti Jamal sendiri tengok.

    7. abang im Says:

      itu baru judul album BUKAN senarai lagu yang ada dalam album tu.gambar saya dengan jamal tu saya tak puas hatilah saya.hari tu dia orang snap gopoh sangat.kalau tuan ke kuching jangan lupa kontek saya 0198915390. boleh kita sembang2.insya Allah saya akan ke KL lagi disember nanti

      Nasron jawab;

      Memang sah abang ni betul2 peminat Jamal Nombor 1. Tak ramai orang boleh komited macam tu.

      Saya di Pasir Gudang, Johor la bang. Saya pun dah lama sangat tak pergi KL. Maklumlah, kawan kat sana dah banyak lost contact. Memasing dah sibuk dengan urusan kehidupan masing2.

      Kalau abang turun ke JB, insya’allah kita boleh jumpa dan borak2.

    8. abang im Says:

      terima kasih tuan.sebenonye juga saya pernah join bintang rtm p ramlee.rezeki tu setakat peringkat bahagian kuching jer.ade le beberapa kerja seni saya buat:khat jawi,melukis,simen fero,silat,hakim karaoke,buat pentas,tukang rumah,taranum sikit-sikit tu boleh la,kompose nasyid untuk bebudak sekolah….seronok punya hal.dulu saya sekolah kat melaka 1976-1979 munshi abdullah.jadi dengan kesempatan ni juge saya kirim salam kat bekas pelajar munshi.mohon ampun maaf kalu2 saya pernah menyakiti hati kalian terutama bekas-bekas cikgu.
      oh ya tuan merepek saya ni.insya Allah lepas ni saya akan cuba hanto mana-mana lirik lagu jamal dalam blog tuan ni yang setakat ni saya anggap salah satu terbaik.saya ada alasan la kata begitu.syyyyy…saya tak boleh bagi tau kat sini .jumpa lagi

      Nasron jawab;

      Nampaknya Abang Im ni orangnya minat seni dan budaya. Syabas Abang Im! Zaman sekarang ni jarang orang betul2 komited terhadap seni budaya bangsa sendiri.

      Terima kasih puji blog saya ni walaupun sebenarnya pada saya blog saya ni biasa2 saja. Banyak lagi blog yang lebih berkualiti dan canggih. Namun begitu saya berazam akan terus menulis artikel tentang lagu, artis atau muzik tanahair masa lalu agar tak hilang pupus begitu saja.

      Kalau Abang Im nak tulis lirik lagu Jamal, saya SANGAT MENGALU-ALUKAN niat Abang Im itu. Saya akan sediakan halaman khas buat Abang Im.

      Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan.

    9. abang im Says:

      ahamdulillah saya dah jumpa lagu raya pertama jamal (boleh layari MUZIK NUSANTARA “lagu raya sepanjang zaman jilid 4 80an bahagian I)…terima kasih HAMLAU,terima kasih,terima kasih………..syabas tuan)
      SAMPAIKAN SALAMKU DI AIDILFITRI
      (Ahmad Nawab/Rahmat Zaki)
      begini liriknya:
      di pagi hening,di balik gema takbir syahdu
      gugur berlinang air mata
      daku terharu mengenangkan kampung halaman
      yang kutinggalkan semusim yang lalu
      korus:
      hasrat hatiku ingin kembali ke pangkuanmu oh sayang
      apakan daya kita terpisah di hari bahgia ini
      untukmu sayang kukirimkan salam rindu
      mesra ingatan kasih suci
      muzik……..ulang korus/fade

    10. matnoq Says:

      Kalau tak silap lagu raya yang abang im cari tu ada kat Pujaan hassny ..saya pernah dengar.
      tapi nasib lah kalau cikgu hassny dah delete.

    11. abang im Says:

      minggu ni saya cukup sibuk.macam-macam hajat kekawan yang harus saya penuhi di samping tugas rasmi.belum sempat tulis lagi senarai penuh lagu atau lirik-lirik lagu jamal.moga saya ada kesempatan nanti lah ya….

    12. abang im Says:

      1980 judul album:PERPISAHAN TANPA RELAMU
      senarai lagu
      1 perpisahan tanpa relamu
      2 nasib diriku
      3 cinta dan tangis *
      4 lancang kuning **
      5 senandung kasih
      6 malam mesra
      7 juliana
      8 mekar sekuntum mengharum tidak
      9 cenderawasih ***
      10 keluhan perantau

      *asal eddy silitonga (secara kebetulan saya sering nyanyi lagu ini sebelum jamal merakamnya)
      **sebelum ini eddy silitonga
      ***sebelum ini a. halim/halim yatim/????kalau tak silap ada seorang penanyi wanita suara mirip momo latip
      ………..sayapun rasa aneh juga.lagu-lagu eddy silitonga dan achmad albar yang sering saya nyanyi di pentas (live band) rupa-rupanya diminati juga oleh jamal.maknanya saya selalu nyanyi lagu-lagu itu sebelum jamal merakamnya.contoh:
      cinta dan tangis (eddy silitonga)
      lancang kuning (eddy silitonga)
      seroja (s effendi)
      gadis melayu (achmad albar)

      harap-harap lepas ni jamal diberi peluang rakam lagu-lagu klasik lain agar irama klasik itu terus segar.harap-harap komposer cuba BENTUK/ALAT MUZIK ASAL.saya berani kata,dengan bongo dan gitar hollow saja kalau jamal nyanyi lagu “menimbang rasa”(asal oslan hussein),berdiri bulu roma….komposer fauzi marzuki…come on do it

    13. matnoq Says:

      Bang Im lagu “Bahtera Laju” ada tak?

    14. aji Says:

      Assalamualaikum buat Tn Empunya Blog,

      Seronok rasanya dpt tgk blog pasal bro Jamal nie…
      saya pun minat nya suara nyanyian dia…
      dia ade kelasnya tersendiri…

      Ade tak dlm simpanan video beliau semasa menjuarai Bintang RTM 1979 tu…nak tgk la…

    15. abang im Says:

      salamu alaikum/salam …..waduh!Lama rasanya tak menjengok bloh nih.Maklum laaa sibuuuuknya saya.
      Video jamal juara bintang rtm 1979 tu payahla kita nak dapat.lagu-lagu yang dia nyanyi:lancang kuning,janjimu(lagu kathy ibrahim)…..final SENANDUNG SEMALAM/GEMBIRA DI HARI LAHIRMU kedua-duanya lagu ALLEYCATS….uniknya manusia JAMAL ni.sampai lagu tu meletup.

    16. Lanmamat Says:

      Assalam……..,
      Saya sebetulnya suatu ketika dulu pernah bekerja dengan Warner Music. Dan saya juga pernah ‘menjaga’ Jamal Abdillah. Sering juga temani Jamal buat show di seluruh pelosok tanahair. Heheheheee……..sekarang dah bersara dari Warner Music. Cuma sekarang ini, saya lebih banyak melibatkan diri dalam hal-hal ‘muhasabah diri’. Banyak pengalaman pahit maung bersama Jamal Abdillah nih…….saya juga bercadang nak tulis sebuah buku tentang pengalaman saya terlibat dengan dunia hiburan ni. Pengalaman ini sedikit sebanyak saya catatkan secara ringkas di laman web saya: http://lanmamat.blogspot.com

    17. mustika Says:

      jamal abdillah pernah rakam lagu khas ciptaan Ahmad Nawab dan liriknya ditulis oleh YM Sultan Pahang.

      dah lama aku dilanda duka
      menangis hatiku di kala senja
      terbelai hati menangis tiada lagi
      oh sayang hanya dikau

    18. jamilah Says:

      Aslkm,
      Nape a.Jamal best sangat suara dia ek. Saya minat da dekat 24 tahun..sejak kenal suara dia melalui kaset cerita Azura..mmmmm. tak jumpa lagi suara yg hebat. tak de ke sesapa nak bawa a.jamal ke luar negara. nak sgt org luar tahu ada seorg lelaki yg suaranya sgt hebat dr Malaysia.
      cth: Julio iglesias pun bkn nyanyi in English. tp kerana suara dia hebat, org kenal. nak juga a.jamal mcm tu.
      a.Jamal sgt layak.
      At last haritu sy dpt bergambar dgn a.jamal kerana undangan nyanyian amal di SK Taman Desa 1, Bdr Country Homes Rawang.
      Happy…

    19. Zahar Says:

      Saya dari Brunei Darussalam.. Jamal Abdillah memang best.. Suara dia memang mantap dari dulu lagi.. Saya teringin sanagta nak mendengar lagu baru Jamal, siapa-siapa tahu bila album baru Jamal akan keluar ye?..

    20. Lagenda Says:

      Assalamualaikum….Nak Tanya Lah….Sape Ade Lagu Raya Jamal Tajuknyer….Salam Aidilfitri…???

    21. jasni Says:

      salam semua,
      saya juga peminat jamal.
      ada la koleksi2 vcd konsert istana budaya, konsert orkestra pwtc, vcd karaoke, dan beberapa keping cd audio,
      cuma terkilan kat mana nak dapat konsert yang dalam rtm. spt zoom in jamal, konsert raya ngan misya omar, konsert ama kasih, . nak beli utk dengar, gua hari2 dgr lagu jamal je,
      masuk keta cd jamal, balik umah vcd konsert jamal,
      ok chow.

    22. abang im Says:

      salam semua untuk para peminat jamal.dah lama saya berehat dari blog ini.banyak keje…..dulu saya pernah berkata secara spontan kepada kekawan (tatkala muncul album pertama datuk siti kita……) saya kata ketika itu: u tengok nanti,penyanyi ni bakal boom…..terbukti !kan.Sekarang pula saya nak kata JAMAL IALAH LEGENDA POP MALAYSIA.tentu lebih mudah kalau setiap negeri ada kelab PEMINAT JAMAL.boleh buat koleksi lagu-lagu beliau.boleh lepak bersama beliau dan sebagainya

    23. jimi Says:

      abang im & nasron.
      samalah citarasa korang dgn saya…rasanya saya ada lagu
      pertama hariraya yg dmaksudkan tu.
      tajuknya..’sampaikan salamku d aidilfitri’
      lirik dia canni..
      ”dipagi hening..dibalik gema takbir syahdu..
      gugur berlinang airmata..daku terharu..mengenangkan kampung halamann…yg kutinggalkan semusim yg lalu..
      hasrat hatiku ingin kembali kepangkuanmu oh kasih..
      apakan daya kita terpisah d hari bahgia inii…utk mu sayang..kukirimkan salam rindu..mesra ingatan kasih suci..
      (lagu ni mmg best !) saya dgr lagu2 jamal ni sejak sekolah rendah lg sampai la ni umur dah 36 tahun dah 3 orang anak.saya respect suara dia.masa muda dulu dialah ikon dress up saya. semua kalau boleh nak tiru cara pemakaian
      dia..cool mcm dia dan mcm2 lagilah! apapun jamal ‘the BEST”belum jumpa lagi la penyanyi yg dpt tandingi suara macho dia tu…

    24. jimi Says:

      ELOK JUGA KALAU KITA BOLEH TUBUH KAN JAMAL FAN-CLUB.
      AMACAM….BILA DAH DUDUK RAMAI2 BARU DAPAT BYK IDEA.

    25. silat rancak Says:

      konsert istana budaya dah beli….tapi konsert amal gan saleem tak jual ke?bila nak klua album baru?

    26. Nasron al-Jauhari Says:

      @ jimi
      – cadangan awak sungguh bagus. tapi siapa yang nak handle?

      @ silat rancak
      – entahlah, saya pun tak tahu. lagi pun sekarang tengah demam lagu2 dari indon.

      @ abang im
      – saya rasa awaklah yg paling layak melaksanakan cadangan jimi tu.

    27. jimi Says:

      saya pn rasa abg im lah yg paling layak handle club jamal
      kalau jd dtubuhkan. dh ramai nnti bole kita panggil brader jamal tu lepak santai ngan kitaorang. amcm! chanteek x?
      dan..bole kt atur activiti…x rugi kan ramai kenalan.

    28. Nasron al-Jauhari Says:

      @ jimi
      – semoga abang im cepat respon.

    29. abang im Says:

      salam semua.maaf laa lambat respon….banyak urusan nak dibereskan.ni yang aku bingung ni…kat kuching ni saje dah banyak permintaan kat aku…ai “macam2 ada” aku ni. syukurlaa tuhan bagi aku banyak kebolehan.
      suara JAMAL mula-mula memang baguih.suara dia sekarang MATANG…hehehe…
      sebenonye…setiap daerah boleh buat FAN CLUB ….dari daerah bergabung ke negeri….kalu nak kira usaha awal tu boleh la…ingin jugak nak jumpa engko rang.mungkin disember ni aku ke KL….KENANGAN MANIS…aku peluk brader JAMAL di PWTC hujung februari 2008…aku sempat bisik kat dia…MAL…aku sayangkan kamu…sayangnya gambo kami tak berape sharp.kalu boleh jimi kontek saya…jeng3…tengok semula emel terawal dari saya…

    30. ABANG IM Says:

      fathil tripod.com,di mana anda? persembahan anda memang istimewa.seharusnya diteruskan

    31. Nasron al-Jauhari Says:

      @ ABANG IM / abang im
      – dia dah pencen dari internet kot? atau sibuk dengan kerja / kehidupan sehari-hari.
      – abang im scan ler gambor tu, letak di blog ini. 😀

    32. ABANG IM Says:

      salam..boleh tau sapa online?boleh kongsi idea…

    33. ABANG IM Says:

      untuk kali kedua saya kalungkan tahniah dan syabas untuk sdra nasron.blog anda dilawati 104 000 ++ pengunjung. saya katakan blog anda istimewa kerana kita boleh bual banyak hal selain seni lagu…kalau boleh kita minta sdra2 kita dari seberang selat melaka kongsi lagu-lagu klasik ..misalnya lagu arwah s.effendi banyak bagus bung/neng/mbakyu…sama hal eddy silitonga,tiar ramon…kalau enGgak salah suatu masa doeloe saya pernah terdengar sdra komposer fauzi berhasrat untuk “arrange” lagu2 klasik indonesia untuk JAMAL.apa macam?….. JAMAL dah rakam semula lagu klasik indonesia seperti di bawah;BAGUS,KAN?
      >SEROJA (asal S EEFENDI)
      >GADIS MELAYU (asl ACHMAD ALBAR bukan OTHMN HAMZAH)
      >BUNGA PUJAAN (EDDY SILITONGA)
      …dsb
      di sini cuma ada dijual 3 keping vcd eddy silitong
      2 keping vcd s effendi

    34. Nasron al-Jauhari Says:

      @ ABANG IM

      – terima kasih kerana memberi sokongan kepada saya untuk terus mengendalikan blog ini.
      – saya pun minat lagu2 lama/evergreen dari indonesia.
      – saya pun minat kepada suara macho s effendi, bing slamet dan beberapa penyanyi lama lain baik dari indonesia atau singapura.
      – saya ada juga lagu2 jawa band koes plus dari indonesia.
      – saya pun minat tiar ramon walau tak begitu mengenali beliau. lagunya ‘babega kambang” seperti sering teringat2.
      – penyanyi asal gadis melayu memang bukan othman hamzah. tapi othman hamzah telah berjaya membuatkan lagu itu phenomenon.
      – kalau abang im dekat sini, bolehlah saya “rip”kan cd/vcd/dvd koleksi abang im untuk dibuat mp3 agar dapat dikongsi dengan peminat2 yg lain. maklum, sekarang khazanah2 tersebut payah nak jumpa.
      – terima kasih kepada abang im kerana memberikan sokongan yang berterusan.

    35. jimi Says:

      hai abg im.
      nk tau lah. abg im ni bermastautin d mana yerk?
      contact abg im? tp camner abg im.
      saya ddk d B.B Bangi.(kajang).

    36. ABANG IM Says:

      saya di kuching srwk.dulu 1976-1979 saya sekolah kat munshi abdullah melaka.mula kelas 4 SAINS C… (hai kekawan di melaka).salam hormat dan kasih untuk kalian dan bekas guru di sana…
      >jimi,..u baca dari atas…selepas SENARAI penuh ALBUM…. di bawahnya ada no hp saya….slider dah di tengah2…aaa..tu dia

    37. Maizatulakmar binti Hamzah Says:

      Salam,buat pertama kali saya membuka ruangan yang saya amat tunggu-tunggu.Saya juga peminat Jamal.Peminat Fanatik.Dari Sekolah Menengah hingga kini. Tapi sukakan suaranya yang dulu.Sayang bakat yang Allah anugerahkan terhakis oleh kesilapan silam.

    38. ABANG IM Says:

      salam buat maizatul.sebagai insan doa terbaik kita mohon jauhkan sesuatu yang menghancurkan kita.orang yang suka mencaci orang lain yang silap,orang itu akan menjadi sasaran setan,,,,panjang crta ni…gali..dan lu pikir la sendiri

    39. ABANG IM Says:

      salam..kalu u suka,ambik masa sikit xplore tentang VOKAL.Baik vokal orang baca quran ataupun nyanyian biasa ni. u akan faham bahawa vokal akan berubah dalam fasa masa tertentu.ada masa “peaknya”.
      Saya pun pernah kata,saya suka suara jamal yang dulu tapi sekarang saya kata,suara jamal kini MATANG. TONE vokalnya memang “aura”.cuma terkini rezekinya nusantara saja…tak taulah MIRACLE dalam beberapa masa terdekat…INTERNATIONAL. Allah saja yang TAHU.
      Bagi saya pakej vokal JAMAL CAN GO INTERNATIONAL. U tengok sajalah mereka yang sudah sampai ke tahap WORLD seperti ANITA SARAWAK, AISHAH, DATO’SHAKE…dsb.Itulah saya kata xplore laa hal vokal sikit sebanyak.jmp lagi..Nak mahir dan matang bukan pendek masanya..

    40. Nasron al-Jauhari Says:

      sebenarnya saya lebih sukakan lagu2 jamal yg dulu2. sebabnya apa? sebab disamping melodinya yg simple tapi menarik, ia boleh mengenang masa lalu saya. hehehe.

      sebab dulu keluarga saya memang orang susah – radio, tv, surat khabar kitorang tak mampu beli. dengar lagu2 pun dari rumah jiran. dia suka pasang radio kuat2. tapi kitorang tak marah, malah suka, sebab kita tak mampu beli radio. so, boleh tumpang sekaki mendengar secara percuma. jadi perkembangan lain2 saya waktu tu memang tak tahu. cuma pada tahun2 80an dengar khabar jamal “masuk sekolah”.

      tapi itu cerita lama. itu hal peribadi dia. perkara dah jadi tak boleh gostan. mengikut perkembangan di akhbar bulan ini, katanya jamal tinggal di rumah pengasih kerana hendak menjalani kehidupan yang sihat dan betul. alhamdulillah. memang kesan dari “racun” tu memang payah nak hilang 100%. harus menjalani tempoh rawatan dan terapi yang panjang dan berterusan. at least, dia dah sedar dan mempunyai azam yang kuat untuk hidup dengan cara yang betul dan diredhai allah. semoga jamal berjaya dalam mengharungi liku2 hidupnya pada masa mendatang.

    41. jimi Says:

      SALAM…
      Nak celah sikit.
      apapun kalau kt mahu jamal terus menghiburkan kt semua.
      sama2 lah kita doakan agar cita2nya utk merubah diri terlaksana..tnpa kelibat suara jamal mungkin dan pastinya
      dunia hiburan kita ternyata sunyi dan suram.
      Buat brader Jamal….ayuh! kami ttp teguh dbelakang mu andai kamu bersungguh dalam cita2 mu.
      Lagi satu saya amat kagum dgn keikhlasannya memperjelaskan apa yang d laluinya walaupun walaupun ternyata ianya amat pahit utk d luahkan…Syabass Jamal!

    42. Nasron al-Jauhari Says:

      ya benar… semoga sekarang dan akan datang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang!

    43. ABANG IM Says:

      KEBANYAKAN MANUSIA NI TAK MAU @ TAKUT @ MALU MENGAKU KESILAPAN DAN KELEMAHANNYA….LEBIH RAMAI YANG SUKA ANGKAT BAKUL SENDIRI @ RIYAK.
      NAK BUAT IBADAH PUN RIYAK JUGA?…HEH HEH HEH…LU PIKIR SENDIRI

    44. Nasron al-Jauhari Says:

      betol abang im, saya setuju!

      mmm… abang im ada stok lagu jamal lagi tak? koleksi saya sikit la. kalau tak keberatan, saya harap abang im sudi berkongsi dengan saya dan kawan2 peminat jamal.

      sekarang lagu2 beliau tak banyak beredar di pasaran (lagu2 lama). agar tak hilang begitu saja ditelan zaman, jom kita popularkan balik!

      bagaimana? setuju?

    45. milee Says:

      citer pon xguna…mana link download lagu 2 jamal tu semua…

    46. datok harimau Says:

      tu link kat atas tu kan ada… ni mesti tak baca abis… kuang kuang kuang…

    47. ABANG IM Says:

      respon buat nasron…no problem.akan saya usahakan.
      Bulan lepas member dari thailand minta complete… fuyoooo.. dia ni memang fanatik jamal.sanggup tumbok sesiapa yang hina jamal…rupa2nya ramai juga fan jamal dari thailand

    48. jimi Says:

      wa..kira WORLD juga la brader jamal ni..
      Tp saya rasa kalau jamal duduk kat US setanding @ sebaris ngan Michael Bolton kut..

    49. ABANG IM Says:

      salam…saya faham kekawan x sabau ..saya tengah usaha nak download lgu-lagu jamal yang “rare” untuk share bersama..jangan buat business sudah..

    50. abang im Says:

      6.12.2008 saya terkeju dan terharu ..tak di sangka-sangka MAWI jemput saya duet di dewan suarah kota samarahan majlis jejak jaya DCL…..TERIMA KASIH MAWI…apa macam boleh feat lagi? harap2 lepas ni duet dengan ramli sarip (syair laila majnun)….27.12.08 di stadium melawati

    51. abang im Says:

      @ kalaulah ada geng kat rtm…agak2 leh mntak share video jamal bintang rtm 1979.masa final jamal nyanyi lagu wajib “senandung semalam” dan lagu kedua”gembira di hari lahirmu”kedua-duanya album alleycats.di pusingan awal jamal nyanyi lagu “janjimu”(album kathy ibrahim)
      kalau x silap yang naib juara tu cikgu lenny lim mui lan kalah 1 mata.hebat tu..yang no 3 tak ingat weh.
      @rancangan mngguan jamal prnah nyanyi “kembalilah” versi melayu + tamil…wau.dalam rancangan tu jg dia nyanyi lagu DEEP PURPLE..ROCK STEADY..FUYOOO DASYAAAAT sambil petik gitar rockkk.AMACAM KITA PI RAMAI2 MNTK RTM ULANG SIARAN
      @pernah juga seorang penyanyi hongkong nyanyi di tv rtm1,pinjam melodi lagu jamal “bersama malam yaaaang sepiiii…”tapi versi hokien laa.

    52. Nasron al-Jauhari Says:

      @ milee – awak download dengan cara klik link pada tajuk lagu kat list tu.

      @ datok harimau – betul, betul, betul!

      @ jimi – ya begitulah… mesti optimis, bersemangat dan memandang ke depan. jangan pandang belakang… ada momok… hahaha.

      @ abang im / ABANG IM
      – wahhhhh… dahsyat la abang im, tahniah dapat berduet dgn mawi dan ramli sarip… mesti gegar kota semarahan! bukan calang2 orang tau yang dapat peluang nyanyi bersama artis2 terkenal! tahniah!
      – terima kasih terlebih dahulu saya ucapkan atas kesudian abang im berkongsi koleksi lagu2 jamal. cayalah bro! mudah-mudahan satu hari nanti kita boleh bertemu muka! thanks bro!
      – saya tengah cuba2 tengok2 kalau ada video klip jamal kat youtube. siapa tahu berjumpada dengan rakaman tahun 1979 tu.

    53. jimi Says:

      abang im..
      bukan momok!tapi Gondoruo!! la…

    54. jimi Says:

      eh! silap send lak!
      nak send kat brader Nasron ter-send kat brader im plak!
      brader nasron tau tak Gondoruo tu!!

    55. abang im Says:

      terima kasih jimi dan maaf la..saya x dapat online selama dua minggu…da laa problem.memang harap2 suatu masa nanti kita bisa ketemu dan berkaraoke sama2.bulan disember lepas saya x dapat ke KL…DEMAM kaki pula sakit kena hempap kayu….adios..jumpa lagi.

    56. Syahmad Says:

      Assalamu’alaikum Nasron n peminat Jamal semua
      saya pun baru terbuka laman ni.. tak sangka ramai juga peminat setia Jamal. Saya pun peminat beliau semenjak awal 1980-1n lagi. Lagu pertama yang saya mula kenal Jamal ialah Tidirlah Permaisuri yang pernah ditayangkan di tv pada masatu. dari situlah saya mula meminatinya. bila dah bekerja baru lah saya ada keinginan nak kumpul semua album beliau dan filem lakonan beliau. Akhirnya usaha saya tercapai jua. semua album yang disenaraikan oleh abag im tu say dah ada termasuk semua VCD filem beliau dan konsert-konsert live beliau (terbari bersam Salem) sekarang tengah tunggu album baru beliau yang khabarnya kan keluar hujung bulan ni. Tapi say masih terkilan kerana sebenarnya ada beberapa lagu lagi nyanyian beliau yang belum lagi saya ditemui di mana-mana. Lagu-lagu ni di cipta khas dan tidak dimuatkan dalm mana-mana album beliau. Saya masih ingat Lagu Simfoni Sepi ciptaan Ahmad Nawab yang liriknya kalau tak silap ditulis oleh DYMM Sultan Pahang pernah berkumandang dicorancorang radio. Lagu ni dicipta sebelum munculnya Album Penghujung Rindu. Ahmad Nawab juga pernah mencipta Lagu Berjudul Raja Berjiwa Rakyat tetapi say belum pernah mendengarnya. Begitu juga lagu berjodul Kau Lah Bintang yang dicipta khas untuk Anugerah Bintang Popular di awal-awal penganjurannya. Harap sape-sape yang ada lagu-lagu tu tolong email saya ye. Rasanya dah terlalu panjang ni. lain kalilah saya kongsi dengan u all semua. sekian wassalam wbt…

    57. abang im Says:

      syabas buat syahmad…aaa macam tulaaa fan sejati jamal.awak tinggal kat mana aaa? mana tau kalau–\kalau kita ada pluang jmp dan borak2 sambil pekena kopi ka…agaknya pihak media x teringat siar lagu-lagu tu..kalau ada sape2 yang rapat dgn komposer tu boleh la mntk dia rakam…

    58. jimi Says:

      Fullamak! bro..(syahmad).
      salute la dgn pengetahuan bro tentang jamal..
      rupa2nya banyak lg yg saya x tau tentang brader jamal ni…
      (ontah2 brader jamal menyamar ni kut….hahaha!)

    59. jimi Says:

      @Abg Nasron Al-jauhari,
      nampak gaya blog abg Nasron tentang kemasyhuran jamal abdillah ni dah mantap! dgn adanya tag-team abg im & muka baru brader Syahmad.Rasa2nya abih semua rahsia2
      yg x d ketahui umum tntng kerjaya seninya terurai!
      (harap2 composer2 yg berkenaan andai terlayar laman web ni..apalagi! (a$et ni!))

    60. Syahmad Says:

      Salam Maal Hijrah n Tahun Baru
      Tak de lah jimi.. tapi memang saya menyamar pun… menyamar jadi Jamal Abdillah. Memang saya banyak tahu tentang Jamal. Tapi disebalik itu mungkin ada lagi yang jauh lebih tahu tentang Jamal. Contohnya Datuk Ahmad Nawab dan Keluarga dia sendiri.. Saya ni sebenarnya sibuk sikit. kurang masa untuk buka laman web ni.. Tapi ari ni saya buka. tak sangka pulak ada respon.. TQ

      harapan saya.. same-same lah kita berdoa agar beliau tabah menghadapi dugaan terutamanya masalh ketagihanya itu.. Saya tahu memang susah nak tinggal sesuatu yang kita dah terbiasa. Samalah hal nye orang yang suka merokok, shoping, melepak, berbual kosong dan sebagainya. Harap kita sendiri sahaja tanpa ada bantuan dan sokongan orang lain memang sukar.. Sebab itu saya tak marah sangat malahan sedih dan simpati tiap kali dia kembali ke arah itu. Saya tahu dia memang nak bebas tapi masih belum berjaya sepenuhnya. Sekarang ni beliau kelihatan lebih bersemangat kerana adanya bantuan dari Pengasih, sokongan dari orang-roang kenamaan, ahli-ahli korporat dan beberpa rakan artis beliau.

      Emm.. takpelah kita lupakanlah hal itu. Berbalik kepada Lagu Jamal . Tak de sesiapa yang melayari laman ni yang tahu tentang 3 lagu yang saya nyatakan itu. Saya ada juga sebuah lagu khas nyanyian Jamal yang tiada dalam Album Solo atau kompilasi beliau iaitu Semalu. Best juga lagu dia walaupun agak simple dan ada juga saya cuba dalam karoeke. Lagu raya beliau semua ada 5 buah. Lagu-lagu khas yang lain boleh didapati dalam album kompilasi atau karoeke beliau seperti ‘Kehebatan Cinta, Penawar Kasih, Sandar Pada Kenangan, Azura, Aku, Terharu, Syair Laila Majnun, dan beberapa buah lagu lagi…

      Sekian dimaklumkan

      jumpa lagi

      Assalamu’alaikum wbt n Salam sejahtera 🙂

    61. Syahmad Says:

      Assalamu’alaikum Mustika..
      baca punya baca senarai komen tu baru terperasan sedara / sedari (jangan marah ye..!) Mustika tahu tentang lagu Simfoni Sepi tu. Nak tanya ade ke lagunya.. kalau ada boleh ke rakam untuk saya dalam tape kosong atau ade cara lain untuk saya daptkannya..

      sekian.. terima kasih

      wassalam …

    62. abang im Says:

      salam sialturahmi semua…kalau anda ada kaset pertama SAMAD (bekas gitaris LEFTHANDED),di situlah lagu SEMALU jamal sebagai artis undangan.
      Lagu PENAWAR KASIH kalau tak silap di promosi bersama lagu SURATAN KASIH dalam satu cd..sedangkan SURATANKASIH ada album khas.
      Lagu AKU ada dua;satu yang ada dialog dan keduanya dalam trek filem AZURA.
      Penyanyi duet Jamal ni ramailaa…
      1 Sharifah Aini TV…………….DIMANA SUARA BURUNG KENARI
      2 Fauziah Latif TV
      3 Ogy ………….SANDARKAN PADA KENANGAN
      4 Siti Sarah…..SANDARKAN PADA KENANGAN
      5 Asma (klau salah maaf ye)..AF
      6 TanSri SM Salim dan Siso ..lagu ZAMAN
      7 M Nasir
      8 Amy Search
      9 Ramli Sarip…………….sape lagi aaa? termasuk beberapa penyanyi nasyid.
      Dengar2 ELIZABETH (kakak penyanyi Gingerbread) begitu ingin nak duet dengan JAMAL..suara Elizabeth 80an sedap juga..special vibratto.Entah mana peginya dia.
      Bguslaa Jamal duduk kat Pengasih.Klau di luar tu confirm susah nak pulih pasal ada org dengki kat dia dan pasang perangkap….risiko tu.

    63. jimi-whiteSnake Says:

      tersentuh hati bila lihat kanak2 mangsa zionist di palestine.
      kalau la aku boleh jadi ultraman..aku fire puak2 yahudi laknatullah tu…

    64. joe black Says:

      saye baru jumpe laman ni..tak sangka ramai juga peminat jamal..saye pun meminati jamal..kemerduan suara jamal tiada bandingan..kepada lagende saye ade lirik lagu jamal salam aidilfitri..kalau u nak lirik dia nanti saye boleh bagi.. kepada saudara jimi saye sokong idea abang untuk buat jamal fan club..salam perkenalan dari saye kepada semua peminat jamal..0172381831 ni fon number saye..sms je saye jika anda mempunyai sebarang maklumat tentang jamal..jamal tetap di hati forever and ever.

    65. Syahmad Says:

      Assalamu’alaikum semua…
      terutamanya kepada Abag im, jimi and joe black serta brother Nasron kita..

      tak lupa kepada mereka yang pernah menjengok laman ni seperti ixora, matnoq, aji, lanmamat, mustika, jamilah, zahar, lagenda, jasni, silat rancak, milee dan datuk harimau.. salam sejhatera semua..

      bersamalah kita do

    66. Syahmad Says:

      Assalamu’alaikum semua…
      terutamanya kepada Abag im, jimi and joe black serta brother Nasron kita..

      tak lupa kepada mereka yang pernah menjengok laman ni seperti ixora, matnoq, aji, lanmamat, mustika, jamilah, zahar, lagenda, jasni, silat rancak, milee dan datuk harimau.. salam sejhatera semua..

      bersamalah kita doakan keselamatan dan kebahagian Abang Jamal kita.. Tak meriah rasanya dunia hiburan kita tanpa kelibat (suara) beliau di corang-corang radio negara kita. Rata-rata lagu-lagu masa kini kurang menyerlah atau biasa-biasa sahaja. Bukan sebab lagunya tak bagus tapi penyanyinya yang kurang mantap dari segi vokal. Sehingga kini Jamal Abdillah masih lagi merupakan penyanyi yang mempunyai suara yang paling memukau di Malaysia dan tidak keterlaluan dikatakan beliau adalah di antara penyanyi terbaik didunia sepanjang zaman. Barang kali di luar sana ada juga penyanyi yang bersuara hebat (merdu) terutamanya dari negara-negara arab atau hindustan seperti Mohd Rafiee (penyanyi lagenda hindustan) suatu ketika dulu. Tidak kurang hebatnya legenda kita mendiang Tan Sri P.Ramlee. Tapi beberapa kelebihan Jamal Abdillah yang tiada pada kebanyakan penyanyi lain (selain kemerduan dan kelunakan suaranya) ialah beliau mampu mengalunkan lagu dari nada rendah (garau) sehingalah nada setinggi mungkin bagaikan sedang mengaji. terpesona dibuatnye.. SubhanALLAH .. setiap susunan melodi suaranya dikawal-adun dengan begitu indah sekali. Kemampuan membawa pelbagai rentak lagu dan melodi silam dengan amat membanggakan. Dengar sahaja beberapa alunan suara beliau seperti dalam lagu seperti Lancang Kuning(1980), Bahtera laju (1981), Hatiku Luka Kembali(1982), Titisan Hujan(1983), Di Sebalik Tabir Cintamu dan Alina (1984), Mati Hidup Semula (1985/86), Cinta Selayang Pandang (1987/88), Simfoni Sepi(1988), Ku Tahu Hatimu Terluka (1989), Jalan Ku Lalui (1990),Takdir Penentu Segala (1991), Bunga Pujaan (1993), Dian (1994), Ghazal Untuk Rabiah (1995), Ghazal Asmara (1998), Batinku Berlagu Pilu(2002), Azura (2003), Seroja(200?) dan banyak lagi (sekadar mengambil satu lagu dari setiap album beliau). Tapi malangnya beliau jarang memenangi anugerah vokal terbaik walaupun sering dicalunkan ke peringkat akhir. Bagi saya beliaulah yang selayaknya dinobatkan penyanyi terbaik dan paling popular di Malaysia (tanpa menilai episod hitam beliau). Harap-harap Jamal dabat bimbing Mawi menjadi sepertinya kerana Mawi ada tone suara yang baik cuma kawalan suaranya masih belum mantap..

      Bagi saya Jamal tetap Juara ..

      Syabas Jamal dan semua peminat setia beliau..

      Bye wassalam wbt…

    67. abang im Says:

      salam semuanya….saya setuju dengan syahmad.Jamal the best…..saya suka TONE VOCAL untuk jamal.Tak caya?
      Dia ni kalau di minta nyanyi lagu orang lain…alahai..memukau.
      Cuba minta orang lain nyanyi lagu dia!..

    68. abang im Says:

      pembetulan…..saya suka gunakan perkataan WORLD BEST MELODIC AND TONE VOCAL untuk Jamal

    69. jimi Says:

      Tengok brader jamal kat malam anugerah juara lagu.
      badan makin berisi dan persembahan nampak relax & comfident. (perkembangan positif tu..).
      saya rasa cita2 nya kali ini untuk pulih sepenuhnya benar2 berhasil..(mudah2an).

    70. Syahmad Says:

      Assalamu’alaikum semua

      Sayapun tak sangka Jamal akan buat persembahan semasa juara lagu baru-baru ni. Tapi sayang cuma beberapa rangkap laguje yang dia nyanyi.. Apapun shyabas untuk beliau dengan persembahan yang bertenaga.. Saya da terbaca di akhbar semalam Album terbaru beliau mungkin keluar lewat sikit.. dalam bulan Jun gitu… tengah kumpul lagu lagi.. katanya.. Takpelah kita layan dulu lagu-lagu lama beliau. Saya radio-radio ni cukup jarang dengar.. kalau terdengar ada lagu ke udara di radio lebih-lebih lagi lagu baru beliau, baru saya buka radio.. Dulu dalam tahun 80-an lagu-lagu beliau banyak yang meletup dan banyak juga yang menjuarai progran LPMI (Lagu Popular Minggu Ini). Tapi saya tak ingat semua lagu yang pernah jadi juara tu. Kalau tak silap lagu Sendiri (1984) pernah jadi juara. Dalam album ini juga bayak lagu popular lain yang masuk carta seperti Kau Lupa Janji dan andainya Aku Jutawan.. boleh dikatakan semua lagu dalam lagu ini killer song.. cukup mengasikkan.. Bagi saya album ini (Sendiri) adalah antara album terbaik Jamal.

      Cuti tahun baru ni mungkin semua balik bercuti.. saya pun nak balik juga.. so mungkin lama lagi nak buka laman web ini.. Kalau ada apa-apa boleh email saya safaz5771@yahoo.com.my

      sekian wassalam wbt… 😉

    71. abang im Says:

      jamal…..setiap albumnya yang terbit,sukar untuk mengatakan mana satu lagunya yang tak bagus.Begitulah uniknya insan ini.Saya masih ingat akan komen beberapa personalia seni tentang jamal antaranya:
      @Arwah Siput Sarawak:Saya lebih meminati Jamal daripada Broery (waktu itu mendiang broery menantunya)….majalah Varia Pop
      @Mendiang Boery:..memberi komen vokal penyanyi lelaki malaysia yang unggul,jamal abdillah (di indonesia Boery meminati Eddy Silitonga)
      @Sharifah Aini :awal-awal meramal jamal juara bintang rtm
      @datuk Ahmad Nawab:jamal no 1
      …bagi saya pula Sh aini penyanyi wanita no 1 malaysia

    72. abang im Says:

      salam…..disember 2008 saya sempat berduet dengan mawi.(selamat berbahagia wahai mawi dan ekin)
      harap2 mei nanti saya berkesempatan duet lak dengan jamal…di kuching

    73. joe black Says:

      askum….saye harap semua peminat jamal abdillah sihat hendaknye..kpd syahmad saye harap awak selamat semase perjalanan pulang ke kampung nanti…hati2 di jalan raye..saye rase terhibur sangat mase jamal menyanyi time juare lagu baru2 ni..terubat semua rindu saye bile dapat tengok muke jamal and dengar jamal menyanyi malam tu.. memang nampak perubahan dengan diri jamal..saye harap perubahan jamal akan berkekalan utk selamenye….ok kepada semua peminat jamal seye doakan supaya anda semua sihat selalu..kpd jamal u are the best…jamal titap dihati utk selamanye…..ok askum semua…….

    74. jimi-whiteSnake Says:

      agak concert m.nasir kat istana budaya akan datang ni ada jemput jamal x ? sbg pnyanyi undangan..

    75. Syahmad Says:

      Assalamu’alikum semua.. lama x jumpa..

      jimi-white.. ! setahu saya M.Nasir x cadang nak ajak sesiapa pada konsert tu.. tapi x taula takut ada suprise last minute… Apapun saya percaya Jamal akan muncul juga dengan album-album baru serta konsert-konsert baru suatu hari nanti..

      Yang bestnya Album-album lama beliau kini boleh diperolehi dalam bentuk CD pulak..asalnya kaset je..

      Tapi, alangkah bagusnya setiap Album Jamal dibuat dalam bentuk VCD karoeke semuanya. Tentu puas dan tak jemu kita berkaraoke dengan lagu-lagu beliau..

      Sekarang ni say perhatikan VCD karoeke beliau banyak mengadungi lagu-lagu yang berulang-ulang.. Sepatutnya tak terjadi supaya lebih banyak lagu lain dapat dimuatkan khusus untuk peminat.

      Betul kata abng im.. susah nak cari lagu nyanyian beliau yang tak bagus.. Bukan apa suara dia tu yang selalu menyelamatkan beberapa lagu beliau yang kurang bagus. Ada beberpa lagu beliau yang saya rasa kurang bagus diberikan kepada beliau. Walau bagaimanapun semua lagu dalam Album 1 (Perpisahan Tanpa Relamu) hingga ke 5 (Sendiri) boleh dikatakan 100% bagus. Walau bagaimanapun mulai Album ke 6 (Mati Hidup Semula) hingga terkini ada bebera lagu yang kurang menarik.

      Tak inagt pulak lagu-lagu tu.. alin kalilah saya bagi tau. Tapi jumlahnya memang tak banyak berbanding lebih kurang 200 lagu nyanyian beliau…

      Sekian dulu.. bye wassalm..

    76. abang im Says:

      CETAK ROMPAK selalu menjadi penghalang (AGAKNYAlah) untuk rakamsemula album retorik RAJA POP ni (terutama versi KARAOKE).PEMINAT fanatik JAMAL tentu setuju kalau comeback recording (KARAOKE) JAMAL dijualedar melalui FAN CLUB JAMAL.Maknanya WARNER music akan reserved sebanyak tempahan PEMINAT BERDAFTAR…..syarikat tu tak terfikir ka…? KITA PEMINAT SEJATI tentu beli yang ORI.
      Insya Allah,kalau sempat ketemu JAMAL nanti saya akan cuba bagitau beliau agar buat FAN CLUBnya…

    77. Syahmad Says:

      Asalamu’laikum Abang Im..

      Kalau boleh nak mintak tolong Abang Im ingatkan Jamal tentang 3 lagu yang saya dan ramai peminat beliau tak ada tu. Saya ingatkan sekali lagi.. 3 lagu tu ialah :
      1) Simfoni Sepi
      2) Raja Berjiwa Rakyat’ dan
      3) Kaulah Bintang
      Mungkin boleh dimuatkan dalam memori 30 tahun beliau nanti..mana tahu kan…

      Tapi saya kagum juga dengan Abang Im ni.. boleh nyanyi dengan Mawi la.. jumpa Jamal la.. Abang Im ni memang dah biasake dengan orang-orang seni ni.. ?

      Boleh ke saya nak tau bila tarikh sebenar Pertandingan Bintang RTM 1979 di mana Jamal jadi Juaranya..? Bulan berapa?? Saya cuma kenal Jamal melalui album kedua beliau (Derita Cinta). Lagu yang paling popular masa tu ialah Tidurlah Permaisuri, Derita Cinta, Kereta Baru, dan Kembalilah. Lagu lain juga banyak diputarkan di radio masa tu (1981) seperti Kerling, Namamu Dibibirku, Pilihan Hati, dan Sekuntum Bunga di Taman Hati. Tapi dalam banyak-banyak lagu dalam album ni lagu Bahtera Laju walaupun jarang diputarkan di radio bagi saya adalah lagu yang paling saya minati dan menangkan jiwa saya…

      selepas album ni saya terus minat lagu-lagu Jamal dan membesar dengan lagu-lagu beliau.. Kalau tak silap saya album Sendiri (1984) adalah album yang paling laris jualannya sehingga habis dipasaran dan terpaksa diterbitkan semula pada sekitar 1990.. Saya mula menyedari album pertama beliau berjudul Perpisahan Tanpa Reamu (1979/80) hanya semasa pergi ke rumah saudara dan terjumpa cover kasetnya tapi sayang kasetnye tak de plak.. Rupanya rata-rata ahli keluarga say ni peminat Jamal dalam diam-diam agaknya.. Same macam say pun, tak ramai tahu saya ni minat Jamal kecuali f keluarga sendiri dan mereka yang selalu dengar saya karoeke lagu-lagu Jamal.

      Akhirnya dalam tahun 1990-an saya mula kumpul semua album beliau dari awal (1979/80) hingalah yang terbaru. AlhamdulilLAH saya dah dapat semuanya kecuali 3 lagu tu je lagi.. rasa-rasanya lah..

      maaflah kalau saya ni banyak sangat tanya abang Im, then berceloteh panjang pulak.. Apapun saya cuma nak kongsi pengalaman sahaja..

      Lupa nak bagi tau saya di ni bekerja di KKM, Putrajaya

      sekian untuk kali ini untuk abang Im dan semua peminat setia Jamal.. wassalam… 🙂

    78. jimi-whiteSnake Says:

      Dekat sangat lah KKM P’jaya tu..(brader Syahmad).
      saya kat B B Bangi jer…selalu gak gi sana hantar anak2 @ isteri.

    79. abang im Says:

      1 salam…..saya berharap jamal sendiri ada buka laman ni…..tarikh btg rtm 1979 tu tak dapek la den nak bagi.sebab den punyo diari 79 tu ntah mano poi eh.cumo den boleh kato dalam bulan nov atau dec.
      2 suatu ketika dulu 1979 sorang kmpser prnah pelawa saya ke sana,tapi masa tu saya tgh sekolah.tak berani nak ikut sebarang.
      3 lagu bahtera laju tu asalnya dpd s effendi (dalam filem “taboo” kalau tak silap).liriknya cuma sikit ubah
      4 lagu “penawar kasih” syahmad ada ke?lagu tu sbg salah satu lambang kasih utk ibu…promo terhad rtm
      5 tiga lagu tu insya Allah akan saya info jamal.
      6 saya ni cuma penyanyi amatur.dalam majlis DCL 08 saya sbg monitor budak2 sound system…pndek crta di situ selalunya saya “terkena”..tapi test vokal dulu dalam bilik.
      7 alangkah seronoknya kalau geng2 macam kita dpt duduk sama sambil pekena kopi o kau2…sambil jg melalak he he he.SALAM HORMAT

    80. syahmad Says:

      Wa’alaikum salam abang Im. Lagu penawar kasih saya ada dalam Album Suratan Kasih yang ditambah lagu tersebut dan Judul albumnyapun di tukar kepada Penawar kasih. Walaupun sekadar 1 lagu tapi saya tetap membelinya. Bagi saya 1 lagu jamal lebih bernilai dari 10 lagu penyanyi lain. Rupanya banyak lagi saya tak tahu tentang sejarah lagi-lagu nyanyi Jamal ni. Maklumlah say ni muda tak le muda sangat tapi banding dengan abang im, pada tahun 1979 saya baru darjah 2 (8 tahun). Tapi keci-kecik lagi saya dah suka dengan sesuatu yang indah (cantik, merdu, dll).

      Selain Jamal, say juga minat suara-suara dan lagu-algu yang sedap atau nostalgia. Justeru itu say juga berminat dengan suara penyanyi seperti P.Ramlee, Ahmad Jais, S.M Salem, D,J. dave, Sudirman, Brorie Marantika, Sheedi, Ibnor Reza, Mawi, dan ramai lagi. Penyanyi wanita pula adalah Ramlah Ram, dan Sharifah Aini adalah 2 yang paling saya minat. Say juga minat bacaan Al-Quran bacaan Ismail Hashim (Allahyarham), Kumpulan nasyidpun saya minat. Selain kumpulan nasyid dulu-dulu seperti El-Suraya saya sanagt meminati hampir kesemua lagu nasyid terutama dari Hijjaz, Raihan dan Rabbani. Bigitu juga nyayian Mohd Rafie bagi lagu-lagu hindustan. selain itu saya sangat suka The Beatles dan Alleycats. Nak cerita semua panjang sangalah.. Yang pastinya saya suka sesuatu yang nostalgia dan bertahan lama dan berkualiti. Apapun Jamal masih no 1 dihati saya dalam kontek seni hiburan lah..

      cukuplah sampai sini dulu,, lain kali cerita lagi.. TQ abang Im..dan tak lupa kepada semua peminat Jamal yang melayari ruangan ini.

    81. abang im Says:

      salam semuanya,
      1.SYAHMAD,awak ni kira termasuk grup yang punya “good hearing” lah.kalau ada orang yang x suka vokal jamal tu,…..tak taulah apa nak kata.
      2.saya sezaman jamal.dia lahir 7 mei saya plk 3 julai
      3.masa muda saya banyak master lagu Allahyarham A. Ramlie sehingga hujung 1970an vokal saya ada prubahan….biasala berlaku kpd ssiapa.
      1979 MUNCUL JAMAL..hati saya berbisik…ni dia penyanyi pujaan hatiku.
      4.saya jg spt syahmad,bnyk minat penyanyi lain.
      p ramlee n saloma dah tntu..nyanyian mereka memang ada gaya dan cara tersendiri.memang klasik…..susah tau
      saya juga suka tiar ramon,allahyarham lilis suryani(ton suaranya tak jauh mcm uji rashid….kedua-duanya termasuk suara UNIK…),titiek puspa,eddy silitonga,s effendi,hai bnyk laa..
      5.nasyid..adala dlm 5-6 tahun ni buat lagu nasyid utk bebudak sekolah.maklum dia orang bertanding nasyid setiap tahun.itupun saya belajar sikit2 dpd pakar dr semenanjung.
      6.mengaji…allahyarham hj ismail hashim unik dr segi lagunya,lahjah saya suka hj abd rahim (kelantan).qori mesir saya suka syeikh mahmud khalil khusari….dsb
      7.1976 – 1979 saya belajau di melake…hai geng melaka.ade le saya tengok muke bekas teman sekolah dulu jadi pelakon drama…saya rindukan bekas2 teman smk munshi abdullah.setakat ni cuma sorang masih kontek dgn saya.
      salam hormat,salam perpaduan semua…

    82. Syahmad Says:

      Assalamu’alaikum semua..
      Rasanye betui kate Abng im tu.. kita ni lebih kurang same dari segi penilaian suara dan seni.. cuma saya mungkin dalam 15 tahun lebih muda dari Abang im n Jamal.. So barang tentu saya kurang mengenali banyak penyanyi zaman dulu-dulu kecuali yang selalu keluar radio atau majalah.. Abang im juga lebih tahu asal usul lagu-lagu nyanyian Jamal yang dulu-dulu. Nak tanya la Lagu Alina dalam album sendiri tu asalnya lagu orang lain ke?? Irama dia boleh tahan juga. klasik macam lagu Getaran Jiwa ciptaan dan nyanyian Alahyarham P Ramlee. Boleh ke abang Im list kan lagu-lagu lama yang dinyanyikan semula oleh Jamal (selain lagu-lagu dalam album Aku Penghibur).

      Sebetulnya sebelum era pengeluaran VCD. saya sempat merakam (membuat koleksi) lagu-lagu Jamal mengikut cara saya sendiri. Ini melibatkan lagulagu dari Album pertama (1979/80) hingga ke berape ye (album Suratan Kasih). Antara koleksi yang saya buat (dalam bentuk kaset) adalah :
      1) Lagu-Paling Popular Jamal Abdillah (1980-an)
      2) Lagu-Paling Popular Jamal Abdillah (1990-an)
      3) Lagu-lagu Terbaik Jamal Abdillah (1980-an)
      4) Lagu-lagu Terbaik Jamal Abdillah (1990-an)
      5) Persembahan Vokal Terbaik Jamal
      6) Lagu-lagu Merdu Syahdu Jamal Abdillah
      7) Lagu-lagu Sentimental Jamal Abdillah
      8) Lagu-lagu Luahan Hati Jamal Abdillah
      9) Lagu-lagu Pelbagai Irama Jamal Abdillah
      10) Lagulagu Pop Kreatif/R&B/Jazz/Dll

      dan banyak lagi.. tak ingat saya.. Senarai lagunya pun tak dapatlah saya senaraikan di sini. Tapi kalau guna tape 90 minit boleh rakam dalam 20 lagu jugak.. Memang puas hati punya tak caye cubalah..

      Rasanya dah panjang sangat cerita saya ni. Apapun pun saya doakan Jamal dan Kita semua sentiasa sihat selamat hendaknya. Pesan saya untuk diri sendiri dan semua ” berhibur boleh tapi jangan sampai melalaikan. Dengar azan tutuplah/perlahankanlah.. waktu solat jangan tinggalkan walu di mana kita berada…

      Sekian saje untuk kali ini lain kali cerita lagi bye semua wassalam…

    83. abang im Says:

      salam hormat…..
      1sepanjang pengetahuan saya lagu “alina” yang itu tak ada penyanyi lain selain jamal
      2 lagu rakaman semula oleh jamal
      (ALBUM 1980 perpisahan tanpa relamu)
      “cinta dan tangis” (asal eddy silitonga
      “cenderawasih” (asl a.halim/halim yatim 60an)
      ***hayati maksud lirik…..alahai cenderawasih!
      “lancang kuning” (asl,x psti tapi poplar oleh eddy silitonga)

      (ALBUM 1981 derita cinta)
      “tidurlah permaisuri” (asal p ramlee…huh ni lebih payah)
      “bahtera laju”(asl s effendi).s effendi ni sezman p ramlee

      (ALBUM 1982 hatiku luka kembali)
      “mengapa pilu saja”(asl p ramlee)
      “wal hasil balik asal” (asal x pasti,tgh cari.mcm lagu 50an

      (ALBUM 1983 layang-layang)
      “tangis tak berair mata”(asl deddy m borhan,suami penyanyi junainah m amin,lagu filem 80an”pendekar” kalu x silap dia org sabah.suara deddypun sedap)
      “tiada kata secantik bahasa”(asl p ramlee)

      (ALBUM 1990 seniman menangis)
      “rangkaian lagu2 p ramlee” sbg tambhn

      (ALBUM 1998 samrah)
      “insan dan bunga” asl tiar ramon…puh suara tiar ramon/60an sampai kini masih segar

      secara kebetulan …saya selalu nyanyi lagu2 eddy silitonga & tiar ramon yang itu… di pentas sebelum jamal meraka

      3 dlm persembahan di tv/mana2,jamal pernah nyanyi
      “tuhan”(asl broery marantika) dan pelbagai lagu lain

    84. abang im Says:

      jmp lagi…..wasssalam

    85. abang im Says:

      oops lupa
      ALBUM 1989 (sepi seorang perindu)
      “berkorban apa saja”(p ramlee)

    86. abang im Says:

      “bunga pujaan” (asl eddy silitonga,lebih slow) key yg digunakan oleh jamal dan eddy sama,kalu x silap E-minor

    87. Syahmad Says:

      Assalamu’alaikum terima kasih.. abang im dan salam untuk semua peminat Jamal.. Wah tak sangka banyak juga lagu lama yang dinyanyikan oleh Jamal. Dulu saya ingatkan semuanya lagu baru. Hanya lagu-lagu P.Ramlee sahaja yang saya tahu ada dinyanyikan oleh Jamal sebab ayah saya peminat P. Ramlee.. dan dia pernah kata selepas P.Ramlee tak de, Jamal Abdillah adalah yang terbaik.. Lagu lain yang saya tahu asal usulnya adalah seperti Gadis Melayu sebab masa kecil pernah dengar lagu tu dari Othman Hamzah. Begitu juga lagu-lagu lain dalam album Aku Penghibur. Memang betullah Jamal ni pakar dalam mengindahkan lagu. Saya cukup kagum bila beliau nyanyikan penyanyi lain misalnya semasa mengadakan konsert di PWTC, Istana Budaya dan KLCC sebelum ini. Tapi konsert di JB saya tak dapat pergi sebab tak free n budgetpun taK berapa cukup masa tu..
      sekian dimaklumkan.. terima kasih semua

      Assalamu’alaikum..

    88. jimi-whiteSnake Says:

      SYAHMAD..

    89. jimi-whiteSnake Says:

      syahmad..ada free mari kt minum petang.
      kau ngan aku bkn jauh sangat..relax pekena kopi sambil sembang2 kat old-town @ kopitiam b b bangi layan gak.
      ada sesiapa yg nk join bole gak kalau x menyusahkan la….

    90. abang im Says:

      salam semua,
      kalau x silap “gadis melayu” tu bukan othman hamzah asalnya tapi achmad albar (rock dangdut indonesia).temponya ….mencabar
      achmad albar ni penyanyi antarabangsa,ada group hingga recording/show ke belanda.tone suara dia pun adalah mirip jamal juga
      …dipercayai dia ni kawan ramli sarip..sebab tu banyak lagu achmad albar dipopularkan semula oleh sweet charity seperti:
      jangan tunggu lama-lama/haji/zakiah
      geng sweet charity memang dasyat..salah seorang dpd mereka pernah wakil singapore tilawah quran
      salam hormat

    91. Syahmad Says:

      Assalamualaikum semua..

      Wah dasyat betoi Abang im ni.. banayk betul pengetahuan tentang muzik di nusantara dan dunia.. Saya sara abang im sesuai jadi penulis dan menerbitkan blog abang sendiri khusus untuk semua pencinta seni tanahair. Bolehlah dimuatkan ruangan khas untuk Jamal Abdillah, P. Ramlee, Sharifah Aini, Ramlah Ram, Sudirman, Alleycats, dan ramial lagi artis tersohor tnah air.

      Untuk Jimmi white.. saya betul-betul minbta maaf.. Bidang tugas saya sekarang ni menyukarkan say bergerak kesana ke mari.. Saya jarang sekali berjalan-jaln di luar Putrajaya. Lagipun hampir tiap minggu balik kampong isteri di Lumut, Perak. Kalau tak balik kampong selalunya da sahaja mesyuarat dan aktiviti yang perlu saya terlibat. Nak datang boleh je jumpa di Anjung Parcel E, Putrajaya. Tapi di luar waktu kerja dan tidak terlibat dengan mesyuarat dan aktiviti luar. Harap maklum ..

      sekian terima kasih. wassalam..

    92. jimi Says:

      syahmad..
      no problem..komitmen pd tugas perlu d utamakan.
      asal org rumah saya pun kat area situ juga. cuma terfikir kalau dapat santai dgn rakan2 baru yg sealiran dgn minat
      pandangan best juga kan…x ade masalah. ada rezki nnti boleh la kita aturkan jamal fans utk santai sama2.
      yg pastinya abg im mesti mau commit. pastu kita panggil brader jamal….dah tentu kita akan tau segala2nya tntng jamal dan dunia muziknya.

    93. jimi Says:

      lagi satu..kenapa astro oasis x jemput jamal melaungkan azan pd slot masuk waktu maghrib sbg-mana artis2 lain seperti mawi,nazri(raihan),ustaz asri(rabbani) dll.
      camner nak usulkan benda ni kat astro aa!!.ada jalan x?
      kalau ada mesti best kan.

    94. Syahmad Says:

      Assakamu’alaikum semua.. lama tak jumpa. Saya terbaca kisah terbaru Jamal dalm paper Utusan hari ini. Kahabarnya nak keluar album baru 17 Mac ini dan bakl muncul dalam teater muzikal berkaitan kisah hidupnya. Rugi tak beli paper Utusan ari ni. pegi kedai dah abis pulak.. Srlalunya kalau say nak beli paper atau majalah hiburan saya akan tengok dulu ade tak cerita-cerita tentang Jamal. Kalau tak tak ade biasanya saya tak beli kecuali ade cerita lain yang menarik juga seperti berita sukan kegemaran saya (EPL, Tenis dan sukan yang melibatkan pasukan negara atau apa-apa perkembangan semasa ). Apa pun tahniah untuk Jamal dan peminatnya semua..

    95. Syahmad Says:

      Maaf lah tersilap beri salam tadi.. dah sent baru perasan tersilap.. . Takut makna jadi lain pulak. JUmpa lagi di masa yang terluang.. Assalamu’alaikum..

    96. rohaizayani Says:

      Bila lagi Jamal nak kuar album baru ni??Kat paper tempohari kata 17 Mac..tp xde jugak kat kedai. Lagu2 baru tu pulak aku dah dengar previewnya tp albumnya tak kuar..Aku pun dah naik letih berulang alik ke kedai CD coz semata2 nak beli album baru. Bila lagi ni?????????…………….

    97. rohaizayani Says:

      Mananye album ‘TAK HILANG CINTA’ ni???

    98. Syahmad Says:

      Assalamu’alaikum Rohaizayani n semua peminat Jamal semua..
      Kita dah ada orang baru nampak…!

      Sarilah lama dah saya tak kirim email. Kebetulan petang ni free skit n teringat blog ni so saya buka la.

      Harap semua bersabar .. saya pun dah banyak kali usha kedai kaset kat Alamanda tu.. Yang ada koleksi Raja Cinta 3 Tapi semua lagunya dah ada dah. Ini yang lecehnye.. Dia orang ni tak tau ke peminat Jamal nak semua lagu-lagu Jamal di kareoke kan. Mesti laku habis punya. I’m sure 🙂

    99. Rohaizayani Says:

      Terima kasih atas respon yg dberi. Agaknya bila aibum baru Jamal ‘TAK HILANG CINTA’ berada d pasaran ye??..Tu pun kalau saudara Syahmad thu…

    100. jimi-whiteSnake Says:

      sabar..sabar…
      x lama lagi tu…brader Jamal tgh dok cari’ CINTA YG HILANG” la tu..ni yang suspen ni. nak tau la..album kali ni sapa lak composernye yer.
      Dengar member citer tempohari masa dia tengok show Jamal dlm teater Tahajjud Cinta d istana Budaya arahan Erma fatima meremang bulu roma dia…tatkala jamal melagukan puji2an keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
      aku dengar dia citer pun sama lak meremang bulu tengkok aku..aku agak mesti power punya!rasa rugi lak x tengok..

    101. jimi-whiteSnake Says:

      mmm…lama la x dgr komen brader Nasron.!
      brader ok ker! lama menghilang. mana pergi!

    102. Syahmad Says:

      Salam to jimi, rohaizayani n peminat Jamal semua..
      Mungkin betul juga kata jimi tu.. Cinta yang hilang tu belum dijumpai lagi.. Tunggulah Cinta itu pasti datang tak lama lagi.. Tak kisah sape komposer sebab Jamal amat jarang menghampakan peminatnya. walaupun lagunya tak semua popular macam dulu-dulu tapi rata-ratanya sedap didengar oleh kita semua..itu yang penting.. kan

      Saya pun hairan sejak saya joint laman ni abang Nasron kita tak pernah respon lagi. Macam dah jadi blog Jamal pulak.. hehehe .. Mafyre abng Nasron .. saya bergurau je..

      Bye dulu wassalam ..

    103. rohaizayani Says:

      Salam..untuk Syahmad n Jimi.Barangkali bro Nasron pun hilang pasal ‘CINTA DIA PUN DAH HILANG’ sama kot..itu pasal la sampai skrang album Jamal pun hilang sama…hehehe. Saya skrang pun tgh himpun koleksi album Jamal, yang bengangnya sampai skrang tak tahu mana nak dapatkan album ‘SENIMAN MENANGIS’ keluaran tahun 1990 tak silap saya. Kat mana boleh saya dapatkan ye???..

    104. Syahmad Says:

      Salam tu Rohaizayani… Kaset tu saya jarang nampak dah tapi cuba cari di kedai-kedai kaset yang besar mungkin ada. Rasanya bentuk CD pun payah didapati sebab jumlahnya agak terhad. saya album dia semua ada. sekarang time kumpul CD la pulak. Kemudian nanti mungkin keluar VCD atau DVD karoeke mana tahu.. saya masih menunggu..

      Harap-harap orang WEA ada yang baca blog ini.

    105. Mann Says:

      saya pun peminat bro jamal jugak…. saya penah keje ngan bro jamal tahun 2007/2008… masa tu dia ada kat pengasih. memang pengalaman yang paling best saya rasa. Bro nasron just nak tanye mcm mana fan club jamal dah on ke belum?

    106. Mann Says:

      kalau dah tubuh fan club jamal bagitau ek…. nak join la…

    107. jimi-whiteSnake Says:

      salam..
      lagu seniman menangis kalau x silap sy ada 2 versi.
      satu versi d muatkan dlm album spt yg dimaksudkan rohaizayani(berbelit lidah aku!). Dan satu versi lg tiada dalam album ttp dkhabarkan jamal suka bawa lagu ni dlm concert2 sulungnye. versi yg ni, lirik dia mmg ada emosinya. hanya jamal dan org2 tertentu yg tahu akan kisah dlm lagu tu..kalu tak silap jamal ada bawa lagu ni dlm konsert ”orkestra jamal” dan ”jamal abdillah-one night only” di istana budaya.
      wssalammm…

    108. hang buah Says:

      brader nasron ni lama tak jengah blog ni… gi bertapa agaknya… nak tambah ilmu…

    109. rohaizayani Says:

      Salam untuk semua. Saya ada terbaca di Harian Metro pada 25 Mac tempohari mngatakan Jamal akan buat pelancaran album baru ‘TAK HILANG CINTA’ kat Redbox Midvalley Megamall pada 31 Mac ini jam 3.30 petang. Apa lagi..serbu la. Apapn, saya masih lagi berharap dapat jumpa album ‘SENIMAN MENANGIS’ keluaran 1990 tu untuk melengkapkan koleksi saya. Sapa2 terjumpa, tolong gthu yee…

    110. Mann Says:

      salam semua……….
      rohaizayani…. cube awk survey kat kedai kaset di pudu raya….. untung2 nasib ade… sebab saya banyak beli kaset yang lama2 kat sana….

    111. rohaizayani Says:

      TQ Mann..tp klu blh saya perlukan CD..Klu ada laa..sebab pabila semua album Jamal dikeluarkan kembali dalam bentuk baru2 ini, hanya album ‘SENIMAN MENANGIS’ ini je yang saya tak jumpa..Harap2 jumpa laa…

    112. rohaizayani Says:

      Jgn lupa tau..Sapa2 je yang jumpa album ‘SENIMAN MENANGIS’ tu dalam bentuk CD, inform segera ye..pasal lagu2 dalam album tu memang best2..

    113. jimi-whiteSnake Says:

      salam..
      rohaizayani(lg skaliterbelit lg lidah aku ni)ddk kt mana!sampai x leh nk jumpa cd tu..rasa2nya banyak gak saya terjumpa album tu tp x berapa ingat kat mana..
      entah2 awak cari kat kedai saloon kut..(gurau..).
      cuba tgk kat ‘the mines serdang. kalau susah sgt pg jer kat pertama compleks. kat situ”macam-macam ada….”jangan kan seniman menangis,”seniman jalanan pun ramai kat situ..
      Be cool rohaiza! sy ni mmg suka bergurau!

    114. DaDDYShARK... Says:

      Salam…
      Hi Rohaizayani…..Samalah kita cuma saya ada kaset ‘Seniman Menangis’ tapi cari CD setelah 5 tahun…semua kedai kecil besar saya cari…termasuk talipon ke Warner Music…tapi gagal….
      Sesiapa yang tahu di mana ada menjual CD tersebut…
      Harap dapat maklumkan saya..
      Thanks and Takecare…

    115. jimi-whiteSnake Says:

      salam…daDDyshark.
      wow! lg dahsyat (caya la)..5 tahun cr cd x jumpa2..bro ni mmg tergolong dr kalangan org2 yg sabar la. Abih tu pihak warner music kata ape!

    116. Syahmad Says:

      Salam semua… kemane pegi pun singgah singgah le kedai kaset atau pasaraya yang berhampiran. Untung-untung ada. Dulu saya pun macam tu.. nak dapt kumpul semua punya payah. bertahun-tahun juga lah.. Tapi bila dah ada semua letih menungggu album baru la pulak. VCD filem diapun saya semua ada.. Begitu juga konsert live beliau du beberapa tempat. Teruskan mencari.. CINTA ye.. 🙂
      Bye wassalam

    117. DaDDYShARK... Says:

      Salam….
      Hi Jimi-whiteSnake….
      Mereka kata sabar……akan diulangcetak….
      Jadi saya sabarla…..
      Hingga Akhir Nantikah……
      Tak tau la brooo…
      Salam…..

    118. Rohaizayani Says:

      Salam untuk suma.Saya rasa saudara Jimi ni dah salah album kot. Tempat2 yg dsebutkan oleh Jimi tu sumanya saya dah survey..usahkan album, cover album pun x nampak bayang. Utk pengetahuan, album ‘SENIMAN MENANGIS’ tu keluaran tahun 1990..n cover albumnya berwarna hitam….

    119. rohaizayani Says:

      Salam ‘SEMUSIM KASIH DI HUJUNG RINDU’ untuk semua. Dalam banyak2 respon, saya masih lagi menunggu ke mana hilangnya bro Nasron kita..Rasanya dah lama sangat bro Nasron kita ni ‘bertapa’.Maybe bro Nasron pun tengah bz siapkan album terbaru dia kot..hehehe…Untuk DaDDYShARK, nanti bila dah jumpa album tu, jgn lupa inform sama yee..

    120. Mann Says:

      salammmm………. aah manalah bro nasron ni….. betapa lama sangat……. ok nanti kita ramai2 g cari album tu…. sabar k… dalam internet ade tak contoh cover album tuh? senang sikit kalau nak cari…takut silap.

    121. Mann Says:

      rasanye saya penah ade album tu….. cover depan dia warna hitam tapi xde gambar bro jamal kan….. rasanye lah kalau x silap…..

    122. rohaizayani Says:

      Salam untuk suma..Rasanya camnilah, cover depan untuk album ‘SENIMAN MENANGIS’ tu boleh kita refer kat laman web saudara fathil. Atau pun just taip je seniman menangis 1990..terpapar la laman web yang disediakan oleh saudara fathil kalau x silap saya..

    123. Mann Says:

      hari ni bro jamal akan melancarkan album terbaru beliau yang bertajuk “Tak Hilang Cinta” di Garden Midvalley. Album dijangka keluar pada 14/15 April….. Kepada Peminat2 setia JAMAL ABDILLAH dapat kan original k….tapi kalau beli yang x ori pun abg jamal x kesah…..hehehe

    124. Syahmad Says:

      Assalamu’alaikum semua peminat Jamal
      Sekadar nak kongsikan maklumat terbaru tentang Jamal Abdillah disini saya copy and paste kan berita terkini beliau yg saya dapt dari sebuah blog yang lain..

      Nafas Baru Jamal Abdillah
      by Syaliza Shapiansuri | 2 Apr 2009

      Rindu peminat terhadap penyanyi malar segar bersuara ‘jantan’, Jamal Abdillah, pasti terubat apabila album barunya, ‘Tak Hilang Cinta’ berada di pasaran mulai 16 April ini. Dengan segala macam dugaan yang melanda, akhirnya album ini dapat disiapkan selepas dua tahun.

      Tempoh dua tahun bukan jangkamasa panjang bagi Jamal kerana dia juga tidak terburu-buru memiliki album terbaru. Sepanjang tempoh itu, dia melakukan pemilihan lagu dengan berhati-hati bagi memastikan ‘Tak Hilang Cinta’ mencorak identiti baru buatnya.

      Lebih berjiwa muda
      Memang benar, lagu-lagu dalam album kali ini berbeza daripada 14 album terdahulu. ‘Tak Hilang Cinta’ lebih berjiwa muda dari sudut susunan muzik.

      “Memang saya berhasrat untuk tampil dengan kelainan lagu. Biarlah orang tengok bakat Jamal Abdillah versatil dan tidak hanya menyanyikan lagu-lagu berirama ‘trademark’ yang sering dinyanyikan sejak tahun 80-an lagi,” ujar Jamal.

      Versatil bagi Jamal, bukan sahaja dapat menyanyikan pelbagai jenis lagu, sebaliknya dia juga berharap dengan kelainan lagu-lagu yang ada dalam album terbaru ini dapat menarik minat pendengar generasi baru.

      Ditanya samada penampilan rakan seangkatan, M Nasir berduet bersama Malique mencetus inspirasi, Jamal tidak menyangkal.

      “Apa yang dilakukan sifu (M Nasir) memang mengagumkan semua. Itulah bakat yang ada padanya. Dia juga memberi inspirasi buat saya untuk menonjolkan bakat yang ada dalam diri,” tambah Jamal.

      Bakat yang dimaksud Jamal bukan menyanyi semata, sebaliknya dia turut mencipta beberapa lagu dalam album ini. Malah kolaborasi bersama karyawan muda seperti Daly Ahli Fiqir bererti Jamal sudah bersedia menakluki pasaran muzik tempatan yang semakin suram kini.

      Sebanyak 10 lagu dimuatkan di dalam album ini. “Di Mana Akhirnya”, “Akulah Kekasihmu” dan “Keindahan Mimpi” dicipta Jamal termasuk dua lagu retro nyanyiannya, “Terpesona” dan “Dusta” digabung serta mendapat sentuhan lirik oleh Jamal sendiri.

      Selain mencipta lagu, Jamal turut menjadi penerbit bersama, bergandingan bersama Fauzi Marzuki untuk lagu-lagu ciptaannya. Penerbit lain untuk album ini ialah Shah dan Adnan Abu Hassan.

      Album duet
      Kegemilangan album duet pada tahun 80an dan 90an memang tidak dapat disangkal. Sebelum ini Jamal pernah berhasrat untuk merakamkan album duet, memandangkan lagu-lagu duet nyanyiannya pernah menguasai industri hiburan tanah air.

      Namun hasrat itu terpaksa ditangguhkan kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

      “Malah kesukaran mencari teman berduet juga antara faktornya. Walau bagaimanapun, saya tidak akan memadamkan hasrat untuk merakamkan album duet,” katanya.

      Kolaborasi bersama IB
      Bagai sudah serasi, Jamal sekali lagi berkolaborasi bersama Istana Budaya (IB) untuk konsert muzikal pertamanya yang akan diadakan pada pertengahan Julai dan Ogos nanti. Cadangan awal, konsert yang bakal diberi nama ‘Kembara Seni Jamal Abdillah’ atau ‘Kembara Seniman Jamal Abdillah’ turut mengundang beberapa nama popular sebagai tetamu jemputan.

      “Mereka ini adalah antara individu yang pernah bekerjasama ketika awal kemunculan Jamal Abdillah. Konsert ini diuruskan sepenuhnya oleh syarikat saya, Bintang Channel. Memang saya sangat teruja untuk beraksi,” kata Jamal yang sudah mendapat persetujuan IB untuk konsert muzikal itu nanti.

      Selain hebat di pentas nyanyian, Jamal tidak menolak untuk kembali berlakon. Mengidamkan watak berbeza daripada sebelum ini, dia tidak menolak andai ada tawaran untuknya melakonkan watak anatagonis.

      Namun ketika diusik mengenai alam rumahtangga, Jamal tidak menolak andai jodohnya tiba.

      “Buat masa sekarang, saya tidak mencari, tetapi tidak menolak andai ditakdirkan bertemu jodoh dalam waktu terdekat. Sekarang ni adalah masanya untuk memberi sepenuh perhatian kepada kerjaya,” katanya.

      TQ same-same kita tunggu

    125. Mutalib Says:

      Salam,

      Pagi tadi 2/4/09 dalam slot Sinar Pagi di Sinar.FM, tetamu istimewa ialah Abang Jamal. Saya rasa slot pagi tadi paling best, sudahlah dengan celoteh KE,Kryll & SY yg memang tak kering gusi, ditambah pula dengan kehadiran Abang Jamal yg ditunggu-tunggu memang menceriakan pagi saya hari ini. Ada sessi berduet karaoke dgn Jamal, lagu merapu Mat Salleh pun lagu Jamal juga “You Broke Promises” – Kau Lupa Janji.. dan yang paling best ialah prebiu beberapa lagu terbaru dari Album Tak Hilang Cinta – termasuklah “Apa Lagi” yg funky habis dan “Tak Hilang Cinta di Dunia” yg merdu dan mendayu. Baru sekali dengar pun memang rasa nak pergi CD album baru tu.

      Buat Syahmad, sedikit pembetulan, lagu Simfoni Sepi dihasilkan pada tahun 1989 sebelum keluarnya album Sepi Seorang Perindu, bukan Penghujung Rindu (1984). Lagu tu cuma untuk siaran radio RTM masa tu (tidak terdapat dlm mana-mana album) tribute khas untuk Almarhum Tengku Ampuan Afzan yg mangkat pada tahun tersebut. Saya juga tercari-cari lagu tersebut malah pernah meminta bantuan kenalan di RakamKhanah RTM, namun tidak berhasil. Saya sempat rakam ke kaset dari radio, tapi kaset itu pun dah lesap entah kemana, namun liriknya masih saya hafal hingga kini dan juga terdapat daalm koleksi imnogman (liriklagu.com)

      Dah lama aku dilanda duka
      Menangis hatiku di kala senja
      Terbelai hati menangis tiada lagi
      Oh sayang hanya dikau

      Selayang kenangan sepi membuai manja
      Dalam hidupku kau datang lagi
      Membawa fajar dan melukis cahaya
      Kutitiskan airmata

      ( korus )
      Sekujur tubuh
      Sehelai nyawa
      Gembira duka derita
      Adalah ujian Yang Maha Esa
      Yang menjanjikan syurga segalanya
      Tinggallah daku
      Dalam kesunyian
      Sepi pedih pilu

      Dah lama aku dilanda duka
      Menangis hatiku di kala senja
      Terbelai hati menangis tiada lagi
      Oh sayang hanya dikau

      Sebenarnya waktu bridging di antara korus ada ungkapan yg Jamal ucapkan; lebih kurang begini :

      Semakin jauh kau kutinggalkan
      Namun ketap sampai……

      Wassalam.

    126. Mutalib Says:

      Silap… penghujung rindu (1994).. sori

    127. Syahmad Says:

      Assalamu’alaikum Abg Mutalib.dan peminat Jamal semua

      Rasanya first time Abg Mutalib muncul dalam blog ni.. atau muncul sebelum saya lagi.. saya tak perasan pulak. Kalau baru joint saya ucapkan selamat datang dan selamat berkenalan.

      Abg im pun lama tak muncul. Mungkin sibuk agaknya.

      Apapun memang betul saya tersilap tulis tajuk album tu.. dan lupa pulak nak betulkan. Tapi saya rasa peminat setia Jamal pasti perasan kesilapan itu. Abg sebagai contohnya.. Terima kasih kerana betulkan saya. Cuma nak bertanya adakah Abg ni kerja di SinarF.M tu.

      Terima kasih juga ingatkan lirik lagu tu semula.. Sebenarnya yag saya ingat melodinya sahaja dengan beberpa rangkap lagu dan bahagian corusnya sahaj serta seksafon dari Ahmad Nawab. Kalau lah ada lagu tu tentu saya puas hati. Kalau abg boleh tolong dapatkan untuk kami tolonglah ye.. dengan dua lagu lagi tu ( Raja Berjiwa Rakyat & Kaulah Bintang ).

      Saya tahu dua lagutu wujud sebab segala perkembanga Jamal saya ikut sejak pertengahan 1980-an lagi. Keratan akhbar atau majalah saya kumpul jadi koleksi. Saya memang ada terbaca mengenai dua lagu tersebut.

      Lagu ‘Raja Berjiwa Rakyat’ kalau tak silap saya juga khas untuk Sultan Pahang. Tapi saya tak pernah dengar cuma ada terbaca di akhbar dengan gambar Jamal menyanyikan lagu tersebut.

      Lagu Kaulah Bintang pula dibuat khas sempena anugerah bintang popular dinyanyikan sendiri oleh Jamal tapi sayang saya tak sempat dengar lagu itu atau tonton malam anugerah tersebut. Tapi esoknya juga saya terbaca di akhbar tentang lagu itu dinyanyikan oleh Jamal.

      Sekian dimaklumkan. Terima kasih

      wassalam…

    128. AYAH UWAIS & IZZAH Says:

      bagus blog ni..baru hari ni dijumpai kerana nak cari lagu simfoni sepi..tq mutalib

    129. jimi-whiteSnake Says:

      tgk dr komen2 peminat..
      mmg Jamal terbukti hebat! Syabass Jamal.
      camner dgn cadangan jamal fan club tu..apalagi! on la.

    130. Mann Says:

      aah….. nampak macam menarik je kan….. hidup bro jamal… jom kita onkan fan club jamal……
      DE ‘ONO’ RETRO JAMAL ABDILLAH….Amacam ok x?

    131. Syahmad Says:

      Assalamu’alaikum semua peminat Jamal.

      Berita Baik..

      Malam tadi selepas saya membeli tiket bas balik kampung, kat Pudu Raya, saya saje-saje pergi ke sebuah kedai kaset kat situ. Tak sangka lain yang saya cari lain yang saya Jumpa. Tak lain tak bukan Album Terbaru Jamal (“Tak Hialng Cinta”). Apa lagi tanpa fikir panjang saya terus beli (original la) dan batalkan hajat saya yang lain (cadanganya nak jalan-janal kat kota raya dulu sebelum balik rumah di Putrajaya). Saya tak sabar-sabar nak balik rumah n dengar lagu-lagunya. Kali pertama dengar saya rasa ade beberapa lagu sahaja yang menarik pendengaran saya kecuali vokal Jamal yang tak perlu dipersoalkan. Mungkin sebab saya agak mengantuk selepas penat bersukan pada petangnya. Walau bagaimanapun sebelum tidur saya dengar sekali lagi. Barulah saya dapat menghayati kesemua lagu-lagunya dan ternyata tidak menghampakan. Banyak juga lagu-lagu yang hebat dalam ambum ini walaupun berkonsep agak baru dari segi sususan muzik dan iramanya. Pagi ini saya mendengar lagi dan semakin di dengar semakin sedap pula. Saya sangat kagum dengan vokal Jamal pada kali ini yang boleh dikatakan antara yang terunggul pernah ditunjukkan oleh beliau. Vokal Jamal cukup menyerlah sekali terutamanya dalam lagu-lagu ciptaan beliau sendiri seperti Di Mana Akhirnya, Akulah Kekasihmu, dan Keindahan Mimpi. Tidak ketinggalan vokal mantap beliau dalam lagu-lagu lain seperti Tak Hilang Cinta, Cinta Dua Darjat, Ku Sejiwamu dan Kembara Yang Indah. Lagu Apa Lagi dan Terpesona Dusta pula bolehlah dikatakan berkonsep baru dan sederhana bagi Jamal tetapi tetap sedap didengar. Sekian sahaja Laporan 12 jam pengalaman mendengar lagu-lagu terbaru Jamal Abdillah. Kepada semua peminat cepat beli sebelum habis. Tahniah buat Jamal Abdillah dan peminat semua.

      Sekian dimaklumkan. Assalamu’alaikum

    132. jimi-whiteSnake Says:

      waa…bukan main kau syahmad! pinjam cd tu leh x?
      kalau cam tu la tntng komen awak sekarang gak aku nak pg kedai cd .
      apapun…mengikut pengalaman saya tentang lagu2 jamal memang cam tu…dengar sekali mmg cam biasa jer..tp bl kita hayati @ amati betul2 cara penghayatan vokalnya mmg
      nyata sedap lagu2 tu..
      roger!wassalaamu…

    133. DaDDYShARK... Says:

      salam….
      Semua Sahabat….
      Dah beli tadi ……
      Best dan mantap…
      Selamat menghayati dan berhibur…
      Wassalam…

    134. Syahmad Says:

      Salam to Jimi White and peminat Jamal semua. Dah beli ke belum album terbaru tu. Malam tadi dari kampung ke Pudu Raya singah semula ke kedai tu. Tapi dah habis le pulak. Tapi minggu lepas saya tengok di Alamanda Putrajaya ada bayak lagi. Baru sampai agaknya.

      Sebenarnya ini kali pertama saya beli sebelum saya mendengarnya di radio. Mulanya memang cemas juga bila saya dapati macam tak de je lagu-lagu yang best. Tapi sampai pagi ni saya aysik pasang je. Tapi tak pasang kuat sangat le sampai ganggu jiran-jiran pulak. Apapun memang mengasikkan.

      Rasanya Jamal nak tunjukkan sesuatu pada peminat hiburan tanah air yang beliau masih lagi aktif dan bertenaga. Kalau saya nak buat koleksi pilihan vokal dan lagu terbaik 30 tahun beliau lima lagu suadah pasti say masukkan iaitu Tak Hilang Cinta, Cinta Dua Darjat, Dimana Akhirnya, Akulah Kekasihmu, dan Keindahan Mimpi.

      Nampaknya Jamal juga semakin hebat sebagai pencipta lagu. Selepas lagu Mati Hidup Semula, Ghazal Untuk Rabiah (bersama M.Nasir), Ghazal Asmara. dan beberpa lagu beliau dalam Album Segala Cinta beliau kembali menghasilkan hasil yang cukup hebat. Semua lagu ciptaan beliau sangat bersesuaian dengan kekuatan vokal beliau. Tahniah juga kepada Jamal atas anugerah yang beliau perolehi pada malm tadi. Mungkin juga ada dikalangan ahli jawatankuasa pengajur yang terbaca blok kita ni dan mengitiraf beliau hasil komen kita semua. Tahniah kepada Jamal dan peminbat semua. Sekian dulu bye wassalm.

    135. Mann Says:

      tahniah pada semua peminat bro jamal yang telah membeli cd album terbaru TAK HILANG CINTA….. sekalung tahniah juga pada bro jamal diatas penghargaan tuk beliau di ABPBH malam tadi… beliau memang berhak menerimanye…. malah beliau akan lebih menempa kejayaan di masa-masa hadapan insyaallah…kita doakan…. kita sume tangok semalam sume artis ade fan club bro jamal je yang xde…. bro jamal dah berubah dan inilah masanya peminat menyokong sekuat2nye semangat beliau…. yang berminat jom kita bincang dimana perlu kita mulakan ….urusan dengan bro jamal saya boleh uruskan…….. call saya 0123752090…..

    136. jimi-whiteSnake Says:

      jom ramai2 tipon Mann. kita dah ada link baik punya…
      TQ Mann.Syahmad,abg im’brader Nasron n kawan2 semua..
      apalagi…

    137. Mann Says:

      salam…… mai2 kita bincang….ajak sume skali k….
      white,bro nasron,syamad, abg im…….. x boleh tggu lama lagi…. fan club jamal abdillah sepatutnye dah ade…..

    138. Syahmad Says:

      Salam tu abg Mann and peminat Jamal semua.. Cadangan tu memang bagus dan say setuju sangat. Tapi buat masa ni dengan bidang tugas saya yang agak mencabar di KKM ni saya bimbang jika sukar bagi saya memberi komitmen yang mungkin diharapkan oleh semua. Setakat nak jado ahli biasa-biasatu tak de masalah. Tapi untuk berkumpul ramai-ramai untuk buat sesuatu itu perlu melihat dahulu kepada ruang dan peluang yang benar-benar mengizinkan. Apapun saya tetap sokong 100% penubuhan kelab ini. Good Luck.. All the Best Mann etc.. 🙂
      wassalam

    139. Mann Says:

      bro syahmad…. salam…
      timekasih atas sokongan bro…..sebenarnye tujuan ini memang memerlukan sokongan dan komitmen yang besar…
      tapi untuk permulaan mmg agak susah bg mereleasasikan impian semua peminat yang ada. Pendapat saya hanya untuk membuat branding untuk bro jamal agar selepas ini hak dan khazanah beliau terpelihara selama-lamanya……apapun kita tunggu mungkin ade kawan2 kita yang boleh beri komitmen sepenuhnye….dengan penubuhan fan club ini bakal menyemarakkan lagi semangat beliau dan juga memberikan aktiviti2 yang membuatkan beliau sibuk dan semakin dekat dgn peminat….insyaallah….walaupun dah penghujung karier beliau rasanye belum terlambat untuk kita…. sebagai kenalan dan peminat beliau rasanye kita patut bersatu untuk merealisasikan impian beliau untuk menjadi lagenda yang akan dikenang sampai bila2….
      wasalam

    140. abang im Says:

      salam hormat,
      kalau saya dapat jumpa jamal dan pa nya boleh juga saya bagi usul macam mana nak tubuh fan club nya dan apa aktiviti yang boleh diadakan…cetak rompakpun saya rasa dapat dikurangkan.
      sebenarnya nak jalankan komitmen tu taklah setiap hari.yang penting beberapa wakil setiap daerah tu bekerjasamalaa..jangan dok buat sorang2
      terkilan juga saya di kuching ni belum dapt beli album baru…dah berapa kali saya ke kedai vcd.belum ada lagi..alhamdulillah dengar melalui youtube….waduh DAHSYAAATTT vokal dia ni.
      saya ingin benar kalau jamal rakam semula lagu-lagu klasik….banyak bagus.terbukti bagus…misalnya masa konsert di IB dia nyanyi lagu s effendi dan oslan hussein…boleh meleleh ayak mata no..

    141. jimi-whiteSnake Says:

      Tak Hilang Cinta….
      amat dalam maksud yg tersirat dan tersurat pd liriknya..
      Tangkap hiba lak gua bl dgr lagu ini walaupun hati gua keras….fuh! hebat Jamal.
      Itu Belum dgr dia laungkan azan..mau menitis air mata aku..

    142. Mann Says:

      salammm…. lagu TAK HILANG CINTA memang power….
      memang sedap didengar…sesuai dgn suara jantan Jamal Abdillah….. semua lagu dalam album memang cukup power dan mempunyai kelainan……2009/2010…. Jamal Abdillah is back….Insyaallah…

    143. Mirza Says:

      Tahniah pada Jamal Abdillah di atas anugerah di ABPBH baru-baru ini……

    144. Syahmad Says:

      Salam semua…

      Harap-harap WEA Muzik akan terbitkan koleksi 30 tahun Jamal Abdillah pulak. Untuk Jamal 30 lagu rasanya tak cukup kerana banyak sangat lagu-lagu yang best. Mungkin boleh muatkan 3 atau 4 lagu paling popular atau terbaik dari setiap album beliau. Saya juga berharap semua album beliau termasuk yang dulu-dulu di buat dalm bentuk VCD/DVD Karoeke. Harap-harap juga lagu-lagu yang sangat saya impikan sebelum ini seperti Simfoni Sepi, Raja Berjiwa Rakyat dan Kaulah Bintang akan dimuatkan dalam album koleksi itu nanti. Tak lupa lagu-lagu khas yang lain seperti Seniman Menangis (yang dinyanyikan di PWTC dan IB), Aku (Filem Azura), Semalu, Penawar Duka, Isabela 98, Lagu Zaman dan banyak lagi pun boleh dimuatkan dalm album ini ataupun buatje Album Koleksi Aku Penghibur Volum 2. Apa macam cadangan saya tu. Pasti best kan.. Lagipun Jamal memang boleh nyanyikan lagu penyanyi lain dengan gaya tersendiri dan tak keterlaluan jika dikatakan beliau mampu menjadikan sesuatu lagu itu lebih baik lagi. Sekian dahulu dari saya… Assalamu’alaikum.. 🙂

    145. Mirza Says:

      Setiap tahun pada bulan Ramadhan ada slot membaca Quran oleh artis-artis tertentu…kepada pihak yang berkenaan jemputlah abang Jamal mengalunkan suara beliau untuk bacaan quran…begitu juga waktu mengalunkan takbir Hari Raya…..tentu ramai yang teruja nak dengar..

    146. Ismail Says:

      Tersentuh hati bila dengar lagu Mati Hidup Semula.
      Menitis air mata bila dihayati bait-bait lagu ni.
      Apatah lagi jika lagu ini seolah-olah kena dengan diri kita…

    147. jimi-whiteSnake Says:

      Ismail..aku rasa kata2 kau ni mmg jujur..
      lagu tu mmg penuh dgn unsur2 keinsafan & nasihat yg patut d teladani. Kemuliaan bg org2 yang jujur dr kata2 dan tingkah lakunya…

    148. Syahmad Says:

      Betultu jimi. Begitu juga lagu baru ciptaan beliau sendiri bertajuk ‘Di Mana Akhirnya’ sangat menyentuh hati sekali. Gaya nyanyian ini paling mirip sekali dengan gaya bacaan musabaqah al-Quran. Lagu lain yang hampir serupa gaya nyanyiannya adalah seperti Ghazal Untuk Rabiah, Ghazal Asmara, Samrah Mentari, Syukur, Inikah Nasib, Jalan Kulalui, Ku Tahu Hatimu Terluka, Seroja, Nyanyian Sunyi, Nirmala Cintaku, Kasih Sejati (Ya Tawab), dan banyak lagi. Semua lagu-lagu ini mirib kepada cara bacaan berzanji serta nasyid klasik. Memang sejuk hati kalau dengar betul-betul lagu-lagu ni. Apapun semua lagu-lagu Jamal best dan ada keistemewaan tersendiri (irama dan gaya nyanyiannya). Jamal memang penyanyi serba boleh. Sekian dulu bye wassalam semua.. 🙂

    149. jaki jipang Says:

      korang semua ni aku tengok minat dan fanatik gila dengan jamal. aku naik heran laaa. aku pun minat juga dengan sesetengah lagu dia. aku pun tak lah membenci dia. tapi aku pelik dengan korang yang seolah-olah terlalu fanatik dengan jamal. ibaratnya sampaikan korang mengakui bahawa kentut jamal tu harum dan korang sanggup dan ingin sangat menghirup aromanya. jamal tak ada cacat cela langsung pada korang.

      korang kena ingat, jamal tu manusia biasa macam kita jugak. ada salah silapnya. dan bukan semua lagu2nya best. mungkin banyak yg best tapi bukan semua sekali best.

      aku ni minat rock. aku pun minat kat wings. tapi aku akui betapa perangai diorang tu nauzubillah. awie, joe, black tu memang akhlak diorang teruk. tapi tak tahulah pula sekarang. dah tobat kot. tapi aku memang menyampah perangai diorang.

      pesanan aku pada kita semua, kalau minat sangat kat mana2 artis, jangan la sampai kau kata “kentut atau berak diorang tu wangi”. itu dah over beb!

      ingat, aku bukan benci jamal. cuma aku menyampah dengan kefanatikan korang! tu jer!

    150. man tera Says:

      rilek la brader jaki… peace…

      inikan thread untuk peminat jamal… biasalah kalau orang dah minat… dia tetap la minat…

      pada saya, jamal memang penyanyi yg best…

      apapun kata2 brader jaki tu ada betulnya juga…

    151. jimi-whiteSnake Says:

      salam..
      anyway ini bloggers track utk jamal..x lah sampai semuanya wangi..yg baik kita ambil yg buruk kita jadikan sempadan.
      kalau nk diikutkan zaman2 kita muda dulu..saya x main rock2 melayu ni jika nk dbandingkan dgn muzik rock barat spt whitesnake.gun n roses,skid row.manowar,slayer,iron maiden,scorpions,loudness,metallica,motley crue dan sbg nya(berpuluh lg kalau nak bgtau koleksi yg saya ada)…kekuatan muzik dan vokalnya mmg jauh berbeza.Tp jaml ni bukan penyanyi rock.Dia cuma d gelar King of the Pops.kalau x silap saya Pengurus Produksi Warner Muzic Antarabangsa yg singgah ke KL dalam perjalanan ke Sydney pd thn 1998 pernah memuji kehebatan suara jamal yg kebetulan jamal sdg merakamkan suara..katanya”mungkin jamal berupaya bersaing dgn michael bolton andai kata diberi peluang utk merakamkan album di barat.” Nah! kan itu dah satu pengiktirafan besar buatnya. bukan saya nak mmperkecilkan dunia rock melayu kita..pokoknya kita berkomentar tentang vokal pop jamal abdillah. kalau nk bercerita tentang rock bolehla kita cari blog khas utk para rockers mcm saudara jaki jipang. boleh kita lyn pasal dunia rock. anyway berilah peluang pd fans jamal utk mereka berkomentar dlm blog yg d khaskan utk peminat jamal.
      Lg satu saya nak tau la..siapa lah agaknya penyanyi pop di malaysia ni yg boleh menandingi suara jamal.Waimah M.Nasir , Joe wings, arwah Samad lefthanded, man kidal,fauzi marzuki dan ahmad nawab sendiri mengakui masih belum nampak ada artis yang boleh menandingi suara jamal abdillah. WaulahuA’lam…
      apapun itu cuma pandangan peribadi saya….

    152. jimi-whiteSnake Says:

      nak citer pasal artis rock ni..masih segar dlm ingatan saya..
      ikon saya masa zaman2 jahiliah saya dulu2 ialah David Coverdale..vokal rock whiteSnake yg pernah popular dgn lagu soldier of fortune ketika masih dlm kumpulan rock deep-purple sebelum berhijrah bersama2 gitarist lagenda Steve- Vai menyertai whiteSnake.Rock melayu yg boleh saya terima waktu tu adalah kumpulan Rusty-Blade yg d gelar iron-maideen asia. time tu Search & wings belum buat album lagi.
      kagum dgn pemuzik2 spt khalid mobin,izan,leman karen,mat noor dan vokalist yg x asing pd masa itu..yantzen juniawan.itupun berasal dr singapore. apapun Search & wings masih kumpulan rock yg terbaik di malaysia buat masa ini. masih belum nmpak ada band rock yg boleh menandingi mereka (di malaysia).apapun syabass buat amy search yg mula menampakkan perubahan positif dlm hidupnye.Iktibar utk kita semua. ye la..takkan kita nk rock selamanya. tiada apa yg kekal selamanya melainkan Allah jua..wassalamm…

    153. jimi-whiteSnake Says:

      Teringat pesan ustaz masa sekolah dulu….
      ‘kalau kita bencikan perangai buruk seseorang itu..janganlah d maki @ dhambur dgn kata2 nista. sebaliknya berdoalah kpd tuhan agar diberikan hidayah @ pedoman untuknya agar ianya berubah”..
      InsyaAllah semuanya akan jd mudah.

    154. Syahmad Says:

      Salam tu semua pencinta seni tanah air dan peminat Jamal

      Ada benarnya kata-kata jaki jipang tu.. Kita tidaklah perlu fanatik sangat dengan Jamal sepertimana fanatiknya kelab-kelab penyokong sesetengah penyanyi lain (tidak semua juga). Itupun tidak semestinya salah penyanyi tersebut. Sebab itu juga saya agak keberatan (50/50 setuju) bila ada cadangan nak nak tubuhkan fan club Jamal sebelum ini.

      Rasanya cukuplah kita minat sendirisendiri dan sesama kita sahaja dan tak perlulah beria-ia sangat nak bersorak atau bersama-sama Jamal. Rasanya diapun tak begitu suka dipuji atau diagung-agungkan sebegitu rupa walaupun beliau sendiri menyedari bakat yang diberikan oleh Allah. Disebabkan sokongan peminatlah beliau terus memberi sumbangan (menyanyi dengan baik) kepada kita semua.

      Biarpun tidak semua lagunya menjadi popular dan jarang-jarang sekali beliau menerima anugerah tapi beliau tetap pasrah, tidak putus asa dan ikhlas memberi sumbangan yang cukup berharga untuk peminat beliau. Memadailah rasanya kita membeli album-album beliau dan menghadiri konsert-konsert beliau sebagai tanda sokongan kepada beliau.

      Biasalah setiap orang ada kelemahan. Saya pun tak setuju kalau kita kata kentut seseorang itu wangai melainkan nabi Muhamad yang sentiasa suci bersih. Sebagai orang yang ada serba sedikit ilmu agama seharusnya kita melihat segala kelemahan seseorang sebagai sempadan (jangan diikut) manakala segala kelebihan yang dimiliki oleh orang lain sebagai pedoman (sebagi contoh kita contohi usaha gigih dan semangatnya) dan ingatan (betapa besarnya keagungan yanh Maha Pencipta).

      Dalam kes Jamal ini kita sendiri tahu buruk baiknya dan biarlah Allah sahaja yang menentukannya. Begitu juga dengan nasib kita di dunia mahupun di akhirat sana tak siapapun tahu kesudahanya. Janganlah disebabkan keburukan atau kesilapan yang beliau lakukan sebelum ini mahupun yang akan datang yang kita sendiri tak pasti, kita menghukum beliau. Kita patut terus menghargai bakat yang beliau miliki itu selama-lamanya kerana itu adalah anugerah sebahagian dari nikmat Allah didunia ini untuk kita boleh pergunakan untuk mengingati kebesaran ilahi.

      Bagi saya suara Jamal memang yang terbaik buat masa ini dan boleh membuat diri saya dekat kepada Allah. Tak tahulah saya kepada pandangan orang lain. Disamping itu saya juga meminati lagu-lagu lain dan artis lain seperti mana saya katakan sebelum ini termasuk juga kumpulan rok tertentu yang jelas berkarisma dan konsisten seperti Search, Wing, Alleycats, Spring, The Beatles dan banyak lagi dan selalu juga saya nyanyikan semasa karoeke.

      Sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari dari tidak menyukai sesuatu begitu juga sesetengah artis mahupun rentak lagu. Itu semua begantung kepada persepsi kita serta ilmu dalam diri. Sebagai contoh dulu saya sangan benci dengan rock yang agak bising tetapi lama-kelamaan bila kerap disiarkan di radio dan menjadi popular kita mula cuba mencari kenapa orang berminat dan mula mencari apakah keistimewaannya. Selepas menghayatinya bertahun-tahun barulah saya boleh menerima genre rock ini dan hampir semua irama yang ada masa kini. Cuma secara peratusan sudah pastilah saya paling kerap mendengar lagu-lagu Jamal dan yang kedua adalah lagu-lagu nasyid (terutama Hijjaz).

      Saya tak pernah mengutuk jika ada yang memasang atau menyanyikan sebarang lagu lain semasa bersama saya. Bahkan saya lebih suka mendengar atau menyanyikan lagu-lagu yang saya minati seorang diri tanpa menggangu orang lain kerana saya tahu bukan semua minat Jamal. Bahkan bukan semua suka mendengar nasyid, laungan azan, ceramah agama mahupun bacaan al-Quran. Kalau saya nak buat perbandinganpun biarlah sesama orang yang memiliki
      minat yang sama dengan kita.

      Untuk itu, saya mohon maaf (juga mewakili peminat Jamal semua) sekiranya blog ini dibaca oleh bukan peminat Jamal. Bukan niat saya untuk menyakiti mana-mana peminat penyanyi lain yang kebetulan membaca blog ini. Saya juga menyeru semua peminat Jamal agar tidak terlalu fanatik dan lebih berhati-hati mengeluarakan kata-kata selepas ini.

      Sekian dulu untuk semua peminat seni tanah air tercinta. Jumpa lagi di lain kali InsyaAllah.

      Assalamu’alaikum.

    155. abang im Says:

      salam persaudraan,
      alhamdulillah saya ingin meluahkan seperti yang syahmad ketengahkan itu.subhanAllah macam serupa saja apa yang terbuku dalam benak dan minda.Syahmad dah luahkan;tak payah saya perkatakan lagi atau ada orang yang nak menafikan hakikat kejadian Allah?
      Bagus juga kita ada orang macam jaki jipang untuk bagi peringatan.Kita manusia.Faham2 lah apa makna “manusia”
      ……………baru saja selesai preview album baru jamal ni.Tahniah untuk jamal & crew pembikinan…ada pelbagai unsur rock,jazz,masri arab.saya setuju juga pandangan syahmad 23.4.2009 …betullah tu…boleh tahan syahmad bagi komen

    156. Mann Says:

      assalamualaikum……..
      kepada semua peminat2 bro jamal terutama abg im , bro syamad , jaki dan lain lain…..
      Maaf kalau saya keterlaluan atau menyinggung perasaan mana mana pihak….ini adalah sekadar komen biasa untuk sama sama kita renungkan seketika…..
      Apa jua komen atau pandangan dalam blog ini adalah untuk meningkatkan lagi mutu sesetengah artis jika ia membaca luahan peminat2 beliau dalam blog ini.
      Pada saya, segala pernah berlaku didepan mata….semasa beliau mengadakan konsert di istana budaya,selepas itu minggu setiausaha di quality hotel kemudian beliau dengan relahati untuk masuk ke PENGASIH selepas itu beliau mengadakan konset di pulau pinang tribute tuk p.ramlee setelah itu beliau mengadakan konsert amal kasih bersama saleem setelah itu beliau teruskan perjuangan beliau untuk menghasilkan album terbaru khas untuk peminat beliau….
      Saya bukan lah rapat ngan beliau tetapi saya pernah bersama beliau selepas beliau berada di PENGASIH…..
      Apa yang saya tau dan saya nampak adalah satu nur yang sedang menerangi beliau setelah 30 tahun mengharungi kehidupan yang serba kekurangan walaupun beliau sebenarnya satu permata yang sukar untuk diganti…..
      30 tahun bukan satu jangkamasa yang singkat untuk berubah sekelip mata…..beliau menyahut cabaran itu dan menyedari inilah peluang terakhir beliau untuk berbuat sesuatu untuk mengembalikan kepercayaan peminat dan membalas segala kesetiaan mereka….itulah yang selalu diucapkan beliau……manusia mana yang tak buat silap dalam dunia ini……begitu juga beliau yang selalu membuat silap yang sama sehinggakan peminat dah x heran samada beliau ingin berubah atau tidak ….. terpulang lah pd beliau.
      Tapi semangat beliau tak pernah putus untuk berubah dan berusaha untuk membalas kepercayaan peminat.
      Lihatlah apa yang berlaku sekarang…….apa yang peminat JAMAL ABDILLAH nampak pada beliau sekarang…..
      JAMAL ABDILLAH sekarang tidak lagi menipu peminatnye… kita sendiri boleh nampak keihklasan dan kejujuran beliau berkarya dan menyampaikan semua lagu2 beliau setiap kali konsert…. “Apa Lagi” yang hendak dikatakan….. setelah 30 tahun beliau ade peminat yang tak pernah beliau ‘nampak’ sekarang tibalah masanya beliau nak ‘tengok’ betulkah beliau ade peminat…..kehidupan seseorang artis itu bergantung kepada peminat nye selain kententuan ilahi……dimana khazanah2 beliau lagi selain yang ade pada peminat yang berpuluh2 tahun meminati…. saya bukanlah peminat beliau secara 100% tapi saya mula meminati beliau setelah melihat secara live kesungguhan beliau untuk berubah dan pesonaliti beliau yang amat menarik dan lain dari apa yang saya sangkakan…alhamdulillah sekarang beliau telah kembali ke landasan yang tepat dan betul dan dengan itulah penubuhan kelab peminat beliau adalah untuk memberitahu tanahair yang penyanyi kesayangan mereka telah bersedia untuk kembali bersaing dalam dunia hiburan…..Fikirkanlah…. Bukan fanatik cuma apa yang saya rasa kaset jamal abdillah tahun 1981 takkan ade pada peminat wings atau search dan itulah khazanah yang bakal menjadi kenangan2 peminat JAMAL ABDILLAH setelah beliau takde lagi di dunia ini….insyaallah…..kepada semua peminat ingatlah kita yang beri kekuatan kepada beliau untuk berubah dan beliau perlu tahu yang kita sentiasa bersama beliau……… Akhirkata saya mohon maaf jika keterlaluan kata…apa yang saya ingin sampaikan ini sekadar untuk renungan sahaja dan apa yang saya dah lalui bersama bro jamal sampai sekarang….. TAKKAN HILANG CINTA JAMAL ABDILLAH KEPADA PEMINATNYE…..Assalamualaikum.

    157. jimi-whiteSnake Says:

      Mann..
      wa salute sama lu…

    158. Mirza Says:

      Tahniah…Mann,kata 2 positif seperti inilah yg diperlukan kepada Jamal Abdillah untuk terus menyanyi dan berkarya…..

    159. Mirza Says:

      Saya memang minat pada suara Jamal Abdillah,sejak dari tingkatan 3 hinggalah sekarang,,,,,tak pernah tgk persembahan secara live ,bukan apa keadaan tak mengizinkan untuk berbuat begitu….harap dgr dr cd atau kaset je la…..

    160. abang im Says:

      salam…apa sahaja komen yang manis dan pahit ..yang penting ianya sebagai peringatan dan renungan bersama.
      setelah preview album jamal berkali-kali..maka untuk kali kedua saya ucapkan TAHNIAH kepada JAMAL N team pembikinan album “tak hilang cinta…”.
      Apa yang dapat saya katakan:
      1 album ini suatu KELAINAN yang sukar kedapatan pada penyanyi lain KERANA unsur-unsur irama di dalamnya terdapat
      BALADA,ROCK,DANGDUT,ARAB,LATIN,JAZZ,BLUES…apa lagi ya?
      2 “APA LAGI” mula disukai kanak-kanak pun !
      3 sedar x sedar,lirik separuh kedua “DI MANA AKHIRNYA” berbentuk separa nasyid (kontemporari).
      Kalau lagu “SYUKUR” itu memang 100% nasyid (pengaduan terhadap Ilahi).Jamal pernah nyanyi lagu TUHAN (Broery) di TV.Wau cantiiiik..Saya faham apa maksud Jamal dia tak nak nyanyi lagu nasyid…TAPI saya yakin kalau diberi lirik seperti lagu SYUKUR ..nah itu memang di setuju.Saya yakin.
      4 beberapa lagu berupa kesinambungan daripada lagu-lagu sebelum ini :
      contoh:CINTA DUA DARJAT menurut pendengaran saya kesinambungan melodi AZURA dan PERJALANANKU
      AKULAH KEKASIHMU..kesinambungan album JAMAL
      (itu pendapat saya..kalu tak betui jangan mare)
      5 menurut hemat saya juaga,ALBUM INI BOLEH DICUBA PROMO KELUAR NEGERI,…study mana penduduk yang minat blues/latin…nah cuba! Tak cuba belum tau..u tengok datuk shake boleh boom di peranchis….
      MAAF APA-APA YANG mengganggu minda anda.
      Salam hormat untuk peminat dan bukan peminat.

    161. Mann Says:

      Pengumuman:
      Bro Jamal sedang mencari sponsor untuk Konsert Jamal…..Kembara Seniman di Istana Budaya sekiranye ade sesapa peminat Jamal Abdillah yang boleh membantu dalam merealisasikan impian Bro Jamal amatlah di alu-alukan….sebarang feedback boleh hubungi saya terus 0123752090…..kita boleh bincang dengan Bro Jamal terus….insyaallah….
      TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN PEMINAT JAMAL ABDILLAH SEMUA…….

    162. abang im Says:

      salam…naik pelik juga saya.selalunya (sebelum ini) bila album jamal terbaru muncul,pulak on air di radio…ini jarang-jarang.
      Melalui radio BELUM PERNAH saya dengar.tak taulah saya walhal setahu saya dejay-dejay TOP di situ peminat jamal…entahlah apa dah jadi.
      Teringat saya nasib seniman agung P RAMLEE.masa dia hidup, malaysia MACAM tak peduli…dah tak ada baru nak bagi….ops SENSITIF ka saya cakap ni? MOHON AMPUN kalau ada sesiapa tersinggung.
      NIAT saya tak begitu.Sukalah saya tengok KAHAZANAH SENI yang bermutu tidak dipersia-sia……kalau dapat jmpa MANN dpt juga bincang nak bagi idea.sygnya saya di kuching

    163. Mann Says:

      salam abg im………
      betul tu ….. mann setuju sangat……….
      apa pun setakat ni mann baru dengar lagu TAK HILANG CINTA dalam SINAR FM je yang putarkan lagu bro jamal…….
      harap2 dapat dengar dari stesen lain jugak…
      insyaallah

    164. bard ryu Says:

      askm semua…
      sy bard, salah seorang peminat setia jamal..sy hanya minat dan dengar lagu jamal saje sepanjang hidup sy…sy seronok sgt2 dapat join blog ni..da lame mencari blog seperti ni..sy da bace semua komen2 korang, sy bersetuju sgt2 kalau kite buat fan club jamal..beliau seorang penyanyi yg vokalnya tiada tandingan, tp syg xde sape pun yg nak tubuhkan fan club dia..sy terkilan la jgak,sbb artis2 lain walaupun suara ntah kemana tp ada fan club sendiri..kepada abg im sy pun nak jgk dgr2 lagu2 seperti simfoni sepi tu, sy xpnh dgr pun..lg pulak sy baru 23tahun.

      xlame lagi jamal nak buat konsert,harap2 ramai yang dtg tgk..rugi kalau xtgk..bagi sy beliau mmg layak digelar penyanyi nombor 1 negara, bukannya mawi.. kepada akak yang request album seniman menangis tu,sy ada album dia..sy da convert ke cd…

      sy da kol cik mokhtaza td, dia gtw sy yang warner music akan keluarkan album khas sempena 30tahun jamal dalam industri..album tu mungkin akan diselitkan lagu simfoni sepi dan jamal akan rakam lagu2 baru,mgkin lagu2 klasik…warner juga akan keluarkan vcd bagi lagu2 jamal yg xde video klip, tp buat masa sekarang jamal busy, mgkin lepas ni jamal akan shoot utk video klip2 tu..

      kepada abang im sy nak request video2 jamal kat t.v dulu, sy pun teringin juga nak tgk sebenarnya…sekian dulu daripada sy…apa-apa pertanyaan sila email sy di rider_rx10@yahoo.com..

      same2 lah kite tubuhkan fan club jamal ni dan kite cube tlg realisasikan impian jamal ntk berduet dengan datuk siti dalam album..tq dan assalamualaikum

    165. abangim Says:

      salam…nak tubuh fan clun jamal ni kena kontak jamal sndri.Ambik senarai sapa2 yang nak hadir.Berkumpul suatu tempat.JAMAL SENDIRI SANGGUP HADIR bersama pihak syarikat WARNER + Pengasih + sekuriti + permit polis.Ada sponsor.Tak perlu besar sangat.Ada jualan cd/vcd jamal ORI….haaa…ni yang buat jamal tak menang tangan jelajah seluruh malaysia.Saya yakin kalu di buat kat mana-mana super market…..sesak jadinya.
      Kpd bro Bard ryu…saya tak ada video klip jml di tv tu,,,saya cuma pernah tngok…misalnya di nyanyi lagu “kembalilah” versi melayu+tamil+….arkib rtm ada simpan kot…itulah kalau ada fan club mungkin benda ni jadi lebih accessible….nak buat beberapa kerat tenaga memang susah..kena kumpul bbrp fan kuat…korban masa/belanja minum sikit…..kumpul….bincang….stuju…ON laaaa.Kalau tidak LUPAKAN SAJA….ATAU…. saya ada idea lain…itu JAMAL sendiri kena jumpa saya..saya tak minta apa2 demand RM..jgn risau

    166. Syahmad Says:

      Salam semua.. lama tak jumpa.. sibuk sikit bulan ni.

      Selamat datang juga kepada “bard ryu”..

      Memang dah nasib agaknya lagu-lagu Jamal ni jarang diputar di radio-radio kita. yang jelas ketaranya sejak album Seratan Kasih dahulu lagi. Tu pun nasib baik ada lagu Ghazal Untuk Rabiah masuk dalam muzik-muzik. Itupun mungkin sebab ade M.Nasir berduet dengan Jamal. Kalau solo tak tau ljuga, Sedangkan kita sedia tahu banyak lagu yang hebat dalam album ini. antaranya Di Sudut Kamar Hatiku yang menjadi popular kemudianya setelah kerap dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi koroeke yang mungkin peminat beliau juga. Album selepas itu seperti Samrah, dan Segala Cinta juga mengalami nasib yang serupa. Pada saya album ‘Segala Cinta’ dan Tak Hilang Cinta tidak berbeza sangat. Masing-masing ada kekuatan yang tersendiri walaupun hanya 1 atau 2 lagu saja diputarkan di radio. Sedangkan sebenarnya banyak lagi lagu yang sedap didengar dari kedua album ini. Dalam album Segala Cinta pun Jamal ada mencipta 3 lagu yang saya anggap cukup baik iaitu Nirmala Cintaku. Nyanyian Sunyi dan Ya Tawab (Kasih Sejati). Sedih juga ade pengkiritik album di sebuah akhbar baru-baru ini sekadar melabelkan album ini ke tahap 2 1/2 bintang je. Entah ape yang di nilai saypun tak tau. Tapi tak pe lah kita anggaplah pengkritik sebegini memang bukan peminat beliau mahupun ahli seni yang profesional. Jika komen itu datang dari seniman unggul seperti Dato’ Ahmad Nawab, S. Atas, Fauzi Marzuki, Ramli M.S, M. Nasir, S.M Salem dan beberapa komposer lagi rasanya kritikalnya mungkin berbeza sama sekali dan seandainya di label 2 atau 3 bintang sekalipun, ia pastinya dengan alasan yang wajar khususnya dari segi lagu dan baru kita boleh anggap ia sebagai kritikan yang membina. Itu pendapat saya lah.. maaflah kalau say silap.

      Berkenaan dengan lagu beliau yang jarang diputarkan sekarang ni saya pun tak berani nak komen panjang-pangjang. Mungkin dia orang bimbang penyanyi baru yang terlau ramai sekarang ini tak mendapat tempat di hati peminat kalau terlalu banyak lagu-lagu Jamal diputarkan. Atau mungkin juga DJ yang ada sekarang memang mempunyai cita rasa berbeza dengan peminat Jamal semua.

      Apapun . Lagu Jamal tetap popular di hati saya .. hampirv setiap hari saya dengar..

      Sekian jumpa lagi..

      Assalamu’alaikum..

    167. bard ryu Says:

      salam semua
      time kasih sy ucapkan kpd bro syahmad..

      semalam sy tgk jamal kt tv.3..ternyata jamal still the best..

      sy setuju benar dengan pe bro syahmad ckpkan tu…byk lagu-lagu jamal yang hit dan boleh jadi juara kalau masuk muzik-muzik, tp mungkin ada pihak-pihak yang irihati dengan jamal kot…sy cume harapkan lagu tak hilang cinta dicalonkan dalam muzik-muzik dan biar lagu tu masuk ke final…baru gempak skit.

      menyentuh pasal radio ni, selain radio milik kerajaan, radio sinar dan suria fm saje yang selalu mainkan lagu-lagu baru jamal..sy puji d.j2 kat situ..radio era dan hot f.m hampeh…rupenye carta 30 era & hot fm tu ada konspirasi dalaman..semua lagu tu bukan undian peminat tetapi diorang sendiri yang aturkan..tujuan dia nak naikkan penyanyi tersebut(dapat tau dari sumber-sumber yang boleh dipercayai)…kalau lagu tu sedap xpela….sy terkilan dengan akhbar baru-baru ni…rating jamal hanya 2bintang saje… kalau album lain lagi2 album dari seberang, ratingnya melampau-lampau…diorang ni bukannya penilai muzik pun…len la kalau sifu jamal sendiri yang bagi komen (Dato ahmad nawab)…

      sy dok cari kat internet kot2 ada lagi video2 jamal tahun 80an & 90an dulu, tp xbyk sgt..harap2 kalau kengkawan lain atau syahmad sendiri ada kirimkan la kat sy…

      setakat ni dulu nukilan sy, jmpe lagi..bye

      p/s–harap jamal nynyi lagu2 dalam album untukmu seperti deru,dimana teman seperjuangan,& hingga tiba saat itu time konsert nanti..

    168. Mann Says:

      assalamualaikkum………
      Kepada sesapa yang inginkan tiket KONSERT JAMAL……KEMBARA SENIMAN boleh menghubungi saya terus di talian 0123752090 untuk mendapatkan tiket dan maklumat lanjut………samalh kita menyokong usaha bro jamal……

    169. Mirza Says:

      27 Jun Jamal Abdillah akan buat show di SEK.MEN.TEKNIK SG BULOH SELANGOR JAM 2 PETANG.Tak dapat juga tgk walaupun dekat.Nak buat cam ne….ada hal lain yg lebih mustahak.

    170. Syahmad Says:

      Salam semua.. lamanya tak jengok laman ni. sibuk sangat sekarang ni..

      InsyaAllah saya akan datang konsert tu nanti.

      Memang saya tak boleh lagi nak joint kerap sangat laman ni sebab ada arahan baru-baru ni agar kakitangan kerajaan tidak salh guna kemudahan internet ni. so lepas ni mungkin say kene pergi cyber cafe atau beli broadband sendiri untuk sembang dengan u all lagi. So maaf le kalau lama sangat tak baca email say. apa pun Jamal still the best.

    171. ayip Says:

      Salam semua, saya merupakan peminat abg jamal. Skrg ini abg jamal sedang sibuk menjalani latihan untuk konsert muzikalnya ‘Kembara Seni Jamal Abdillah’ atau ‘Kembara Seniman Jamal Abdillah’ yang memerlukan budget yang besar utk sponsor. Saya ada juga bertanya pada kwn2 saya yang ada kenalan kepada orang2 yang berada untuk memberikanlah kerjasama atau sponsor kepada abg jamal kita ini, kerana beliau merupakan 1 LAGENDA selepas P.RAMLEE. Namun untuk meminta duit orang ni mestilah banyak alasannya. Kalau saya kayalah.. confirm saya akan sponsor sepanjang konsert muzikal abg jamal ini berlaku. Apa2 saya tetap menyokong abg jamal abdillah selamanya..

    172. jimi-whiteSnake Says:

      Salamm..
      harap2 sejahtera semuanya..
      lama saya x mencelah..bukannya x melayari..hari2 jenguk.
      cuma x tinggalkan komen sajer..
      nak tanyer sikit la pd mereka yg tahu…kenapakah agaknya kak ogy kita nenarik diri selaku pengarah teater muzikal dlm konsert seniman jamal abdillah.sbb bg saya inilah gandingan
      yg ditunggu2 oleh kebanyakan peminatnya..betul tak?

    173. along sg tua. Says:

      salam,abg jamal..sy peminat abg,smpaikan sy nyanyi pun semua lg2 abg la…tp ade 1 lg abg yg sy x pernah putus utk sy nyanyikan..kat sini sy nk tanye,mcm mane teknik abg kwl pernfasan n suara ketika menyanyi..?

    174. abangim Says:

      salam persaudaraan,
      kalau saya banyak duit sekarang gak ambik jamal buat show ke kuching..he he he jangan mare
      syahmad/mana2 fan kuat jamal, kalau terbang ke kuching…kontek saya…kita pekena kopi o di bandar kuching

    175. abangim Says:

      1 agaknya ogy terlalu sibuk
      atau
      2 tak mampu lagi nak nyanyi lagu tu…jgn mare ogy..maklum le lama x nyanyi..

    176. Mann Says:

      terima kasih kepada semua peminat yang telah pergi menonton kembara seniman jamal abdillah….. sokongan anda amat berharga pada abg jamal

    177. jimi-whiteSnake Says:

      Lama dah beli ticket tp x dapat pegi.
      Org tua sakit tenat…terpaksa pass ticket tu kat mmber..
      Melepasss…Tp x pe..mesti ada hikmah dsebalik tu..

    178. Syahmad Says:

      salam semua..

      Saya dah tengok konsertu pada malam pertama lagi. Dari putrajaya saya naik ERL, Putra LRT dan Star LRT kemudian jalan kaki beberapa km ke IB. Akhirnya sampai juga.. Tak sabar rasanya nak saksikan konsert yang dinantikan itu.

      Alhamdulillah .. segala penat dan lapar hilang sebaik sahaja menyaksikan konsert ini. Sungguh hebat sehingga tidak dapat dibayangkan kehebatan suaranya itu.. Kalau ade yang bertanya, saya sendiripun tak tau nak terangkan bagaimana terhiburnya hati saya pada malam itu kepada mereka.. Kalau nak ikutkan hati nak pegi lagi pada malam-malam seterusnya terutamanya pada malam terkahir kerana pada setiap malam pasti ade seeba sedikit kelainan dan keunikan yang tersendiri. Tapi tak cukup budget dan takut jatuh membazir pulak… Jadinya terpaksalah akur dengan one night only.. Apapun tahniah buat Jamal Abdillah atas persembahan yang terhebat pernah saya saksikan setakat ini. Kesalahan kecil seperti tersilap masuk , lupa lirik dan sebagainya itu memang lumrah manusia biasa. Kalau boleh memang saya dn peminat ingin sangat agar Jamal tak buat sebarang kesilapan. Namun apa kan daya beliau telah mencuba tapi masih berlaku juga sedikit kesilapan tetapi beliau serta pasukan pemuzik bijak menutupnya dengan tenang dan dibantu dengan alunan suaranya yang mengasyikkan itu. .. mungkin lain kali akan tiba jua masanya Jamal akan dapat juga laksanakan konsert yang lebih sempurna di masa akan datang. Apapun Jamal memang hebat..

      Tak lupa . TQ dan tahniah kepada peminat yang pergi memberi sokongan kepada beliau pada 5 malam tersebut.

      Sekian dulu .

      Bye. wassalm.

    179. I.Z Says:

      abg mann, tq krn melayan sy malam tu…personally sy suka dengan cara abg mann…

      sy g tgk 2 hari berturut2 tp ternyata sy xpuas lagi sebenarnye..rase mcm nak lagi tgk abg jamal nynyi..y kagum dgn insan bernama JAMAL ABDILLAH, kerana beliau mmg superhuman…boleh menynyni 6malam berturut2 (termasuk raptai penuh), da la semua lagu yang dinynyikan tu semuanya bernada tinggi…sy mmg tabik spring la ntk abg jamal…sy harap pihak bintang channel, Warner Music & RTM dapat bekerjasama ntk terbitkan VCD penuh konsert kembara jamal…bole la kami ni buat kenangan…sy bagi 5 bintang utk konsert abg jamal…mmg sy berpuashati la…malam tu dato siti pun dtg tgk tau…abg mann, abg jamal ada perancangan nak berduet dgm dato siti dalam album ke??? abg mann, sampaikan ucapan salam tanhiah kepada beliau, kami bangga menjadi peminat jamal dan sentiasa akan menyokong beliau, sebab jamal adalah penyanyi nombor 1 Malaysia bagi sy…Sesungguhnya kehebatan beliau tiada tandingannya…itulah jamal abdillah, walaupun tanpa tajaan beliau tetap laku…

    180. Mann Says:

      terima kasih iz…… saya tgh sibuk buat post moterm ni….heheheh…. iz ok x? peminat no 1 kot…. sori x dapat layan iz malam tu lama2 sebab sibuk sangat. maklum lah one man show….hehehehe… ni dah selesai baru rasa lega…. insyaallah cd mungkin akan dikeluarkan selepas tayangan dalam rtm sempena hari raya nanti…. projek terbaru???? mmmmm… dalam perancangan…. tengok lah kalau xde ape2 mgkn akan keluar KEMBARA SENIMAN 2…..heheheh… insyaallah…doakanlah…. lebih padat lebih mantap lebih lama lagi…hehehehe….thanks iz… mungkin ade rakaman semula album2 lama abg jamal versi live….tapi masih dalam perbincangan lagi….harap bersabar…smekom….

    181. I.Z Says:

      sy ok lagi bro mann…xpe, lagipun seronok jgak dapat kenal dgn bro mann.. sy mmg xsbr nak tgu cd konsert tu kuar…

      yeke…best r cmni, tp harap2 abg jamal dapat nynyi lagu2 dalam album seniman menangis pulak..

      jamal nak rakam semula lagu2 lama versi live ke??? nanti sy cadangkan lagu2 yang patut dia rakam semula dkt bro mann untuk dicadangkan kepada jamal…ok x???hehehe…

      Bro kalau boleh suruh abg jamal rakam lagu2 khayal & penyair (dlloyd), Gobok cinta, hancurlah istana cinta (A.ramlie), lagu2 A.Rafiq, pastu lagu2 lama yang lain yang sedap2…sy nak gak dgr versi jamal pulak…hehe…bro mann ada simpanan nynyian @ video live jamal yang lain x??? sy nak mintak satu salinan untuk simpanan peribadi…bole x???

    182. warispatinggi Says:

      dalam akhbar UM,kite terbaca kononnya jamal berkata..” akan terus menyanyi walaupun dunia tonggang terbalik….”
      jangan begitu jamal,dunia tonggang terbalik tu maknanya dunia nak kiamat…engkau terus nak nyanyi jugak?
      nak lawan kuasa Tuhan?
      harap2 itu bukan u kata.Kalau u benar kata,harap2 u tobat laa.Hati2 berkata.Banyak orang tersungkur kerana silap berkata dan tak mau mengaku silap.Kerana silap kata gak peminat bisa lari walaupun sora u sedap.Ambik positif aku punya kata2 nih.

    183. warispatinggi Says:

      4.10.2009 kawan kita,abang im bersama jamal on stage di sarawak….wau bukan main abang im kena test vocal power.Abang im telah jemput seorang YB lancarkan Jamal’sFan Club Sarawak.Apapun itu langkah pertama….dengarnya JFC akan dibuat lebih kemas selepas ini bersama YB .
      Waris ucapkan berbanyak terima kasih atas usaha VIP berkenaan…sudah tentu juga kepada jamal,mail dan mann…

    184. rohaizayani Says:

      Salam utk suma peminat Jamal..Sampai sekarang saya masih mencari album ‘SENIMAN MENANGIS’ Jamal Abdillah keluaran tahun 1990 utk koleksi saya. Sesapa yang ada full album SENIMAN MENANGIS tu bolehlah emailkan kepada saya …rohaiza29@yahoo.com. TOLONG YE PEMINAT JAMAL SUMA. TQ.

    185. warispatinggi Says:

      dengar2 jamal akan diterbangkan ke kuching untuk pelancaran jamal’s fan club …bila? entah…mudah-mudahan akan jadi realiti

    186. mann Says:

      salam abg im, iz,warispatinggi….
      terimakasih kerana menyokong bro jamal….
      insyaallah mmg ade perancangan cume belum teliti lagi…
      mungkin nanti ada perbincangan selanjutnya…insyaallah
      rohaizayani…..u blh mintak iz emailkan pada u full album seniman menangis….kalau x dapat nanti mintak kat i k….
      salam semua….assalamualaikum.

    187. zack Says:

      salam semua

      sy merupakan fan fanatik jamal abdillah, tp baru2 ni sy kecewa tgk jamal kt tv… kecewa sgt2, sbb jamal asyik bawak lagu yg same setiap kali muncul dlm tv atau mana2 show..

      xabs2 dgn lagu aku penghibur… sy da muak dgr lagu tu…harap kpd sesiapa yg rapat dgn jamal tlg sampaikan nasihat sy ni, sy bkn nak memnburukkan jamal, sy syg kan jamal, cme lain kali cbe bwk lagu lain…lagu dalam album baru pun jamal jrg bawak… lagi satu tlg calonkan lagu dalam album baru jamal dalam muzik2 ke hits 1 ke…sy nak tgk jamal kembali beraksi dalam anugerah juara lagu…

    188. zu ipd Says:

      abang.. saya nak senarai lagu jamal dari album pertama hingga terkini… terima kasih.

    189. iz Says:

      zu, nak senarai lagu je ke atau nak koleksi lagu2 jamal???

      klu nak senarai t sy bg dr first album smpai new album

    190. najlah mohd idros Says:

      assalamuailkum, saya peminat setia Jamal. Bukan kerana saya sekampong dengannya, tapi kerana VOKAL nya yang mantap. Saya kenal Jamal bukan baru setahun dua, tapi sejak Jamal dibangku sekolah rendah lagi. Jamal bersekolah rendah di SK Sultan Idris II, Teluk Intan. Bersekolah menengah di SMK Seri Perak. Saya pernah bermain angklong dan Jamal menyanyi. Kami persembahkan di Istana Sultan Perak Kuala Kangsar sewaktu menyambut keputeraan baginda pd tahun 1972.
      Saya kalongkan puji-pujian ini kepada Jamal bukan kerana dia sekampong dgn saya, TETAPI kerana vokalnya yang mantap dan masih bertahan hingga kin. Sehingga hari ini saya tak nampak lagi artis lelaki yang dapat mengatasi beliau. TERUSKAN JAMAL, KAK NAJLAH TETAP MENYOKONG-. MU DAN JGN PEDULI APA ORANG KATA.
      Saya dah lama tunggu blog macm ni. Baru hari ni dapat. Alangkah seronoknya rasa hati. Terima kasih Nasron.

    191. Arif 89' Says:

      Abg Man.
      Semasa di Konsert Jamal di IB baru ni saya ada membeli sebuah buku biografi yang berjodol Jalan Lain Ke Sana. Dalam buku tu ada ruangan ‘Coretan Dari Mereka Yang Mengenaliku’ termasuk dua orang bekas isteri dan seseorang yang dianggap Jamal sebagai rakan baiknya yang hanya dikenalkan sebagai Kamal. Adakah itu Abg Man yg sebenarnya?

    192. Arif 89' Says:

      Salam kepada semua peminat Jamal…….
      pertama sekali nak ucapkan syabas kepada anda yang memperlihatkan sokongan kepada lagenda seni kita, Jamal dan sekalung penghargaan kepada blog ini. Saya baru jer terjumpa blog ini dan kebetulan sy juga adalah peminat beliau. Best la kalian semua, punya pandangan sama seperti sy mengenai diri dan anugerah Tuhan kepada Jamal. Sebelum ni saya hanya menjenguk blog milik Fathil jer. Saya berpeluang menonton konsert Jamal yang terbaru di IB baru2 ni, memang hebat dan tak salah kalian semua memperlihatkan sokongan kepada beliau. Untuk pengetahuan semua Jamal ada menerbitkan sebuah biografi tentang dirinya yang berjodol Jalan Lain Ke Sana dan ianya ada dijual semasa saya hadir menonton konsertnya di IB baru2 ni (sy pun dh beli). Kepada Bro Mann saya harap dapat memperkenalkan biografi Jamal tersebut kpd semua member2 kita di blog ni. Melalui biografi tersebut kita berpeluang utk mengenali insan yg rapat dengan Jamal seterusnya mendapat lebih banyak info mengenai dirinya.
      Kepada pemilik blog ini tak lupa sy nk ucap syabas atas usaha anda yg bagi sy bukan usaha sia2 krn Jamal adalah anugerah Tuhan kpd kita semua. Wassallam…………

    193. adeeba Says:

      salam ..buat semua peminat jamal abdillah..saya peminat setia jamal dan membesar ngan lagu2 nya. sepi seorg perindu adalah lagu cinta kami berdua..hingga kini saya dan suami berkongsi lagu cinta tu bersama..

    194. Safrizal Noordin Says:

      Saya masih lagi ingat ketika itu saya sudah tamat duduki peperiksaan MCE/SPM pada hujung bulan November 1979 dan dapat menonton Abang Jamal menyanyi di kaca TV selepas pulang ke kampung dari duduk asrama sekolah di Kampong Pandan, Kuala Lumpur. Semasa duduk asrama tika itu memang tidak dibenarkan menonton tv kecuali pada hari sabtu sahaja, sebab itu saya tak dapat follow peringkat-peringkat pertandingan bintang RTM 1979 setelah balik ke kampong, barulah dapat tonton dan pada peringkat separuh akhir Bintang RTM, begitu saya terpegun melihat Abang Jamal menyanyikan lagu ‘Janjimu’ dari album pertama Khatihjah Ibrahim, suaranya merdu sekali dengan gaya tersendiri dan ‘Lancang Kuning’ lagu keduanya kepunyaan Eddie Silitongga, yang saya sedari penyanyi itu adalah idola Abang Jamal. Lagu itu dan satu lagi ‘Cinta dan Tangis’ ada dimuatkan di dalam album ‘Keluhan Perantau’ Abang Jamal dan memang lagu-lagu kepunyaan Eddie. Sejak itulah saya terus meminati bakat Abang JAmal dan mengesyaki kejayaan besarnya di dalam bidang nyanyian. Semoga Abang Jamal terus maju dan dipanjangkan hayat.

    195. Kamal K Says:

      aku bukan minat sgt dgn cerita2 artis yang loya2 semuanya
      tapi dlm ramai2 dlm youtube ni
      dah umur 43thn ,walau aku specialist dlm IT tapi tak pernah nengok youtube bile ada kawan Ezry namanye dia tunjuk konsert youtube jamal,asyik kat jamal jugak youtube yang aku mainkan ,kene pulak kalau “Kasih Ibu” puhhhhhhh
      dia punye feeling bukan setakat suara terus aku tepon emak aku,rindu kat dia ,bukan dikatakan penyanyi tapi sesuai utk dendangan family juge………..dulu hanya dengar kat radio….

    196. gurlsz Says:

      Kepada semua peminat Jamal…….
      Setuju tk kalau sy katakan Jamal adalah penyanyi lelaki terulung negara.Bagi sy jamal m’nandingi p.ramlee dlm nyanyian,ttpi p.ramlee mampu m’pelbgikan karya seninya.Tdk ktrlaluan jika dkatkn slagi jamal masih ada tiada pnyanyi lelaki lain yg mampu m’ndingi nyanyian n suaranya.Jamal adlah lagenda kita…..

    197. iz Says:

      sy sokong awak gurlsz….Tan Sri P.Ramlee seorang seniman Agong, tp Jamal Abdillah adalah Seorang penyanyi yg xmampu ditandingi oleh mana2 penyanyi lelaki kerana suaranya yg mampu mencairkan lelaki & wanita… Setakat ini hanya suara & lagu2 Jamal sj yg bertakhta di hati sy & juga selama-lamanya

    198. warispatinggi Says:

      salam utk fan jamal semua,
      saya xplore ke ceruk negara luar…preview tone suara penyanyi-penyanyi luar tu…bagi saya malaysia bertuah punya p ramlee dan jamal abdillah…tone dua ikon tersohor ni lebih mengagumkan daripada kebanyakan penyanyi luar negara..
      ada juga saya jemput dia orang tonton youtube tentang seniman negara dan raja pop kita tu…..saya terkejut gak.Ada fan dari Israel simpan video nyanyian ghazal rabiah
      Memang suara p ramlee tersangaaat istimewa (jamal sendiri pun pernah mengaku.hal itu)..kedua-duanya tak usah nak banding..ada kelebihan masing-masing…bukan kah Tuhan jadikan sesuatu itu ada keserupaannya dalam angka “tujuh”.
      apapun yang penting kesemuanya mengingatkan kita bahawa Allah Maha Kaya…salam hormat

    199. Tengku Zhuemy Says:

      tolong dapatkan saya lagu seniman menangis 2 nyanyian jamal abdillah semasa konsert di istana budaya ari tu kerana dh bertahun sy mencari lagu tersebut tetapi masih tidak dapat lagi

    200. mael Says:

      salam semua…saya pun pemint setia jamal…..boleh dikatakan semua album jamal saya ada…cume album seniman menangis jer takde.(cover kulit itam,dulu ada kaset,tapi dah hilang)
      antara lagu2 jamal yg saye suka.
      1. sepi seorang perindu
      2. agungnya kecintaan
      3.ari mata pena
      4. semusim kasih di hujung rindu
      5. syukur
      6. kekasih awal dan akhir
      7. cinta hanya bayang2
      8. hingga tiba saat itu
      9. layang2
      10. antara yakin dan curiga
      11. apa lagi(album baru)
      12. di mana bayanganmu
      13. kau lupa janji
      14. kerlingan
      15. sekuntum bunga di taman hati
      16.simfoni sepi
      17. penghujung rindu
      dan lain-lain…..
      sekian terima kasih

    201. mael Says:

      selamat tahun baru buat abg jamal dan semua peminat jamal

    202. iz Says:

      bro mael, bro ada lagu simfoni sepi ke?? bole emailkan kat sy x?? ni email sy rider_rx10@yahoo.com…sy ada full album seniman menangis..sy bole emailkan lau bro atau sape2 lagi yg nak

    203. iz Says:

      salam semua
      kepada peminat setia jamal abdillah sila dapatkan album kompilasi Jamal yagng terbaru ‘Sakti Inspirasiku” suda berada dipasaran…dapatkan yang original… 2 cd harga rm29.90

    204. mael Says:

      Bro iz…takdelah lagu tu….sy pun cari lagu tu….bestkan lagu tu…

    205. mael Says:

      bro iz…leh emelkan lagu2 dalam album seniman menangis tak..ni emel saya…mealmh@yahoo.com

    206. iz Says:

      bro mael…sy da emailkan kat bro.. t balas email sy lau da dpt k

    207. mael Says:

      bro iz..saya dah dapat lagu seniman2 menangis…tq…nak tanya lagu dalam album sakti insprirasiku, ada lagu apa.

    208. anak Says:

      Kepada semua peminat jamal dan pengunjung blok ni…,Terus terang sebenarnya saya seorang yang cukup rapat secara peribadi dengan bro jamal yang sy panggil UNCLE JAMAL.Walaubagaimanapun saya kagum dengan kalian yang menyimpan semua koleksi lagu uncle jamal, di mana saya sendiri pun tidak memiliki kesemua koleksi lagu2 uncle jamal.banyak info tentang diri uncle yang saya simpan, namun tdk kesemuanya boleh saya dedahkan. setinggi penghargaan kepada pemilik blog dan peminat uncle jamal.

    209. shah Says:

      kepada Bro Mann
      seperti yang arif 89 nyatakan sy pun pernah mendengar mengenai biografi jamal. boleh ke Bro Mann nyatakan di mana boleh kita dpatkan biografi tersebut??

    210. mael Says:

      ye bro mann,,,saya pun nak dapatkan buku biografi tu…
      tapi kat mana.

    211. Safin Says:

      Salam semua peminat Jamal .. saya juga peminat Jamal sejak kecil lagi.. Mula meminati Jamal selepas mendengar nyanyian merdu beliau melalui lagu Tidurlah Permaisuri.

      Sebelum tu saya ade juga tengok Jamal dalam TV kalau x silap rancangan Mejar Sejambak dalam tahun 1979/80

      Tapi x tengok pula Pertandingan Bintang RTM 79 tu.. sebab masa tu mungkin x minat/kenal dunia hiburan lagi.. Umur baru 7-8 tahun masa tu..

      Apappun saya berjaya kumpul semua Album Solo Jamal dan beberpa Album Kompilasi Beliau. Cuma tak puas hati x dapat 3 lagu lagi iaitu :1) Simfoni Sepi, 2) Raja Berjiwa Rakyat, dan 3) Kau Lah Bintang .

      Mungkin sebab lagu-lagu ni lagu single ciptaan khas maka tidak dijual agaknya. tapi harap-harap 3 lagu ni akan dimuatkan dalam album kompilasi yang akan datang.

      sekian dimaklumkan.. salam perkenalan..

    212. gurlsz Says:

      Bro Mann…
      sy pun teringin nk dapatkan buku biografi Jamal, klu btul ada diterbitkan buku tu, kat mane boleh sy dapat.
      plz… la Bro Mann…….!

    213. shah Says:

      Di mana Bro Mann ni………
      Mcamana dgn buku bigrofi Jamal tu Bro Mann, teringin ler nak tengok. Bro Mann balik kg ker ?

    214. Mann Says:

      salammmmmm…………
      Untuk pengetahuan semua pemiinat Jamal Abdillah…
      Buku Biografi Jamal Abdillah ” Jalan Lain Ke sana” masih ada dalam simpanan… Kalau x silap saya buku tu hanya di jual semasa konsert besar sahaja….
      sesapa yang ingin mendapatkan buku tersebut boleh hubungi saya di Mann Fbim punya facebook.. nanti kat sana saya balas mcm mana boleh saya deliver buku tu…
      Dan untuk Pengetahuan semua…. Jamal Abdillah sedang merancang untuk mengadakan sebuah lagi Mega Konsert pada bulan oktober nanti di IB dan bakal menyaksikan beliau mendendangkan lagu2 lagenda beliau dan juga legenda2 terdahulu….

    215. Mann Says:

      Untuk pengetahuan Arif ….
      Kamal yang dalam buku tu bukan saya….tu kenalan baik Jamal Abdillah sejak dari dulu lagi…

    216. Safin Says:

      Salam semua…

      Nampaknya blog ni dah mula ditinggalkan.. mungkin sebab dah muncul Facebook abg Jamal .Nampaknya rami juga peminat abg Jaml ni ye.. Dah beribu-ribu orang dah joint Fan Club berkenaan.

      Mana perginya Abg Im, Mann dan lain-lain ni.. Saya nak maklumkan sebenarnya saya ni Syahmad. Saya guna nama Safin untuk broadband celcom ni sebab password x boleh sama. Apapun say lebih kerap melayari Facebook Jamal.

    217. mann Says:

      salam semua…..
      lama x masuk ruangan ni….
      terima kasih pada semua yang telah menyertai jamal abdillah fan club dalam facebook… pihak kami sedang merangka beberapa aktiviti yang bakal di adakan bersama fan… harap semua peminat jamal abdillah mendaftar dalam facebook supaya tidak ketinggalan untuk bersama2 kami nanti .

    218. bangim0307 Says:

      salam semua,
      bro samad,saya ada lagi.syukur.bnyak kerj.kejap demam kejap kebah..tengok le f bk.

    219. Safin Says:

      Salam abg Imm.. saya pun masih ade.. nampaknya rami dah melayari Facebook abg Jamal

      Saya Syahmad/Safin/Sayed Ahmad

    220. joe black Says:

      salm kpd smue pminat jamal…sye joe black dlu de buka laman ni tpi skrang dh kurang…hrap smue pmnat jamal shat.. saye punye kawan ade cd ori seniman menangis.. dulu saye dh dengar..fuh suara jamal mmg best..baru2 ni jamal nynyi utk ari ibu mmg layan..die punye suara ttap same..pe2 pn hope u all smue shat ek..truskn sokongan anda untk jamal…jamal abdillah always be in my heart 4ever n ever

    221. joe black Says:

      i love u brother jamal abdillah

    222. Safin Says:

      Salam smua… harap-harp blog ni tak ditingalkan begitu sahaja. Terlalu banyak perkara tentang abg Jamal dapat dikongsi bersama.. Lagipun di blok ini kita boleh tulis sepanjang man yg kita mahu.. dlm facebook tu susah le sikit.. Tapi saya tetap seronok tengok semakin rami joint facebook abg Jamal. Dah lebih 8000 orang dah.. Tahniah abg Jamal..

    223. bangim0307 Says:

      salam hormat untuk semua fan jamal,
      saya setuju safin.saya sayang nak tonggalkan blog ni.
      terima kasihlah kepada sdr nasron…aiiii lama nye tak bicara dgn dia ni.mana dia peg?

    224. bangim0307 Says:

      salam safin,
      u ada kat FB ke?

    225. Jafar Mohd Gan Says:

      banyakkan gambar2 klasik jamal

    226. safin Says:

      Salam abg Imm n semua Peminat Jamal. FB tu ape ye..? facebook ke?? Saya ada bersama Fan Club abg Jamal. Saya guna nama sebenar saya aitu Sayed Ahmad.

    227. Mann Says:

      Salam Buat semua peminat Jamal Abdillah

      Lama X masuk ruangan ni…. rindu rasanya….
      Buat pengetahuan semua FB jamal Abdillah telah ditukar ke KELAB PEMINAT JAMAL ABDILLAH di link FB berikut: http://www.facebook.com/pages/KELAB-PEMINAT-JAMAL-ABDILLAH/123300354373284?ref=ts
      sertailah beramai-ramai … pelbagai info dan gambar terkini penyanyi kesayangan anda di sana…..

    228. bangim0307 Says:

      salam semua,
      teringat dan terkenang.di sini mula fans tegar berkumpul….hehehe…sesekali rindu menjengah dan mencuit rasa.selamat menyambut raya haji

    229. bangim0307 Says:

      sesekali rindu menjengah…ke lewati persada ini ynag dulunya meriah…

    230. Safin Says:

      Saya pun masih teringat dengan laman ni.. Harap abg Jamal pun ade jengok laman ni.. Harap Abg im ajakle kawan-kawan kita di JA Fan Club tu joint laman ni jugak..

      Sekian dulu.. Salam Maal Hijrah dan Selamat Tahun Baru 2011

    231. bangim Says:

      salam hormat & syg fans semua…saya copy nukilkan kita kat sini..paste..ada lbih 100 muka surat…nampaknya KELAB PEMINAT JAMAL ABDILAH diappeared..tak mau nak komen /buruk sangka..

    232. bangim Says:

      ralat:bukan nukilkan..nukilan(tulisan2 kita di sini)

    233. Tuan Tanah Kedaung Says:

      Tak apalah Abang Im. Mungkin ada hikmahnya disebalik itu semua. Kita bersangka baik saja.

      Terima kasih kepada Abang Im kerana telah sudi email saya dan mengirimkan video lagu Namamu Tetap Gemilang yang berlatarbelakang gambar2 dari foto Abang Im. Baru saya tahu, rupa-rupanya Abang Im ini saling tak tumpah wajahnya mirip Jamal Abdillah. Terutama sekali gambar masa muda-muda dulu.

      Saya di sini tanpa syak dan ragu lagi begitu yakin bahawa Abang Im lah sebenarnya peminat setia Jamal nombor satu! Semoga Jamal menyedari hakikat ini dan menghargai peminat setianya ini dengan wajar dan terhormat!

      Sekian, terima kasih.

    234. bangim Says:

      salam hormat Tuan Tanah Kedaung,
      klasik & unik nama tu..terharu saya atas penghormatan itu…kebetulan …lagu2 jamal begitu banyak sinonimnya dgn diri saya…

    235. Anas Says:

      Salam,
      Harap ada sesiapa disini membantu saya.
      Sudah bertahun-tahun saya mencari 1 lagu ini daripada Jamal Abdilllah, tapi saya tak tahu apa tajuknya.
      Lagu ni pernah digunakan sebagai lagu tema drama alih suara/bahasa dalam tahun 1995.
      Drama ini kalau tak silap drama Hong Kong ataupun Jepun.
      Menggunakan lagu Jamal Abdillah sebagai lagu temanya.
      Saya pun masa tu dalam umur 9-10 tahun jadi liriknya agak samar. Tapi seingat saya ada berbunyi begini di bahagian chorus :

      Ku kecapi hati mu
      Tidak engkau pedulikan kerana ku tahu…

      Harap sesiapa disini dapat membantu.

    236. bangim Says:

      salam Anas,
      lirik tu adalah lagu SEMALU..dalam mana Jamal merupakan artis undangan ARWAH SAMAD (bekas gitaris LEFTHANDED)
      Ada juga syarikat yg menerbitkannya dlm bentuk vcd karaoke tapi COVER VERSION..Dalam youtube saya ingat ada lagu SEMALU ni..anas boleh add saya di FB bangim moreizqy

    237. anahrafsina Says:

      salam abg im,

      Nak tnya…. bole tak tolong senaraikan lagu-lagu dalam “album jamal”. Tima kasih

    238. bangim Says:

      salam anahrafsina,
      cadangan utk awak…join laa Kelab Peminat Jmal d Borneo…add abg dulu FB Bnagim Moreizqy…d situ bnyka yg kita boleh share.trm kasih

    239. bangim Says:

      anahrafsina
      ralat:Bangim Moreizqy

    240. Safin Says:

      Assalamu’alaikum Abg Im.. Saya ni dah guna 3 nama dah Syahmad, Safin dan Sayed Ahmad adalah saya.. Terkejut saya laman ni dah digunakan semula. Saya juga ada kesemua album Jamal kecuali 3 lagu yg saya katakan dalam note-note saya yg terdahulu (tiada dalm album Jamal). Lagu semalu saya pernah terdengar dan ada dalam salah satu karoeke VCD beliau. Lagu Simfoni Sepi memang saya tak de. Tapi saya ingat melodinya dan tahu liriknya. Tapi Mana nak dapt ye ??. 2lagu lagi yg tak pasti betul atau tidak tajuknya yg dicipta oleh Ahmad Nawab iaitu :
      i) Raja berjiwa Rakyat (kalau tak silap saya)
      -diciptaan khas untuk Sultan Pahang
      ii) Kaulah Bintah (kalau tak silap saya juga)
      -dicipta khas untuk malam anugerah bintang popular Tahun ?? (saya tak ingat). dan saya tak sempat dengar macam na lagunya sebeb keluarga saya ke tempat lain pada masa itu. Harap abg im boleh bantu saya untuk pastikan 2 lagu itu.

    241. HISAMSOL Says:

      ada satu lagu jamal yang orang mungkin lupa dia duet bersama Ogy: Ku Tahu Hatimu terluka. Album ini sebenarnya album khas Ogy.

    242. Safin Says:

      Tapi lagutu kan ada dalam album Jamal yg bertajuk Sepi Seorang Perindu.

    243. bangim Says:

      SALAM HORMAT PEMINAT2 JAMAL ABDILLAH…JEMPUT ke page FACEBOOK “PEMINAT JAMAL ABDILLAH” (PJA)
      Boleh request members ATAU add FB saya Bangim Moreizqy…insya Allah saya add anda sebagai warga PJA (jgn lupa bgtau anda fan JA agar saya tidak ragu2 add anda ke PJA)….
      page inilah yg aktif tntang JA masakini.Di situ ada INFO lagu2/cver ALBUM dsb tntang JA…..TERIM KASIH

    244. bangim Says:

      SAFIN,
      sayang nak tinggalkan blog ni
      Di sini kita mula saling kenal/bersilaturrahmi/kongsi info dan pengalaman.
      MOGA KITA DIRAHMATI ALLAH

    245. bangim Says:

      salam hormat peminat JAMAL ABDILLAH,
      jemput ke page FB PEMNAT JAMAL ABDILLAH (PJA) .
      Di situ kita boleh share apa2 tntang JA…di situ juga ada kwn2 yg rapat dgn JA

    246. brymb33xde.wiki.zoho.com Says:

      A pregnant woman discovers her affected by gestational diabetes in the course of the 4th month.
      Apart from the changing diatery habits and light workout,
      she is on everyday dose of insulin ahead of food thrice
      per day. Her present BS is 165. Is there any safe ayurvedic
      medicine by which she can cut down on insulin and also reduce blood sugar?
      .

    247. free download Says:

      Hi, I do think your site may be having internet browser compatibility issues.
      When I take a look at your web site in Safari, it looks fine however
      when opening in IE, it’s got some overlapping issues. I simply
      wanted to provide you with a quick heads up!
      Apart from that, fantastic site!

    248. Proflightsimulatornews.Us Says:

      It’s a toss up between faster but more unreliable speeds as opposed to slower but reliable speeds.
      This group of people will respond better to specific ‘what’ questions.

      The game Need for Speed was owing to the release of successful gaming franchises, and also as it was the
      forerunner it was paid heavy dividends, besides receiving reviews flowing with
      tremendous optimistic feedback.

    249. vinhomes tân cảng Says:

      Pretty part of content. I just stumbled upon your weblog and in accession capital to say that I acquire actually loved account your
      weblog posts. Any way I will be subscribing for your feeds and
      even I fulfillment you access constantly fast.


    Tinggalkan Jawapan kepada bangim Batal balasan