Pesta Mencarut Dan Memaki Hamun


Sejak satu dua hari ni, aku paling banyak dengar orang mencarut, memaki hamun dan juga perkataan kesat dalam pelbagai bahasa namun mengandungi erti dan maksud yang sama waktu dengannya. Mesti malaikat pencatit amalan geleng2 kepala tengok rekod amalan mulut rakyat malaysia sehari dua ni. Aku rasa perkara ini akan berlanjutan selama beberapa minggu atau bulan lagi. Semuanya gara-gara harga minyak naik mendadak kelmarin. Kenaikan harga minyak juga sebagai pembuka tirai kepada satu pesta… pesta mencarut dan memaki hamun!

Aku rasa, PM yang paling banyak kena maki dengan rakyat jelata ialah Abdullah Ahmad Badawi. Kalau PM lain cuma kena maki dengan musuh politik atau lawannya saja. Tapi Abdullah ni, hampir rata2 rakyat malaysia dari berbilang bangsa, agama, keturunan dan lapisan memakinya sejak kenaikan minyak. Aku bukanlah menyokong perbuatan memaki hamun tu. Memaki hamun perbuatan tak baik. Ia juga tak bagus untuk kesihatan. Boleh kena stress oooo… Namun begitu aku faham sebab musabab mereka memaki hamun. Aku turut bersimpati. Simpati yang paling besar ialah kepada diri sendiri, isteri dan anak-anak ku. Ye laaa, lepas ni kehidupan mereka tak sama macam dulu. Kalau dulu hidup aku “susah sikit”, sekarang ni dah jadi “susah lebih sikit”. Aku masih berusaha memujuk diri ini agar tak cakap “susah banyak”.

Nak cakap banyak, hati tengah panas. Fikiran bercelaru, otak buntu. Mulut ni rasa ringan jer nak memaki. Tapi ku tahankan jua. Entahlah… aku pun tak tahu sampai bila aku boleh tahan tak mencarut dan memaki hamun.

Sama-samalah kita nantikan untuk melihat tahap kesabaran kita masing2.

24 Respons to “Pesta Mencarut Dan Memaki Hamun”

  1. Pembebel Says:

    minyak naik, aku naik minyak. ekeke.

    Nasron jawab;

    Kalau gajah naik minyak itu tandanya dia dah tak tahan nak kahwin. Tapi kita rakyat Malaysia naik minyak sebab harga minyak naik. Yang bujang jadi susah nak kahwin. Yang dah kahwin, jadi takut nak tambah ummat. Mmm… sabor jer laaa…

    Pak Lah… Pak Lah… mengapalah dikau kejam sangat kat rakyat?…

  2. Nur Hakim Says:

    Betul tu tak baik memaki hamun.. tegur je.. bebaik.. cakap macam ni:
    ” Pak Lah, Pak Lah, minyak sekarang ni bagi naik sikit lagi boleh, biar genap sampam RM3.00 kan baik kalau nombor ganjil tu”

    Lepas tu Pak Lah jawab:
    “Ubah Gaya Hidup”

    Hahaha.. xtaulah aku mencarut apa ni..

    Nasron jawab; Tak apa mencarut… pesta belum habis lagi ni. Hehehe.

  3. Letting.......... Says:

    Kekadang ini ujian Allah… Dulu bila PM Tun Mahathir memerintah kata dia zalim, walhal, tak pernah pulak kerajaan zaman Tun naikkan harga minyak mengarut-ngarut… Ingat masa kegawatan ekonomi tahun 1997, langsung kerajaan tak naikkan harga minyak..

    Kini Allah uji kita pula dengan seorang lagi pemimpin yang katanya mencari Al-Ghazali dan As-Shafie… Tetapi lupa kepada rakyat, dan lupa untuk melihat keadaan orang-orang susah…
    Saya sungguh-sungguh tak paham apa yang berlaku kepada ekonomi negara sebenarnya… Kita tak pernah putus bekalan minyak.. Kenapa harga minyak perlu naik? Lainlah kalau bekalan minyak negara habis, maka perlulah naikkan harga minyak.. Atau kalau bekalan beras naik dan kena import masuk beras, perlulah beli beras dipasaran luar.. Kita ade minyak kat Malaysia, dan bekalan minyak masih mencukupi, kenala berkongsi susah dengan rakyat…

    Nasron jawab; Saya pun tak faham pemikiran mereka itu sebenarnya. Tapi apa nak buat, “Melayu mudah lupa”… lupa bahawa ada hari akhirat untuk menerima pembalasan dari Tuhan Yang Maha Esa atas segala perbuatannya di dunia ini.

  4. Lady Bird Says:

    PAK LAHAP memang mcm tu.
    Selagi boleh tarah, nak tarah duit rakyat sampai
    habis-habisan.
    Kdg2 duduk kat M’sia ni mcm menjadi pelarian kat negara
    sendiri.
    Menteri2 yg mengampu dan sama waktu dgnnya tak payah ckp la.
    Diaorg ni bangang & baghal tahap GABAN!!!

    Nasron jawab;

    Sabor kak… sabor… Tarik napassss… hembussss… tarik lagi… hembussss…. OK boleh sambung balik pesta! Hehehe

    Bebudak sekarang mana tahu Gaban ngan Kesatria Baja Hitam kak… diorang taunya Naruto dan Conan si pendek tu jer.

  5. ixora Says:

    nasib baik la saya jalan kaki je pi kelas. kalau tak, mesti saya pn termasuk dalam golongan orang yg mencarut+memaki hamun PM tu. hehe

    Nasron jawab;

    Awak memang bernasib baik. Selain dapat jimat duit, badan pun sihat, dapat pahala lagi kalau setiap kaki melangkah disertai dengan zikir… selain dari itu mengikut kajian saintifik, perempuan yang sering berjalan kaki telah terbukti lebih cepat dapat jodoh! Tak percaya? Percayalahhhhh…

  6. ixora Says:

    Kajian saintifik pakcik tu tak boleh dipercayai setakat ni..

    huhuhuhuhu

    Nasron jawab;

    Ehhhh… menjawab dia! Hehehe.

    Tak percaya? Percayalahhhhh…

  7. Letting.......... Says:

    Hopefully people can still survive and have something to eat and to cherish in life…

    I am wondering what happen to the government? Cutting subsidy, price increase? Are we run put of money? Is the country is desperate for money? Anymore money left in the Bank Negara?

    Recession may be inevitable, but the government need to make sure that the impact can be soften for those with less money…. Not following the capitalism idea … the poor is getting poorer and the rich is getting richer…

    Nasron jawab;

    Haaaa… tu lah dia. Tu lah masalah dia. Yang pertama masalah harga minyak naik. Yang kedua masalah saya nak menjawab cakap omputih. Bukan tak pandai, cuma hari ni jari letih sket, jadi tak boleh nak taip English. Apa pun, alasan saya lebih baik dari alasan Pak Lah, ya kan?

  8. Hani El Zahra Says:

    Heran betui laa… Dalam orang dok bara tahap dewa kat Pak Lah tu…ada juga yang dok puji dia. Semata-mata pasal bagi duit rebate tu.
    Yalah! Untuk org yg ada kenderaan. Tu pun tak berbaloi dengan harga minyak depa nak pakai hari-hari. Harga barang lain pun naik. Orang yang tak dak kenderaan lagi laa nganga…rebate tarak…apa pun tarak…tapi nak beli barang lain tetap naik harga.
    Bongok tul orang yang dok puji orang tua tu! Bongok tahap dewa dewi!
    Tak paham aku! Aku tak paham!!!!!!!!!!!!!!!! Tolong!!!!!!

    Nasron jawab;

    Ya, saya pun baca paper hari ini. Kelihatannya ramai juga orang2 bongok memuji memuja perkara yang merugikan mereka dan rakyat jelata lainnya. Apa nak buat, rakyat kita memang ramai yang bongok.

  9. Abang Long Says:

    Salam ukhuwwah buat saudara.

    Setiap saat aku berdo’a. Ya Allah, dikau berilah petunjuk kepada orang yang zalim.

    Ya Allah, andainya ENGKAU menyayangi diriku ini, aku bermohon, jatuhkanlah kerajaan yang zalim ini segera.

    Nasron jawab; AMIIIIN…

  10. Cheguman Says:

    Saya kasihan pada anda semua yang tidak ada pilihan lain. Apatah lagi kpd yang merokok. Alhamdulillah saya masih boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Sekurang-kurangnya saya tiada alasan untuk menghamun kerajaan kita sendiri. Kereta Proton Iswara 1.3 yang saya kongsi dengan isteri menggunakan NGV. Ramai juga yang menyindir kami sebelum ni kerana terpaksa beratur panjang, kurang pickup, tempat simpanan barang terhad dan sentiasa bawa beban tong gas. Nasihat saya dipandang sinis oleh kawan-kawan dengan memberi pelbagai alasan termasuk bermegah dengan tong speaker yang besar dalam tempat simpanan barang keretanya.

    Saya masih merokok. Saya hisap rokok daun. Adik-adik dan bapa saudara saya di kampung hisap rokok daun. Buat apa nak malu?

    Teruskan memaki hamun. Semoga Allah mengampunkan anda semua dan memberi dosa kepada Paklah atas tindakannya. Saya percaya jika anda menjadi PM tentu keadaan tidak begini.

    Masa Tun DrM jadi PM dulu mana ada orang maki dia, kan?

    Nasron jawab;

    Saya nak pasang NGV tapi kedai tu cakap kenderaan saya tak boleh dipasang NGV. Maklumlah motor cup. Kawan saya cakap, bot dia pun tak boleh dipasang NGV. Kalau ada dia nak jugak. Awak beruntung ada keta. Siap pasang NGV lagi. Tok saya, keta pun tak dak. Motor lagi laaa. Dulu dia naik beskal. Sekarang dia dah berehat, dah retired. Semoga dia tenang, tenteram dan bahagia di alam kubur. Semoga Allah mencucuri rahmat atas rohnya.

    Rokok daun pun kena beli jugak beb!. Lain kali tak payah beli… pau member jer! Kalau semua dah sengkek, isap jari ler pulak. Hehehe… Sori, gurau jer…

  11. Cheguman Says:

    Nasron boleh ajar saya guna wordpress? Saya dah download fail2 PHP tu. Hosting sendiri ke tumpang tapak wordpress?

    Nasron jawab;

    Saya bab PHP, SQL dan yang pelik2 tu, saya tak tahu. Saya pakai wordpress ni senang jer. Daftar, Login dan Guna. Semua setting kat dalam wordpress ni mudah difahami. Saya belajar dari Trial & Error. Saya rasa awak pastinya bakal lebih terer dari saya. Selamat mencuba!

  12. maen Says:

    kalau hendak salahkan beliau tak boleh juga…sebab bukan diaa punya kerja semuanya. Dia approved lepas itu bagi komen apa dorang buat. Yang jalankan semua hanya akan berlaku sekiranya amanat daripada DYMM kita. Betul tak? tapi hati ako panas juga ini. F**K, B**I kepada sesiapa yang terasa.tq

    Nasron jawab; Wahhhh… marah nampak?! Sabar bang… sabarrrr

  13. Cheguman Says:

    Terima kasih. Semoga jasa dan pujian awak tidak akan melemahkan semangat saya untuk menyindir awak lagi lepas ni.

    Nasron jawab; Alaaaa… rileks le bang. Gurau-gurau jer. Kosong-kosong la. Tara baik tau dendam-dendam, tara bagus untuk kesihatan.

  14. **uly@** Says:

    huhu…minyak naek..tmbg bas pon naek…alangkah best kalau sesuatu tempat yg kite nak pg boleh disimpan dan dikeluarkan dari beg!!uhuh………

    Nasron jawab;

    Beg? Oh ya, baru saya ingat. Sorang jer yang boleh buat macam tu… DORAEMON!!!

    I miss you so much Doraemon!

  15. mahsyar90 Says:

    ingat orang bole reda ke dengan dpt rebat tu..
    berundur LAH!!

    Nasron jawab;

    Pak Lah jawab apa? No retreat, no surrender! (Macam motto filem Kick Boxer – 1986)

    Akhirnya rakyat terpaksa jual spender…

  16. hiten mitsurugi Says:

    Dunia akhir zaman ni ramai pemimpin yang zalim lagi kejam. Tak perlu pergi US or UK, cukuplah buat perbandingan antara PakLah dengan sifat pemimpin yang dianjur dalam Al-Quran..

  17. Mangkuk Minyak Says:

    Harga minyak naik,tambang bas naik,kalo suma naik,kita nak naik ape.???!!!!Takkan nak kayuh Beca secara berjema’ah kot…!!!!???bengkak la telo camtu,org yang xpernah kne buasir pun bleh jadi kene,sbb kayuh beca….Aku penin..Adusss,,,,,Penin……….

  18. Nasron al-Jauhari Says:

    @ hiten mitsurugi

    Dunia akhir zaman memang macam ni. Jadi kita sendiri kena sentiasa waspada dan berhati-hati dalam menjalani kehidupan.

    @ Mangkuk Minyak

    Sabar bang! Karang dari mangkuk minyak bertukar jadi orang minyak pulak. Huhuhu.

  19. ifa_conan94 Says:

    dari setahun ker setahun kes menghamun2 ni msh blm abis. per nak jadi. kalaulah pemimpin tu betul takkan adanya rakyat jelata nak menghamun2 tak tentu pasal. tol tak pakcik??

  20. Janelle Says:

    With havin so much content do you ever run into
    any issues of plagorism or copyright infringement?
    My blog has a lot of unique content I’ve either created myself or outsourced but it seems a lot of it is popping it up all over the internet without my agreement. Do you know any methods to help prevent content from being ripped off? I’d truly appreciate it.

  21. buy trenbolone powder Says:

    hello!,I like your writing so much! proportion we be in
    contact extra about your post on AOL? I need an expert in this
    area to solve my problem. May be that is you! Having a look ahead
    to see you.

  22. sex tips for women Says:

    An outstanding share! I’ve just forwarded this onto a co-worker who has been
    doing a little homework on this. And he in fact ordered me dinner
    due to the fact that I found it for him… lol. So let me
    reword this…. Thanks for the meal!! But yeah, thanks for spending the time to talk about this issue here on your site.

  23. dieta Says:

    Because usually junk food contains lots of unhealthy
    fats, which can do lots of harm to your health.
    Dieters stick to this portion while you lose weight.
    Eliminate all refined sugars, natural and artificial sweeteners from your
    diet.

  24. support.floridachristian.org Says:

    Hola! I’ve been following your blog for a long time now and finally got the bravery to go ahead and give you a shout out from Humble Tx!
    Just wanted to say keep up the excellent job!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: