Jawapan Terhadap Tag Dari Ixora


gambo lame - dusuntua.jpg

Saya telah ditag oleh Ixora – Fly Over Me. Dia siap beri rules lagi. Ni dia rules tag tu;

The Rules:

  1. Link to your tagger and post these rules. (OK. Saya boleh buat.)
  2. List 8 random facts about yourself. (OK. Saya boleh jawab.)
  3. Tag 8 people at the end of this post and list their names. (Maaf, tak boleh buat sebab kenalan sesama blogger saya sangat terhad… saya kan masih baru jer dalam hal ehwal blogging ni. Yang saya biasa tu Ixora la sebab dia rajin beri komen dan singgah blog saya.)
  4. Let them know that they have been tagged by leaving a comment on their blogs. (Sori naik lori lah ya, dah yang atas tak boleh nak buat, yang ini kira mustahil laaa…)

JAWAPAN SAYA
Ini lah jawapan saya terhadap tag cik Ixora – Fly Over Me. Semoga beliau berpuas hati terhadap jawapan yang diberikan.

8 Random Facts About Me (SAYA BERI 11)

  1. Saya lelaki, anak pertama dari lima beradik yang kesemuanya lelaki. Bapa saya juga seorang lelaki manakala emak saya seorang perempuan tulen!
  2. Pada masa ini saya mempunyai dua orang anak perempuan dan seorang isteri (juga perempuan). Saya masih belum terfikir untuk menambah dari mana-mana kategori tersebut.
  3. Saya suka minum teh O ais atau teh O ais limau atau ice lemon tea. Saya juga minum teh cina, teh jepun, teh bangla, teh benggali dan juga teh ceylon. Asalkan ianya teh, saya tonggak! Tapi saya tak gemar teh tarik atau teh susu!
  4. Saya suka sushi tapi jarang beli sebab kena beli pakai duit, kalau pakai daun mungkin saya boleh beli setiap hari!
  5. Saya tak tahan bau belacan. Saya akan menjauhkan diri segera!
  6. Waktu di sekolah rendah, saya pernah mewakili sekolah dalam sukan, tapi saya tak pernah menang pun! Sekadar nak cukupkan kuota jer. Hahaha…
  7. Saya pernah menjejakkan kaki, melompat, jalan-jalan dan mungkin juga berlari di semua negeri di Malaysia kecuali Kelantan dan Sarawak.
  8. Saya pernah belajar menjadi bidan bersalin dan telah “diijazahkan” oleh guru saya, seorang bidan tradisional terkenal di satu daerah di satu negeri kira-kira 12~13 tahun lalu. Saya satu-satunya murid lelaki guru saya itu. Namun begitu saya tak pernah mempraktikkannya dan saya berharap agar saya tak perlu melakukannya! Oh ya, buku catatan waktu belajar ilmu kebidanan dulu baru jer saya lupuskan (buang) hari minggu lepas. (Sekarang dokter dah banyak, bidan tak leh cari makan beb! Jual burger lagi baik!)
  9. Waktu bergelar mahasiswa dulu saya sangat tidak pandai menggunakan komputer. Zaman tu taip surat guna Wordstar. Buat kekotak pakai Lotus 1-2-3, calculation pakai calculator, lepas tu masukkan figure kat Lotus. Powerpoint masih belum wujud. Windows sedang dalam kandungan menunggu masa dilahirkan. Saya pernah gagal ujian komputer masa kuliah dulu sebab hantar disket kosong. Sebabnya ialah saya tak pandai nak mensave dengan betul. Saya juga dikenali sebagai student yang paling bangang menggunakan komputer. Tapi sekarang, saya berani “celen” dengan mereka, termasuk lecturer saya dulu! Chewahhhh…
  10. Saya pernah menghadapi “kecelaruan dialek” antara dialek Utara, Minang, Indon, Jawa, Melaka, Sabah, Kelantan, Terengganu, Singapura dan beberapa lagi. Ini menyebabkan lawan bicara yang belum mengenali saya menjadi konfius terhadap asal-usul saya. Kadang-kadang saya sendiri pun confuse terhadap penggunaan bahasa saya.
  11. Sekarang saya sering mengingatkan diri saya bahawa perkara yang lalu usah dikenang! Selamat tinggal masa lalu, selamat datang masa depan. Mulakan hari yang baru! Semoga berbahagia dunia dan akhirat. Life goes on, beb!

Sekian jawapan dari saya. Semua jawapan tidak saya tiru ataupun menggunakan buah dadu untuk menjawabnya.

Terima kasih.

8 Respons to “Jawapan Terhadap Tag Dari Ixora”

  1. Ixora Says:

    Jujurnya jawapan! memang sangat puas hati. haha

    kecik-kecik dulu selalu amik daun pokok kapal terbang kononnya tu duit la masa main masak-masak. cuba la try test pakai daun tu.. kot kot boleh guna utk beli sushi. kikiki.

    Saya suka jawapan terakhir tu. Very meaningful =)

    p/s~terima kasih daun keladi, lain kali saya tag lagi!😉

    Nasron jawab;

    Saya ni memang jujur, jika tidak, masakan ada seorang perempuan sudi menjadi isteri saya. Wachaaa… satu jawapan yang jujur kan? kan? kan?😀

  2. anakkawi Says:

    wah, murah dengan jawapan yer…🙂

    Nasron jawab;

    Saya bukan setakat murah ngan jawapan jer, saya juga murah dengan alasan. Ahaks… hehehe…

  3. hiten_mitsurugi Says:

    Salam ziarah…

    Owh gini rupa main tag2.. cam main passing je.. hehe..

    Nasron jawab;

    Ha aaa… saya pun baru tahu cenggini rupanya tag… ini pun first time kena tag.

  4. afham Says:

    salam perkenalan semua.!!

    Nasron jawab;
    Yaaaa… salam kenal. Buatlah macam rumah sendiri.

  5. ixora Says:

    Err,tanak jemput kami semua minum ke? haus ni.. lagi bagus kalo ada makan2 sekali. kuii3

    Nasron jawab; Boleh, no problem! Datanglah ke rumah pakcik. Siang mahupun malam sentiasa dialu-alukan. Memalam buta pun tak per.😀

  6. Puma Shoes Says:

    Very good and useful post.
    Thx, your blog in my RSS reader now😉

    Nasron jawab;
    Aku pelik la komen kau ni… pelik betul…

  7. maz Says:

    jawapan anda mghiburkan.adamasa puitis.sekurang2nya demam boleh kebah..

  8. UMI INA Says:

    salam…
    encik nasron ni mesti jenis ceria dan friendly…
    rasa terhibur membaca tulisan anda..
    teruskan usaha anda dan terus menulis
    utk tatapan kami sume….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: